Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 5 berserta Bajet & Tips - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 5 berserta Bajet & Tips



=========================================
Mengenai Trip:
  • Solo
  • Tiada check-in luggage
  • 5hari 4malam
  • 2 malam di Hulhumale,  2 malam di Maafushi
=========================================

Hari 5 - 10 October 2016 (Hari Terakhir)

Cuaca agak baik pagi ini dan hari ini merupakan hari terakhir aku di bumi Maldives, negara yang aku impikan untuk jejaki sejak dari bangku sekolah lagi. 4 hari yang lepas semuanya berjalan dengan lancar dan tiada apa yang tidak diingini berlaku. Diharapkan juga hari ini semuanya berjalan dengan lancar hendaknya.
Selesai mandi, seperti biasa aku bersarapan pagi. Menu sama seperti semalam. Cuma pencuci mulut yang berbeza. Aku tak kisah, sebabnya memang sarapan pagi itu adalah kegemaran aku. Di sebabkan tour hari ini (snorkeling+sand bank picnic+ dolphin watching) di uruskan oleh pihak hotel aku sendiri, jadi aku tidak perlu kemana-mana, hanya perlu menunggu di hotel sahaja. “ I will knock your door when its ready”, kata staff Shadow Palm.
Jam 9.30 pagi, bilik aku diketuk menandakan aku perlu bersiap sedia untuk tour. Apabila aku keluar dari bilik, ramai rupanya orang berkumpul di lobi hotel. Semuanya menginap di hotel lain, Cuma mendaftar tour di sini. Mungkin salah satu sebab harga yang ditawarkan disini adalah lebih murah.

$$$ Tour Snorkelling+Sand Bank Picnic+Dolphin Watching, 25USD 10am-1pm (by Shadow Palm)

Aku sempat memberitahu staff disitu yang aku akan booking bot ke airport jam 3 petang. Dan pihak hotel mengatakan, aku tidak perlu check-out awal sebab tiada orang yang akan check-in untuk hari ini. Aku diarahkan untuk memilih jaket keselamatan, snorkeling gear, dan flipper mengikut kesesuaian saiz. Dulu aku tak biasa dan pandai nak guna flipper. Sekarang, dah okay sebab dah selalu guna. Flipper banyak membantu, tak payah nak kayuh kaki banyak sangat. Boleh simpan tenaga.
Ada pasangan dari Malaysia dalam trip ini. Aku terus tegur. Ini dah hari kelima, baru aku jumpa orang Malaysia. Ingatkan ramai Malaysia yang datang kesini, mungkin diorang tak tinggal kat Maafushi kot… orang have-have, tinggallah di resort 5-10 ribu semalam. Seperi biasa pasangan yang baru berkahwin. Suami dia macam kurang bercakap. Isteri dia pulak jadi orang tengah bercakap. Biarlah, aku dah menjalankan tugas menegur orang Malaysia.
Aku di bawa ke bot laju. Semuanya berpasangan, kecuali aku. Kah! Agak tebal jugak muka, tapi tak kisahlah kan. Seperti biasa, aku menjaja cerita sedih kenapa aku di Maldives berseorang. Ceritanya bermula pihak perempuan membatalkan perkahwinan di saat akhir. Disebabkan aku dah aturkan segala perancangan honeymoon, aku gagahkan untuk pergi bertujuan menenangkan fikiran. Gituu…. Terus semua tak Tanya dah… idea dari cerita Bollywood “Queen”..
Snorkeling di sini ada 3 point. Pertama, dibawa ke Coral Point, Nemo Point dan terakhir Turtle Point. Pihak guide mengatakan jika peserta memang ikut arahan leader guide, maka confirm dapat berjumpa dengan penyu. Ya!! Memang benar, ada penyu. Ini adalah kali ketiga aku berenang bersama penyu. Pertama kali di Lombok, kedua di Mabul, dan ketiga di Maldives. Tapi, aku masih takut dengan penyu ketika snorkeling. Aku takut penyu tersebut gigit aku. Walaupun macam tak nampak ada gigi kan.

   



Airnya jernih, coral nya cantik, nemo pun senang nak nampak, ikan melambak. Boleh dikatakan spot-spot snorkeling di Maafushi adalah menawan dan berbaloi. Bukan seperti di Hulhumale semasa Cataran Cruise.

   

   

   


Selesai snorkeling ketiga-tiga tempat, jam menunjukkan 11.30am, program seterusnya kami akan ke Sand Bank. Sand Bank ini adalah pulau pasir, dimana jika air pasang, pulau ini akan tenggelam. Di sini acara adalah bebas. Makanan ringan disediakan iaitu roti sandwich dan buah-buahan. Tidak mengenyangkan sebenarnya. Cantik gila sand bank ini. Air dia jernih macam diamond. Pasir pulak putih. Memang aku baring sambil bergolek-golek di sini.
Apa yang menariknya tour kali ini, perkhidmatan photo disediakan. Di sand bank, semua peserta akan di ambil gamba bersama pasangan masing-masing, sudah tentulah aku berseorangan. Hasil gamba pun cantik! Semua dah bergambar dan makan, kami mula bergerak ke bot.


   

   


Di dalam perjalanan balik ke Maafushi, bot berhenti seketika untuk melihat ikan lumba lumba, lama juga diorang mencari dan memanggil, akhirnya fuh banyak sekali yang datang. I still amazed with what I saw okay. Tak sempat ambik gambar sebab nak menikmati moment tersebut. Aku tak pasti kenapa bulu roma aku naik. Ikan lumba-lumba seperti menunjukkan tarian kepada kami semua. Semakin kuat sorakan, semakin menjadi-jadi pun ada.



Dalam 15 minit kami berhenti, semua dah puas hati, perjalanan diteruskan. Aku nampak cuaca dah mula gelap menandakan hujan akan turun. Dalam perjalanan balik, aku duduk di atas bumbung bot. Best jugak melayan udara segar.
Jam 1.30 petang, aku sampai di hotel. Aku disapa oleh staff hotel. Dia remind aku sekali lagi, aku tak perlu rushing packing barang. Dekat jam 3petang nanti boleh check out. Disebabkan ada masa lagi, aku bersihkan diri, dan berehat seketika. Aku sempat singgah di kedai souvenier untuk beli fridge magnet dan postcard.
Jam 2.30pm aku check-out dan membuat pembayaran semuanya. Tepat jam 3, ada seorang staff datang untuk bawa aku ke bot laju.

$$$ Shuttle boat, from Maafushi-Airport, 3pm by Shadow Palm, 15USD

Dalam jam 4, aku dah sampai aiport, disebabkan ada banyak lagi masa (flight jam 8malam), aku singgah makan di Burger King. Mahal! 15 USD semata-mata nak makan Whopper Set. Biarlah, aku dah sememangnya lapar.


   

   

Di airport, ada pejabat pos, aku singgah untuk beli setem dan menulis semua passport yang baru aku beli, banyak poskad yang perlu ditulis, tulisan pun dah cakar ayam. Selesai, aku masukkan dalam peti surat terus. Alhamdulillah, semua poskad selamat sampai kepada yang dikirim.


Travel Tips #19: Duit MVR yang berlebihan, tidak dapat ditukar kembali ke USD jika anda berniat melakukannya di kaunter bank. Mereka hanya menerima penukaran balik ke USD sekiranya anda pernah dan ada resirt mengatakan anda menukarkan USD ke MVR dengan bank mereka sebelum ini. Jika tidak, pandai-pandailah belanjakan semua MVR or mintak tukar dengan kedai-kedai disitu.


Disebabkan aku dah check-in online dan dah print kan boarding pass aku, aku terus masuk ke dalam kaunter imigrisen. Tetapi aku disuruh keluar balik untuk printkan tiket boarding pass.


Travel Tips #20: Sesungguhnya, boarding pass online tidak diterima disini. Ada luggage atau tidak, perlu ke kaunter untuk printkan tiket. Sebab tiket disini agak istimewa, ada corak siput dan pulau disekeliling tiket. Lupa nak ambik gambar.


Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 5 berserta Bajet & Tips Reviewed by Abang Fadli on 8:00 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.