30 Tips Travel di Maldives Yang Perlu Anda Tahu - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

30 Tips Travel di Maldives Yang Perlu Anda Tahu



=========================================
Mengenai Trip:
Solo
Tiada check-in luggage
5hari 4malam
2 malam di Hulhumale,  2 malam di Maafushi
=========================================



AIRPORT

1. Sentiasa menyediakan hard copy penerbangan tiket balik dan tempahan hotel terutamanya untuk pengembara solo.  In case diminta oleh pegawai imigresen, terutama kepada yang travel secara solo.

2. Disebabkan penerbangan AirAsia mendarat di Maldives pada waktu malam,  anda hanya ada pilihan untuk tinggal di Male,  Hulhumale,  ataupun tidur di lapangan terbang sahaja.

3. Jika anda merancang untuk bermalam di Male pada hari ketibaan, anda boleh terus naik public ferry. Jika ke Hulhumale, ada 2 pilihan, pilihan yang murah adalah, anda naik public ferry ke Male, dan selepas itu naik public ferry ke Hulhumale, dari Jeti Hulhumale, boleh ambik taxi. Kalau nak senang, boleh tempat shuttle pick-up dari airport terus ke hotel, slalunya 10USD seorang. Tiada public taxi.

4. Untuk penerbangan balik, sesungguhnya, boarding pass online tidak diterima disini. Ada luggage atau tidak, perlu ke kaunter untuk printkan tiket. Sebab tiket disini agak istimewa, ada corak siput dan pulau disekeliling tiket. Lupa nak ambik gambar.

5. Hari yang terbaik untuk sampai d Maldives adalah hari Rabu, di mana hari Khamis anda boleh terus ke Maafushi, sebab Jumaat, public ferry takda. Hari Sabtu di Maafushi sangat hidup (oklah dari hari biasa). 


TUKARAN DUIT

6. Bawak USD banyak-banyak, kebanyakan bayaran adalah dalam USD. Anda boleh bayar dalam USD, tetapi lebihan dalam MVR. Jadi tiada masalah. Anda boleh tukar di airport ke MVR, tetapi rate rendah sedikit. Lebih baik tukar di restoran ataupun hotel.

7. Duit MVR yang berlebihan, tidak dapat ditukar kembali ke USD jika anda berniat melakukannya di kaunter bank. Mereka hanya menerima penukaran balik ke USD sekiranya anda pernah dan ada resirt mengatakan anda menukarkan USD ke MVR dengan bank mereka sebelum ini. Jika tidak, pandai-pandailah belanjakan semua MVR or mintak tukar dengan kedai-kedai disitu.







TEMPAT TINGGAL

8. Kebanyakan hotel/resort di Maldives akan mengenakan tax dan service charge dimana tidak termasuk di dalam harga yang tertera di agen booking online. 

9. Ada jugak yang akan mengenakan environment fee, seperti di pulau Maafushi.

10. Hostel macam tidak wujud disebabkan kerajaan Maldives mewajibkan cuma hotel sahaja yang boleh beroperasi di negara ini.

11. Ada juga pilihan yang murah di AirBnb, ataupun percuma di Couchsurfing. Tetapi hendak diberitahu disini adalah kedua-duanya adalah illegal. Anda mungkin mendapat masalah jika disoal siasat di kaunter immigration. Pandai-pandailah buat dummy hotel booking.

12. Ada pelbagai hotel/resort anda boleh pilih di online booking website. Anda kena tahu bagaimana hendak sampai ke lokasi hotel tersebut. Jika terdapat di sesebuah pulau, ada tak public ferry ke situ? Ada juga private resort mewah dan murah, tetapi pulau tersebut hanya dapat pergi dengan menggunakan pesawat air, yang harga perkhidmatan yang sangat mahal.

13. Hotel yang paling murah pernah jumpa dalam RM160, itupun tak termasuk tax dan sebagainya.

14. Tinggal di Maafushi adalah idea yang bagus. Semua tour disitu murah, hotel pun not bad.

15. Nak tinggal di luar kawasan pelancongan? Boleh cuba tinggal di Pulau Himmafushi



AKTIVITI

16. Kebanyakan join tour minimum participant adalah 2 orang. Jika anda travel berdua, adalah ideal, kalau berempat lagi ideal. Di Hulhumale,   jarang orang ambik tour dari sini.

17. Untuk private resort tour, better ambik di Maafushi, lebih murah dan lebih banyak peserta untuk sesebuat resort, senang untuk travel solo menyelit. Kalau dari Male atau Himmafushi, agak mahal atau jika murah pun, resort yang anda pilih mungkin takda orang lain yang join, maka trip tidak dapat dijalankan melainkan anda travel lebih dari 2 orang.

18. Jika anda travel berdua atau lebih, anda boleh memilih mana-mana resort trip. Setiap resort ada keistimewaan sendiri. Nasihat saya, boleh check instagram resort-resort tersebut, gambar yang orang tag. Kalau cantik dan best, pilihlah resort tersebut. ak tengok gambar Centara Ras Fushi dari aku? Tunggu next post.

19. Crab Race di Pulau Maafushi diadakan pada hari Sabtu, malam hari. Jika mahu menyertai, datang awal dan ambil tempat duduk. Aktiviti yang sangat rare.

20. Shadow Palm menawarkan tour lebih murah dari ICOM. Tapi anda boleh menyemak dan bandingkan harga bagi kedua-dua company ini. Boleh PM diorang di IG ataupun FB ataupun website diorang.

21. Perluke bawak duit sewaktu resort tour? Terpulang, mungkin anda perlukan duit untuk beli makanan extra, sebab cuma makanan tengahhari yang ditawarkan. Macam saya, tiada apa-apa perbelajaan pun di sini.

22. 2 tour activity yang aku rasa wajib adalah Full day Private resort tour (100USD) dan Half day snorkeling+sand bank picnic+dolphin watching (25USD)






PENGANGKUTAN

23. Harga taxi di Pulau Hulhumale dan Male adalah tetap, iaitu sebanyak 25MVR, dekat atau jauh. Hanya dua pulau ni je yang ada taxi.

24. Tiada teksi untuk ke airport Male dari Hulhumale, semua menggunakan private shuttle service yang berharga 10USD per pax.

25. Disebabkan di Male terdapat beberapa terminal ferry, take note bahawa untuk ke Maafushi, anda perlu ke Terminal Ferry Villingili.

26. Hari Jumaat public ferry ke Maafushi ditutup, maksudnya untuk tiket hari Khamis, hendaklah dibeli dengan lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan seperti aku alami.

27. Selain dari Public Ferry, anda boleh menggunakan Speedboat untuk ke Maafushi. Booking online dari ICOM, selain ICOM ada juga company lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Jika anda memang dah decide untuk menggunakan speedboat dari awal lagi, bolehla booking awal.


MAKAN

28. Buffet dinner yang murah di Pulau Maafushi adalah tempat yang berjauhan dengan hotel. Tapi takla jauh mana, jalan 7 minit. Jika kawasan hotel di hujung kiri, anda perlu ke hujung kanan. Tak ramai orang. Dan sila pergi dalam jam 6.30pm, untuk mengelakkan kehabisan makanan.

29. Tak semuanya halal di sesetengah Private resort disebabkan mereka menarik pelancong luar. Jadi berhati-hatilah. Bukan apa, aku jumpa makanan yang tidak halal semasa nak lunch kat private resort, boleh baca travelogue hari-4 aku. Tapi jika di pulau, Insyallah semuanya halal.


SHOPPING

30. Souvenier murah adalah di Pulau Maafushi, boleh tawar menawar dan banyak pilihan.



30 Tips Travel di Maldives Yang Perlu Anda Tahu Reviewed by Abang Fadli on 3:30 PM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.