21 September 2016

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-12 dan Ke-13

   No comments     
categories: 
  
Hari Ke-12

Today is our last day kat ulaanbaatar, our train ke zaamin uud pada jam 530 petang nanti. So weols bersiap dan berkemas awal kerana our check out time is at 11am. So we check out n left our backpack kat hostel then g pusjng2 city lagi. Actually xtau dah apa nak buat! Pusing city n lepak again kat cbtl just for killing time! Hahah.. Xtau dah nak g mana lagi area ulaanbaatar city ni. 

Lepas lepak cbtl, weols decided untuk having lunch, bekap kekononnya takut nanti lapar plak dalam train, makkumlah 14 jam dalam train. Hehee.. So weols having lunch kebab lagi today. Setel makan kebab kami terus balik ke hostel, otw balik i singgah jap kedai souvenir kot2 ada berkenan. Boleh abeskan sisa tugrik! Kekeke.. Pastu terua balik ke hostel. 

Dalam jam 330 pm, Kami ambil bag dan terus cari taxi untuk ke ulaanbaatar railway station. Walaupun train pada jam 530pm, kami decided untuk pergi awal n tunggu. Boleh je lepak2 kat cafe kat railway ni. Lagipun memang weols da xde pape nak dibuat. Hehee

Pukul 5 pm train sampai then kami pun naik. Kali ni kami x dapat 2nd class soft sleeper. Hanya berth biasa jer yang berharga 22850 tug. Tiada bilik, tiada langsir dan hanya katil open space. Hahaa... Adehlaaa...

So weols akan meneruskn perjalanan weols dalam keadaan begini untuk 15 jam! Nangess! Hahaaa

Hari Ke-13

Lebih kurang jam 730am kami sampi di zamiin uud. Capai backpack terus turun dari train, dan weols terus menapak ke arah bus station zamiin uud. Sampai station bas je terus naik. Kemudian pung pang pung pang dorang suh tukar bas naik bas yg lagi kurang orang dan lebih selesa. Yeayy... Bestnyaa.... Hahah! 

Bas mula bergerak, kejap2 berenti, kejap2 berenti. Macam biasalah, baru nak gerak berenti lagi. Ini baru nak melepasi immi mongolia, officer pun turun naik turun naik, iols sempat tidur lah dalam bus yang jaraknya ke border sekangkang iols sajor pun. 2 jam kemudian baru sampai kastam mongolia. Akhirnya.. Pheww.. Kat kastam mongolia backpack keechan kena geledah. Diminta officer tu cek satu persatu. Sampai lah dia duk belek 4 5 kali jugaklah. Aku jeling! Kuah rojak mak bee yer! Hahahaa... Ambik letak ambik letak ambik belek belek! Terliur letteww.. Baru dia tau penangan rojak mak bee. Wakakkaaa...

Lepas selesai kami pun naik bas balik. Alhamdulillah... Agak pantas urusan di immi mongolia ni. Now nak melepasi kastam dan immi china pulak. Duk dalam bas berenti2 masuk china punya team pulak. Naik sorang officer muda belek2, macam x puas hati belek2 lagi. Hahah. Pastu tengok weols penuh ghairah dia turun. Then naik sorang lagi, pun muda sebaya macam first officer tadi jugak. Satu batch la teww kat kolej! Wakaka... Belek2 weols punya passport tengok weols turun. Naik pulak yang ketiga, serupa itu jugaklah benda yang dibuatnya. Then dia tnya datang dari mana. Pakcik kat depan kitorang penuh yakin cakap weols ni dari vietnam! Wakakaa.. Hanjing pakcik tu! Feeling pandai tapi bodoh jugak yer! So syamil cakaplah weols semua dari malaysia. Officer tu pun... "Oooo...." Lalu turun. Nampak dorang duk pung pang pung pang kat bawah entah apa diboraknya pun iols x paham.
Akhirnya bas kami bergerak ke pemeriksaan kastam china pulak. Sesampai jer di kastam china, terus kami menuju ke laluan untuk scan bag bagai. Keechan dah laju kedepan. Terpisah dari weols. Iols yang kedua dan belakang iols misaki and syamil. Masa iols nak letak bag officer yang kat tepi nampak i pegang passport malaysia. Terus dia panggil iols sekali ngan backpack siap. Misaki pun ngikut belakang iols dan begitu jugalah syamil. Kami dibawa ke tepi bilik monitor cum pejabat dorang. Adalah officer pompuan sorang kat dalam tu. Then dari jauh jugak i tengok keechan jugak dibawa ke arah kami. Hahaa... Makanya weols berempat menunggu la penuh hiba kat tepi ni sambil pompuan officer tu buat apa ntah! Menunggu punya menunggu dah dekat 40min. Orang lain dah bersilih ganti datang dan pergi. Baru pompuan tu keluar nak setelkan hal weols. Laaa... Patutlah orang lain dah blah weols masih macam xtau apa yang berlaku lagi. Huhuhuu...

Officer pompuan tu keluar dengan membawa semua passport weols dan pergi ke mana entah. Katanya tunggu kejap sambil berlalu.. Nak buat verification bagai la gamaknya. Keechan dan misaki dah menyumpah! Lama bebenor! Masing2 dah letih menunggu. Dah la perut kelaparan uolss sebab malam tadi pun makan instant noodle vege jer kat dalam tren. Nasib gak weols ni terlintas beli noodle vegetarian kat state dept store untuk bekal kononnya. Kalo x lagilah meroyan memasing. Yang paling kuat meroyan selalunya iols lah. Hahaa... Tapi kali ni i xtau kenapa. Iols lah manusia penuh sabar dan siap boleh gelak lagi. Senyum2 santai rilex jer. Mungkin iols dah pasrah n redho. So iols just stop complaining and enjoy the ride! Hacamtuhhh!! Wakakaka... 

Kaki dah kebas duk menunggu tepi pejabat dorang ni. Iols mulalah buat tarian inang. Nak raver x pandai. Kekekekee.... 

Selang beberapa ketika, officer tu datang balik dan mula bertanya weols berbagai soalan. Penuh baik dan mesra jer officer ni. Cakap pun sopan jer. Mula2 ditanya yang keechan punya. Xbanyak sangat soalan. Sebab pasport baru isi muka keras and kat mana cop yang ada tu. Hahah! Lepas tu passport misaki, ditanya pulak segala cop yang ada didalam passport tu. Matilahh! Segala cop entrance ditanya dan dibeleknya uolss. Dah laa pompuan tu penuh cop segala alam negara dia pergi. Sempadan danok ngan bangkok lain cop pun ditanya. Ahahaa... Lama jugaklah nak nak abeskan segala negara yang ada dalam misaki punya passport tu. Memang paling lama dibeleknya passport misaki. Keechan dah stress. Duk nyumpah2 dalam bahasa melayu sambil senyum. 

"Bodolah ko kan pompuan, jadi officer jaga sempadan negara, nak sebut nama negara pun x tau!"
"Nasib aku x pandai cakap cina tau, kalo x lama dah aku membebel kat ko"

Pastu nyanyi lagu shila amzah! Wakakaaa.... Yang stress nak menjawab and nak terjemah adalah syamil. Ahahahaaa

Lepas tu kena turn iols pulaklah. Dah agak mudah lah kali ni sebab i punya visit x sebanyak misaki, dan jarak waktu pun agak berbeza. Cumanya sebab weols ni travel together so adalah cop yang sama macam australia, new zealand, thailand, indonesia, sabah bagai. Adoii... Abes segala mak nenek cop didalam passport weols di soal. Syamil lah yang naya. "Kenapa malaysia xde cop?" 

"Kami pakai thumbprint lah!"
"Kenapa sabah ada cop?"
"Kenapa sarawak ada cop?"
"Sabah sarawak tu kat mana?"

Segala negara dia nak kena terjemah ke dalam bahasa dan sebutan cina. Tabah, talawak, Atololia, nulilen, piyen, etelambul, inoletia, tinapula, talilan tamplon! Wakakakaa... Ok! Iols exagerate, x ingat pun sebutan syamil camana ngan pompuan tu. Tapi gitulah lebih kurang! Wakakakaaa... 

Nasib baiklah syamil punya pasport adalah passport baru. Passport lamanya dah abes, Kalo tidak jenuhlah si syamil nak kena explain nama seluruh negara dalam dunia yang fana ni. Wakakaka... Kalo sebut US dan London tu common dan mudahlah! Tapi, kalo Dhaka nak sebut apa? Qatar nak sebut apa? Dubai nak sebut apa? Moscow nak sebut apa? Norway nak sebut apa? Finland apa pulak? Germany pulak apa? Ahahahaaa.... 

Dan nasib baik sungguh sebab syamil ada. Mudahlah untuk kami nak berpengantara cina. Oleh sebab syamil ni fluent bahasa cina, officer pompuan ni wonder pulak kenapa syamil je yang fasih. Weols x fasih. Wakaka.. So syamil jawab weols ada language skills memasing. Wakakaa... Misaki pandai bahasa france, aku pandai arab, keechan pandai korea, selain bahasa ibunda. Wakakaka... Sedap ko propah kan mell?? Padahal aku bahasa arab spm dulu xde dalam sijil tau. Failed! Orang belajar aku fefeling pergi berpersatuan. Padahal aku monteng! Wakakkaaa

Lepas selesai bab tanya passport negara, dah macam main kuiz dimana joe jambul. Ada sorang lower officer lah kot cakap bas nak blah dan tinggalkan weols. Pompuan tu pun penuh baiknya cakap, 'xpe, saya g cakap sendiri ngan driver bas tu.' Gitulah syamil interpret kat weolss! Wakakakaa.... So mereka tinggalkan weols lagi. Kami sengih jelah mampu. Hahaaa.. Stress makk!! 

Sekembalinya officer pompuan tu, dia masuk dalam dan ambil kami punya departure and arrival card, pastu diarahkan kepada weols untuk menulis alamat. Misaki membebel, "kan dalam visa application kan ada, ko g jelah tekan korang punya sistem dan appear lh segala mak nenek details kami. Jadahnya ko mintak lagi! Buat visa kemain nak kena isi beria, dah lah bayar mahal! Dah lah ##*%+#*#^#% " pot pet pot pet bising sensorang, tukang sampuk mengiyakan si keechan. Syamil senyum penuh sabar, iols rilex buat pekak! Dengar lagu Adele lagi bagus! Feeling lah jugak! Ahahahaaa... 

Siap tulis segala kehendak, kami kembalikan kertas tu dan officer pompuan tu masuk. Kami menunggu lagi. Aiyohh!! Dah la dalam bas tadi dah 2 jam nak nunggu sampai sini. Now dah sejam lebih duk stuck kat sini. Silakatoii! Wakakaa.. Iols ni dah bosan bosan so iols kuarkan phone iols dan nak nulis update kisah "trip chapter: diva goes wild" ni lah kononnya.. Misaki, syamil and keechan cepat2 nganjing kat iolss... 

"Haa...siap!! Taa dah nak start menulis dah tu, mak tazabar nak baca apa lah yang uols akn sumpah seranah nanti taa"

"Aiyoh taaa, sabar taa sabar, tulis lite2 jer taa.. Jangan marah2! Nanti stress orang nak baca!" 

"Tulis jer ta, ko tulis jer, ko tulis jer keechan mencarot sambil nyanyi lagu shila amzah." Wakakakaaa... 

"Janganlah kacau iols weyh!" Ahahaa... "Hilang idea mak nak nulis" ahahaa.... Last2 aku sumbat balik phone aku then sambut joget inang. Hahaaa

Kemudian pintu pejabat dibuka, maka si keechan yang duk depan pintu nampaklah bas dah tinggalkan kami. Hanjenggg!! Terbang 50yuan sorang! Hadoii... So officer tu cakap ngan syamil then tunjuk kat iols. Apakah? I angkat kening..

"Wan, u masuk, dia mintak u masuk untuk ambil gambar. Makanya sambunglah mencarut weolss. Then lepas iols masuklah misaki dan sorang2 sampai kesemuanya selesai.

Selepas 2 jam kami tersadai kat situ, bas pun dah tinggalkan kami, akhirnya urusan kami ngan kastam dan immigresen pun selesai. (*maaflah.. Aku ni always bimbo xtau mana satu immi dan mana sayu kastam, so mohonlah korang paham sendiri! Wakakkaaa)

Officer pompuan tu mintak maaf sebab lambat nak setelkan, katanya dia pun x biasa, tp now gomen china baru start ketatkan entrance area erlian ni untuk pelancong. Especially untuk mereka yang jenis banyak keluar masuk ke mana2 negara. Aiyohh.. Maknanya untuk frequent travellers, Korang siap! Hahaaa... 

Then officer tu pun panggil la sorang lagi lower officer la kot, untuk bawak weols lepasi pemeriksaan dan cop. Then ada jugak sorang officer untuk bawak weols keluar. Makanya disini kami dah boleh cut queue masa pemeriksaan passport. Keechan dipanggil first dan melepasi immigresen dengan jayanya. Jejari, tapak dan pergelangan tangan keechan diraba oleh officer lain yang berdiri menjaga garisan situ. Lepas keechan iols pulak, pun kena raba jugak, dan begitu jugaklah syamil. Susah taww jadik santek nih. Selalu kena raba. Wakakakaaa.....

Misaki masih dibelakang kerana passport dia masih dalam urusan ofiicer pompuan tu. So mencarutlah misaki sebab dia masih x berjaya dilepaskan dan weols tinggalkan dia. So keechan yang dah berjaya melepasi dengan leganya pergi menghembus rokok. Tu jer sebenarnya pompuan tu nak. Nak hisap rokok! Hilanglah stress! Hahahaaa... Masa dah abes sebatang rokok tu misaki berjay keluar dengan jayanya dan penuh santek. Libas rambut then ketwok! Hahaaa.... So lepaslah weols punya hazab berjam2 nak melepasi sempadan negara china. Heheheee

Ingatkan dorang nak anta weols sampi erlian town, rupanya dicari driver bas untuk hantar kami sampi erlian town. Sorang sorang ditanya, last2 officer tu bawak kami ke jeep rusia klasik tu. Masa nak sampai ke area ulat jeep rusia tu, semua ulat pakat lari, takut lettew tengok diva2 ketwok dengan abam uniform, maka tinggallah sebijik jer yang mungkin hatinya sedikit kering.. Wakakakaa... Makanya disuruhnya ulat tersebut hantar weols. Passport driver tersebut diperiksa san dicatat oleh pegawai tersebut. Naiklah weols ke dalam jeep tersebut dan kena bayar lagi 100yuan! Hahaa... Hanjeng!! Matilahhh!! 

Sesampai weols kat station bus erlian, kami terus masuk dan beli tiket. Sleeper bus berharga 220yuan. Sleeper bus paling lambat ialah 430pm. Weols beli tiket tersebut kerana weols mahu sampai lambat sikit ke beijing. Kami booked happy dragon courtyard hostel hanya untuk keesokannya. 

Lepas siap membeli tiket, weols yang dah masing2 kebulur ni pun mula mencari idea dimana nak makan. Kekonon nampak ada rupa kolonel sanders kat luar tepi station. Makanya besarlah harapan dengan konsep "kfc pun kfc lah! Janji ada solid food!" 

Then weols pun menapaklah ke arah restoren kaler merah berwajah kolonel sanders itteww.. Sesampi jer kat situ syamil pun cakap! 

"Eh jap jap! Dia pun baca la patah demi patah perkataan cina tu, kedai air dan kacang makan .. Kedai..."

Rupanya ni bukan restoran kfc, kedai jual air dan tofu uolsss!! Wakakakaa... Makanya dengan langkah lemah longlai dan gemalai weols menapak balik ke arah terminal. Panjang leher weols duk ngintai kot jumpa restoran yang berkenan dihati. Pun yillek!! Last2 keechan masuk kedai runcit. Iols nampak van buah duk meniaga, iols beli buah epal 4 5 bijik, then masuk gak kedai runcit, memasing belilah roti n biskut dan minuman. Lets makan! Epal cicah kuah rojak mak bee pun sangat nikmat yerr! Hahaaa... Oleh sebab masa menunggu masih ada lebih dari 2 jam, kami pun mainlah uno dengan gelak ketawa. Hahaaa

Akhirnya pada jam 430 petang, kami pun naik sleeping bas menuju ke beijing. Panas membahang masa mula2 masuk bas. Enjin x start kekdahnya so aircond x bukaklah. Hahah... Sleeping bus ni ingatkan agak besar bednya.. Rupanya kecil yaa... Korang bayangkan sebiji bas tu sebaris 3 biji katil dua tingkat dorang buat. Ingatkan dua biji katil je setiap baris. Aiyohh... Maka bertabahlah weols duk dalam sleeping bas sempit ni. Hahah.... Duk dalam bas makan tido makan tido baring, pada jam 4 pagi sampai lah weols ke beijing city. 

Weols akan stay lagi di beijing ni lebih kurang 5 hari untuk explore few tourist attractions kat beijing ni. Diva goes wild chapter weols ni akan tamat pada 7 september nanti. Tapi iols malas dah nak buat coretan. Nak iti beijing mohonlah cari sendirik bersepah kat gugel. So anda godeklah dan buatlah inti anda sesedap rasa. Pasti sedap! Kbai... Hikhikhikkk!!
Sekian!

Tamat~
Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.

20 September 2016

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-11

   No comments     
categories: 
Kami bangun awal siapkan diri breakfast bagai. Lebih kurang jam 9 weols siap menunggu undram dan driver pikap weols kat hostel. Jam 930 am jugaklah weols mul bergerak ke terelj national park. Day trip sajor! 


Untuk dah trip ke terelj national park ni kami ambil pakej dari go traveler's point dengan undram tu lah. Weols dapat harga 180,000tug for one day trip which is untuk melawat terelj national park include petrol n upah driver. Weols putuskan untuk ambil day trip dan tidak pergi sendiri coz weols xnak merisikokan waktu pulang esoknya. Kami risau if pakai local bus, waktu x tetap dan kami perlu tidur disana, jika balik keesokan hari, tren pulang weols ke zaamin uud pulak jam 5pm. Kang terlepas mampos! So disini kami putuskan untuk ambil day trip demi keselamatan ummah! Wakakakaa

Sepanjang perjalanan, weols melalui kawasan yang pemandangan menghijau dan cantik. Iols memang suka the whole view sepanjang nak sampai ke terelj national park ni. Weols sampai di terelj national park dalam pukul 1045am camtu. Menurut pembaxaan weols nak masuk terelj national park kena bayar entrace fee 3000tug/head, tapi xde plak lah weols naknkena bayar. Yang kena bayar ala2 tom sajor, tu pun 1000tug sajor dan dibayar oleh driver weols. 

First attraction weols pergi adalah turtle rock. Dari jauh memang dah nampak dah turtle rock. X ramai pun tourists yang ada waktu wells sampai. Ada lah 2 biji kereta. Sesudah park kereta, wells terus melangkah then start hiking batu2 yang tersusun cantik. Hiking batu kat sini mudah sajor, x sampai 15 min kami dah sampai kat tengah2. Panjat batu memang sampai situ jer, x boleh nan naik atas lagi except kalo uols expert nak rock climbing, then weols mula melihat view kat bawah. Cantik sungguh! Sangat mendamaikan! Suka tengok ger2 berserakan di bawah dan binatang peliharan duk bersidai memagut rumput! Haa... Gitteww!! Abes weols lepaskan lelah (kononnya), weols pun terus feeling snap gambar dan penuh semangat mengibarkn bendera! Hahah.. Tapi sebab weols ni masih pagi lagi, kawasan batu tempat weols rehat ni masih terlindung dari matahari. So nampak view jelah cantik, weols yang duk posing penuh vogue bersama bendera ni hanyalah nampak silhouette jer. Hahaaa... 

Lepas puas duk nengok view n pose kat atas batu, weols pun mula turun ke bawab n nak amek whole view of turtle rock! Baru lah nampak figure turtle tu kan! Hikhikk... Masa ni cuaca dah agak mula membahang yer walaupun berangin sejuk, tapi weols gigih feeling amek gambar merdeka n buat video. 

Habes duk pose sana sini kat turtle rock tu, weols pun mula gerak ke kawasan local untuk aktiviti horse riding. Sebelum membuat horse riding, weols dihidangkan oleh owner horse tu local milk tea dan jugak kuih tempatan. Kuihnya macam kita punya roti keramat/cakoi and ada jugak rasa seperti vadey. Local milk tea dorang x rasa manis, tapi rasa but salty and creamy. Sedap la jugak! HeheeHeheee.. 

Weols ambil horse riding hanya untuk sejam sahaja. Kosnya adalah 10,000tug/pax/hour, dan upah guide jugak 10,000tug. Makanya weols pun berseronoklah penuh feeling duk naik kuda sambil lyan view penuh damai dan cantik disana. Seriously memang view sini cantik! Iols strongly suggest uols kalo datang terelj national park ni datanglah tidur semalam. Mesti syiok dan best untuk explore nature area2 perkampungan sini. Rasanya harga ger sini jugak standard dimana2 jer kot. Tapi x la pulak iols tanya. Hehee

Selepas sejam melihat keindahan alm sambil menaiki kuda. Weols pun pulanglah! Dalam perjalanan pulang weols singgah tepi sungai yang pun sama cantik viewnya.. Xtau la plak apa nama sungai ni. Kekonon weols singgah unyuk picnic lunch. Actually xde la nak kunch sangat and weols pun didnt prepared much for our lunch food. Ada leftover bubur nasi n misaki also tapau sandwich. So itu jelah yang weols makan pun. Sambil tu duk borak2 ngan abam driver ni dalam bahasa korea mix english! Hahah! 

Abam driver ni actually abang kepda undram yang tempt kami kutip info. Abangnya tidak fasih english but he studied hanggul, and belajar kat korea dulu katanya. So he fluently speak korean langguage lah. Pasal dia duk mixed ngan hanggul tu sebabnya si keechan ni boleh sikit2 speaking korea. Itu tetiba abam ni terus jadi confident and friendly nak cakap and borak ngan weols. Sebelum tu dia banyak diam jer. Hehehee

Lepas lepak kat area sungai tu hampir sejam. Weols pun bertolak balik ke hostel. Weols sampai hostel tepat pukul 4 petang. Rest then kemudian masak untuk heavy lunch+dinner. Masak vegeterian spaggeti then plannya akan keluar ke zaisan memorial park untuk nengok sunset. 

Lebih kurang 630 perang weols keluar hostel then menunggu bus no 55 berdekatan dengan kfc depan hostel. Bayar 500tug then setengah jam kemudian kami sampailah dekat area bawah zaisan memorial park tu. Mengikut undram nak naik ke atas ada 600 anak tangga! Aiyoh.. So syamil x nak naik, dia nak lepak kat kfc kat bawah jer, sunset pun lambat lagi iaitu around 830pm, so kami pun lepak santai jap kat kfc tu sambil beli aiskrim. Jam 730pm baru weols bertiga start naik tinggalkan syamil kat bawah. Kami naik dari jalan belakang dan x banyak tangga. Rupanya xde la susah mana nak hiking. Dalam 15min dah sampai ke puncak memorial. Heheh! 

Weols pun bersantai la kat atas tu sambil melihat keseluruhan bandar ulaanbaatar dari atas. Agak besar kelihatannya, mungkin kerana bandar ni terbina dari tanah mendatar dan x banyak pokok besar dan tinggi, so boleh melihat sampai nun di kejauhan. Sunset view kat sini agak cantik, weols menikmati sunset sambil borak2 kosong dan mengarut hal2 masing2. Hikhikk

Lebih kurang jam 9 malam, hari dah mula menggelap. Weols decide untuk turun sebab kami risau nanti karang dah gelap betul kang x nampak pulak jalan nak turun. Heheee... Sampi kat bawah then masuk kfc tempat syamil duduk, kemudian kami pun balik ke hostel.

Bersambung...


Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.

19 September 2016

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-10

   No comments     
categories: 
Today hari weols rest and santai2 lagi. 

Kami sampai di dragon terminal bus station dari moron tepat jam 6 pagi. Turun dari bas, capai backpack then kami masuk dalam station untuk menunggu siang. Konsepnya kami akan naik bus ke railway station untuk beli tiket dulu. Then cari breakfast, barulah check in ke hostel. Early check in hostel pun pada pukul 11am. 

So kami pun bersantai-santai, sambil duk bersantai tu keluar jelah sengsara dan sakit hati weols sepanjang dalam bas. Hahaa.. 

 

A ger house
Kesahnya ada budak 3 orang depan seat misaki n keechan berumur around 7-9 tahun tidak beremak tidak berbapa agaknya.. Sebab mcm dorang independent, xde guardian. So weols pun xtau anak sapa. Korang bayangkanlah dorang duk dalam bas tu bagai kera mendapat bunga je gayanya. Kehulu kehilir duk main dalam bus. Tolak kerusi jatuh. Tengok kami macam tengok alien. Gitu jugaklah dorang tengok kat tourists lain. Tapi tourisnya dalam bus th ada la kot 7 orang termasuk kami. Heheh! Gelak kuat2 bagai. Sungguhlah menyakitkan hati betul akan kebisingan bebudak tu. 

Rupanya si misaki dah bebel kat bebudak tu sebab main dia punya ekon. Si keechan pulak i memang ada dengar duk cakap seat properly, seat properly! Hahah... Pastu ditolaknya kerusi budak tu kasi asal. Tapi bukan budak tu paham. Aku punya sakit hati aku buat2 tersepak kaki dorang! Sambil aku buat2 tido! Hahaaa..

Beli tiket keretapi

Tapi berjaya jugaklah sampai ke ulaanbaatar ni. Lepas abes santai2, dalam 730am weols semua keluar dari terminal n menapak ke bus stop untuk gerak ke railway station. Kami naik bus kemudian berhenti pada station terdekat kemudian berjalan lebih kurang 20min. 

Sesampai di railway station, kami mencari kaunter yang tiket. Kaunter tiket terletak di bangunan bersebelahan dengan bangunan utama railway station. Kami masuk sana dan berbincang harga dan destinasi di kaunter information. Paling jimat semamangnya seperti yang route kami sebelum ini. Ulaanbaatar - zaamin uud - erlian - beijing. Malangnya kami punya seat train untuk 4 berth 2nd class hard sleeper sudah abes. Nak x nak kami beli jelah ap yang available. Harganya murah sedikit berbanding bajet asal kami iaitu 22,850tug berbanding bajet asal 35,000tug. 

 Naraan tuul black market

Selepas membeli tiket, weols pun mencari penyelesaian untuk balik ke hostel. Base on google maps apps, hanyalah setengah jam sahaja dengan berjalan kaki. Makanya weols memutuskan untuk berjalan kaki sahaja ke modern mongol hostel. 

Sebelum sampi di modern mongol hostel, kami singgah di kfc yang berada di belakang modern mongol **sebenarnya modern mongol ini terletak di belakang kfc, sebab kfc menghadap jalan utama. Kfc ni appear dalam zabihah apps sebagai halal resto tetapi setakat mana validitynya iols pun x tau lah. 

Kami sampai di modern mongol tepat pukul 11am, then mandi dan rehat. Today is our rest day lah. So santai2 saja kat hostel. 

Dalam 130pm weols kuar lagi menghantar pakaian untuk laundry. Banyak betul pakaian weols kali ni. Termasuklah seluar aladdin iols yang terkena tahi kuda kat khuvsgul lake! Wakakakaa

Jika uols datang ke ulaanbaatar dan memerlukan laundry. Iols highly recommended pergi ke laundry ni. Harganya sangat murah kerana 10,000tug sahaja sebakul. **aku lupa aku dah citer ke belum pasal laundry ni. Nak belek nota kisah aku balik ni malas dah! Sebab aku tengok aku pun pening! Hahaaa...
Laundry ni betul2 terletak di belakang state deprtment store. Uols jumpa department store tu uols akan jumpa lah kedai laundry auntie ni kat taman. Hahah!

 
A sweet mongolian girl
 
Lepas g sana, weols cari farmasi jap untuk beli lip balm untuk i ngan syamil sebab mulut weols ni dah berkudis dah! Hahaa.. Mulut becok i nih kalo datang tempat sejuk memang gitulah kejadiannya. Pegi korea berkudis, pergi sydney berkudis, pergi nz ke melbourne ke hong kong ke china ke stakat ni memang berkudis sebab sejuk. Cuma teruk x teruk jer! Paling teruk masa ke korea lah sebab masa tu memang winter bersalji bebetul! Sampai kena keji kat sham tpg jantan puaka tu lah! Hahahh

Dah dapat lipbalm tu mami tetap gigih pusing peace avenue tu cari souvenir shop kononnya, cari magnet fridge je pun. Wakaka.... Sampi lah ke info centre kat tempat undram lagi. Hahah.. Then kali ni tnya n amek tour hntuk terelj. Plan asalnya nak tido terelj tapi nampak gayanya x kesampaian sebab masa dah suntuk. Bajet pun dah krik krik krik. So amek day trip jelah! Hahaaa

Lepas tu kami singgah post office untuk dropkan post card then balik ke hostel. Hari pun nampak nak hujan. Nak ambil laundry pun lambat lagi. 

Lebih kurang dalam 630 petang kami keluar lagi ambil laundry then singgah minum kat cbtl ulaanbaatar! Heheh.. Dimana sahaja cbtl lah uols selalu lepak! 

Setel semua weols pun balik hostel balik. Majn masak2, online then tido! Heheoe.


Bersambung...


Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.

18 September 2016

7 Cabaran Travel ke Maldives Secara Solo

   2 comments     
categories: 

Maldives adalah sebuah negara yang tidak asing lagi kerana telah menduduki carta untuk pulau dan pantai tercantik di dunia. Mungkin boleh dikatakan rata-rata kita berimpian untuk melawat negara yang mempunyai 100 peratus penduduk Muslim ini. Ada juga yang menanamkan rancangan untuk berbulan madu disini.

Industri pelancongan adalah merupakan sumber ekonomi yang utama di negara ini yang sebelum ini adalah dimonopolikan oleh industri perikanan. Disebabkan kepesatan industri pelancongan di negara ini, boleh dikatakan kembara di negara ini adalah senang dan "D-I-Y" adalah tidak mustahil dan tidak keterlaluan dikatakan di hujung jari.. Tidak usahlah menempah pakej pelancongan  yang berlipat kali ganda harganya walaupun pakej tersebut menawarkan harga "Backpackers" (katanya lah!).

Untuk maklumat semua, setibanya aku di Maldives ini, sememangnya aku tidak mempunyai itinerary. Ya, benar! Cuma tempahan bilik hotel telah dibuat. Anda sudah tahu tips & trick menempah hotel secara online? Baca sini.

Persoalannya sekarang sesuaikah Maldives untuk Solo "Traveler"?. Jawapannya adalah YA!

Aku akan menjawabnya dengan pengalaman aku sendiri. Aku telah "travel" ke Maldives pada 6-10 September 2016 secara solo tanpa perancangan yang rapi sehinggakan masa perjalanan untuk ke Maldives itu pun aku tidak tahu (sewaktu naik kapal terbang). 

Lokasi: Centara Ras Fushi Resort & Spa Maldives
1. Pertama sekali cabaran adalah dari segi kos penginapan. Di Maldives, tidak wujudnya hostel seperti d negara-negara lain yang menawarkan bilik asrama (dorm). Oleh itu, solo traveler terpaksa menyewa bilik hotel 2 orang. Jika anda travel berdua, mungkin anda boleh membahagikan kos penginapan. Bilik hotel yang paling murah adalah dari RM100 termasuklah sarapan pagi. Untuk pengetahuan anda, tax kerajaan serta servis adalah sekitar 25% (jangan terkejut!). Jadi untuk bilik RM100, anda perlu membayar RM125 termasuklah tax. Jika anda bertanyakan harga, jangan lupa menanyakan harga selepas tax kerana mereka mungkin akan memberi harga sebelum tax yang boleh membuatkan anda keliru.

2. Cabaran seterusnya adalah di kaunter imigresen masuk ke negara Maldives di lapangan terbang. Jika anda travel berkumpulan atau berpasangan, anda mungkin akan melepasi kaunter imigresen tanpa seberang pertanyaan. Semua orang di hadapan aku melepasi kaunter imigresen dengan mudah sekali. Setibanya aku di kaunter, pertanyaan pertama adalah "Alone?". Terus diminta flight tiket balik dan hotel booking reservation. Jadi oleh itu, cetakkan siap-siap flight booking dan hotel reservation anda. Walaupun di passport anda mempunyai banyak cop negara lain (membuktikan anda seorang frequent traveler dan tiada masalah), mereka langsung tidak membelekkan passport anda sebelum memeriksa maklumat-maklumat yang aku nyatakan. Bagi yang tidak mencetak apa-apa tiket atau reservation, boleh tunjukkan softcopy booking anda di telefon bimbit anda. Pastikan anda mempunyai bateri yang secukupnya.

3. Setibanya di hotel, anda akan dihidangkan dengan welcome juice. Rata-rata semua hotel disini mempunyai servis yang sama, mereka sangat menghargai pelanggan mereka. Kenapa aku masukkan di dalam cabaran adalah kerana mereka akan menyediakan 2 gelas welcome juice. Dalam anda minum, terus dia tanya, mana isteri awak, atau mana seorang lagi tak masuk ke? Ada sekali aku bagitau yang aku travel seorang, terus diambilnya welcome juice yang satu lagi dan disimpan. Ko rasa? Terus ko menangis di tepian longkang mengenang nasib diri.

4. Awkward candle light dinner. Di pulau Mafushi, kebanyakan hotel disitu menawarkan makan malam secara buffet di tepi pantai di mana di meja akan di letakkan lilin. Keadaan disitu agak romantik dan anda selalu berimiginasi alangkah indahnyaa jika aku membawa orang yang tersayang disini sambil melihat senyumannya di sebalik cahaya lilin. Gitu!. Untuk pengetahuan semua, candle light buffet dinner ini cuma berharga 10usd sahaja. Sudah tentulah anda tidak akan menolak tawaran ini. Jadi terpaksalah anda makan candle light secara solo. Setiap yang lalu mesti akan melihat anda dengan pandangan yang penuh misteri. Betapa sedihnya budak itu, kata hati mereka. Gituh... tapi untuk aku, nasiblah aku sudah biasa dengan situasi ini. Bagi yang baru-baru sahaja berjinak mengembara solo, nak pesan hati kena kering dan bertabahlah.

Lokasi: Centara Ras Fushi Resort & Spa Maldives
5. Cabaran seterusnya adalah daily tour. Kebanyakan tour adalah disertai oleh pasangan-pasangan yang baru berkahwin dan sedang berbulan madu. Bayangkan semua berpasangan, kau sorang jer solo?.. tapi bak kata aku hati kena kering. Terdapat sekali aku menjawab soalan orang lain kerana terlampau kerap soalan "kenapa sorang jer". Jawapan aku adalah berdasarkan filem Bollywood "QUEEN". Aku memberitahu adalah minggu lepas adalah hari perkahwinan aku, tetapi semasa majlis berlangsung, pengantin perempuan tidak muncul dan telah lari (ala-ala Runaway Bride) dan akhirnya perkahwinan aku terbatal. Jadi aku telah tempah percutian honeymoon di Maldives dan pembayaran telah dibuat dan tidak boleh dibatalkan, untuk tidak rugi dan menenangkan diri, aku teruskan kehidupan dan pergi ke Maldives. Gituh, ko mampu? terus pasangan masing-masing tengok sama sendiri dan berpeluk erat dan bersimpati dengan kisah tragis aku... hahahaha... berkesan kan!

6. Daily tour sekali lagi menjadi cabaran untuk daily tour adalah kerana semua tour paling minima adalah 2 orang. Jadi bila ko sorang, terus ko tak kena layan. Macam aku di Hulhumale, aku tinggalkan pesanan kepada syarikat tour disitu, jika ada kumpulan atau pasangan yang mendaftar tour, bolehlah hubungi aku, jadi aku bolehlah "squeeze" in the tour. Pada hari pertama, aku "squeeze" dalam Cruise tour di Hulhumale dengan sekumpulan doktor dari India. Mereka berlima adalah rakan dan ada juga parents diorang. Jadi aku seorang yang asing disitu. Tapi, you know me, I can survive in this situation, asalkan kita ringan mulut, penuh dengan cerita hidup yang menarik untuk dikongsi, rendah diri, Insyaallah survive! Ko juga tidak dapat memilih tour sendiri berdasarkan pilihan yang ko nak.

7. Watersport.Yes, cabaran nya apabila ko nak main watersport tapi kebanyakannya adalah untuk 2 orang. Ko nak try boleh, bayar untuk 2 orang lah!. Kayak untuk 2 orang. Paddle boat untuk 2 orang tapi ko gigih kayuh sorang-sorang sampai "krem" kaki ko, ko rasa?.. lol.... tapi ada jer watersport yang boleh dimainkan untuk solo, standing board, jetski dan lain-lain. But more expensive.

Lokasi: Pulau Maafushi

Itulah cabaran-cabaran di anda travel secara solo di Maldives berdasarkan pengalaman aku sendiri. Tetapi bagi pendapat aku, semuanya adalah cabaran yang biasa-biasa sahaja. Setelah melihat keindahan pulau Maldives, semua berbaloi. Yang sebenarnya, sebanyak mana cabaran pun, kenangan manis pun melambak!

Nantikan post berkaitan tips, trick, budget dan itinerary di post-post yang seterusnya! Jangan lupa untuk FOLLOW IG @mytravellicious untuk gambar-gambar yang LETOP yer!

Anda pernah ke Maldives secara solo? Apakah cabaran yang anda alami?

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-9

   No comments     
categories: 
Hari ni kami x buat apa sangat. Hari ni adalah hari perjalanan balik ke ulaan baatar. Kami goolged internet tiket bas dari moron ke ub ada pada 8am, 1pm, dan 5pm. So kami pun sedia untuk berkemas. Makan jelah nasi brahim yang last tinggal 2 pek. Boleh lah kongsi 4 orang buat alas perut.

Sambil kami duk bersiap datang sorang abang ni ngan jeep dia. Offer rm100,000tug sampai moron. Kami penuh kekwatnya rejek! Wakaka.. Gila apa! Kami dapat 12,000tug kot utk 4 orang. So pergilah abang tu dgn kecewanya. Ceeewahh! Hahaha.. 

Mencari arah ke railway station — in Ulaanbaatar, Mongolia.

Lepas siap breakfast kami duk berkemas, pakcik semalam tu datang lagi ngan sorang lagi kawan dia lah kot. Offer lagi hatgal, moron hatgal pung pang pung pang ayam unta kuda. Katanya dia bawak jeep ke moron. Katanya pukul 11 am dia datang. Kami ni pukul 10am dah siap berkemas. Makanya berdiri lah kami keliling unggun api sampai pukul 11 nunggu pak cik tu. Tunggu pkul 11 x sampai jugak kami mula melangkah meninggalkan tapak khemah dan menapak pelan2 keluar. Sampai je ke tempat perkhemahan kami yang kena denda tu, kami rehat kejap! Wakkakaa.. Imbas memori kekdahnya kat situ. Sedang rehat tu sampi lh pakcik tu ngan jeep buruk dia dan sorang lagi. Eh! Sgt jadahnya lah dorang ni, aku pun x paham! Asyik suruh kami duk berempat berhimpit kat belakang. Dah lah laluan teruk. Kebas lagilah bontot, sakit pjnggang lagilah jawabnya. Hahaa.. Nak x nak naim jelah tapi katanya dampi hatgal saja. 40,000tug. Jadah x? Hahaa... Mana janjimu pakcik 12,000 tug sampi moron? Ramalanku benar belaka! Hahaaa..

So nak x nak kami pun naiklah. Gedegung gedegang 40 min sampai la hatgal, otw nak ke hatgal tu pun ada hati pkcik tu nak amek lagi 2 tourist mat saleh naik jeep dia, sambil nak tunjuk2 bumbung. Jadahnyaaalah!! Menjerit lah misaki said nooooooo!!! Hahaaa...

 Tempat beli tiket tren international or local! — in Ulaanbaatar, Mongolia.

Sesampai hatgal, dia berenti suh kami turun kat tengah rumah orang mana ntah. Weols insist! Kami cakap hantar sampai mainroad. Misaki cakap mainroad, mainroad, mainroad berapa juta kali entah. Bukan dia pham pun. Aku pusing knan gelak. Gelak putus asa n bengang! Haish! Tetiba rindu malaysia!! Selamat hari merdeka malaysia! Hahah

Nak x nak sebab weols belum bayar, pakcik tu pun hantar lah kami ke mainroad. Lah! X jauh pun, adalah 2 minit dia drive sampai la jalan besar! So kami suruh dia stop di petrol station sebelah laluan dia tu. Dia stop kat bebetul area pump minyak. Dah ko kenapa pakcik?? Minyak mcm banyak je lagi tu. 

Kami pun turun lah kat situ. Amek backpack dan mula melangkah. Syamil kt belakang rupanya tengah duk deal ngan kakak kat petrol station tu yang katanya nak g moron. So weols patah balik ke arah syamil. As usual memang dorang amek harga 20,000tug. Mintak kurang ke 10,000tug. Sambil duk deal2 harga tu, pakcik yang bawak kami dari dalam ke hatgal tu duk asyik mencelah je dalam bahasa dia. Duk cakap2 sambil tunjuk diri sendiri. Ko bebel apa syaiTonn?? Iols dah mula nak meroyan. 

Dalam pada tu jugak tetiba berhenti lagi satu land cruiser tepi jalan dan kuarlah sorang pakcik yang cool n remaja lelaki comel. Datang kerumun kami jugak. Syamil dengan senyum manisnya dan tenangnya masib duk deal harga. Pakcik tadi tetap jugak mencelah menyibuk tunjuk dia sambil duk bercakap. Makkkk stressss!! 

 Made in mongolia!! — in Ulaanbaatar, Mongolia.

Aku pandang pakcik tu, tunjuk dia suruh diam! Pastu aku plak membebel kat dia! Aku suh dia diam dan pergi dari situ dan jangan menyampuk. Weols dah bayar dia dan pelis blah! Kami tengah deal ngan pompuan ni dan tolong jangan menyampuk! Xyah nak offer hantar sampai moron lagi! Kita dah deal dari semalam lagi kot nak ke moron. Ko iya, iya, last ke katgal sini jugak ko hantar! Dah la keta ko buruk berdebu dan sempit! Dan kami dah nyamph ngan janji ko yang ntah pape ntah! Dah la pasang radio macam kat kelab! Choiii!! 

Tetiba pakcik yang cool tu pun cakap ok 15,000tug ke moron. Dan rupanya adik remaja comel tu boleh berbahasa inggeris. Alhamdulillah... 

-pendekkan drama- 

Kami terus blah ngan land cruiser pakcik tu, sebelum gerak tu adik tu rupnya x erak sekali, tapi dia sempt cakap pakcik ni sebenanrnya nak ke ulaan baatar. So kami duk bincang2 dan pikir last2 kami decide hantar je kami ke bus station moron. 

Sesampai di bus station moron, weols terus ke kaunter tiket dan beli. Rupanya tiket ke moron ada pada jam 8am, 3pm everyday. Harganya 32,200tug Kata kakak kaunter ikut pemahaman bahasa ayam itik kamilah! Huhuhuu.. So pukul 3 kami naik bas. As usual bas bergerak pada jam 3.55pm. Moga selamatlah kami mengharungi perjalanan lagi 15jam ni. Aminnn

Bersambung...


Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.

17 September 2016

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-8

   No comments     
categories: 

Awal2 pagi weols seme dah bangun, buat apa yang patut then weols pakat duk depan khemah enjoy the sun rising! Sambil duk enjoy the sunrise tu mulalah kami snap photos, pastu iols pun mulalah feeling2 salam perantauan gituh! Padahal baru berapa hari je duk sini. Demi kekawan katanya.. Wakakaka...

Lepas siap duk feeling memasing. Iols pun start menyambung tugasan masak breakfast yang mana wells merebus air untuk masak mee tomyam chef! Hahaa... Everyday instant noodles uolss!! Sangkak! Tapi tetap feeling vogue okey! Sambil tu layan minum air kopi dan teh panas. Perghh!! Ngancam! Hahah! 

Lepas kenyang memasing duk layan hal memasing. Keechan duk pusing keliling, pastu misaki duk layan video call, i n syamil pun duk call kekawan! Time ni syamil duk tengah facetime dengan kwan weols iaitu shahrin. Hahah! Lepas beberapa ketika tu, keechan bawaklah segala peralatan memasak tu tepi tasik dan membasuh. Iols pulak duk try rekod video thru insta katanya.. Baru belajar kekdahnya! Wakakaa... 

Tetiba jer ada sorang abam berseragam ala2 askar berenti ngan keta buruk putihnya. Aiyoh!! Masalah apakah?? Dia tunjuk kad kuasa uolss!! Matilahh!! Tgen mintak all of us punya passport! Cuak kot! Dia belek2 passport weols then dimasukkannya ke dalam poekt baju unifromnya.. Aiyoh! Iols dah cuak n feel somthing not right! Dia pergi kat keechan yang duk tengah gigih membasuh perkakas memasak dan suruh ke khemah! Abam ittew tunjuk plak kat iols suh naik keta dia n said..

"English..english" sambil tunjuk merata arah! Pahamlah iols dia nak cari translator! 

Oleh sebab cuak iols ngajak misaki sama join iols. So weols masuk keta then miski tunjuk ke blue pearl camp said kat sana ada orang yang boleh berbahasa inggeris! 

Kami pun menuju ke blue pearl camp dan renjer tersebut masuk. Perempuan tu pun terpaksalah menjadi translator tidak rasmj kepada weols. 

Katanya kami telah melanggar undeng-undeng negara mongolia! Matilahhh!! Sebab kami telah berkemping di tenpat yang tidak dibenarkan di dalam national park! Manalah weols tahu.. Hahaa..
Kami juga tidak boleh membasuh cooking utensils direct di tasik, salah uolss! Hahaa...

Pompuan tu translate kat kami. 

"Uols x dapat brosures ke tentang undang2 dan do n dont kat national park ni?" 

Hopkos lah kami xtau and obviously lah kami x paham tulisan kat sini. Tulisan bahasa inggeris pun xde untuk makluman kami. Haiyaaa...

Makanya katanya kami kena membayar denda seperti yang ditetapkan oleh kerajaan negara ini. Aiyoh! Matilahhh!! Hahaaa.. Dan dendanya adalah 100,000tugrik ya! Hado! Hahaa... Weols yang ke krik krik krik kan duit ni terkesima santeks! And abam renjer bagitau kalao x boleb bayar dorang kena bawak kami ke ofis untuk tahanan! Aiyohh!! Feeling bersalah sangat! Silaka!! 

Misaki dengan cantiknya buat2 muka sedih n explained kat dorang tu cakap kami x tahu, dan memang kami x tau pun! "X bolehkah kami dikenakan amaran sahaja?" Tanya misaki penuh manja.. Ekekee.. 

Katanya x boleh! So iols menyampuk! 

"Kalau camtu bagilah denda diskaun, 20,00tug ker?" 

Katanya x boleh! Minimum 40,000tugrik ko! Hadoii... Tu duit tambang keta sapu untuk balik ke hatgal balik tu! Hanjengg! Hahaa... 

Yelah! 40,000tug pun bayarlah dari kena bayar mahal! Wakakaa... Kami kena kembali ke tapak khemah kami dan kena kemaskan, katanya dia akan hantar kami ke tapak perkhemahan yang dibenarkan. Tak jauh pun katanya, hanya 500meter sahaja didepan dari tempat kami camping tu. Hadoiii...

So weols pun kembali lah ke tapak camping haram kami tu dan kena berkemas! Mencicit2 mencarot keechan ngan syamil sesambil mengemas tu. Wakakakaa... 

Siap berkemas kami masuk keta renjer yang berdebu, bersepah, cermin depan retak sejuta tu dan dia bawak kami ke tapak yang dibenarkan berkhemah! 

Iols dan syamil diminta sign form denda tu, satu habuk pun weols x paham! Sign jelah! Dan nampaklah dia tulis 40,000tug kat form fotostat yang mana kami nak kena sign tu. Tapi kami x siberi salinan pun! Apakah??

Sesampai di tapak perkhemahan kami pun turunlah penuh syahdu melihat sekeliling dan mencari tapak yang best. Tempatnya x jauh pun dari tasik, tapi agak di tengah padang dan ditepi hutan sikit. Agak cantik sebenarnya.. Tp tulah.. Nak kena menapak sikit la *adalah 200 meter! Hikhikk... Untuk lepak tasik. Boleh nampak kat tengah hutan pines tu sikit penuh sampah! Hurmmm.... Dan ada toilet yang ala2 scary gitu! Tapi memang boleh nampak la memang sini tapak perkhemahan sebab banyak kesan unggun api. 

So weols pun pacaklah kembali khemah sambil mencarot lite2 kat abam renjer tu. Silaka! Ahahaaa.. Dah siap memacak khemah, kami pun kemaskan lah apa yang patut dan plan untuk membuat aktiviti horse riding petang ni. Tapi duit dah kena paw?? Hahaaa

Lepas siap pasang khemah balik etc, weols rest smpi la jam 1 pm. Pastu misaki n keechan beria nak horse riding sbb nak g tengok tsaataan family dan jugak nengok raindeer. Syamil macam xnak. Iols ni sah la nak sebenarnya, tapi siyesly cuak ngan financial yang dah ada kat tangan ni. Sebolehnya nak cuba limitkan. Lagipun i xde la terer pun horse riding. Penah naik sekali je kuda dulu tu pun kuda jalan pusing kandang tasik titiwangsa! Wakakaka... 

Main concern i adalah takut x cukup bajet sbb bajet iols mmg sgt semput dah! Ikut kiraan memang cukup, tetapi skang ni bajet yang base on kiraan sebelum ni sentisa lari sikit dari kiraan asal. Hahaa.. So while otw nak g cari pengembala kuda tu i duk fikir n hitung kira lah pasal bajet. Last2 i decide utk tidak. I cakap lah i xnak. Then rupanya syamil pun cakap xnak jugak. Weols mintak misaki n keechan proceed. Tapi dorang berdua tu cakap x best lah kalo kami x join. Alang2 biarlah sama2. So kami pun patah balik then singgah kedai beli beras n air. 

So bersantailah kami petang tu kat khemah and area khusvgul lake. Elok je petang dalam pukul 4petang camtu, syamil n keechan dah start buat unggun api dah, sebab xtau nak buat apa. So api nyala dengan jayanya. 

langit pulak mula menggelap. Macam nak maghrib dah rupanya. Padahal sini hari mula gelap pun dalam 930pm. So kami mula cuak dan kemaskan apa yang patut. Buat air teh siap2. Ekekee. Hari dah mula nak hujan. Elok dalam 5pm camtu hujan start turun. Nasib la x lebat. Kami semua duk dalam khemah then timbullah idea main uno! Hahaa.. Memang iols dah siap beli pun uno dari malaysia sbb takut boring.

Waktu tengah main uno tu angin mula kuat sampai menolak2 khemah. Hujan mula membasahi dan menyerao ke dalam khemah weols yang jelas ya hanya single layer. Khemah misaki weols simpan backpack sesiap sebab khemahnya double layers n xmasum air. Makanya kami mainlah uno dalam hujan dan ribut lite2 tu. Kami dlam khemah sambil ber-uno sambil ngelap hujan. Sambil tu jugak ketawa mengilai2 duk melayan masing2 main uno. I lah paling bimbo, main sokmo2 pun never paham! Hahaa... Kami pun basah dan kesejukan lite2 jugaklah. 

Nasib baiklah ada angin menolak awan hujan, kalau x aku agak yakin kami akan basah lencun! Hahaha... Kalo basah lencun memang terpaksa cari ger jugaklah! Makanya kuar duit lagi. Nasib baik hujan kejap dan x lebat. 

Dah dekat 830 malm, Lepas hujan tu syamil dah sambung balik dah hidupkan api ngan keechan. Gihih sungguh dorang ni. Iols tukang tengok jer. Hahaa... Masa ni datanglah sorang pakcik tu ngan anak dia nak offer bawak ke hatgal or moron. Pung pang pung pang bahasa ayam unta pakai kalkulator siap. Dia kata utk 4 orang 12,000tug. Giler murah! Mustahil amat weols duk pikir. Tapi double triple confirm pun tetap itulah harga dia. Bagusnyaa... Pak cik ni sangat memahami yer yang iols ni dah krik krik krik duit. Ahahaa. Dalam masa yang sama tetap jugak i duk pikir. Macam x logik jer. Macam mustahil jer. So masing2 macam xpe lah! Kita tanya esok! Hahaa

Weols duk lyan unggun api sampailah nak tido sambil2 iols masak dinner. Dinner kami malam ni adalah bubur nasi campur instant mushroom soul campbells berlaukkan ikan sardin masak hancur. Beras buat bubur pakai beras local yang kami beli masa balik dari cari horse riding x jadi tadi. Berasnya kontot dan bulat serta sangat berkanji. Masak lunch pukul 3 tadi agak cuak lah pakai beras local ni. Rupanya beras local masak memang nak kena pakai banyak air. So, Idea dinner datang ikut barang available camtulah! Maklumlah... Dah hujung2 ni banyak stock dah abes. Dah masak je kami makan dalam khemah depan unggun api. Giler ohsem! Wakakaka.. Lepas dinner kami layan unggun api, borak2 then pastu tidur!

Bersambung...


Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.

12 September 2016

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-7

   1 comment     
categories: 
Hari ni pun weols bangun awal, kami breakfast dan santai2 kat hostel. Lebih kurang pukul 10am iols ngan keechan pun kuar hostel sebab plannya nak g visit narantuul balck market! Katanya naraantuul market ni bajuak barang kopi n murah2! Saja lah nak g jenjalang melihat alam n nengok benda yang boleh dibeli. So kaki pun jalan lah ke blue sky tower kononnya nak amek bus no 51. Tggu setengah min x jugak muncul bus tu, pastu tnya la awek kat situ, katanya kena jalan amek kat depan! Gigihlah jalan i ngan keechan ke depan. Misaki n syamil xnak g sbb katanya nak rest, lagipun xde plan nak beli pale pun kat sana! 



Moron city 
Khusvgul lake, hatgal

Baru sampai hatgal 

Jalan ke next bus stop pun junggu kat 40min jugan xde bus no 51. Aku ji kena mandram ngan undram dah agaknya! Wakakaka... Last2 aku tahan taxi suh bawak g sana! Dr area chenggis square ke naraantuul market cost arnd 5000tug. Agak jem ye pagi ni, kami sampai sana the terus nengok pelbagai benda! Sejujutnya iols rasa tmpat ni sebijik mcm chatuchak market kat bangkok! 

Cumanya weather kat sini best lah sebab x panas. Duk baca kat review internet n undram jugak pesan katanya ada byk pencoper n bag slasher kat sini, iols rasa macam okey n agak selamat la. Iols ngan keechan actually aim nak beli baju sejuk sbb weols x bawak baju sejuk yg agak tebal, setakat sweater jer. Tetapi dun tengok latest ramalan suhu kat khusvgul lake tu boleh jatuh sampai 5 4, maunya kecut perut gak kami! Haha.. So iols dengan jayanya membeli winter jacket berharga 20,000tug (myr37) dan keechan beli yang lebih tebal berharga 40,000 tug. Pastu i pusing lak area kain segala tu, tertengok cantik2 sungguh kainnya.. Last2 iols beli jugak kain 4 meter kaler biru! Feeling nak buat baju raya katanya.. Kenangan uolss! Hahaa... 

 Breakfast maggi sajor! — in Mörön.

 Morning view! — in Mörön.

Mencari penginapan murah! — in Mörön.

Lepas pusing keliling kami pun balim ke hostel sebabnya pkul 3pm kami nak kena naik bus kat dragon bus terminal untuk ke moron. Dari moron kami akan ke hatgal untuk abeskan masa kat lake khusvgul. 

Perjalanan dr ub-moron makan masa dari 3pm smpi 6am! 15 jam kau.. Hahaa... Pastu nak kena naik kereta pulak dalam 1 jam setengah untuk ke hatgal. Hatgal sebenarnya adalah town atau main centre untuk lake khusvgul ni. Naik keta sapu tu duk main deal2 merayu oun langsung x dapat diskaun! Silaka!! Hahah! So kami kena 20,000tug/pax! Nangess!! 

Sampai je hatgal uols boleh cari ger atau motel kat sini. View lake khusvgul pun dah terbentang. Sedappp mata memandang. Pilih je nak duk mana. Tepuk poket tanya wallet! Wakakaka... Rata2 kami duk tnya harga kat sini adalah dalam 20,000tug jugak per pax! Sadis! Duit dah makin kering ni. Based baca kat jnternet katanya boleh dapat 10,000 tug.. Tp plg murah kami jumpa 15,000tug. No shower, no breakfast! Aiyoh! Hahaa... 

 15,000tug/pax/nite with no facilities! — in Mörön.

 Stunning.. — in Mörön.

Camping uolss! — in Mörön.

Sebab kami xleh nak decide kemana, so awal pagi sampai tu kami pun terus lepak depan tasik blakang byk2 ger house or guest house tu. Hampar yoga mate, letak backpack masak maggi! Heavenny.. Hahaaa.. Abes makan maggi, kami explore lagi cari ger house murah2 dgn harapan ada lah rezeki weols, tp non hado! Hahaa..

Terpaksa lah call suly n dee mintak pendapat dorang! Wakakaaa

Jika nak ke remote area sikit, anda kena naik lagi keta sapu tu then bayar lagi, 10,000tug! kami ke area blue pearl camp (xtau pulak nama tempat ni), suly n dee jugak suggest! Hahaa.... Sebab masing2 dah sangkak mongolian tugrik, so kat sini weols camping jelah mampu depan tasik seluas alam ni! Pun tempat tapak camping suly n the gang dulu! Hahaa.. Tq suly n dee! Kekkee.. Best je layan view! View kat sini lagi best sebenarnya sebab tasik luas terbentang depan mata, cuma tulah! 

Based on logic calculation traveller sangkak mcm iols ni, kalo nak stay 2 malam kat khusvgul lake ni, adalah sama jer jika anda kena cas 15,000tug perjalanan pergi dan balik pun caj lagi. Pastu setting camping kononnya free, tp kalo x masuk remote area ni duk ger kat hatgal kos hangus tetap sama yerr! Wakakkaaa... Tapi sebab misaki cantik dan bijak, kami berjaya merayu abang taxi sapu tu dapatkan harga 10,000tug/pax/sehala! Hahah! 

 Misaki duk membebel! Hahaa — in Mörön.

 Duk masak lunch! — in Mörön.

Kain kat naraanthuul black market!
Sesampi di camping site, kami pun pacak khemah n masak nasi. Alhamdulillah!! Then kami pun buatlah hal masing2, ada yang tido, feeling baca novel, santai2 tepi tasik etc. Heheee

Kekdahnya weols ni sebenarnya dah kekurangan stok makanan. Beras dah abes, sardin tinggal 1 size kecik. Nasi segera brahim tinggal 2 pek je lagi. Camana nih? Hahaaa.. Later lah pikir! Sebabnya kami terlupa nak beli beras, roti masa kat hatgal sebab dun struggle nak cari ger kononnya.

 Baju tradisional mongolia

Entrance black matket

Malam mula menggelap dalam pukul 930pm. Syamil dan keechan mula nak membuat unggun api. Feelingnyaa uolss layan unggun api sejuk2 camni! Ekekekee

Bila jam dah menghampiri pukul 12 malam, weols pun semua berebut nak masuk tido! Berhimpit2 lah kesejukan kekdahnya sampai pagi!

Bersambung...


Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.

11 September 2016

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-6

   No comments     
categories: 
Hari ni weols bangun agak lambat, konsepnya hari ni weols nak santai2 jer, makanya masing2 bangun dah dekat pukul 10 pagi. Modern Mongol Hostel provide breakfast hanyalah sampai pukul 9 pagi sahaja. Makanya weols sume krik krik krik lah dari breakfast! Kami masuk pantry buat air tea panas! Nikmatnya minum pagi2 yang sejuk nih! Hahaa...

 Khuvsgul lake...

Lepas minum masing2 kalut nak pergi mandi dan bersihkan badan. Maklumlah, dah 3 hari kot x mandi! Wakakkaa...

Pastu kami melepak je lah kat social space/ lounge/ whatever so call sambil main fb, layan wasap segala update nak show off kat korang! Ekekeee.. Maklumlah! Kat city ni jelah internet agak stabil, walopun wifi kat MM hostel ni selalu je terputus. Kami bersantai-santai dan berehat dan sedikit sebanyam bincang jugak lah plan what to do next! 

Tq suly n dee... Hahaa! Stresss cari ger within bajet! Last2 kitorang duk tempat free! Wakakakaaa

 **Modern Mongol Hostel review
Bagi I hostel ni seribu kali better than camel track guesthouse or zaya hostel tu! Lebih proper, modern, spacious, calm, toilet 1 tp bilik air banyak, tersusun, pantry lebih besar, lagi dekat dgn area Chinggis Square, Peace Avenue (main road), and owner pun friendly! Cumanya kat sini laundry xde dryer sahaja! Jadi kalo uols nak nginap kat hostel katU laanbaatar ni, I strongly suggest kat sini! Hehee.. 

 Mongol post!

 Blue sky tower!

Feeling shopping katanya..

Weols keluar dari hostel untuk sightseeing city pun dah hampir pukul 1. Benda pertama yang weols plan nak buat adalah mencari laundry. Nak pergi laundry yang sebelum ni agak jauh sebenarnya sebab kena menuju ke arah zaya hostel, nasiblah weols jumpa satu laundry ni, betul2 belakang state department store berdepan taman. Harganya pun murah amat compare yg sebelum ni. Hanya 10000tug sebakul! Giler murah!! Yang sebelum ni 32550tug kau!! Silaka mahai! Ekekeee

Lepas hantar baju ke dobi, kami pm ET untuk berjumpa di Burger King di Happy Market! **Happy Market rupanya mall yg sebelah kedutaan Turki tu! Hahah

Dalam perjalanan nak kesana, Syamil sempat bukak apps Zzabihah untuk cari halal food, smbil duk menapak cari Luna Blanca resto, kami nampak doner kebab! So kami pun singgah makan yang tu jelah sebab x jmpa luna tu. 

Lets wefie adikk!

Dalam bas.. 500tug setiap kali naik!
 
Bincang iti kekdahnya..

Lepas makan kami pun ke burger king seperti yang dah janji dengan ET. Kami pun pergi tukar duit sebab duit x cukup uolss.... dan pergi lagi ke go travelers point mencari si undram meminta info dan tips! Sebelah je pun! Hehee.. 

Selepas pung pang pung pang berbincang, kami decide untuk ke dragon bus terminal terlebih dahulu untuk membeli tiket bas ke moron untuk esoknya. ET hanya folo weols kerana dia xde apa nak dibuat pada hari ni kecuali nak bersantai katanya.. Naik bus no 1 yg panjang tu maka sampai lah weols ke dragon bus terminal. Gigihlah mencari kaunter tiket. Kami membeli tiket untuk jam 3 petang esok kerana perjalanan mengambil masa anggaran 14 - 16 jam! Kami mungkin sampai pada jam 6 - 7 pagi lusanya! Aiyohh!! Hahaaa... 

Makluman: tiket ke moron dijual setiap hari . Harganya adalah 32000tug sehal dan waktu perjalanannya adalah 8am, 3pm dan 6pm! Rancanglah perjalanan anda. Pandu cermat jiwa selamat! Tetiba.. Hahaa

Lepas siap beli tiket, kami pun menapak menunggu bas untuk kembali ke main spot. Lama la pulak kali ni menunggu bas, tengok2 jam dah pukul 515 petang, so misaki pulak nak balik ke hostel sebab nak memerut katanya. Public toilet kat sini korang paham2 jelah! Hahaa.. 

 Ulaanbaatar city

 Ala2 lot10 punya area

Singage

Duk dalam bas tu, iols duk ngan ET, misaki duk sekali ngan syamil n keechan. Kami agak terasing gitu. ET duk syiok melihat alam, iols plak duk syiok melihat gmbar kat phone! Smpi kat area situ iols nampak misaki keluar, dgn pantasnya i mengikut! Wakakaa.. Lupa plak misaki nak g laundry amek baju n balik hostel, manakala yang lainnya nak g melepak kat square. Mereka seme x sempat nak manggil iols supaya jangan turun! Wakaka.. Lantaklah.. Xjauh mana pun state deprtment store ngan genggish square tu.. Lepas teman misaki smpi separuh jalan, iols pun menuju ke arah dorang yang duk menunggu kat sana.

Lepas jumpa dorang, weols hanya bersantai2 dan melihat alam sekeliling. Pastu weols berjalan sekitar peace avenue melihat barangan dan ragam. 

Selepas ET membeli barang makanan, kami berpisah dan kembali ke hostel masing2 pada jam 9 malam. 9 malam hari baru senja, weols balik dan memasak dinner untuk makan sama2!

Bersambung...

Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.