Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 3 berserta Bajet & Tips


=========================================
Mengenai Trip:
  • Solo
  • Tiada check-in luggage
  • 5hari 4malam
  • 2 malam di Hulhumale,  2 malam di Maafushi
=========================================


Hari 3 - 8 October 2016


Agak awal aku bangun pagi ini sebab memang dah ada perancangan. Seperti semalam, aku bersarapan di cafe di atas bumbung hotel. Aku packing segala barang aku ke dalam bag. Harap-harap dapat beli tiket feri ke Pulau Maafushi.
Masih segar dalam ingatan aku, hari ini adalah hari Khamis. Setelah bersiap, aku meninggalkan bag aku di lobi hotel untuk disimpan dan aku terus menguruskan urusan check-out bilik. Setelah selesai, aku meminta staff disitu untuk menghubungi teksi.
Dalam beberapa minit, teksi pun sampai dan aku terus dibawa ke terminal ferry. Aku membeli tiket public ferry ke Male dengan harga 5.5MVR. Murah! Aku disuruh duduk diruang menunggu sementara ferry seterusnya sampai. Ferry ulang-alik Male-Hulhumale adalah sangat kerap. Mungkin setiap setengah jam.

   

Ferry aku dah sampai, cuma tunjukkan tiket kepada penjaga. Begini rupanya public ferry di Maldives ni, dengan menggunakan kerusi plastik di kedai makan. Boleh disimpul perjalanan agak selesa. Mungkin boleh memuatkan lebih kurang dalam sesuatu masa.


Travel Tips #08: Disebabkan di Male terdapat beberapa terminal ferry, take note bahawa untuk ke Maafushi, anda perlu ke Terminal Ferry Villingili.

  
Sesampai aku di Male, aku terus naik teksi untuk dibawa ke Terminal Ferry Villingili, seperti biasa harga adalah tetap 25MVR kemana-mana di bandar Male. Dalam 5 minit dah sampai. Boleh jer berjalan kaki, tetapi aku nak cepat untuk beli tiket, sebab esok dah Jumaat, public ferry dah takda. Terminal Ferry Vilingili boleh dikatakan agak sibuk.

$$$ Tiket Public Ferry dari Male ke Maafushi (1.5jam)
        Ahad/Selasa/Khamis: 53MVR (10 am dari Male)
        Weekdays kecuali Jumaat: 22MVR (3pm dari Male)
        Sabtu/Isnin/Rabu: 53MVR (12.55pm dari Maafushi)
        Weekdays kecuali Jumaat: 22MVR (7.30am dari Maafushi)

Aku terus ke kaunter tiket, alamak, ada notis "Ticket to Maafushi for today SOLD OUT". Aku beberapa kali ulang alik ke kaunter tersebut untuk kepastian. Aku sempat bertanya kepada penjaga kaunter di situ. Ya, memang sah tiket public ferry untuk hari ini sold out. Esok dah takda ferry.


Travel Tips #09: Hari Jumaat public ferry ke Maafushi ditutup, maksudnya untuk tiket hari Khamis, hendaklah dibeli dengan lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan seperti aku alami.



Jam menunjukkan jam 9pagi. Aku cuba duduk di satu tempat duduk yang kosong di terminal tersebut. Cuba menenangkan diri. Masa-masa beginilah otak kena berjalan. Aku melihat ramai jugak traveler yang tak sempat beli tiket untuk hari ini. Ada yang dah bawa backpack diorang. Aku mula menggoogle option yang ada.
Ya, ada satu lagi cara untuk ke Maafushi iaitu dengan menggunakan perkhidmatan Speedboat yang berharga 20USD seorang, perjalanan dalam satu jam. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh syarikat ICOM, boleh pegi website diorang. Aku lihat jadual speedboat untuk hari ini adalah jam 1 petang. Tanpa berlengah lagi, aku terus membuat pembayaran online dengan menggunakan Paypal. Tempat menunggu adalah di terminal lapangan terbang. Ini bermakna aku kena berada di situ sebelum jam 1 petang. Settle dah masalah! Walaupun mahal, tapi at least perancangan aku tak terganggu.

$$$ Speedboat dari airport Male ke Maafushi, 20USD dari syarikat ICOM, boleh bayar online.


Travel Tips #10: Selain dari Public Ferry, anda boleh menggunakan Speedboat untuk ke Maafushi. Booking online dari ICOM, selain ICOM ada juga company lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Jika anda memang dah decide untuk menggunakan speedboat dari awal lagi, bolehla booking awal.


Dah selesai semua pembelian, aku lihat jam, aku ada beberapa jam lagi untuk dihabiskan dibandar Male. Kecik je pulaunya. Boleh jalan dari hujung ke hujung. Dari Terminal Villingili, aku terus menuju ke arah Terminal untuk ke Hulhumale. Tetapi di dalam perjalanan, aku singgah sekitar untuk mengambil gambar. Untuk ke museum, aku malas nak jejak. Aku sempat jugak ke pasar tani dan pasar ikan diorang. Agak menarik.


   

   


   

   


Dekat jam 12, aku beli tiket public ferry untuk ke Hulhumale, tanpa lama menunggu, ferry aku pun sampai. Aku naik teksi untuk ke hotel. Sampai aku di hotel, aku suruh diaorang untuk menghubungi dan book shuttle transport ke airport. Ini adalah kerana teksi tidak akan pergi ke airport, hanyalah shuttle transport seperti kereta MPV.

   

$$$ 20USD untuk transfer dari hotel Hulhumale untuk ke airport.


Travel Tips #11: Tiada teksi untuk ke airport Male dari Hulhumale, semua menggunakan private shuttle service yang berharga 20USD per pax.


Pemandu shuttle akan mengambil aku jam 12.45tengahhari, aku mulanya tidak bersetuju, tapi dia mengatakan perjalanan hanyalah 5-8 minit sahaja, dah aku akan sempat untuk berjumpa dengan wakil dari ICOM. Disebabkan ada masa lagi, aku singgah di restoran berdekatan dengan hotel aku untuk makan tenggahari. Restoran penduduk lokal, aku order nasi beriyani + kari ayam + air, cuma 75MVR sahaja. Sedap!


$$$Lunch Nasi Briyani+Kari Ayam, 75MVR

Selesai makan, aku balik ke hotel, jam menunjukkan hampir 12.45pm, tetapi kelibat shuttle van pun tak nampak lagi. Aku dah mula gelabah, suruh staff hotel hubungi driver. Dalam beberapa minit, shuttle van aku dah sampai. Aku bergegas masuk dan beritahu yang aku dah nak terlewat.
Beberapa minit lagi nak jam 1pm, aku sampai di airport. Tempat berkumpul adalah di Information Counter. Nasib baik aku jumpa kaunter tersebut, terus berlari ke situ. Dalam masa seminit, aku ternampak seorang menggunakan baju logo ICOM, aku tegur dia, dan dialah wakil dari pihak ICOM. Ada beberapa lagi yang sudahpun menunggu. Apabila dah confirm semua yang booked dah ada kat situ, kami mula bergerak ke speedboat.

   


Speedboat mula bergerak, destinasi pertama adalah di Terminal Ferry Male. Maknanya, tidak perlu ke airport pun, boleh jer pilih pick-up dekat terminal ferry Male, tetapi terminal di sini agak besar dan terbuka, mungkin susah nak cari wakil ICOM. Di sini, penumpang pun naik memenuhi kerusi yang kosong. Speedboat penuh hari ini, nasib baik sempat beli tiket.
Dalam masa satu jam perjalanan yang lancar, dah sampai Maafushi. Cantik pasirnya, dan tak sibuk pun. Mungkin bukan waktu kemuncak. Dari jeti, aku mulakan langkah untuk mencari hotel aku, Shadow Palm. Aku ingin arahan dari pihak hotel bagaimana hendak ke sini.
Dah sampai Shadow Palm, terus check-in. Seperti biasa ada minuman jus selamat datang. Tapi kali ini hanya dihidangkan satu gelas sahaja, sebab bayaran hotel ini adalah untuk satu orang. Aku ditunjukkan bilik aku yang akan aku duduk untuk 2 malam. Agak luas dan selasa. Aku berpuas hati. Aku berehat seketika.

   


$$$ Shadow Palm, Maafushi, 120USD untuk 2 malam (Termasuk 12% VAT Tax, 10% Service charges, 6USD Environment fee per person per night)

Aku dah puas berehat, aku mengambil keputusan untuk explore pulau Maafushi. Aku mula berjalan. Banyak juga hotel di pulau ini. Ada satu kawasan yang dipagar dikhaskan untuk pelancong yang menggunakan pakaian mandi (bikini) sebab disini tidak boleh menggunakan bikini secara terbuka.


Aku singgah di sebuah kedai menjual barangan cenderahati. Agak boleh dan banyak pilihan fridge magnet disini. Aku hanya survey harga terlebih dahulu sebab aku ada 2 hari lepak di pulau ini. Jalan-jalan, sampailah aku di pintu pagar penjara Maafushi. Wah, pulau ini ada kawasan penjara rupanya. Dan inilah penghujung pulau ini.


Travel Tips #12: Souvenier murah adalah di Pulau Maafushi, boleh tawar menawar dan banyak pilihan.


Kebanyak hotel-hotel menghadap kawasan matahari terbenam. Untuk matahari terbit anda perlu berjalan ke arah sebelah. Tidak jauh, cuma dalam 5 minit dah sampai. Jadi, maksudnya di pulau ini, anda boleh menikmati matahari terbit dan terbenam.
Sempat singgah di kedai yang menawarkan sukan air. Geram jugak nak main sukan air ni. Tapi harganya agak mahal. Mungkin lain hari, kalau aku ada masa yang free nanti aku sign up.

   

   


   

   


Dalam perjalanan balik, hari dah mula gelap. Aku jumpa satu restoran di tepi pantai yang menawarkan dinner buffet dengan harga 8USD (All you can eat), setelah semua tax, jadi total dalam 10USD untuk seorang. Bagi aku, harga itu dah berbaloi. Di dalam menikmati pantai, boleh juga menikmati hidangan makanan laut yang fresh. Ada ikan, udang, dan lain-lain lagi. Kawasan ini buffet dinner agak murah, jika di kawasan berdekatan dengan hotel aku, agak mahal, harga ditawarkan dalam 12USD-15USD.


Travel Tip #13: Buffet dinner yang murah di Pulau Maafushi adalah tempat yang berjauhan dengan hotel. Tapi takla jauh mana, jalan 10 minit. Jika kawasan hotel di hujung kiri, anda perlu ke hujung kanan. Tak ramai orang. Dan sila pergi dalam jam 6.30pm, untuk mengelakkan kehabisan makanan.


$$$ Dinner Buffet All-You-Can Eat: 10USD per pax including all taxes.

Aku lihat ramai yang berpasangan datang, aku orang yang terawal. Meja terdapat lilin untuk menambahkan mood romantik. Tapi apakan daya aku berseorang. Setelah beberapa minit, meja dipenuhkan. Ada juga pengembara solo yang datang. Jadi aku tidak la berasa malu sangat kan.


   
   


Dah kenyang, aku mula berjalan balik ke hotel. Aku ternampak office company ICOM, dan aku singgah dan masuk. ICOM adalah company yang banyak menawarkan tour day trip termasuklah resort day trip ataupun servis speedboat Male-Maafushi.
Aku baca pamhplet satu persatu, dan ada juga di dalam fail. Banyak resort yang ditawakan. Tetapi harganya semuanya 100USD ke atas. Banyak juga resort yang menarik, tetapi disebabkan aku solo, aku tidak dapat pilih tour tersebut disebabkan ianya memerlukan minimum 2 orang. Jadi aku bertanyakan resort day trip tour manakah yang ada orang nak pegi esok. Ada 3 pilihan.


Travel Tips #14: Jika anda travel berdua atau lebih, anda boleh mililih mana-mana resort trip. Setiap resort ada keistimewaan sendiri. Nasihat saya, boleh check instagram resort-resort tersebut, gambar yang orang tag. Kalau cantik dan best, pilihlah resort tersebut. ak tengok gambar Centara Ras Fushi dari aku? Tunggu next post.



At last aku pilih ke Centara Ras Fushi untuk esok hari, harga 100USD seorang, termasuk boat pegi balik, makanan tengahhari, free flow drinks, dan boleh menggunakan semua faciliti disana kecuali tiada bilik je. Sebab aku pilih Centara, sebab disini free untuk main water sport, seperti kayak, dan snorkeling. Aku rasa ini agak extra.

$$$ Resort Full Day Trip Tour Centara Ras Fushi, 100USD including transfer, free flow drinks, lunch, watersport and all facility. Buy from ICOM office

Malam hari, aku balik ke bilik untuk mandi dan berehat seketika. Jam 10 malam, aku keluar sekejap untuk lepak di restoran menikmati minuman panas sambil menikmati angin bayu Pulau Maafushi. Dalam hati, how I wish to bring my love here...
Selepas itu, aku balik ke hotel untuk tidur.....

COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. Terima kasih berkongsi info yang menarik. Memang pergi seorang me berdua lokasi ni?

    ReplyDelete
  2. Assalam. Saye akan ke maldives pade bulan lapan ni... boleh saye mntk tlg ajar utk penggunaan pengankutan awam? Kerana saye ade mencarindi internet tp saye pening... hehehe... saye amat2 memerlukan pertolongan encik.. tq ye..

    ReplyDelete
Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

Name

#AboutKL,46,AirAsia,1,AirAsiaX,1,Airlines Review,33,Airport Lounge,5,Asia,51,Attraction,54,Australia,3,Australia - Perth,1,Award,2,Backpacking,2,Business Class,3,Cambodia,13,Cambodia - Kampot,1,Cambodia - Kep,2,Cambodia - Koh Rong,2,Cambodia - Phnom Penh,1,Cambodia - Siem Reap,3,Cambodia - Sihanoukville,5,Cameron Highland,1,Canada,1,Casio,1,Casio Exilim Malaysia,1,Cebu Pacific Air,1,China,6,China - Beijing,1,China - Guangzhou,3,China - Shenzhen,1,China - Wuxi,1,Contest,5,Couchsurfing,1,Croatia,1,Croatia - Plitvice Lake,1,Cruise,1,Cyprus,2,Cyprus - Limassol,1,Cyprus-Larnaca,1,Economy Class,17,England,1,England - London,1,Europe,6,Featuring,13,Festival,27,Flexiroam,1,Food,84,Food - Kelantan,1,Food - Klang Valley,11,Food - Kuala Lumpur,4,Food - Kuching,1,Food - Makassar,1,Food - Malacca,3,Food - Penang,1,Food - Shah Alam,1,Food - Singapore,2,Food Event,1,Food Review,64,Giveaway,1,Halal Food,11,Hong Kong,2,Hotel,85,Hotel - Bali,1,Hotel - Bangkok,1,Hotel - Busan,1,Hotel - Hanoi,1,Hotel - Jakarta,1,Hotel - Kota Bharu,1,Hotel - Kota Kinabalu,1,Hotel - Kuala Lumpur,20,Hotel - Kuching,2,Hotel - Malacca,3,Hotel - Pahang,5,Hotel - Pasir Puteh,1,Hotel - Penang,1,Hotel - Sapa,1,Hotel - Selangor,8,Hotel - Singapore,1,Hotel - Terengganu,1,Hotel Review,77,Indonesia,54,Indonesia - Bali,22,Indonesia - Bandung,5,Indonesia - Banyuwangi,3,Indonesia - Belitung,1,Indonesia - Bogor,1,Indonesia - Dieng,1,Indonesia - Jakarta,8,Indonesia - Lombok,4,Indonesia - Makassar,1,Indonesia - Medan,1,Indonesia - Nusa Penida,1,Indonesia - Palembang,1,Indonesia - Surabaya,1,Indonesia - Yogyakarta,8,interview,1,Iran,3,Japan,8,Japan - Chiba,1,Japan - Himeji,1,Japan - Kobe,1,Japan - Kyoto,1,Japan - Mie,1,Japan - Nagoya,2,Japan - Niigata,2,Japan - Osaka,2,Japan - Shiga,1,Jet Airways,1,Johor,3,Johor - Desaru,1,Kedah,1,Kelantan,3,Kiple,3,KL Tower,1,KL Tower International Jump Malaysia 2016,2,Korean Air,1,Kuala Lumpur,64,Kuching,2,Langkawi,3,Laos,1,Laos - Luang Prabang,1,Live Update,4,Macau,1,Malacca,13,Malacca - Malacca City,11,Malaysia,184,Malaysia Airlines,8,Maldives,10,Malindo Air,6,MASWings,1,McDonalds,1,Media FAM Trip,2,Melaka,1,Minnature Malaysia,1,Mongolia,11,Music Festival,4,Myanmar,13,Myanmar - Bagan,5,Myanmar - Mandalay,3,Myanmar - Yangon,4,Myanmar Airways International,1,Negeri Sembilan,5,New Zealand,1,North America,1,Pahang,9,Palace of The Golden Horses,2,Penang,8,Perak,4,Philippines,5,Philippines - Bohol,4,Philippines - Boracay Island,3,Philippines - Cebu,1,Philippines - Puerto Princesa,1,Products,15,Putrajaya,4,Qatar,8,Qatar - Doha,2,Qatar Airways,2,Ramadhan,9,Ramadhan Buffet 2017,6,Ramadhan Buffet 2018,8,Ramadhan Buffet 2019,5,Raya,1,Recognition,1,Review,1,Reviews,245,Router,1,Sabah,20,Sabah - Kota Kinabalu,21,Sarawak,43,Sarawak - Bakelalan,1,Sarawak - Bintulu,4,Sarawak - Kabong,1,Sarawak - Kuching,33,Sarawak - Lawas,2,Sarawak - Miri,3,Sarawak - Mukah,1,Sarawak - Mulu,2,Sarawak - Sri Aman,1,Scoot,4,Selangor,27,Ship Life,3,Singapore,14,South America,1,South Korea,5,South Korea - Busan,1,South Korea - Seoul,1,South Korea - Tong Yeong,4,Southeast Asia,122,Spa,1,Sponsor,1,Taiwan,6,Taiwan - Kaohsiung,2,Taiwan - Taipei,2,Technology,1,Terengganu,3,Thai Airways,1,Thailand,16,Thailand - Bangkok,4,Thailand - Chiang Mai,2,Thailand - Chiang Rai,1,Thailand - Golok,1,Thailand - Hat Yai,2,Thailand - Khai Island,1,Thailand - Koh Pangan,2,Thailand - Koh Samui,2,Thailand - Krabi,3,Thailand - Phuket,2,The Taaras,2,The Westin,1,Theater,1,Top Blogger,3,Tourism Malaysia,2,TP-Link,1,Travel,7,Travel News,42,Travel Tips,58,Travelogue,39,Travelogue - Myanmar,10,Trinidad & Tobago,1,Turkey,4,Turkey - Selcuk,1,UAE,3,UAE - Dubai,2,United Kingdom,1,Video,46,Vietnam,20,Vietnam - Hanoi,7,Vietnam - Ho Chi Minh,7,Vietnam - Nha Trang,1,Vietnam - Sapa,3,Vlog,5,Workplace,3,Worldwide,58,
ltr
item
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia: Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 3 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 3 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 3 berserta Bajet & Tips
https://2.bp.blogspot.com/-MWgWYrj3Sgk/WoWwYFa7HlI/AAAAAAAAZtg/M_OcGccPtIMDs1PbIioIsBHB6xnGTRU-ACLcBGAs/s640/Maldives%2BMaafushi%2BMale%2BTravel%2BGuide%2BTravelogue%2BTop%2BMalaysia%2BBlog%2Bmytravellicious%2B%25281%2529.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-MWgWYrj3Sgk/WoWwYFa7HlI/AAAAAAAAZtg/M_OcGccPtIMDs1PbIioIsBHB6xnGTRU-ACLcBGAs/s72-c/Maldives%2BMaafushi%2BMale%2BTravel%2BGuide%2BTravelogue%2BTop%2BMalaysia%2BBlog%2Bmytravellicious%2B%25281%2529.jpg
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia
https://www.mytravellicious.com/2018/02/maldives-day-3.html
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/2018/02/maldives-day-3.html
true
2687973012188888011
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content