Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 4 berserta Bajet & Tips - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 4 berserta Bajet & Tips


=========================================
Mengenai Trip:
  • Solo
  • Tiada check-in luggage
  • 5hari 4malam
  • 2 malam di Hulhumale,  2 malam di Maafushi
=========================================

Hari 4 - 9 October 2016

Mentari dah muncul. Argh, aku termiss untuk menikmati matahari terbit. Mungkin terlalu penat ataupun aku tidur terlalu lena. Asalkan aku segar dan bertenaga pagi ini, itu sudah cukup. Aku lantas bangun dari katil yang agak besar dan mula mandi. Selesai mandi, aku packing barangan yang perlu aku bawak ke Centara Ras Fushi nanti.
Aku keluar dari bilik dan mengatakan kepada staff disitu yang aku hendak bersarapan. Meja makan Cuma berhadapan dengan pintu bilik aku. Aku dihidangkan dengan jus oren yang segar. Setelah 10 minit menunggu, sarapan aku pun dah siap. Sausage, telur dadar, roti dan buah oren sebagai pencuci mulut. Memang sarapan kegemaran aku. Tak terlalu kenyang sebenarnya, tak puas aku nak makan, tapi tak apalah, mungkin cabaran untuk kurus.


Aku memulakan langkah untuk ke pejabat ICOM. Belum dibuka lagi pada awal pagi. Tapi di hadapan pejabat terdapat hammock dan tempat rehat. Aku menunggu di situ. Dilihat ramai mula menunggu di pejabat ICOM kerana mereka juga mempunyai tour pada hari ini.
Wakil dari ICOM pun datang dan mula mengambil kehadiran setiap peserta, tidak mahu ada yang tertinggal sebab dah bayar. Cukup semua peserta, kami diarahkan untuk menuju ke bot laju untuk dihantar ke resort-resort pilihan. Untuk ke Centara Ras Fushi, terdapat 5 orang termasuk aku. Ramai juga yang pegi ke resort berdekatan Maafushi sebelum sampai ke Centara, aku tak ingat nama resort tersebut, dengarnya petang-petang resort tersebut bagi makan kat ikan pari. Jadi ikan pari akan nampak di permukaan air, besar-besar pulak. Agak menarik jugak bunyinya kan.


Lebih kurang perjalanan, kelibat Centara Ras Fushi dah nampak. Owh, resort ini terletak berdekatan dengan Pulau Male. Ada pernah terbaca, ada yang mengatakan permandangan disini dan air yang tidak begitu menarik kerana dekat dengan bandar. Tapi banyak juga review yang mengatakan disini best. Kalau anda mempunyai duit yang berkepok-kepok, bolehlah bermalam disini. Semalam disini dalam RM2000 ke atas.
Dah sampai di Centara Ras Fushi, kami disambut oleh hotel manager. Ucapan selamat dating diberikan, kami juga diberi tour sekitar resort. Apa yang kami boleh buat dan tak boleh buat. Basically kami boleh pegi mana-mana sahaja kecuali kawasan kediaman guest resort situ. Restoran yang kami akan makan untuk tengahhari ditunjukkan sebab ada banyak restoran di resort ini. Cuma lunch disini adalah percuma. Kalau restoran lain, terdapat bayaran dikenakan.

   
   
   

Boleh dikatakan view resort ini agak menawan, magnificient kalau mat salleh cakap. Air pun cantik dan jernih. Aku sangat suka kolam renang diorang yang dikelilingi oleh pokok kelapa dan terdapat bar ditengahnya. Minuman adalah free-flow okay. Bayangkan sepanjang pagi sampai petang, anda boleh menempah apa-apa sahaja minuman. Untuk yang bukan muslim, cocktail dan alcohol pun free flow.
Aku mula mengexplore resort ini di setiap pelusuk. Memang view nya mantap. Setiap sudut aku ambik gambar, hasilnya tidak mengecewakan. Ada kerusi malas sambil menikmati view yang awesome. Cuaca tidak begitu panas.
Dalam aku berehat, tetiba dapat panggilan dari office aku. Aiyooo… Tak boleh ke tak call. Diorang bertanyakan pasal accident yang aku alami atas kapal. Terpaksa aku jawab panggilan dan bercakap dalam beberapa minit. Terkorbanlah bill aku untuk charge roaming.


   

   

Bila petangnya pulak, aku pergi ke kawasan watersport. Ada yang percuma seperti kayak dan snorkeling. Aku malas nak bersnorkeling, jadi aku cuma berkayak sahaja. Aku rasa aku dah gelap, jadi aku pun berhenti berkayak. Sebenarnya takut pun ada, dahla berkayak sorang-sorang sampai tengah laut. Jadi apa-apa niaya pulak aku. Tapi ramai staff yang memerhatikan anda dan jaga dia area watersport ini. Di tengah laut ada macam tali sempadan yang mengatakan anda telah keluar dari kawasan yang boleh berkayak.

Travel Tips #15: Perluke bawak duit sewaktu resort tour? Terpulang, mungkin anda perlukan duit untuk beli makanan extra, sebab cuma makanan tengahhari yang ditawarkan. Macam saya, tiada apa-apa perbelajaan pun di sini.

Bila tengahhari, aku pergi ke restoran untuk menikmati hidangan buffet tengah hari. Duduk di meja kecil khas untuk dua orang. Menariknya tiada lantai di restoran ini. Lantainya adalah pasir pantai. Banyak juga pilihan makanan yang dihidangkan. Hiasan restoran pun sangat mewah.

   

   



Dalam aku hendak memilih makanan, aku terkejut melihat hidangan"Pork Cubes". Aku ingatkan restoran ini 100% Halal. Aku tanyakan soalan kepada chef, adakah betul itu pork?, chef mengiyakan di dalam pelat Philippines. Kebanyakan pekerja disini adalah dari Philippines dan Bangladesh. Jadi, kalau anda was-was, pandai-pandailah jika anda mahu memilih resort ini ataupun tidak. Bagi aku, aku percaya resort ini menitik beratkan hal halal, lagipun hidangan pork cubes, diasingkan. dari hidangan lain. Terpulanglah kepada korang yer.

Travel Tips #16: Tak semuanya halal di sesetengah Private resort disebabkan mereka menarik pelancong luar. Jadi berhati-hatilah. Tapi jika di pulau, Insyallah semuanya halal.

   

   

      

   


Kat sini, aktiviti aku kebanyakan santai, baca novel, mandi kolam dan sebagainya. Bila dah nak petang, sempat juga menikmati matahari terbenam sebelum jam menunjukkan pukul 6pm, aku bergegas ke jeti resort untuk menunggu bot datang ambik kami untuk pulang.
Sampai di Maafushi lebih kurang jam 7pm. Aku mandi dan berehat seketika. Perut dah berbunyi. Malam ini, aku malas nak pegi dinner buffet. Aku ambik keputusan untuk makanan di restoran sebelah hotel. Aku rasa restoran ini milik owner yang sama dengan Shadow Palm.


   

Restoran ini menawarkan pelbagai menu. Tapi aku malas nak pening, teringin nak makan burger, aku pun order set burger. Satu set Beef Burger + Fries + Cola, lebih kurang 100MVR.

$$$ Burget Set: 100 MVR

Dah kenyang, aku terus bergegas ke kawasan pantai berdekatan dengan kedai yang menjual watersport untuk melihat acara "CRAB RACE". Ya, lumba ketam! Acara ini dijalankan setiap minggu, dan untuk menyertainya adalah percuma. Pemenang akan mendapat hadiah daripada pihak penganjur, selalunya voucher shopping dan dinner treat.

Travel Tips #17: Crab Race di Pulau Maafushi diadakan pada hari Sabtu, malam hari. Jika mahu menyertai, datang awal dan ambil tempat duduk.

Sebenarnya bukan ketam pun diorang guna. Macam umang-umang, yang menumpang di bawah cengkerang siput. Di sini, penganjur akan menyediakan umang-umang yang memang dah didalam cengkerang, di mana cengkerang diberikan nombor 1-30. Maksudnya akan ada 30 umang-umang mengambil acara. Orang sekeliling yang datang, boleh menyertai dengan mengambil salah satu umang-umang tesebut.
Setiap pusingan, akan ada 10 umang-umang dikumpulkan balik dan diletak ditengah bulatan. Dalam kira tiga, umang-umang dilepaskan. Umang-umang yang melintasi garisan bulatan besar akan menjadi bulatan. Setiap pusingan, akan ada 2 pemenang. Dan 2 pemenang di setiap pusingan, akan bertanding di pusingan terakhir, peraturan masih sama, pemenang berdasarkan umang-umang siapa yang dulu sampai di garisan bulatan besar.


   

Simple yet entertained. Tak pernah lagi aku lihat permainan seperti ini. Aktiviti inilah yang menghidupkan suasana di Maafushi ini. Untuk pengetahuan, Maafushi tiada kelab malam, umumnya di seluruh Maldives. Kalau ada pun, hanyalah di private-private resort.
Setelah selesai acara crab race, aku jalan ambik angin di sekitar pulau sebab malam ini adalah malam terakhir aku di pulau ini. Lepak di restoran, sambil minum minuman panas dan melayan Facebook.

$$$ Supper 5USD

Bila balik ke hotel, aku bersembang dengan staff hotel pasal aktiviti Snorkeling dan boat transfer ke airport. Package snorkeling+sand banks+dolphin watching tour adalah sangat murah berbanding dengan package di ICOM. Cuma 25USD sahaja dari jam 10am-1pm. Dan aku mengambil keputusan untuk ke airport dengan menggunakan bot jam 3petang dengan harga 15USD. Kedua-duanya adalah dari SHADOW PALM.

Travel Tips #18: Shadow Palm menawarkan tour lebih murah dari ICOM. Tapi anda boleh menyemak dan bandingkan harga bagi kedua-dua company ini. Boleh PM diorang di IG ataupun FB ataupun website diorang.

Setelah itu, aku pun terlelap dan menikmati malam terakhir di Maldives.

Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 4 berserta Bajet & Tips Reviewed by Abang Fadli on 8:53 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.