Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 2 berserta Bajet & Tips


=========================================
Mengenai Trip:
  • Solo
  • Tiada check-in luggage
  • 5hari 4malam
  • 2 malam di Hulhumale,  2 malam di Maafushi
=========================================


Hari 2 - 7 October 2016


"Good morning Maldives" ucap aku untuk diri sendiri. Masih lagi tak percaya yang aku sekarang berada di Maldives. Terima kasih juga kepada AirAsia, kerana syarikat inilah travel menjadi lebih mudah dan murah. Kalau AirAsia tidak wujud, mungkin nak pegi Maldives kena fikir dua tiga kali.
Aku bangun dan periksa FB aku, takut pihak Secret Paradise Maldives (SPM) ada balas PM aku. Namun tiada bayang-bayang pun. Hidup kena diteruskan dan aku masih tiada idea nak buat apa hari ini. Aku mandi dan seterusnya ke lobi hotel untuk bersarapan pagi. Ohw, rupa-rupanya sarapan pagi aku telah disediakan di bahagian rooftop hotel. Pagi yang tenang dan sunyi. Kenderaan di pulau Hulhumale ini pun kurang. Lagipun hotel ini tiada penghuni lain. Jadi aku borak-borak dengan staf hotel ni je. Tanye tips ngan diorang, minta advice. Lihat jam, masih awal lagi, sempat baca novel bimbo dari Kevin Kwan, bimbonya watak novel ini boleh menceriakan hari aku,
Jam 9.10am, perut dah diisi jadi aku balik ke bilik aku. Aku nampak ada mesej balas dari pihak SPM, wakil diaorang bagitahu yang pagi ini akan ada sekumpulan traveler buat tour Catamaran Cruise, sekali dengan snorkeling, untuk half-day tour, berharga 75usd seorang, tambahan dia bagitau jika aku nak join tour tu, aku kene pegi jetty sendiri sebelum jam 9.30am. Wow, ada 15 minit saja lagi. Aku apa lagi, dengan sepantas kilat pack barang keperluan dan terus ke lobby mintak staf hotel call taxi.
Dalam 5 minit, taxi dah di depan hotel. Taxi agak comel berwarna biru. Perjalanan pun sekejap, dalam 6 minit dah sampai. Harga taxi di sini dan di bandar Male adalah fixed price, 55MVR, dekat atau jauh tak payah risau.

$$$ Taxi di sekitar Hulhumale: 25MVR (Fixed Price)


Travel Tips #05: Harga taxi di Pulau Hulhumale dan Male adalah tetap, iaitu sebanyak 25MVR, dekat atau jauh. Hanya dua pulau ni je yang ada taxi.


Sampai aku di jetty Hulhumale, aku berlari mencari bot tour aku tapi aku tak pasti yang mana satu bot yang akan aku guna. Tetiba ada seorang yang menegur aku, dia menanyakan aku adakah aku yang nak join Catamaran Cruise, aku mengiyakan. Rupa-rupanya dia adalah tour guide untuk tour pada hari ini. Sebenarnya aku tak pasti sangat apa yang tour ni tawarkan. Aku main join jer kan.
$$$ Catamaran Cruise + Snorkeling start from Hulhumale half day 9.30am-1pm, 75USD


Sampai dalam kapal cruise, aku berkenalan dengan peserta lain. Kumpulan doktor dari India yang bekerja di Maldives. 5 orang mereka, 2 adalah pasangan suami isteri dan seorang ibu kepada salah seorang dari mereka. Seperti biasa, diorang hairan aku travel seorang dan banyak jugaklah soalan interview dari diorang.
Aku sempat jugak mintak tips dan advice untuk baki perjalanan aku akan datang. Mereka sangat peramah jugak. Kapal cruise dikendalikan oleh 3 orang anak kapal termasuk kapten. Jadi jumlah orang di atas kapal cruise itu sekarang adalah sebanyak 10 orang (Aku+5orang keluarga dari India+1 tour guide+3anak kapal). Tour guide dan anak-anak kapal pun sempoi dan sangat menghidupkan suasana. 

   

   


Perjalanan di mulakan. Aku pun lepak di depan kapal untuk menikmati pemandangan. Tetiba aku terfikir, aku dahla bekerja atas kapal, balik bercuti pun enjoy naik kapal. Hahahaha. Kapal cruise ni takla laju, perjalanan lebih kepada relaxing journey and enjoying the view.
Dah sejam perjalanan, kami disuruh untuk bersedia untuk sesi snorkeling. Aku dah standby swimming tight aku, dan aku wajib guna jaket keselamatan, tak berapa nak konfiden. Aku dah biasa snorkeling, jadi tour guide tak kisah sangat tentang aku. Aku orang pertama yang terjun dari kapal cruise. Keluarga dari India ada sedikit masalah kerana ini adalah pengalaman pertama diorang untuk snorkeling. Mereka tak biasa dengan life jakcket, snorkeling gear dan nak timbul pun agak payah. Tapi tour guide bersabar mengajar mereka seorang demi seorang.
Dalam 20 minit, aku dah naik kembali ke kapal cruise. View kat laut sini tak best, sebab tempat yang diorang berhenti ini agak dalam dan arus deras. Ikan pun kurang dan air pun agak keruh. Aku simpan tenaga untuk snorkeling point yang kedua nanti.
Jarak snorkeling point pertama dengan kedua, dalam 15minit. Aku menghabiskan dalam 15 minit sahaja untuk snorkeling sebab view yang kurang menarik. Mungkin aku dah biasa dengan view yang meletup seperti di Mabul dan Laut Merah di Mesir.

   

Selesai snorkeling, makanan tengahhari sedia untuk dihidang. Wah! Anak-anak kapal dan kapten ini juga yang masak. Menu makanan agak simple seperti ayam goreng, dhal, telur rebus, dan lauk. Mungkin dari segi yuran 75USD, makanan seperti ini agak berbeza. Tapi aku tak kisah sebab makanan ini sangat memenuhi citarasa aku. Tak ada beza dengan makanan di Malaysia. Lebih-lebih lagi dihidangkan panas-panas. Fuh!
Tetiba ada makcik bawang tanya, halal ke tu?. Untuk pengetahuan makcik, Maldives ini adalah negara Islam. Makanan dipercayai 100% halal yer. Cuma aku rasa keluarga dari India dah inform dengan pihak cruise yang diorang tak boleh makan daging.

   

   



Dah kenyang, kami relax seketika supaya makanan dapat dihadam. Kami disuruh bersedia untuk singgah jalan-jalan di Pulau Himmafushi. Untuk ke pulau ini, perlu transfer dengan menggunakan bot kecik sebab kapal cruise tak dapat nak masuk jetty sebab air cetek.
Penempatan di Pulau Himmafushi ni agak kecil. Tak sibuk pun, mungkin kurang pelancong disebabkan low season. Diberitahu lelaki di sini sebenarnya tidak bekerja, dan pelancongan adalah sumber rezeki mereka. Jadi kebanyakan mereka hanya melepak menunggu pelancong.


Travel Tips #06: Nak tinggal di luar kawasan pelancongan? Boleh cuba tinggal di Pulau Himmafushi


Pulau Himmafushi ini belum lagi di komercialkan. Tiada hotel ataupun resort mewah. Yang adapun macam hotel berupa homestay. Mungkin sesiapa yang mencari kelainan, bolehla tinggal disini, mungkin lebih murah. Anda boleh datang kesini menaiki public ferry dari Male.
Fakta yang menarik di pulau ini adalah pulau ini tidak nampak kabel elektrik di bumbung rumah. Ini adalah kesemua kabel diletakkan di bawah tanah. Pulau ini juga salah satu mangsa kepada kejadian tsunami yang lepas. Ada jugak rumah yang diperbuatkan daripada batu-batu karang dan bukannya batu bata biasa. Sangat kreatif dan menarik. Dan boleh dilihat juga pulau ini agak tenang dan kebersihan sangatlah terjaga. 

    



   


Hampir sejam kami jalan disekitar pulau Himmafushi, kami pun balik ke kapal cruise, tapi sebelum tu sempat beli jus kelapa yang fresh. Berharga 1.50USD. Lebih kurang harga di Malaysia.Tak apalah, anggap jer aku menyokong ekonomi penduduk di sini.
$$$ Jus kelapa fresh 1.50USD

   

       

Sepatutnya pada jam 1.30pm, tour kami akan tamat. Tetapi kapten bagitau yang diorang ada masalah enjin, perjalanan akan menjadi lebih perlahan. Dan akan sampai di Hulhumale dalam jam 4pm begitu dan kami tidak perlu bayar lebih untuk tour ini. Kami semua pun tak membantah, tambah gembira lagi ada sebab jika full day tour, harga untuk seorang adalah 100USD. Agak bertuah jugak untuk aktiviti yang pertama. Jadi, masa selebihnya, hanya relaks ambik angin kat depan kapal cruise.
Sampai di Hulhumale, aku dihantar balik oleh tour guide aku. Disebabkan aku seorang, dia suruh aku tumpang motor dia. Adalah juga pengalaman merempit di Maldives. Nak ke hotel, tour guide aku sesat. Tertaksa menggunakan bantuan Google Maps. Dengan ini, berakhirlan trip Catamaran Cruise. Aku agak recommend lah tour ini untuk sesiapa nak chill-chill atas kapal cruise ala-ala Che-Ta. Sebab di Hulhumale, kurang tour ditawarkan. Kalau adapun seperti private resort, agak mahal berbanding jika ambik tour di Maafushi.


Travel Tips #07: Untuk private resort tour, better ambik di Maafushi, lebih murah dan lebih banyak peserta untuk sesebuat resort, senang untuk travel solo menyelit. Kalau dari Male atau Himmafushi, agak mahal atau jika murah pun, resort yang anda pilih mungkin takda orang lain yang join, maka trip tidak dapat dijalankan melainkan anda travel lebih dari 2 orang.




Sampai di bilik hotel, aku bersihkan diri dan baring sekejap sebelum aku mula meneroka Hulhumale. Dari hotel ke pantai, cuma berjalan dalam 10 minit. Sempat singgah di pejabat Ooredoo, untuk beli sim card prepaid. Sepanjang aku di Maldives, coverage untuk Ooredoo boleh tahan dan internet pun agak laju.
$$$ Simcard Prepaid Ooredoo, 1GB data, 149MVR




Sekarang aku dah ada simcard, senang untuk update. Aku mula explore dari hujung pantai sampai pertengahan sahaja, tak larat nak jalan jauh. Lagipun hari dah mula gelap. Di sini, tiada pusat hiburan yer. Jika anda ada duit lebih, boleh tinggal di hotel berhadapan dengan pantai. Ada juga hotel yang mempunyai rooftop swimming pool. Apa yang menarik, di tengah pantai, ada dibuat seperti pagar kolam renang. Maksudnya akan ada kolam renang di tengah-tengah pantai. Tapi aku malas nak basah, sebab dah buat snorkeling.


   

   



Perut dah berbunyi. Aku jumpa satu restoran fast food yang agak ramai orang beratur. Rupa-rupanya restoran itu baru bukak. Aku pun masuk barisan untuk order makanan. Aku pilih set Orinetal Rice, iaitu ada nasi goreng, ayam goreng dan soft drink. Harga pun boleh tahan mahal.

$$$ Dinner di Zent Take Away, Oriental Rice Set 6.5USD

Mula-mula aku duduk di luar. Makin lama makin gelap, takda lampu. Nyamuk pun dah berleluasa. Dah hampir setengah jam, makanan aku tak sampai-sampai. Dah berkali-kali aku tanya dengan pelayan, masih jugak tak dapat. Aku tengok orang kiri kanan yang baru datang pun dah dapat makanan. Aku decide untuk masuk ke dalam, jumpa kashier yang ambik pesanan aku. Dia pun terkejut dengan makanan aku tak sampai lagi. Aku bagitau aku akan duduk di meja di dalam. Tak sampai sepuluh minit, makanan aku sampai. Ayam goreng dan nasi goreng masih lagi panas. Layan jugak, terubat hati yang tengah panas ini.


   

Dah kenyang, aku jalan kaki balik ke hotel. Sempat singgah di kedai runcit, beli roti dan air mineral. Kat sini, agak selamat untuk jalan kaki. Anjing pun macam tak nampak kat sini.

$$$ Barang di kedai runcit, 5USD



Sampai di bilik, aku google buat research sikit apa yang aku nak buat esok. Aku ni bukan jenis yang dah rancang segala, malam-malam baru terhegeh hegeh nak google. Plan aku, aku decide pagi esok nak bangun awal, pegi bandar Male, pegi jeti Vilingili beli tiket ferry ke Maafushi, jalan-jalan bandar Male, pastu balik ke Hulhumale dan balik hotel, check-out dan terus pegi jety Vilingili di Male balik untuk ke Maafushi. Begitulah plan asal. Tengoklah macam mana nanti.
Diharapkan esok hari berjalan dengan lancar.


COMMENTS

BLOGGER: 1
  1. A very energetic and informative article. I really appreciate this post thank you for sharing these type of posts. Good post. I was searched for this topic. Finally, I got the information on this blog. Thanks for posting such a nice article.
    https://www.bharattaxi.com

    ReplyDelete
Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

Name

#AboutKL,46,AirAsia,1,AirAsiaX,1,Airlines Review,33,Airport Lounge,5,Asia,51,Attraction,54,Australia,3,Australia - Perth,1,Award,2,Backpacking,2,Business Class,3,Cambodia,13,Cambodia - Kampot,1,Cambodia - Kep,2,Cambodia - Koh Rong,2,Cambodia - Phnom Penh,1,Cambodia - Siem Reap,3,Cambodia - Sihanoukville,5,Cameron Highland,1,Canada,1,Casio,1,Casio Exilim Malaysia,1,Cebu Pacific Air,1,China,6,China - Beijing,1,China - Guangzhou,3,China - Shenzhen,1,China - Wuxi,1,Contest,5,Couchsurfing,1,Croatia,1,Croatia - Plitvice Lake,1,Cruise,1,Cyprus,2,Cyprus - Limassol,1,Cyprus-Larnaca,1,Economy Class,17,England,1,England - London,1,Europe,6,Featuring,13,Festival,27,Flexiroam,1,Food,84,Food - Kelantan,1,Food - Klang Valley,11,Food - Kuala Lumpur,4,Food - Kuching,1,Food - Makassar,1,Food - Malacca,3,Food - Penang,1,Food - Shah Alam,1,Food - Singapore,2,Food Event,1,Food Review,64,Giveaway,1,Halal Food,11,Hong Kong,2,Hotel,85,Hotel - Bali,1,Hotel - Bangkok,1,Hotel - Busan,1,Hotel - Hanoi,1,Hotel - Jakarta,1,Hotel - Kota Bharu,1,Hotel - Kota Kinabalu,1,Hotel - Kuala Lumpur,20,Hotel - Kuching,2,Hotel - Malacca,3,Hotel - Pahang,5,Hotel - Pasir Puteh,1,Hotel - Penang,1,Hotel - Sapa,1,Hotel - Selangor,8,Hotel - Singapore,1,Hotel - Terengganu,1,Hotel Review,77,Indonesia,54,Indonesia - Bali,22,Indonesia - Bandung,5,Indonesia - Banyuwangi,3,Indonesia - Belitung,1,Indonesia - Bogor,1,Indonesia - Dieng,1,Indonesia - Jakarta,8,Indonesia - Lombok,4,Indonesia - Makassar,1,Indonesia - Medan,1,Indonesia - Nusa Penida,1,Indonesia - Palembang,1,Indonesia - Surabaya,1,Indonesia - Yogyakarta,8,interview,1,Iran,3,Japan,8,Japan - Chiba,1,Japan - Himeji,1,Japan - Kobe,1,Japan - Kyoto,1,Japan - Mie,1,Japan - Nagoya,2,Japan - Niigata,2,Japan - Osaka,2,Japan - Shiga,1,Jet Airways,1,Johor,3,Johor - Desaru,1,Kedah,1,Kelantan,3,Kiple,3,KL Tower,1,KL Tower International Jump Malaysia 2016,2,Korean Air,1,Kuala Lumpur,64,Kuching,2,Langkawi,3,Laos,1,Laos - Luang Prabang,1,Live Update,4,Macau,1,Malacca,13,Malacca - Malacca City,11,Malaysia,184,Malaysia Airlines,8,Maldives,10,Malindo Air,6,MASWings,1,McDonalds,1,Media FAM Trip,2,Melaka,1,Minnature Malaysia,1,Mongolia,11,Music Festival,4,Myanmar,13,Myanmar - Bagan,5,Myanmar - Mandalay,3,Myanmar - Yangon,4,Myanmar Airways International,1,Negeri Sembilan,5,New Zealand,1,North America,1,Pahang,9,Palace of The Golden Horses,2,Penang,8,Perak,4,Philippines,5,Philippines - Bohol,4,Philippines - Boracay Island,3,Philippines - Cebu,1,Philippines - Puerto Princesa,1,Products,15,Putrajaya,4,Qatar,8,Qatar - Doha,2,Qatar Airways,2,Ramadhan,9,Ramadhan Buffet 2017,6,Ramadhan Buffet 2018,8,Ramadhan Buffet 2019,5,Raya,1,Recognition,1,Review,1,Reviews,245,Router,1,Sabah,20,Sabah - Kota Kinabalu,21,Sarawak,43,Sarawak - Bakelalan,1,Sarawak - Bintulu,4,Sarawak - Kabong,1,Sarawak - Kuching,33,Sarawak - Lawas,2,Sarawak - Miri,3,Sarawak - Mukah,1,Sarawak - Mulu,2,Sarawak - Sri Aman,1,Scoot,4,Selangor,27,Ship Life,3,Singapore,14,South America,1,South Korea,5,South Korea - Busan,1,South Korea - Seoul,1,South Korea - Tong Yeong,4,Southeast Asia,122,Spa,1,Sponsor,1,Taiwan,6,Taiwan - Kaohsiung,2,Taiwan - Taipei,2,Technology,1,Terengganu,3,Thai Airways,1,Thailand,16,Thailand - Bangkok,4,Thailand - Chiang Mai,2,Thailand - Chiang Rai,1,Thailand - Golok,1,Thailand - Hat Yai,2,Thailand - Khai Island,1,Thailand - Koh Pangan,2,Thailand - Koh Samui,2,Thailand - Krabi,3,Thailand - Phuket,2,The Taaras,2,The Westin,1,Theater,1,Top Blogger,3,Tourism Malaysia,2,TP-Link,1,Travel,7,Travel News,42,Travel Tips,58,Travelogue,39,Travelogue - Myanmar,10,Trinidad & Tobago,1,Turkey,4,Turkey - Selcuk,1,UAE,3,UAE - Dubai,2,United Kingdom,1,Video,46,Vietnam,20,Vietnam - Hanoi,7,Vietnam - Ho Chi Minh,7,Vietnam - Nha Trang,1,Vietnam - Sapa,3,Vlog,5,Workplace,3,Worldwide,58,
ltr
item
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia: Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 2 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 2 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 2 berserta Bajet & Tips
https://2.bp.blogspot.com/-IBXo9JCay_k/Wno28htN7JI/AAAAAAAAZlA/IaIdcRSxdbcSzGTtLRpgPSMF7yduICt7wCLcBGAs/s640/maldives%2Btravelogue%2Bsolo%2Btravel%2Bhulhumale%2Bhimmafushi%2Bsnorkeling%2Bcatamaran%2Bcruise%2Bblog%2Bmalaysia%2Bmytravellicious%2Bbackpacking%2B%25281%2529.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-IBXo9JCay_k/Wno28htN7JI/AAAAAAAAZlA/IaIdcRSxdbcSzGTtLRpgPSMF7yduICt7wCLcBGAs/s72-c/maldives%2Btravelogue%2Bsolo%2Btravel%2Bhulhumale%2Bhimmafushi%2Bsnorkeling%2Bcatamaran%2Bcruise%2Bblog%2Bmalaysia%2Bmytravellicious%2Bbackpacking%2B%25281%2529.jpg
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia
https://www.mytravellicious.com/2018/02/maldives-hari-2.html
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/2018/02/maldives-hari-2.html
true
2687973012188888011
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content