Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 1 berserta Bajet & Tips - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 1 berserta Bajet & Tips





=========================================
Mengenai Trip:
  • Solo
  • Tiada check-in luggage
  • 5hari 4malam
  • 2 malam di Hulhumale,  2 malam di Maafushi
=========================================

Hari 1 - 6 October 2016

Tiket penerbangan ke Maldives aku beli sebulan sebelum penerbangan dengan harga RM610 (pergi balik),  AirAsia.  Aku hanya membawa bag sandang seberat 7kg untuk 5hari 4malam aku disana. Tiada makanan yang dibeli sepanjang penerbangan ke Maldives,  mungkin perut aku sudah terisi sebelum penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 5jam.

$$$ Tiket terbang pegi balik AirAsia KL-Male-KL, RM610

Selamat datang ke Maldives!! Ujar hatiku ditujukan kepada diri sendiri.  Begitulah jikalau travel berseorangan.  Tiada siapa dengan kita untuk berkongsi kegembiraan. Untuk kaunter imigresen,  orang yang beratur di hadapan aku begitu cepat proses cop passportnya.  Dilihat,  jika travel bersama rakan atau keluarga,  dipanggil sekali terus untuk ke kaunter.  Kini giliran aku untuk cop passport.  "Alone?"  soalan dituju kepada aku.  Aku mengiyakan.  Selepas itu,  passport aku dibelek satu per satu.  Belum lagi ada sinar untuk passport aku dicop oleh pegawai. Dia mintak tiket penerbangan balik dan aku tunjukkan,  sama jugak dengan tempahan hotel.  Setelah berpuas hati,  barulah pegawai tersebut mengecopkan passport aku.  Fuh,  lega! 




Travel Tips 1: Sentiasa menyediakan hard copy penerbangan tiket balik dan tempahan hotel terutamanya untuk pengembara solo.  In case diminta oleh pegawai imigresen, terutama kepada yang travel secara solo.


Setelah aku keluar dari balai ketibaan,  aku mengharapkan nama aku tertulis dan dibawa oleh seseorang iaitu driver shuttle service aku ke hotel..  Namun tiada nampak satu bayang pun. Sebenarnya,  aku telah menempah perkhidmatan "shuttle pick-up" dari hotel yang bakal aku tinggal untuk 2 hari di Hulhumale. Aku sempat menghubungi pihak hotel,  bertanyakan tentang shuttle pick up aku. Dalam aku ulang alik di kawasan menunggu,  tetiba ada seorang bertanyakan aku menginap di hotel mana, tapi aku malas nak layan sebab aku takut scammer,  kita tak boleh dedahkan info perjalanan kita dengan strangers,  takut diorang akan manipulatekan kita. Selepas itu,  telefon aku berbunyi,  aku jawap dan itu adalah pihak driver shuttle aku.  Dia suruh aku tunggu di hadapan kaunter hotel mana entah (di luar balai ketibaan, ada banyak kaunter untuk hotel dan resort),  aku dah tak ingat.  Selang seminit,  muncul orang yang sama yang tanya soalan kepada aku awal-awal tadi,  dia sebut nama hotel aku,  baru aku percaya.  Hehhehehee.  Aku buat-buat tak tahu jerlah. Terus ke arah kereta,  owh...  Bukan kereta sedan,  macam Alphard pun ada.  Tapi ada kawan dia duduk sebelah.  Aku duduk kat belakang macam bos.  Takut pun ada,  macam rasa penculikan pulak.  Dahla malam hari.  Tawakal jerlah.

$$$ Harga service pick-up dari airport ke hotel,  Star View Inn,  Hulhumale adalah 10USD untuk seorang.  Menggunakan MPV seperti Alphard. 


Travel Tips 2: Disebabkan penerbangan AirAsia mendarat di Maldives pada waktu malam,  anda hanya ada pilihan untuk tinggal di Male,  Hulhumale,  ataupun tidur di lapangan terbang sahaja.


Aku merancang untuk tinggal di Hulhumale selama 2 malam.  Setelah mencari hotel secara online,  aku memilih untuk tinggal di Star View Inn. Ada lagi yang murah, ini dah dipertimbangkan dengan review dan lokasi hotel. Kalau duit berkepuk, bolehla pilih hotel menghadap pantai Hulhumale.

$$$: 103.70USD untuk 2 malam di Star View Inn,  Hulhumale.  Bilik Double Deluxe.  Sudah termasuk 12% tax dan 10% service charge.



Travel Tips 3: Kebanyakan hotel/resort di Maldives akan mengenakan tax dan service charge dimana tidak termasuk di dalam harga yang tertera di agen booking online. Ada jugak yang akan mengenakan environment fee, seperti di pulau Maafushi.


Sampai di hadapan hotel,  aku disambut oleh staf hotel tersebut dan mereka menjemput aku masuk ke dalam lobi hotel.  Hotel ini agak kecil dan terletak di kawasan penduduk tetap tinggal.

Aku dihidangkan dengan 2 gelas air oren.  Kenapa dua?  Sebab staf situ ingat aku travel berdua.  Diorang tertanya-tanya kenapa pasangan aku tidak masuk lagi.  Hhehehe..  Bila masa diaorang tengok aku keluar dari shuttle van berdua? Takut aku,  ntah ntah memang ada...  Aku bagitahu diorang aku travel seorang.  Terus dibawa gelas jus oren ke dalam.  Baru aku nak minum extra. Kejam, hatiku mengumpat sendirian.


Selesai aku membuat pembayaran untuk tinggal selama 2 hari,  aku dibawa ke bilik hotel aku. Boleh tahan sunyi hotel ni. Kalau tak silap aku, cuma satu bilik je ada tetamu. Aku orang kedua. Bilik aku tingkat paling atas. Password wifi diberikan oleh staf yang bawak aku ke bilik. Untuk bilik lebih kurang RM200 semalam, seakan-akan bilik bawah RM100 di Malaysia. Ini yang paling murah aku jumpa. Asalkan dapat tidur. Namum begitu, pihak hotel berusaha membuat dekorasi angsa. Bilik pun dah macam bilik pengantin ada langsir.


Bagi aku, tinggal di sini masih lagi selesa. Pekerja pun peramah. Pernah berborak dengan mereka time aku boring-boring (aku turun bawah lepak kat lobi). Mostly staff disini berasal dari Bangladesh, kerja 24 jam. Kesian pulak aku dengar, tapi mereka sangat gigih mencari rezeki. Kebanyakan pekerja di Maldives ni adalah dari Bangladesh. Gaji pun dalam USD. Agak masyuk jugaklah.

Malam tu aku takde nak buat apa sangat. Letih sebab penerbangan 5 jam dari Kuala Lumpur. Aku baru gigih nak google apa boleh aku buat untuk esok hari. Travel solo ni agak leceh sebab kebanyakan pakej tour bilangan peserta minimum adalah 2 orang.

   
   


Malam itu, aku jumpa aku company tour yang berpangkal di Hulhumale di Facebook, iaitu "Secret Paradise Maldives", kebanyakan tour mereka bermula di Hulhumale. Aku PM mereka, memperkenalkan diri dan bagitau yang aku adalah traveler solo. Aku bertanyakan, jika terdapat tour untuk keesokan hari, yang membolehkan aku menyelit di dalam tour tersebut, tolong inform aku sebab aku berminat nak join. Tak kisah aktiviti apa pun. Tetapi, auto-reply yang menjawab bahawa mereka akan balas PM itu secepat mungkin.




Travel Tips 4: Kebanyakan join tour minimum participant adalah 2 orang. Jika anda travel berdua, adalah ideal, kalau berempat lagi ideal. Di Hulhumale,   jarang orang ambik tour dari sini.


Dah hampir tengah malam, belum ada jawapan dari Secret Paradise Maldives. Maka aku pun tidur, malas aku nak pening memikirkan apa aku nak buat esok hari. Tengokla macam mana nanti. 
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 1 berserta Bajet & Tips Reviewed by Abang Fadli on 11:04 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Ayoiii... die punye bilik cem bilik pengantin pulak, sayang tak ade pasangan ye. :-D

    ReplyDelete
  2. Wow! such a wonderful and beautiful pictures. Great share! It was such an informational blog, pleasure reading your content, Thanks. Keep sharing! Big thanks to the writer this post. What a great tour and visit!

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.