Maldives adalah sebuah negara yang tidak asing lagi kerana telah menduduki carta untuk pulau dan pantai tercantik di dunia. Mungkin boleh dikatakan rata-rata kita berimpian untuk melawat negara yang mempunyai 100 peratus penduduk Muslim ini. Ada juga yang menanamkan rancangan untuk berbulan madu disini.
Industri pelancongan adalah merupakan sumber ekonomi yang utama di negara ini yang sebelum ini adalah dimonopolikan oleh industri perikanan. Disebabkan kepesatan industri pelancongan di negara ini, boleh dikatakan kembara di negara ini adalah senang dan "D-I-Y" adalah tidak mustahil dan tidak keterlaluan dikatakan di hujung jari.. Tidak usahlah menempah pakej pelancongan yang berlipat kali ganda harganya walaupun pakej tersebut menawarkan harga "Backpackers" (katanya lah!).
Untuk maklumat semua, setibanya aku di Maldives ini, sememangnya aku tidak mempunyai itinerary. Ya, benar! Cuma tempahan bilik hotel telah dibuat. Anda sudah tahu tips & trick menempah hotel secara online? Baca sini.
Untuk maklumat semua, setibanya aku di Maldives ini, sememangnya aku tidak mempunyai itinerary. Ya, benar! Cuma tempahan bilik hotel telah dibuat. Anda sudah tahu tips & trick menempah hotel secara online? Baca sini.
Persoalannya sekarang sesuaikah Maldives untuk Solo "Traveler"?. Jawapannya adalah YA!
Aku akan menjawabnya dengan pengalaman aku sendiri. Aku telah "travel" ke Maldives pada 6-10 September 2016 secara solo tanpa perancangan yang rapi sehinggakan masa perjalanan untuk ke Maldives itu pun aku tidak tahu (sewaktu naik kapal terbang).
Lokasi: Centara Ras Fushi Resort & Spa Maldives
1. Pertama sekali cabaran adalah dari segi kos penginapan. Di Maldives, tidak wujudnya hostel seperti d negara-negara lain yang menawarkan bilik asrama (dorm). Oleh itu, solo traveler terpaksa menyewa bilik hotel 2 orang. Jika anda travel berdua, mungkin anda boleh membahagikan kos penginapan. Bilik hotel yang paling murah adalah dari RM100 termasuklah sarapan pagi. Untuk pengetahuan anda, tax kerajaan serta servis adalah sekitar 25% (jangan terkejut!). Jadi untuk bilik RM100, anda perlu membayar RM125 termasuklah tax. Jika anda bertanyakan harga, jangan lupa menanyakan harga selepas tax kerana mereka mungkin akan memberi harga sebelum tax yang boleh membuatkan anda keliru.
2. Cabaran seterusnya adalah di kaunter imigresen masuk ke negara Maldives di lapangan terbang. Jika anda travel berkumpulan atau berpasangan, anda mungkin akan melepasi kaunter imigresen tanpa seberang pertanyaan. Semua orang di hadapan aku melepasi kaunter imigresen dengan mudah sekali. Setibanya aku di kaunter, pertanyaan pertama adalah "Alone?". Terus diminta flight tiket balik dan hotel booking reservation. Jadi oleh itu, cetakkan siap-siap flight booking dan hotel reservation anda. Walaupun di passport anda mempunyai banyak cop negara lain (membuktikan anda seorang frequent traveler dan tiada masalah), mereka langsung tidak membelekkan passport anda sebelum memeriksa maklumat-maklumat yang aku nyatakan. Bagi yang tidak mencetak apa-apa tiket atau reservation, boleh tunjukkan softcopy booking anda di telefon bimbit anda. Pastikan anda mempunyai bateri yang secukupnya.
3. Setibanya di hotel, anda akan dihidangkan dengan welcome juice. Rata-rata semua hotel disini mempunyai servis yang sama, mereka sangat menghargai pelanggan mereka. Kenapa aku masukkan di dalam cabaran adalah kerana mereka akan menyediakan 2 gelas welcome juice. Dalam anda minum, terus dia tanya, mana isteri awak, atau mana seorang lagi tak masuk ke? Ada sekali aku bagitau yang aku travel seorang, terus diambilnya welcome juice yang satu lagi dan disimpan. Ko rasa? Terus ko menangis di tepian longkang mengenang nasib diri.
4. Awkward candle light dinner. Di pulau Mafushi, kebanyakan hotel disitu menawarkan makan malam secara buffet di tepi pantai di mana di meja akan di letakkan lilin. Keadaan disitu agak romantik dan anda selalu berimiginasi alangkah indahnyaa jika aku membawa orang yang tersayang disini sambil melihat senyumannya di sebalik cahaya lilin. Gitu!. Untuk pengetahuan semua, candle light buffet dinner ini cuma berharga 10usd sahaja. Sudah tentulah anda tidak akan menolak tawaran ini. Jadi terpaksalah anda makan candle light secara solo. Setiap yang lalu mesti akan melihat anda dengan pandangan yang penuh misteri. Betapa sedihnya budak itu, kata hati mereka. Gituh... tapi untuk aku, nasiblah aku sudah biasa dengan situasi ini. Bagi yang baru-baru sahaja berjinak mengembara solo, nak pesan hati kena kering dan bertabahlah.
5. Cabaran seterusnya adalah daily tour. Kebanyakan tour adalah disertai oleh pasangan-pasangan yang baru berkahwin dan sedang berbulan madu. Bayangkan semua berpasangan, kau sorang jer solo?.. tapi bak kata aku hati kena kering. Terdapat sekali aku menjawab soalan orang lain kerana terlampau kerap soalan "kenapa sorang jer". Jawapan aku adalah berdasarkan filem Bollywood "QUEEN". Aku memberitahu adalah minggu lepas adalah hari perkahwinan aku, tetapi semasa majlis berlangsung, pengantin perempuan tidak muncul dan telah lari (ala-ala Runaway Bride) dan akhirnya perkahwinan aku terbatal. Jadi aku telah tempah percutian honeymoon di Maldives dan pembayaran telah dibuat dan tidak boleh dibatalkan, untuk tidak rugi dan menenangkan diri, aku teruskan kehidupan dan pergi ke Maldives. Gituh, ko mampu? terus pasangan masing-masing tengok sama sendiri dan berpeluk erat dan bersimpati dengan kisah tragis aku... hahahaha... berkesan kan!
6. Daily tour sekali lagi menjadi cabaran untuk daily tour adalah kerana semua tour paling minima adalah 2 orang. Jadi bila ko sorang, terus ko tak kena layan. Macam aku di Hulhumale, aku tinggalkan pesanan kepada syarikat tour disitu, jika ada kumpulan atau pasangan yang mendaftar tour, bolehlah hubungi aku, jadi aku bolehlah "squeeze" in the tour. Pada hari pertama, aku "squeeze" dalam Cruise tour di Hulhumale dengan sekumpulan doktor dari India. Mereka berlima adalah rakan dan ada juga parents diorang. Jadi aku seorang yang asing disitu. Tapi, you know me, I can survive in this situation, asalkan kita ringan mulut, penuh dengan cerita hidup yang menarik untuk dikongsi, rendah diri, Insyaallah survive! Ko juga tidak dapat memilih tour sendiri berdasarkan pilihan yang ko nak.
7. Watersport.Yes, cabaran nya apabila ko nak main watersport tapi kebanyakannya adalah untuk 2 orang. Ko nak try boleh, bayar untuk 2 orang lah!. Kayak untuk 2 orang. Paddle boat untuk 2 orang tapi ko gigih kayuh sorang-sorang sampai "krem" kaki ko, ko rasa?.. lol.... tapi ada jer watersport yang boleh dimainkan untuk solo, standing board, jetski dan lain-lain. But more expensive.
Itulah cabaran-cabaran di anda travel secara solo di Maldives berdasarkan pengalaman aku sendiri. Tetapi bagi pendapat aku, semuanya adalah cabaran yang biasa-biasa sahaja. Setelah melihat keindahan pulau Maldives, semua berbaloi. Yang sebenarnya, sebanyak mana cabaran pun, kenangan manis pun melambak!
Nantikan post berkaitan tips, trick, budget dan itinerary di post-post yang seterusnya! Jangan lupa untuk FOLLOW IG @mytravellicious untuk gambar-gambar yang LETOP yer!
Anda pernah ke Maldives secara solo? Apakah cabaran yang anda alami?
Read my MALDIVES articles:
7 Cabaran Travel ke Maldives Secara Solo
30 Tips Travel di Maldives Yang Perlu Anda Tahu
Maldives Solo Travel - Itinerary & Full Budget Report for 5 days 4 nights
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 1 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 2 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 3 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 4 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 5 berserta Bajet & Tips
Maldives is really beautiful. Check out coupons for flight or hotel bookings. https://my.paylesser.com/travel-holidays-coupons
ReplyDeleteBest giler baca komen .. makasih atas perkongsian..
ReplyDeleteBerapa habis biaya untuk perjalanan solo ke Maldives include all Bro?
ReplyDeleteSalam bro. Tumpang tanya masa kat maldives, bro stay kat hotel mana? Aku ada plan nak bawa wife pergi sana tapi still bengong2 nak cari info kat sana..haha
ReplyDelete