Kami sampai di dragon terminal bus station dari moron tepat jam 6 pagi. Turun dari bas, capai backpack then kami masuk dalam station untuk menunggu siang. Konsepnya kami akan naik bus ke railway station untuk beli tiket dulu. Then cari breakfast, barulah check in ke hostel. Early check in hostel pun pada pukul 11am.
So kami pun bersantai-santai, sambil duk bersantai tu keluar jelah sengsara dan sakit hati weols sepanjang dalam bas. Hahaa..
Kesahnya ada budak 3 orang depan seat misaki n keechan berumur around
7-9 tahun tidak beremak tidak berbapa agaknya.. Sebab mcm dorang
independent, xde guardian. So weols pun xtau anak sapa. Korang
bayangkanlah dorang duk dalam bas tu bagai kera mendapat bunga je
gayanya. Kehulu kehilir duk main dalam bus. Tolak kerusi jatuh. Tengok
kami macam tengok alien. Gitu jugaklah dorang tengok kat tourists lain.
Tapi tourisnya dalam bus th ada la kot 7 orang termasuk kami. Heheh!
Gelak kuat2 bagai. Sungguhlah menyakitkan hati betul akan kebisingan
bebudak tu.
Rupanya si misaki dah bebel kat bebudak tu sebab
main dia punya ekon. Si keechan pulak i memang ada dengar duk cakap seat
properly, seat properly! Hahah... Pastu ditolaknya kerusi budak tu kasi
asal. Tapi bukan budak tu paham. Aku punya sakit hati aku buat2
tersepak kaki dorang! Sambil aku buat2 tido! Hahaaa..
Beli tiket keretapi
Tapi
berjaya jugaklah sampai ke ulaanbaatar ni. Lepas abes santai2, dalam
730am weols semua keluar dari terminal n menapak ke bus stop untuk gerak
ke railway station. Kami naik bus kemudian berhenti pada station
terdekat kemudian berjalan lebih kurang 20min.
Sesampai di
railway station, kami mencari kaunter yang tiket. Kaunter tiket terletak
di bangunan bersebelahan dengan bangunan utama railway station. Kami
masuk sana dan berbincang harga dan destinasi di kaunter information.
Paling jimat semamangnya seperti yang route kami sebelum ini.
Ulaanbaatar - zaamin uud - erlian - beijing. Malangnya kami punya seat
train untuk 4 berth 2nd class hard sleeper sudah abes. Nak x nak kami
beli jelah ap yang available. Harganya murah sedikit berbanding bajet
asal kami iaitu 22,850tug berbanding bajet asal 35,000tug.
Naraan tuul black market
Selepas membeli tiket, weols pun mencari penyelesaian untuk balik ke
hostel. Base on google maps apps, hanyalah setengah jam sahaja dengan
berjalan kaki. Makanya weols memutuskan untuk berjalan kaki sahaja ke
modern mongol hostel.
Sebelum sampi di modern mongol hostel,
kami singgah di kfc yang berada di belakang modern mongol **sebenarnya
modern mongol ini terletak di belakang kfc, sebab kfc menghadap jalan
utama. Kfc ni appear dalam zabihah apps sebagai halal resto tetapi
setakat mana validitynya iols pun x tau lah.
Kami sampai di modern mongol tepat pukul 11am, then mandi dan rehat. Today is our rest day lah. So santai2 saja kat hostel.
Dalam 130pm weols kuar lagi menghantar pakaian untuk laundry. Banyak
betul pakaian weols kali ni. Termasuklah seluar aladdin iols yang
terkena tahi kuda kat khuvsgul lake! Wakakakaa
Jika uols datang
ke ulaanbaatar dan memerlukan laundry. Iols highly recommended pergi ke
laundry ni. Harganya sangat murah kerana 10,000tug sahaja sebakul. **aku
lupa aku dah citer ke belum pasal laundry ni. Nak belek nota kisah aku
balik ni malas dah! Sebab aku tengok aku pun pening! Hahaaa...
Laundry ni betul2 terletak di belakang state deprtment store. Uols jumpa department store tu uols akan jumpa lah kedai laundry auntie ni kat taman. Hahah!
Laundry ni betul2 terletak di belakang state deprtment store. Uols jumpa department store tu uols akan jumpa lah kedai laundry auntie ni kat taman. Hahah!
A sweet mongolian girl
Lepas g sana, weols cari farmasi jap untuk beli lip
balm untuk i ngan syamil sebab mulut weols ni dah berkudis dah! Hahaa..
Mulut becok i nih kalo datang tempat sejuk memang gitulah kejadiannya.
Pegi korea berkudis, pergi sydney berkudis, pergi nz ke melbourne ke
hong kong ke china ke stakat ni memang berkudis sebab sejuk. Cuma teruk x
teruk jer! Paling teruk masa ke korea lah sebab masa tu memang winter
bersalji bebetul! Sampai kena keji kat sham tpg jantan puaka tu lah!
Hahahh
Dah dapat lipbalm tu mami tetap gigih pusing peace avenue
tu cari souvenir shop kononnya, cari magnet fridge je pun. Wakaka....
Sampi lah ke info centre kat tempat undram lagi. Hahah.. Then kali ni
tnya n amek tour hntuk terelj. Plan asalnya nak tido terelj tapi nampak
gayanya x kesampaian sebab masa dah suntuk. Bajet pun dah krik krik
krik. So amek day trip jelah! Hahaaa
Lepas tu kami singgah post
office untuk dropkan post card then balik ke hostel. Hari pun nampak nak
hujan. Nak ambil laundry pun lambat lagi.
Lebih kurang dalam
630 petang kami keluar lagi ambil laundry then singgah minum kat cbtl
ulaanbaatar! Heheh.. Dimana sahaja cbtl lah uols selalu lepak!
Setel semua weols pun balik hostel balik. Majn masak2, online then tido! Heheoe.
COMMENTS