7 Tips & Tricks Menempah Hotel Secara Online Yg Anda Perlu Tahu - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

7 Tips & Tricks Menempah Hotel Secara Online Yg Anda Perlu Tahu


Walaupun semasa aku backpacking, kebanyakan hostel/hostel yang aku tinggal adalah hasil daripada walk-in, iaitu hotel/hostel yang paling murah dan selesa setelah kita survey hotel/hostel di sekitarnya.

Tetapi, jika kita traveling di musim cuti sekolah ataupun pada musim puncak, sebaik-baiknya kita hendaklah menempah bilik hotel terlebih dahulu. Ada juga sesetengah imigresen yang memerlukan kita untuk menunjukkan cetakan tempahan bilik. Walaupun anda menggunakan AirBNB, ada seseubuah negara sebenarnya tidak membenarkan anda untuk tinggal di rumah penduduk setempat. Jadi anda perlu tahu tips & tricks bagaimana untuk memanipulasikan situasi ini.

Semua ini adalah berdasarkan pengalaman diri saya sendiri setelah beberapa tahun berkecimpung di dalam dunia kembara ini. Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang tidak. 

Semoga bermanfaat dan semoga anda berkongsi dengan rakan anda.


1. Perlukan cetakan tempahan, tetapi anda tidak menginap disitu sebaliknya tinggal dengan host Couchsurfer atau AirBnb.

Meletakkan alamat rumah kawan, hos CS ataupun hos AirBnb di dalam borang tiba adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak dan akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Ada sesetengah negara yang tidak membenarkan anda tinggal di rumah penduduk setempat, contohnya Myanmar. Di Jepun juga AirBnb masih lagi belum dibenarkan sepenuhnya.

Jadi, untuk kes ini, anda perlukan cetakan tempahan bilik. Caranya senang sahaja, melalui tempahan Booking.com, anda tidak perlu membayar bilik tempahan anda terlebih dahulu kerana akan dibayar semasa check-in. Terdapat pilihan dimana, anda boleh membatalkan tempahan secara percuma 7-3 hari sebelum anda check-in. Jadi, untuk mendapatkan cetakan tempahan bilik, tempahlah hotel yang anda nak pada tarikh anda travel, setelah mendapat email confirmation, sila cetak email tersebut. Setelah selesai, anda boleh batalkan tempahan anda secara percuma. Di kaunter imigrasi, cuma tunjukkan cetakan tempahan hotel tersebut. 

Permandangan matahari terbenam di Kolam Renang Infiniti, C'haya Hotel, Tanjung Aru, Sabah

2. Hendak menempah bilik termurah, tetapi sampai di sana nanti hendak cari bilik yang lebih murah. Jika tidak datang, takut akan kena charge.

Okay. Trick ini banyak yang tidak tahu. Anda boleh menempah bilik melalui Booking.com tanpa membuat sebarang pembayaran. Betul atau tidak?. Tempahlah bilik yang anda rasa murah dan selesa sebagai pilihan terakhir sekiranya anda tidak menjumpai bilik yang lebih murah dari itu ataupun bilik sudah penuh. 

Tapi, mereka akan caskan bilik jika tidak mendaftar? Jangan risau, semasa meletakkan data kad kredit di dalam Booking.com untuk verifikasi. Masukkan 3-digit CVV yang SALAH. Contohnya jika nombor kad kredit anda 123, anda masukkan 456. Tempahan akan berjaya. Kebanyakan hotel di dalam Booking.com jarang memeriksa kad kredit anda. Tetapi ada sesetengah juga akan membuat verifikasi. Jika verifikasi gagal, mereka hanya akan menghantar email peringatan tetapi mereka tidak membatalkan tempahan anda. Jika anda tidak muncul, anda tidak akan dikenakan sebarang cas, sebab mereka tidak dapat melalui transaksi kerana 3-digit kad kredit tersebut adalah salah.

Trick ini juga manfaat seperti trick No.1, cuma disini anda tidak perlu membatalkan tempahan anda. Takut, pihak imigrasi menelefon hotel anda, jadi tempahan anda memang ada disini.

3. Bagaimana pulak website yang mengenakan deposit. Memang tidak dapat menipu 3-digit. Jika tidak check-in, akan dikenakan cas.

Seperti Hostelworld & Hostelbooker, website ini akan mengenakan 10% daripada jumlah tempahan anda. Anda perlu membayar deposit ini dengan menggunakan kad kredit. Jika anda tidak muncul pada hari anda tempah, anda akan dikenakan cas 1 malam penginapan.

Untuk kes ini, penggunakan kad debit adalah sangat bijak. Pastikan kad debit tersebut sentiasa kosong dan hanya diisi wang sekiranya anda ingin menggunakan. Untuk pembayaran deposit, contohnya deposit sebanyak RM20 dikenakan, cuma isi RM20 di dalam debit kad anda. Biarkan kad debit anda kosong selepas itu. Jika anda tidak muncul, mereka tidak akan dapat mengenakan cas ke atas debit kad anda kerana transaksi ditolak.

Bilik dorm, Rainforest Bed & Breakfast, Kuala Lumpur

 4. Pencarian bilik paling murah.

Di internet, terbanyak banyak website pencarian hotel. Tahukah anda harga bilik adalah berbeza di setiap website ini. Jadi untuk membandingkan harga-harga website ini, aku syorkan website seperti Trivago ataupun Wego. Mereka akan membandingkan harga bilik yang ditawarkan oleh pencarian hotel seperti Booking.com, Agoda, Hotel, LastMinute, AirAsiaGo, Expedia dan sebagainya.

Setelah mendapat harga termurah, take note terlebih dahulu. Apa yang perlu dibuat seterusnya, anda boleh menelefon hotel tersebut untuk mendapat harga promosi pada tarikh yang sama, bandingkan. Jangan lupa bertanyakan sama ada harga sudah termasuk tax ataupun tidak.


Kolam renang, Citadines Uplands Hotel, Kuching Sarawak

5. Mengumpul points

Aku rasa semua sudah tahu cara untuk mengumpul points seperti Agoda, Hostelworld dan sebagainya. Untuk Agoda, points tersebut boleh ditukar kepada nilai wang di mana anda boleh menolak harga bilik berdasarkan points terkumpul anda. Anda mungkin tidak perlu membayar apa-apa pun untuk bilik tersebut sekiranya point terkumpul anda begitu banyak.

Tetapi bagaimana untuk memanupulasikan points ini. Anda akan mendapat point berdasarkan harga bilik, semakin mahal semakin banyak point. Anda juga akan mendapat point sekiranya anda membuat ulasan hotel, 500point untuk satu ulasan. Ramai yang tidak tahu, jika anda menempah 10 malam di dalam satu tempahan, maka anda perlu membuat 1 ulasan, jadi 500 point anda dapat, sepatutnya anda haruslah menempah 10 tempahan, 1 tempahan untuk 1malam. Jadi 10 malam, 10 tempahan, anda perlu membuat 10 ulasan yang sama dimana anda akan mendapat 5000 points Agoda. Genius? Memang genius.
 
 6. Harga hotel berubah dari masa ke semasa

Jika anda membuat tempahan melalui booking.com dimana tiada bayaran dikenakan, walaupun anda telah membuat tempahan sebulan lebih awal, anda perlu untuk mencari lagi bilik di hotel yang sama di hari yang sama. Ini adalah kerana, harga hotel tersebut boleh berubah-ubah.

Pernah terjadi kepada aku, 2 bulan sebelum harga hostel harga RM200, tetapi 1 bulan sebelum harga hostel jadi RM150, tetapi sebab anda telah membuat tempahan RM200, anda perlu membayar jumlah tersebut. Jadi, apa yang anda perlu buat, batalkan tempahan anda, tempat lagi sekali supaya harga di dalam borang tempahan ditukar.

Deluxe room, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

7. Penggunakan Private Tab / Incognition Window

Ini ramai yang dah tahu, silala guna Private Tab untuk Mozilla ataupun Incognition Window untuk Chrome semasa mencari bilik tempah anda. Ini adalah kerana, jika anda tidak menggunakan kaedah ini, anda mungkin akan mendapat bilik dengan harga yang lebih mahal untuk lawatan ke website tersebut pada kali kedua. Ini adalah kerana website tersebut mempunyai rekod lawatan anda sebelumnya.

Trick ini juga boleh digunakan untuk pencarian tiket pesawat.


Bonus Trick

Pilihan negara hendak pergi dan website hendaklah sama

Okay, tricks ini agak complicated. Contohnya, jika anda hendak booking bilik di negara Australia menggunakan Booking.com, anda janganlah membuat pilihan "Country" anda Malaysia ataupun negara lain, letakkan negara Australia dan juga currency anda letakkan "Austria Dollar", jangan letak Ringgit. Akan terdapat perbezaan harga disitu kerana, rakyat tempatan akan dikenakan diskaun.

Jika anda memilih Country "Japan", kemungkinan website ini akan menggunakan bahasa Jepun. Jadi anda perlu membuka website tempahan bahasa Jepun ini dengan menggunakan Google translation.

Tak tahu korang faham ke tak, cuba buka website booking.com, anda akan nampak bendera kecil di atas website tersebut. Ya, itulah yang aku maksudkan.

Kolam Renang di Pacific Express Hotel, Kuala Lumpur

7 Tips & Tricks Menempah Hotel Secara Online Yg Anda Perlu Tahu Reviewed by Abang Fadli on 11:27 AM Rating: 5

2 comments:

  1. aku fail bab booking hotel ni. slalu kwn aku yang satelkan hal ni. thanks tuk info ni :D

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2015
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.