🔥MY REVIEW🔥
🔹️RM399 untuk khemah glamping berempat (RM299 utk 2pax)
🔹️Hari tu, kami menggunakan 2 glamping
🔹️Booking direct dengan owner
🔹️Ogos 2020, untuk semalam shj.
🔹️Hari weekdays. Tiada orang yang lain selain kami
🔹️Disini terdapat hanya 4 glamping sahaja. Jadi kami guna dua glamping, dua lagi kosong.
🔵Parking: Sangat banyak dan luas. Parking berdekatan dengan pondok jaga, jadi boleh dikatakan selamat. Dan juga ada pagar untuk kawasan ini dan hanyalah orang yang menginap disini sahaja dibenarkan masuk.
🔵First impression: Seronok selepas melihat khemah glamping
🔴Untuk tinggal berempat, cuma hanya ada 1 Queen Bed + 1 single bed. Jadi yang Queen bed itu akan tidur bertiga. Akan sedikit sempit. Tapi anggap je seperti tinggal di dalam khemah.
🔵Ada kipas angin di dalam khemah. Malam pun sejuk. Khemah juga ada pengudaraan.
🔴Plug elektrik tak berapa cukup. Nasib saya ada bawak extension soket sebab kebanyakan kami mempunyai gadjet yg sangat banyak.
🔵 Setiap glamping mempunyai toilet sendiri, bon fire sendiri, meja lepak sendiri, kitchen sendiri dan ada balkoni sendiri
🔵Setiap glamping dipisahkan dengan dinding, jadi privasi jika anda hanyalah sewa satu glamping sahaja
🔵Kitchen dia lengkap dengan pinggan mangkuk ubtuk berempat dan kuali untuk memasak.
🔵Toilet dia pun boleh dikira acceptable untuk glamping macam ni.
🔵Memang dikelilingi dengan pokok dan sungai memang depan glamping tu jer. Seronok. Mandi dengan puas. Boleh jugak memancing. Kawan aku tak dapat ikan pun. Hahaha.
🔴Tapi berhati-hati dengan kepala air ya.. Kalau hujan cepat-cepat keluar dari sungai
🔵Makan malam dan sarapan pagi disediakan. Makan malam adalah sosej, ayam , kambing yang telah diperap. Pagi pula seperti roti, telur,sosej. Kedua-duanya korang kena masak sendiri.
🔴Sungguhpun makanan disediakan. Tetapi portion macam sedikit dan tak cukup. Disarankan untuk membawa makanan lebih sebagai tambahan.
🔵Sebelah malam pula, pekerja akan menyiapkan bon fire untuk kita lepak. Marshmellow juga disediakan. Best jugak chill chill.
🔵Ada hammock juga di sini
🔴Pekerja di sini dalam 2 orang. Mereka tinggal atas pintu masuk. Jadi mereka akan datang sewaktu hantar makanan dan buat bon fire sahaja
🔵Sangag privasi di sini lebih lebih lagi kalau korang sewa keempat empat glamping tersebut. Maksudnya korang sahaja di kawasan ini.
🔵Tak boleh expect macam hotel kat sini. Semua korang kena buat sendiri.
🔵Boleh godek-godek gambar untuk dapatkan gambaran lebih lanjut.
🔹️Kesimpulan: Puas hati jugak stay disini sebab sungai depan tu je. Air sangat fresh yer.
🔹️Tapi for me RM400 a little bit too much. Korang sanggup tak? Untuk pengalaman dan fun, worth it kot.
🔹️Rekomen tak? Yes, sebab tempat dia proper dan privacy.
🔹️Nak dtg lagi? Jika kawan-kawan ajak, stay ramai ramai disini, saya okay jer...
♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️
Alamat: Sungai Tua Recreational Forest, Hutlista 2, 2, Jalan Sungai Tua, Kampung Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Telefon: +60 11-1281 1725
Facebook: https://www.facebook.com/hid3out/
COMMENTS