Hari tu saya dah review pasal hotel conditions di post Review: 1 malam di ACES Hotel Kuala Lumpur, kali ni saya nak review pasal activities yang kita boleh buat sepanjang menginap di hotel tersebut. Rasa berdosa pula tak reveal port-port yang best masa stay kat hotel tu.
Nah, saya siapkan itinerary hotel.
Hari 1
11:00: Check in hotel. Kalo tidak dibenarkan untuk masuk bilik lagi, boleh letak bag di storage room.
12:00: Lunch at Kafe Kleptokrat. Antara makanan yang wajib cuba, wajib cuba ya:
1) Lontong kering. Pilihan lauk antaranya ialah rendang daging dan rendang ayam. Yang ni memang sedap.
2) Nasi Lemak. Kami pilih ayam rendang. Again rendang dia memang sedap. Sambal nasi lemak dia pon sedap siap tambah-tambah lagi.
3) Soto Ayam - yang ni tak sempat saya nak jamah, travel buddy saya dah habeskan. Kayanya sedap sangat. Allahu, kempunan nak rasa.
4) Toasted Grill Chicken Sandwich - this one i tell you sedap sangat. Chips dia very cryspy. And roti dia well grilled.
5) Dancing on the floor - most best seller drink. Rasa macam buat experiment dalam makmal kimia pula. Tapi mocktail dia ada rasa sparking Lychee. Sungguh nyaman.
Sambil makan sambil tenung air du swimming pool yang tenang. Korang boleh check their FB and IG.
https://www.instagram.com/kafe_kleptokrat/
https://www.facebook.com/kafekleptokra
14:00 Cofee and cake at Leaf & Co
Nama je coffee and cakes. Tapi bilah dah sampai nafsu kami bergelora. Macam-macam nak order. Antara makanan yang best ialah:
1) Croissant Salted Egg
2) Pasta Spicy Chicken Aglio Olio
3) Almond Tiramissu
4) Salted Chicken Chop
5) Passion Fruit Lemonade
6) handcrafted mojito
Korang boleh tengok ig and FB diorang:
https://www.instagram.com/leafandco_cafe/
https://www.facebook.com/leafandcocafe/
15:00 Herritage Walk at Petaling Street.
This is my first time datang sini. Kalo tak kerana menginap di ACES, tak dapat saya nak merasa Herritage walk di Petaling Street.
16:00 Cultural visit sekitar Central Market
Dari Pasar Seni, korang boleh berjalan ke Bangunan Sultan Abdul Samad, River of Life, Masjid Jamek, Kasturi Walk, Kwai Chai Hong dan korang juga boleh bergambar dengan mural sekitar pasar seni.
18:00 boleh balik bilik, rehat sekejap then boleh full force aktiviti malam pula.
20:00 Dinner at Hungry Tapir. Antara menu yang kami order ialah.
1) Nasi ulam ayam geprek
2) Pasta aglio Olio
3) Burger
Korang boleh visit link ni:
https://www.instagram.com/minglecafekl/
https://www.facebook.com/minglekl
21:30 kami sambung lepak kat Rex KL yang dulunya sebuah panggung wayang. Kedai pilihan kami food stall lauk pauk. Disini kami dihidangkan tip bits. Yummy 😋.
- Cincaluk fried chicken
- Tempura Broccoli
- Hand cuts fries
23:00 Kami pulang ke hotel dan berehat.
Hari 2
08:30 Bangun dan breakfast Nasi Lemak pack food yang di tempah sehari sebelum. Nasi Lemak Vegan ni berharga RM9 dan boleh di tempah di check in counter sehari sebelum.
12:00 check out dan leave our baggage kat storage room. Kami sambung lagi food hunting untuk hari ke dua sebelum kami ke Berjaya Time Square Hotel untuk next aktiviti.
Nota: Hanya dengan flash key kad ACES Hotel korang boleh menikmati discount di Kafe Kleptokra, Leaf & Co dan juga Mingle Cafe.
Sekian, saya harap itinerary kali ini memberi manfaat.
♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️
Address: Level 5, Kotaraya Complex, 10, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 3-2022 2808
Website: https://www.aceshotels.com
Facebook: www.facebook.com/aceshotelkl
Instagram: www.instagram.com/aceshotelkl
#aceshotelkualalumpur
#explorewithaces
COMMENTS