✴ Booking melalui agoda, Superior room sekali dengan Breakfast untuk 2 orang, RM183.45.
✴ Decide nak stay on the weekdays sebab tak nak jumpa crowd yang ramai. Tapi weekdays sunyi takde aktiviti 🤣. Krik krik krik. Tapi Alhamdulillah, orang tak ramai, itu yang penting, Covid woi, jaga2.
✴ Walaupun booking Superior room, tetapi bilik telah di upgrade ke One Bedroom Suite setelah complained di media sosial selepas mendapat bilik Superior yang hauk. Tahniah jugak kepada social media team diorang yang bertindak cepat dan berterima kasih juga kepada duty manager pada hari tersebut dengan tindakan pantas dan efficient diorang, akhirnya dapat mendapat stay yang selesa di sini. Mereka juga telah meminta maaf secara professional. Tahniah sekali lagi. Hopefully the can improve next time with my feedback. Aku pun baru keluar kuarantin 2minggu, dapat bilik macam tu, memang meletup lah... I was so sorry, sedikit terkilan time tu.
🔥My Review🔥
🔵Entrance fee sebanyak RM14 dikenakan untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. Akan ada pondok guard sebelah kota sampai di Colmar Tropicale. Simpan tiket, dan untuk yang stay di sini, akan mendapat refund balik duit.
🔵Suhu badan akan di ambil di pondok guard pembayaran entrance fee.
🔵Disebabkan hari biasa (Isnin), maka senang nak dapat parking. Tapi dari parking nak ke lobbi pun dengan catwalk sikit. Dahla bawak trolley bag dengan floor yang tak rata, mmg bising. Takpe, yang penting confiden catwalk.
🔵Bila sampai disini, First impression rasa macam Wownya dengan French theme... excited je rasa.. tak sabar nak photoshoot..sangat unik yer architecture... kenapa aku tak pernah terfikir nak ke sini dulu
🔵Check in, neutral. Lobby pun biasa2 jer. Conceirge takde yer.
🔵Dapat upgrade ke bilik One Bedroom Suite di Tingkat 6, tak ingat blok mana. Bilik bersih sebab diorang memang baru kemaskan bilik. Sampai-sampak jer bilik, housekeeping baru keluar dari bilik ni.
🔴Kalau korang dapat bilik yang hauk (sbb sini pun dah lama, might be ada hiccup here and there), boleh try call receptionist, then try the best to entertain your complain and needs ya.
🔵First impression suite ini agak besar untuk duduk berdua. Ada kitchen, ada dining table, ada living room, ada bedroom.
🔵Toilet dia sangat clean plus ada bathtub.
🔵View dari balkoni sangat wow. Sangat hijau dan sejuk mata memandang.
🔵Bedroom pun sedap tidur. The touch of batik plus the ukiran of the bed bagi extra classy to the room
🔴Furniture dia agak oldschool and outdated. Sofa pun macam ala2 dah season. Plus the room nampak macam empty.
🔴On the weekdays, malam sunyi sedikit. Takda aktiviti dan tak semeriah hujung minggu.
🔵Jangan risau, ada 2 buah restoran disini, sebuah restoran pizza, sebuah lagi restoran western. Owh, starbuck pun bukak. Tapi 9pm dah nak tutup.
🔴Sape decide nak stay sorang-sorang sini, better think twice... bawak teman yer.. better, like I said, weekdays tak ramai yg stay, sbb ramai yang day visit sahaja.
🔵Swimming pool bulan Ogos ari tuh bukak. Ramai jugak family bawak anak-anak bermandi manda disini
🔴No fly zone bagi drone
🔵Weeksday best sebab senang nak bergambar, takda sape nak interframe gambar kita. Bayangkan ni semua aku guna tripod jer.
🔴Breakfast so so, dia bukan buffet, tapi dia dah bagi portion siap2 kat station masing-masing. Unlimited ambil yer. Bokeh tahan taste. Tapi for now limited choices.
🔴Sebenarnya, kat sini macam takda benda pun. Cuma for me it Instagram Worthy jer... kalau nak kira kedai ke aktiviti ke macam tiada yang menarik
🔵Yang bestnya boleh ke Japan Village. Bayar RM10 untuk sewa kimono fefeling orang jepun. Alhamdulillah orang tak ramai. Walaupun tempat kecik, tapi bolehla melepas rindu dengan Jepun.
🔵Nak naik genting, makan masa 50 minit gak sebab kene turun dulu then naik balik.
🔵Rekomen tak? 50-50 sebab for me, for that price, you can get better room especially kat genting area.
🔵Nak datang lagi? Ok je, lagipun sini peaceful, vibe dia pun lain macam sikit. Ada inspiration dan idea untuk menulis
COMMENTS