Review: The Waterway Villa, Bentong - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

Review: The Waterway Villa, Bentong


Pada Ogos 2020, lebih kurang 45 minit perjalanan dari KL berpandukan Waze, aku sampai di Waterway Villa yang terletak di Bentong, Pahang. Hanyalah stay untuk satu malam yang berharga RM229.68, untuk 2 orang, ditempah melalui Agoda, bilik yang dipilih BAMBOO Villa.


🔥My Review 🔥


Apa yang aku suka tentang The Waterway Villa ini:

🔵 Bilik sangat unik. Lain daripada yang lain. Diperbuat daripada buluh. Kalau tak nak stay bamboo villa ni, boleh pilih bungalow villa diorang. Besar! Boleh BBQ kat bawah rumah


🔵Suka dengan balkoni luar bilik. Memang lepak kat luar bilik je.

🔵Toilet sangat bersih!

🔵Harga termasuklah 3 kali makan ya! (Hi-Tea, Dinner, Breakfast) Sekali percuma aktiviti jungle trekking jika cuaca membenarkan. Tak payah fikir nak makan kat mana.


🔵Kat kaunter, ada jual air kalau memerlukan. Tak perlu pergi ke luar.

🔵Aku sangat minat eco-tourism ni, dan hotel ni sunguh menepati citarasa


🔵Mengingatkan aku dengan Bali vibe!

🔵Sungguh hijau disini. Sangat instagram worthy

🔵Kolam renang dia besar. Ada kolam kanak-kanak juga. Yang penting ada water slide tinggi.

🔵Ada jual durian Musang King, dari kebun diorang sendiri. RM50 sekilo... puas hati makan


🔵Yang best nya, malam boleh karaoke ramai-ramai kat lobi tu. Kawasan luas guna projector.

🔵Kat sini, ada ayam-ayam berkeliaran macam kat kampung. Tapi ayam tu merayau kat area kandang dia jer

🔵Ada lagi accomodation kat atas bukit, boleh mintak lori shuttle hotel bawak jalan2 tengok permandangan dari atas.

🔵Parking luas, tapu kene jalan sedikit. Tiada bumbung.



Kekurangan yang aku rasa:

🔴Bamboo villa ni kurang sesuai untuk budak-budak, sebab tiada TV. Power plug kurang, nasib saya bawak extension socket

🔴Takda ruang sangat dalam bilik, meja pun kecil. Aku selalu lepak di luar di balkoni bilik


🔴Bamboo villa kena jalan jauh sedikit ataupun kena naik tangga. Warga emas kurang sesuai. Boleh pilih bungalow

🔴Hotel ni owned by Chinese (bolehh nampak kat lobi tulisan dan papan tanda) dan pekerja dia dari Indonesia mostly. Kadang-kadang terasa was-was nak makan. Tapi ramai mengatakan makanan Insyaallah Halal sebab pekerja Indonesianya ramai Muslim.

🔴Makanan dia served buffet, tak banyak, tapi okay untuk isi perut. 4 kali makan...


🔴Jangan expect layanan seperti 5stars disini. For me staffs friendly dan acceptable. Bag bawak sendiri.

🔴Wifi macam tak function, cuma kat dewan lobi tu kuat. Digi line pun haprak.

🔴Orang luar yang tak stay boleh datang ke sini dengan bayaran. Jadi bilik kene kunci kalau nak keluar.



Kesimpulan


💠For me, my stay tu rasanya worth it as my objective untuk dapatkan gambar-gambar menarik tercapai

💠I will be back, tapi nak stay dekat bungalow diorang sanbil BBQ dengan kawan-kawan.
Review: The Waterway Villa, Bentong Reviewed by mytravellicious on 8:25 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.