20 September 2016

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-11

   No comments     
categories: 
Kami bangun awal siapkan diri breakfast bagai. Lebih kurang jam 9 weols siap menunggu undram dan driver pikap weols kat hostel. Jam 930 am jugaklah weols mul bergerak ke terelj national park. Day trip sajor! 


Untuk dah trip ke terelj national park ni kami ambil pakej dari go traveler's point dengan undram tu lah. Weols dapat harga 180,000tug for one day trip which is untuk melawat terelj national park include petrol n upah driver. Weols putuskan untuk ambil day trip dan tidak pergi sendiri coz weols xnak merisikokan waktu pulang esoknya. Kami risau if pakai local bus, waktu x tetap dan kami perlu tidur disana, jika balik keesokan hari, tren pulang weols ke zaamin uud pulak jam 5pm. Kang terlepas mampos! So disini kami putuskan untuk ambil day trip demi keselamatan ummah! Wakakakaa

Sepanjang perjalanan, weols melalui kawasan yang pemandangan menghijau dan cantik. Iols memang suka the whole view sepanjang nak sampai ke terelj national park ni. Weols sampai di terelj national park dalam pukul 1045am camtu. Menurut pembaxaan weols nak masuk terelj national park kena bayar entrace fee 3000tug/head, tapi xde plak lah weols naknkena bayar. Yang kena bayar ala2 tom sajor, tu pun 1000tug sajor dan dibayar oleh driver weols. 

First attraction weols pergi adalah turtle rock. Dari jauh memang dah nampak dah turtle rock. X ramai pun tourists yang ada waktu wells sampai. Ada lah 2 biji kereta. Sesudah park kereta, wells terus melangkah then start hiking batu2 yang tersusun cantik. Hiking batu kat sini mudah sajor, x sampai 15 min kami dah sampai kat tengah2. Panjat batu memang sampai situ jer, x boleh nan naik atas lagi except kalo uols expert nak rock climbing, then weols mula melihat view kat bawah. Cantik sungguh! Sangat mendamaikan! Suka tengok ger2 berserakan di bawah dan binatang peliharan duk bersidai memagut rumput! Haa... Gitteww!! Abes weols lepaskan lelah (kononnya), weols pun terus feeling snap gambar dan penuh semangat mengibarkn bendera! Hahah.. Tapi sebab weols ni masih pagi lagi, kawasan batu tempat weols rehat ni masih terlindung dari matahari. So nampak view jelah cantik, weols yang duk posing penuh vogue bersama bendera ni hanyalah nampak silhouette jer. Hahaaa... 

Lepas puas duk nengok view n pose kat atas batu, weols pun mula turun ke bawab n nak amek whole view of turtle rock! Baru lah nampak figure turtle tu kan! Hikhikk... Masa ni cuaca dah agak mula membahang yer walaupun berangin sejuk, tapi weols gigih feeling amek gambar merdeka n buat video. 

Habes duk pose sana sini kat turtle rock tu, weols pun mula gerak ke kawasan local untuk aktiviti horse riding. Sebelum membuat horse riding, weols dihidangkan oleh owner horse tu local milk tea dan jugak kuih tempatan. Kuihnya macam kita punya roti keramat/cakoi and ada jugak rasa seperti vadey. Local milk tea dorang x rasa manis, tapi rasa but salty and creamy. Sedap la jugak! HeheeHeheee.. 

Weols ambil horse riding hanya untuk sejam sahaja. Kosnya adalah 10,000tug/pax/hour, dan upah guide jugak 10,000tug. Makanya weols pun berseronoklah penuh feeling duk naik kuda sambil lyan view penuh damai dan cantik disana. Seriously memang view sini cantik! Iols strongly suggest uols kalo datang terelj national park ni datanglah tidur semalam. Mesti syiok dan best untuk explore nature area2 perkampungan sini. Rasanya harga ger sini jugak standard dimana2 jer kot. Tapi x la pulak iols tanya. Hehee

Selepas sejam melihat keindahan alm sambil menaiki kuda. Weols pun pulanglah! Dalam perjalanan pulang weols singgah tepi sungai yang pun sama cantik viewnya.. Xtau la plak apa nama sungai ni. Kekonon weols singgah unyuk picnic lunch. Actually xde la nak kunch sangat and weols pun didnt prepared much for our lunch food. Ada leftover bubur nasi n misaki also tapau sandwich. So itu jelah yang weols makan pun. Sambil tu duk borak2 ngan abam driver ni dalam bahasa korea mix english! Hahah! 

Abam driver ni actually abang kepda undram yang tempt kami kutip info. Abangnya tidak fasih english but he studied hanggul, and belajar kat korea dulu katanya. So he fluently speak korean langguage lah. Pasal dia duk mixed ngan hanggul tu sebabnya si keechan ni boleh sikit2 speaking korea. Itu tetiba abam ni terus jadi confident and friendly nak cakap and borak ngan weols. Sebelum tu dia banyak diam jer. Hehehee

Lepas lepak kat area sungai tu hampir sejam. Weols pun bertolak balik ke hostel. Weols sampai hostel tepat pukul 4 petang. Rest then kemudian masak untuk heavy lunch+dinner. Masak vegeterian spaggeti then plannya akan keluar ke zaisan memorial park untuk nengok sunset. 

Lebih kurang 630 perang weols keluar hostel then menunggu bus no 55 berdekatan dengan kfc depan hostel. Bayar 500tug then setengah jam kemudian kami sampailah dekat area bawah zaisan memorial park tu. Mengikut undram nak naik ke atas ada 600 anak tangga! Aiyoh.. So syamil x nak naik, dia nak lepak kat kfc kat bawah jer, sunset pun lambat lagi iaitu around 830pm, so kami pun lepak santai jap kat kfc tu sambil beli aiskrim. Jam 730pm baru weols bertiga start naik tinggalkan syamil kat bawah. Kami naik dari jalan belakang dan x banyak tangga. Rupanya xde la susah mana nak hiking. Dalam 15min dah sampai ke puncak memorial. Heheh! 

Weols pun bersantai la kat atas tu sambil melihat keseluruhan bandar ulaanbaatar dari atas. Agak besar kelihatannya, mungkin kerana bandar ni terbina dari tanah mendatar dan x banyak pokok besar dan tinggi, so boleh melihat sampai nun di kejauhan. Sunset view kat sini agak cantik, weols menikmati sunset sambil borak2 kosong dan mengarut hal2 masing2. Hikhikk

Lebih kurang jam 9 malam, hari dah mula menggelap. Weols decide untuk turun sebab kami risau nanti karang dah gelap betul kang x nampak pulak jalan nak turun. Heheee... Sampi kat bawah then masuk kfc tempat syamil duduk, kemudian kami pun balik ke hostel.

Bersambung...


Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.

0 comments:

Post a Comment

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!