Today is our last day kat ulaanbaatar, our train ke zaamin uud pada
jam 530 petang nanti. So weols bersiap dan berkemas awal kerana our
check out time is at 11am. So we check out n left our backpack kat
hostel then g pusjng2 city lagi. Actually xtau dah apa nak buat! Pusing
city n lepak again kat cbtl just for killing time! Hahah.. Xtau dah nak g
mana lagi area ulaanbaatar city ni.
Lepas lepak cbtl, weols decided untuk having lunch, bekap kekononnya
takut nanti lapar plak dalam train, makkumlah 14 jam dalam train.
Hehee.. So weols having lunch kebab lagi today. Setel makan kebab kami
terus balik ke hostel, otw balik i singgah jap kedai souvenir kot2 ada
berkenan. Boleh abeskan sisa tugrik! Kekeke.. Pastu terua balik ke
hostel.
Dalam jam 330 pm, Kami ambil bag dan terus cari taxi untuk ke ulaanbaatar railway station. Walaupun train pada jam 530pm, kami decided untuk pergi awal n tunggu. Boleh je lepak2 kat cafe kat railway ni. Lagipun memang weols da xde pape nak dibuat. Hehee
Pukul 5 pm train sampai then kami pun naik. Kali ni kami x dapat 2nd
class soft sleeper. Hanya berth biasa jer yang berharga 22850 tug. Tiada
bilik, tiada langsir dan hanya katil open space. Hahaa... Adehlaaa...
So weols akan meneruskn perjalanan weols dalam keadaan begini untuk 15 jam! Nangess! Hahaaa
So weols akan meneruskn perjalanan weols dalam keadaan begini untuk 15 jam! Nangess! Hahaaa
Hari Ke-13
Lebih kurang jam 730am kami sampi di zamiin uud. Capai backpack
terus turun dari train, dan weols terus menapak ke arah bus station
zamiin uud. Sampai station bas je terus naik. Kemudian pung pang pung
pang dorang suh tukar bas naik bas yg lagi kurang orang dan lebih
selesa. Yeayy... Bestnyaa.... Hahah!
Bas mula bergerak, kejap2
berenti, kejap2 berenti. Macam biasalah, baru nak gerak berenti lagi.
Ini baru nak melepasi immi mongolia, officer pun turun naik turun naik,
iols sempat tidur lah dalam bus yang jaraknya ke border sekangkang iols
sajor pun. 2 jam kemudian baru sampai kastam mongolia. Akhirnya..
Pheww.. Kat kastam mongolia backpack keechan kena geledah. Diminta
officer tu cek satu persatu. Sampai lah dia duk belek 4 5 kali jugaklah.
Aku jeling! Kuah rojak mak bee yer! Hahahaa... Ambik letak ambik letak
ambik belek belek! Terliur letteww.. Baru dia tau penangan rojak mak
bee. Wakakkaaa...
Lepas selesai kami pun naik bas balik.
Alhamdulillah... Agak pantas urusan di immi mongolia ni. Now nak
melepasi kastam dan immi china pulak. Duk dalam bas berenti2 masuk china
punya team pulak. Naik sorang officer muda belek2, macam x puas hati
belek2 lagi. Hahah. Pastu tengok weols penuh ghairah dia turun. Then
naik sorang lagi, pun muda sebaya macam first officer tadi jugak. Satu
batch la teww kat kolej! Wakaka... Belek2 weols punya passport tengok
weols turun. Naik pulak yang ketiga, serupa itu jugaklah benda yang
dibuatnya. Then dia tnya datang dari mana. Pakcik kat depan kitorang
penuh yakin cakap weols ni dari vietnam! Wakakaa.. Hanjing pakcik tu!
Feeling pandai tapi bodoh jugak yer! So syamil cakaplah weols semua dari
malaysia. Officer tu pun... "Oooo...." Lalu turun. Nampak dorang duk
pung pang pung pang kat bawah entah apa diboraknya pun iols x paham.
Akhirnya bas kami bergerak ke pemeriksaan kastam china pulak. Sesampai
jer di kastam china, terus kami menuju ke laluan untuk scan bag bagai.
Keechan dah laju kedepan. Terpisah dari weols. Iols yang kedua dan
belakang iols misaki and syamil. Masa iols nak letak bag officer yang
kat tepi nampak i pegang passport malaysia. Terus dia panggil iols
sekali ngan backpack siap. Misaki pun ngikut belakang iols dan begitu
jugalah syamil. Kami dibawa ke tepi bilik monitor cum pejabat dorang.
Adalah officer pompuan sorang kat dalam tu. Then dari jauh jugak i
tengok keechan jugak dibawa ke arah kami. Hahaa... Makanya weols
berempat menunggu la penuh hiba kat tepi ni sambil pompuan officer tu
buat apa ntah! Menunggu punya menunggu dah dekat 40min. Orang lain dah
bersilih ganti datang dan pergi. Baru pompuan tu keluar nak setelkan hal
weols. Laaa... Patutlah orang lain dah blah weols masih macam xtau apa
yang berlaku lagi. Huhuhuu...
Officer pompuan tu keluar dengan
membawa semua passport weols dan pergi ke mana entah. Katanya tunggu
kejap sambil berlalu.. Nak buat verification bagai la gamaknya. Keechan
dan misaki dah menyumpah! Lama bebenor! Masing2 dah letih menunggu. Dah
la perut kelaparan uolss sebab malam tadi pun makan instant noodle vege
jer kat dalam tren. Nasib gak weols ni terlintas beli noodle vegetarian
kat state dept store untuk bekal kononnya. Kalo x lagilah meroyan
memasing. Yang paling kuat meroyan selalunya iols lah. Hahaa... Tapi
kali ni i xtau kenapa. Iols lah manusia penuh sabar dan siap boleh gelak
lagi. Senyum2 santai rilex jer. Mungkin iols dah pasrah n redho. So
iols just stop complaining and enjoy the ride! Hacamtuhhh!! Wakakaka...
Kaki dah kebas duk menunggu tepi pejabat dorang ni. Iols mulalah buat tarian inang. Nak raver x pandai. Kekekekee....
Selang beberapa ketika, officer tu datang balik dan mula bertanya weols
berbagai soalan. Penuh baik dan mesra jer officer ni. Cakap pun sopan
jer. Mula2 ditanya yang keechan punya. Xbanyak sangat soalan. Sebab
pasport baru isi muka keras and kat mana cop yang ada tu. Hahah! Lepas
tu passport misaki, ditanya pulak segala cop yang ada didalam passport
tu. Matilahh! Segala cop entrance ditanya dan dibeleknya uolss. Dah laa
pompuan tu penuh cop segala alam negara dia pergi. Sempadan danok ngan
bangkok lain cop pun ditanya. Ahahaa... Lama jugaklah nak nak abeskan
segala negara yang ada dalam misaki punya passport tu. Memang paling
lama dibeleknya passport misaki. Keechan dah stress. Duk nyumpah2 dalam
bahasa melayu sambil senyum.
"Bodolah ko kan pompuan, jadi officer jaga sempadan negara, nak sebut nama negara pun x tau!"
"Nasib aku x pandai cakap cina tau, kalo x lama dah aku membebel kat ko"
Pastu nyanyi lagu shila amzah! Wakakaaa.... Yang stress nak menjawab and nak terjemah adalah syamil. Ahahahaaa
Lepas tu kena turn iols pulaklah. Dah agak mudah lah kali ni sebab i
punya visit x sebanyak misaki, dan jarak waktu pun agak berbeza. Cumanya
sebab weols ni travel together so adalah cop yang sama macam australia,
new zealand, thailand, indonesia, sabah bagai. Adoii... Abes segala mak
nenek cop didalam passport weols di soal. Syamil lah yang naya.
"Kenapa malaysia xde cop?"
"Kami pakai thumbprint lah!"
"Kenapa sabah ada cop?"
"Kenapa sarawak ada cop?"
"Sabah sarawak tu kat mana?"
Segala negara dia nak kena terjemah ke dalam bahasa dan sebutan cina. Tabah, talawak, Atololia, nulilen, piyen, etelambul, inoletia, tinapula, talilan tamplon! Wakakakaa... Ok! Iols exagerate, x ingat pun sebutan syamil camana ngan pompuan tu. Tapi gitulah lebih kurang! Wakakakaaa...
Nasib baiklah syamil punya pasport adalah passport baru. Passport lamanya dah abes, Kalo tidak jenuhlah si syamil nak kena explain nama seluruh negara dalam dunia yang fana ni. Wakakaka... Kalo sebut US dan London tu common dan mudahlah! Tapi, kalo Dhaka nak sebut apa? Qatar nak sebut apa? Dubai nak sebut apa? Moscow nak sebut apa? Norway nak sebut apa? Finland apa pulak? Germany pulak apa? Ahahahaaa....
Dan nasib baik sungguh sebab syamil ada. Mudahlah untuk kami nak berpengantara cina. Oleh sebab syamil ni fluent bahasa cina, officer pompuan ni wonder pulak kenapa syamil je yang fasih. Weols x fasih. Wakaka.. So syamil jawab weols ada language skills memasing. Wakakaa... Misaki pandai bahasa france, aku pandai arab, keechan pandai korea, selain bahasa ibunda. Wakakaka... Sedap ko propah kan mell?? Padahal aku bahasa arab spm dulu xde dalam sijil tau. Failed! Orang belajar aku fefeling pergi berpersatuan. Padahal aku monteng! Wakakkaaa
Lepas selesai bab
tanya passport negara, dah macam main kuiz dimana joe jambul. Ada sorang
lower officer lah kot cakap bas nak blah dan tinggalkan weols. Pompuan
tu pun penuh baiknya cakap, 'xpe, saya g cakap sendiri ngan driver bas
tu.' Gitulah syamil interpret kat weolss! Wakakakaa.... So mereka
tinggalkan weols lagi. Kami sengih jelah mampu. Hahaaa.. Stress makk!!
Sekembalinya officer pompuan tu, dia masuk dalam dan ambil kami punya
departure and arrival card, pastu diarahkan kepada weols untuk menulis
alamat. Misaki membebel, "kan dalam visa application kan ada, ko g jelah
tekan korang punya sistem dan appear lh segala mak nenek details kami.
Jadahnya ko mintak lagi! Buat visa kemain nak kena isi beria, dah lah
bayar mahal! Dah lah ##*%+#*#^#% " pot pet pot pet bising sensorang,
tukang sampuk mengiyakan si keechan. Syamil senyum penuh sabar, iols
rilex buat pekak! Dengar lagu Adele lagi bagus! Feeling lah jugak!
Ahahahaaa...
Siap tulis segala kehendak, kami kembalikan kertas
tu dan officer pompuan tu masuk. Kami menunggu lagi. Aiyohh!! Dah la
dalam bas tadi dah 2 jam nak nunggu sampai sini. Now dah sejam lebih duk
stuck kat sini. Silakatoii! Wakakaa.. Iols ni dah bosan bosan so iols
kuarkan phone iols dan nak nulis update kisah "trip chapter: diva goes
wild" ni lah kononnya.. Misaki, syamil and keechan cepat2 nganjing kat
iolss...
"Haa...siap!! Taa dah nak start menulis dah tu, mak tazabar nak baca apa lah yang uols akn sumpah seranah nanti taa"
"Aiyoh taaa, sabar taa sabar, tulis lite2 jer taa.. Jangan marah2! Nanti stress orang nak baca!"
"Tulis jer ta, ko tulis jer, ko tulis jer keechan mencarot sambil nyanyi lagu shila amzah." Wakakakaaa...
"Janganlah kacau iols weyh!" Ahahaa... "Hilang idea mak nak nulis" ahahaa.... Last2 aku sumbat balik phone aku then sambut joget inang. Hahaaa
Kemudian pintu pejabat dibuka, maka si keechan yang duk
depan pintu nampaklah bas dah tinggalkan kami. Hanjenggg!! Terbang
50yuan sorang! Hadoii... So officer tu cakap ngan syamil then tunjuk kat
iols. Apakah? I angkat kening..
"Wan, u masuk, dia mintak u masuk untuk ambil gambar. Makanya sambunglah mencarut weolss. Then lepas iols masuklah misaki dan sorang2 sampai kesemuanya selesai.
Selepas 2
jam kami tersadai kat situ, bas pun dah tinggalkan kami, akhirnya urusan
kami ngan kastam dan immigresen pun selesai. (*maaflah.. Aku ni always
bimbo xtau mana satu immi dan mana sayu kastam, so mohonlah korang paham
sendiri! Wakakkaaa)
Officer pompuan tu mintak maaf sebab lambat nak setelkan, katanya dia pun x biasa, tp now gomen china baru start ketatkan entrance area erlian ni untuk pelancong. Especially untuk mereka yang jenis banyak keluar masuk ke mana2 negara. Aiyohh.. Maknanya untuk frequent travellers, Korang siap! Hahaaa...
Then officer
tu pun panggil la sorang lagi lower officer la kot, untuk bawak weols
lepasi pemeriksaan dan cop. Then ada jugak sorang officer untuk bawak
weols keluar. Makanya disini kami dah boleh cut queue masa pemeriksaan
passport. Keechan dipanggil first dan melepasi immigresen dengan
jayanya. Jejari, tapak dan pergelangan tangan keechan diraba oleh
officer lain yang berdiri menjaga garisan situ. Lepas keechan iols
pulak, pun kena raba jugak, dan begitu jugaklah syamil. Susah taww jadik
santek nih. Selalu kena raba. Wakakakaaa.....
Misaki masih
dibelakang kerana passport dia masih dalam urusan ofiicer pompuan tu. So
mencarutlah misaki sebab dia masih x berjaya dilepaskan dan weols
tinggalkan dia. So keechan yang dah berjaya melepasi dengan leganya
pergi menghembus rokok. Tu jer sebenarnya pompuan tu nak. Nak hisap
rokok! Hilanglah stress! Hahahaaa... Masa dah abes sebatang rokok tu
misaki berjay keluar dengan jayanya dan penuh santek. Libas rambut then
ketwok! Hahaaa.... So lepaslah weols punya hazab berjam2 nak melepasi
sempadan negara china. Heheheee
Ingatkan dorang nak anta weols
sampi erlian town, rupanya dicari driver bas untuk hantar kami sampi
erlian town. Sorang sorang ditanya, last2 officer tu bawak kami ke jeep
rusia klasik tu. Masa nak sampai ke area ulat jeep rusia tu, semua ulat
pakat lari, takut lettew tengok diva2 ketwok dengan abam uniform, maka
tinggallah sebijik jer yang mungkin hatinya sedikit kering..
Wakakakaa... Makanya disuruhnya ulat tersebut hantar weols. Passport
driver tersebut diperiksa san dicatat oleh pegawai tersebut. Naiklah
weols ke dalam jeep tersebut dan kena bayar lagi 100yuan! Hahaa...
Hanjeng!! Matilahhh!!
Sesampai weols kat station bus erlian,
kami terus masuk dan beli tiket. Sleeper bus berharga 220yuan. Sleeper
bus paling lambat ialah 430pm. Weols beli tiket tersebut kerana weols
mahu sampai lambat sikit ke beijing. Kami booked happy dragon courtyard
hostel hanya untuk keesokannya.
Lepas siap membeli tiket, weols
yang dah masing2 kebulur ni pun mula mencari idea dimana nak makan.
Kekonon nampak ada rupa kolonel sanders kat luar tepi station. Makanya
besarlah harapan dengan konsep "kfc pun kfc lah! Janji ada solid food!"
Then weols pun menapaklah ke arah restoren kaler merah berwajah kolonel sanders itteww.. Sesampi jer kat situ syamil pun cakap!
"Eh jap jap! Dia pun baca la patah demi patah perkataan cina tu, kedai air dan kacang makan .. Kedai..."
Rupanya ni bukan restoran kfc, kedai jual air dan tofu uolsss!!
Wakakakaa... Makanya dengan langkah lemah longlai dan gemalai weols
menapak balik ke arah terminal. Panjang leher weols duk ngintai kot
jumpa restoran yang berkenan dihati. Pun yillek!! Last2 keechan masuk
kedai runcit. Iols nampak van buah duk meniaga, iols beli buah epal 4 5
bijik, then masuk gak kedai runcit, memasing belilah roti n biskut dan
minuman. Lets makan! Epal cicah kuah rojak mak bee pun sangat nikmat
yerr! Hahaaa... Oleh sebab masa menunggu masih ada lebih dari 2 jam,
kami pun mainlah uno dengan gelak ketawa. Hahaaa
Akhirnya pada
jam 430 petang, kami pun naik sleeping bas menuju ke beijing. Panas
membahang masa mula2 masuk bas. Enjin x start kekdahnya so aircond x
bukaklah. Hahah... Sleeping bus ni ingatkan agak besar bednya.. Rupanya
kecil yaa... Korang bayangkan sebiji bas tu sebaris 3 biji katil dua
tingkat dorang buat. Ingatkan dua biji katil je setiap baris. Aiyohh...
Maka bertabahlah weols duk dalam sleeping bas sempit ni. Hahah.... Duk
dalam bas makan tido makan tido baring, pada jam 4 pagi sampai lah weols
ke beijing city.
Weols akan stay lagi di beijing ni lebih
kurang 5 hari untuk explore few tourist attractions kat beijing ni. Diva
goes wild chapter weols ni akan tamat pada 7 september nanti. Tapi iols
malas dah nak buat coretan. Nak iti beijing mohonlah cari sendirik
bersepah kat gugel. So anda godeklah dan buatlah inti anda sesedap rasa.
Pasti sedap! Kbai... Hikhikhikkk!!
Sekian!
Tamat~
COMMENTS