
Pada pertengahan September 2020 yang lepas, aku dibawa oleh Tourism Malaysia Sarawak untuk melawat keindahan Lawas dan Ba'Kelalan bersama-sama dengan 'social media content creators' yang lain. Walaupun Lawas adalah hanya tempat bersinggahan kami di antara Kota Kinabalu - Ba'Kelalan, tapi aku cukup tertarik juga dengan apa yang Lawas telah ditawarkan.
Bagaimana hendak ke Lawas?
🚗 Melalui jalan darat
Kami memulakan perjalanan dari Kota Kinabalu, singgah di Lawas sebelum memulakan perjalanan ke Ba'Kelalan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sempadan Merapok adalah berdekatan dengan bandar kecil Lawas. Telah diwartakan juga, jalan Lawas juga berhubung dengan negara jiran iaitu Brunei. Jikalau melalui Brunei (sediakan passport), tapi jika dari Kota Kinabalu tidak payah passport (cuma sediakan IC)

✈️ Melalui Udara
Boleh juga guna kapal terbang dari Miri, Kota Kinabalu, Ba'kelalan. Jual penerbangan adalah terhad di dalam seminggu, dah setiap penerbangan hanyalah 9 orang penumpang sahaja (TWIN OTTER MasWings).
Di mana tempat tinggal?
Kami telah bermalam Hotel Seri Malaysia yang telah di tengah bandar Lawas. Dikatakan hotelyang paling besar dan bagus di bandar ini. Terletak hanyalah bersebelahan dengan Waterfront Lawas dan Pasar Tamu. Biliknya bersih dan selesa. Hotelnya adalah 3 bintang. Mempunyai tempat letak kenderaan yang luas di ruang terbuka di hadapan hotel.



Tempat makan yang best?
1. Restoran Hao Wei Seafood
Restoran menawarkan hidangan yang cukup menyelerakan. Jangan lupa untuk memesan peria salted egg dengan udang galah masak butter di dalam kelapa. Sedap wei! Serius... Hari tu kami makan tengahhari di sini. Restoran seperti konsep kopitiam.




2. Gerai Seri Kampung Punang
Setelah menyaksikan matahari terbenam yang indah di jeti Kampung Punang, anda bolehla singgah di sini untuk menikmati makan malam. Hidangan seafood juga yang istimewa disini. Ketam,udang,ikan dan sotong adalah makanan wajib. Di sini juga ada menjual ikan tahai salai.




Tempat menarik untuk singgah di sekitar?
1. Waterfront Lawas
Tidak sah jika ke Lawas tidak menjejak kaki di sini. Awal pagi, dilihat banyak aktiviti senaman dilakukan di sepanjang Waterfront. Permandangan juga sangat best dan kawasan adalah sangat bersih. Anda bolehla bergambar dengan sepuas-puasnya di sini. Hanyalah berhadapan dengan Hotel Seri Malaysia



Hanya bersebelahan dengan Waterfront Lawas, pasar tamu menyediakan pelbagai jenis sayur, buah-buahan dan ikan. Anda bolehla singgah di sini untuk melihat kepelbagaian sayur-sayuran di Lawas ini. Jika anda tinggal di homestay, boleh la membeli barang-barang basah di sini untuk dimasak di homestay nanti. Jangan lupa beli midin ya!.



3. Perusahaan Ain Zamari - Ikan Tahai Kampung Punang
Kampung Punang adalah satu tempat yang wajib anda lawati jika ke Lawas. Di sini ada sebuah perkampungan di atas air di mana perusahaan ikan tahai di jalankan. Ikan tahai salai, ikan tahai goreng, ikan bilis sambal dan lain-lain lagi boleh dibeli disini dengan harga yang berpatutan (harga murah sebab beli terus dengan tempat buat). Permandangan dari sini pun cantik.



Jangan lepaskan peluang untuk menikmati matahari terbenam yang keemasan di jeti Waterfront Kampung Punang. MasyaAllah sungguh indah di sini dengan hembusan angin-angin sempoi bahasa.


5. Taman Eco Air Terjun Penawan
Daripada bandar Lawas, 10 minit perjalanan ke Kampung Pengalih, tukar kenderaan 4WD dan selepas 20 minit, sampailah di Taman Eco Air Terjun Penawan. Dikatakan terdapat 10 tingkat air terjun disini. Air terjun yang pertama hanyalah 3 minit jalan kaki dari tempat pendaftaran. Sesuai untuk sesiapa yang suka dengan air terjun dan beriadah bersama kawan atau keluarga.

COMMENTS