I nak review hotel airport transit di KLIA2 yang I stay baru-baru ni. Aerotel Kuala Lumpur terletak di Gateway, KLIA2. Decide nak stay sini sebab ada transit flight 8jam sebelum fly ke Doha. Unfortunately, flight dari Kuching pulak delay, terus dapat rehat kat bilik cuma 3jam jer 😅... Hotel dah bayar, so stay jerlah.
✅Solo, 12hrs, Bed&Meal
✅RM312
✅17/12/2020
✅Booking dot com
🥰SUKA
✳Bilik sgt bersih & luxury
✳Katil best dan sangat comfort. Proper stretch time masuk bilik tu.
✳Memang sesuai untuk rehat for short transit kepada yang malas nak keluar airport
✳Sangat selamat sebab semua pintu masuk guna system card
✳Ada printing service, RM3 per page
✳Staff dia very kind and professional
😬KURANG SUKA
✳Receptionist sekarang cuma seorang sahaja. Agak lama nak tunggu turn sorang sorang. Maybe sebab diorang kurangkan staff masa Covid19. Low occupancy sekarang. Tapi I tengok barisan check-in meriah jer.
✳Kebanyakkan kedai kat KLIA2 tutup sekarang, so tak dapat nak beli barang sangat kalau memerlukan
✳Ada sedikit hiccup hari tu, diorang tercaj my CC walaupun I dah bayar dgn bookingdotcom. Salah I jugak tak check kat email yg payment dah settled 😅. Then bila I inform receptionist, rupanya bahagian reservation tak letak remark yg I dah settle the payment. So I request nak void the CC payment, diaorang ckp tak dapat. Sebab hari tu Jumaat, need to wait hari Isnin. Bila dah hari Selasa, I realized that belum dapat payment, I emailed them, then I immediately dpt refund. Thank you
💠Info tambahan
✴Diaorang ada bilik tanpa bathroom yer untuk yang budget traveller (dlm RM180 gak), so bathroom sharing siapa tak kisah.
✴I tak sempat ambik breakfast sebab I stay 3 jam je.. next flight 2am, lepas tu last KLIA Tansit ke KLIA dari KLIA2 pada jam 11.08pm
✴12 jam tu actually u boleh check in bila-bila then 12 jam berjalan selepas anda check in
🤗KESIMPULAN
✳I suka stay sini, sgt selesa.
✳Bilik mewah, dapat relax between flight
✳Akan stay lagi, kalau company bayarkan
✳Kalau transit more than 24jam, boleh stay kat KL je or Putrajaya, sbb RM300 korang boleh dpt bilik yg lebih okay buat masa sekarang
COMMENTS