Kali ini aku hendak berkongsi dengan tempat makan makanan laut yang sedap yang sempat kami singgah di Kota Kinabalu semasa trip ke Ba'Kelalan yang lepas. Untuk melihat ringkasan itinerari kami, boleh baca di sini: Summary Itinerary 8 days Kota Kinabalu - Lawas - Ba'Kelalan - Miri . Untuk pengetahuan semua, trip kali ini telah di bawa khas oleh Tourism Malaysia Sarawak. Disebabkan Kota Kinabalu hanyalah tempat transit kami, maka saya senaraikan 2 tempat sahaja.
1. RESTORAN KAMPUNG NELAYAN FLOATING SEAFOOD MARKET
Alamat: Silverado Corporation Sdn. Bhd Taman Tun Fuad Luyang, Bukit Padang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: https://g.page/KampungNelayanKK?share
Sebaik kami tiba di Kota Kinabalu, kami terus dibawa untuk makan malam di Restoran Kampung Nelayan Floating Seafood Market. Sebuah restoran yang agak gah dan unik di Kota Kinabalu kerana rekaannya. Kebersihan di sekitar restoran di tahap yang tinggi. Walaupun keadaannya sibuk, SOP tidak akan dilupa di sini. Banyak juadah kami pada malam ini seperti sup gamat, ikan siakap 3 rasa, ketam, udang salted egg, ayam dan sayur-sayuran.
Terdapat juga hidupan laut yang segar untuk anda pilih disitu dengan harga yang berpatutan. Jika singgah di Kota Kinabalu, bolehla mencuba makanan di sini. Mesti anda berpuas hati. Dilihat ada petas mini disini untuk pertunjukkan tarian. Semasa kami disini, tiada persembahan pun. Dilihat meja di sebelah menjamu hidangan steambot, jadi jika anda hendak makan steambot, juga boleh cuba disini ya!
2. RESTORAN MALAYSIA
Alamat: Jln Putatan, Bandar Putatan, 89500 Penampang, Sabah
Google Map: https://goo.gl/maps/ZoHtgLL9tdDjooty5
Sebelum kami ke lapangan terbang Kota Kinabalu, kami sempat singgah ke Restoran Malaysia untuk menikmati hidangan makan tengahhari. Ramai jugak orang makan di sini. Di sini, dapat dilihat ada menyajikan makanan tengahhari nasi campur secara buffet. Restoran Malaysia adalah seperti konsep kopitiam dimana cawangan utamanya di Beaufort adalah sangat popular.
Tetapi kami pada hari tersebut makan secara hidang dengan makanan-makanan laut. Masakan di sini sungguh menyelerakan jugak. Tak banyak hidangan kali ini tapi mencukupi sebab kami tak nak membazir. Ada sayur-sayuran, isi ikan dan udang. Yang penting, kami terbang ke Miri dengan perut yang kenyang. Restoran ini dipilih disebabkan dekat dengan lapangan terbang. Popular juga dengan Nasi Ayam, Pau, Tom yam dan Mee Ikan.
3. PASAR FILIPINA
Alamat: Jln Putatan, Bandar Putatan, 89500 Penampang, Sabah
Google Map: https://goo.gl/maps/yhZiLWFR9Yc6ohud8
Fuh, disini anda boleh mencuba pelbagai makanan laut. Tapi berhati-hati, ada yang segar dan ada yang tidak. Di sini anda kene pandai tawar menawar disebabkan harga disini agak tinggi berbanding di tempat yang lain. Tapi yang best nya anda boleh gerai 'hopping', mencuba makanan di satu kedai ke satu kedai yang lain yang menarik minat anda. Jangan lupa untuk menikmati air kelapa pandan.
COMMENTS