
LAZADA! LAZADA! LAZADA! Kalau nak dikira dalam sebutan Bahasa Sarawak adalah seperti “Lazat ada”. Siapa yang tidak tahu akan kewujudan LAZADA? Inilah laman web pilihan iolz yang selalu iolz bukak sepanjang iolz belayar di lautan. Cuci-cuci mata dan beli barangan online.
Ianya juga adalah salah satu laman web yang iolz dapat “BELI secara online” semasa iolz di tengah-tengah lautan Pacifik, Artik, Cina Selatan dan sebagainya kerana pembayaran dilakukan menggunakan perkhidmatan PayPal yang tidak memerlukan “Verification Code” atau “Nombor TAC” untuk kad debit atau kredit uolz.
Sebab iolz ni suka travel, nama pun dah travel blog gitu, jika diberi pilihan untuk memilih 10 barangan di LAZADA, of course iolz dapatkan senaraikan dengan senang sebab semua barangan nie dah dalam wishlist iolz.
Sebelum iolz senaraikan 10 barangan tu, jom layankan dulu video pengenalan iolz. Dah tonton belum? Kalau dah confirm menggigil terasa nak travel dengan harapan nak ambik crown iolz. Gituh!
Ini adalah memang wishlist No.1 iolz lama dah, dari Hero yang takda nombor, sekarang dah No.4 tapi tak jugak-jugak beli. Sejak Samsung Nex Mini iolz hilang semasa iolz kat Egypt, rasanya dah tiba masanya iolz beli Go Pro nih. Boleh ambik banyak video time travel. Mesti makin laku iolz nanti kan dan bertambahkan haterz iolz. Jangan ko sentap nanti semua gambar travel iolz ala-ala mata ikan (Fish Eye). Dahla iolz muka besar, bila di Fish Eye lagi lah besar nanti…. Tunggu je la… confirm ko sentap sampai taknak like gambar iolz….
Ni jujur lah nak iolz bagitau yang iolz ni bukan peminat Apple. Tetapi trip ke DIENG, INDONESIA yang lepas iolz dah sentap ngan pinangan iPhone nih. Macam ni citer dier haaa, iolz pegi panjat bukit Sikunir time tu, gigih nak tengok sunrise, sanggup tak mandi jadi mat rempit ke Sikunir. Bila dah nak sunrise tu, iolz cuba la kamera iolz. Tapi quality tak cantik.. nak guna Go Pro kawan iolz, dua kali lima, penyelamatnya adalah Iphone! Impress betul iolz time tu, rupanya Iphone ni bagus untuk low light gitu. Iolz post gamba hasil dari iPhone kat Facebook terus dpt 2.6billion likes gituh, bukan pak arab yang likes tau!
3. Sony Digital Voice Recoder (Klik untuk melihat produk)
Sebab next travel projek iolz banyak melibatkan pendakian gunung ganang, maka iolz rasakan jika iolz pakai jam Suunto, mesti iolz akan bertambah-tambah seri lagi. Iolz boleh je tengok suhu sekeliling dengan melihat kat jam jer, masa sunset, sunrise, altitud, longitud, kadar degupan jantung... wah... sangat bagus lah! tak payah lagi iolz nak bawak jam Patek Philip iolz... hahaha.. sila nangis sekrang!
Backpack ini bukan sebarang backpack tau. Memang rare susah nak carik! Sebab apa? sebab backpack nie guna zip bukan guna ikat tali kat atas beg tu. Iolz dah lama giler cari beg berzip macam nie. Lebih selamat! Lagipun 80L uolz, memang muatlah iolz nak letak bantal, guling, kucing, periuk, high heel dan sebagainya....
Azam 2016 iolz adalah untuk banyakkan membaca. Tempat yang paling iolz suka baca novel adalah di tepi pantai. Baring di tepi pantai dengan view yang ohsem tambah lagi angin yang sempoi, fuhh, heaven! Jika iolz ada Kindle nie, takpayah iolz nak bawak novel lagi, cuma download ebook jer. Lagipun Kindle ni tersangat ringan. Kalau dalam Trans-Siberia nanti, xde lah iolz boring sangat kan... gituhh!
Ni penting okay... tengoklah dalam video iolz kat atas sana, ini adalah pelengkap untuk kelihatan kacak.. gituh! Lagipun ini boleh melindungi mata uolz daripada angin kuat, habuk-habuk masuk mata, dan daripada cahaya UV yang berlebihan. Tapi motip sebenar adalah untuk kelihatan kacak lah...tapi iolz dahpun kacak, pakai nie jadi superkacak... jangan sentap okay!
Sebab iolz suka ambik video dan gamba, tambah lagi iolz nie acah-acah blogger, maka laptop adalah tersangat penting okay! nak edit gamba supaya gamba iolz lebih meletop... Tapi laptop kenalah slim seperti tuan nya, supaya iolz takla penat sangat nak bawak backpack. Lagipun iolz takla malu sangat kalau ala-ala blog kat StarBucks kan.... yang penting Apple... lagi satu, edit video guna iMovie sangat amazing tau....!
Travel cooker adalah penting jika uolz nak jimat duit travel uolz... tak mampu nak makan kat luar, contoth kat Jepun atau Korea, skali makan satu portion dalam RM40, kalau travel sebulan, terus bankrupt! Travel Cooker yang jenis ni recommeded oleh ramai otai traveller tau. Ringan dan senang di bawak. Bolehla uolz nanti main masak-masak kat dalam hostel or hotel... tapi make sure tengok la dulu keadaan sekeliling, tetiba ada pengesan asap, mampuih!
Pemilihan kasut semasa traveling adalah sangat penting uolz! Ingat tu! Uolz taknak cedera semasa hiking ataupun buat aktiviti lasak. Nanti terseliuh ke, spoil mood uolz nanti! Takpa mahal pun, kasut adalah satu pelaburan yang sangat berharga dan berbaloi. Pastikan ia tahan lasak, waterproof dan sesuai dengan aktiviti yang uolz nak buat. Jika uolz kaki jogging ke, beli lah kasut jogging.
Terbaik lah, semoga berjaya ye.. >_<
ReplyDeletethanks....anyway thank you for sharing about this contest!
Delete