Review: Glamping di The Hid3out, Ulu Yam - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

Review: Glamping di The Hid3out, Ulu Yam


Selepas bermalam di Colmar Tropical di Bukit Tinggi, aku terus menuju ke destinasi seterusnya. Mencari kelainan, kali ini telah berjanji dengan rakan-rakan yang lain untuk mencuba pengalaman untuk glamping. Kami telah memilih The Hid3out yang terletak di Ulu Yam, Batu Caves, Slenagor. Mari kita mulakan review kita:



🔥MY REVIEW🔥


🔹️RM399 untuk khemah glamping berempat (RM299 utk 2pax)

🔹️Hari tu, kami menggunakan 2 glamping

🔹️Booking direct dengan owner

🔹️Ogos 2020, untuk semalam shj. 

🔹️Hari weekdays. Tiada orang yang lain selain kami

🔹️Disini terdapat hanya 4 glamping sahaja. Jadi kami guna dua glamping, dua lagi kosong.



🔵Parking: Sangat banyak dan luas. Parking berdekatan dengan pondok jaga, jadi boleh dikatakan selamat. Dan juga ada pagar untuk kawasan ini dan hanyalah orang yang menginap disini sahaja dibenarkan masuk.


🔵First impression: Seronok selepas melihat khemah glamping


🔴Untuk tinggal berempat, cuma hanya ada 1 Queen Bed + 1 single bed. Jadi yang Queen bed itu akan tidur bertiga. Akan sedikit sempit. Tapi anggap je seperti tinggal di dalam khemah.



🔵Ada kipas angin di dalam khemah. Malam pun sejuk. Khemah juga ada pengudaraan.


🔴Plug elektrik tak berapa cukup. Nasib saya ada bawak extension soket sebab kebanyakan kami mempunyai gadjet yg sangat banyak.


🔵 Setiap glamping mempunyai toilet sendiri, bon fire sendiri, meja lepak sendiri, kitchen sendiri dan ada balkoni sendiri



🔵Setiap glamping dipisahkan dengan dinding, jadi privasi jika anda hanyalah sewa satu glamping sahaja


🔵Kitchen dia lengkap dengan pinggan mangkuk ubtuk berempat dan kuali untuk memasak.


🔵Toilet dia pun boleh dikira acceptable untuk glamping macam ni.



🔵Memang dikelilingi dengan pokok dan sungai memang depan glamping tu jer. Seronok. Mandi dengan puas. Boleh jugak memancing. Kawan aku tak dapat ikan pun. Hahaha.


🔴Tapi berhati-hati dengan kepala air ya.. Kalau hujan cepat-cepat keluar dari sungai


🔵Makan malam dan sarapan pagi disediakan. Makan malam adalah sosej, ayam , kambing yang telah diperap. Pagi pula seperti roti, telur,sosej. Kedua-duanya korang kena masak sendiri.



🔴Sungguhpun makanan disediakan. Tetapi portion macam sedikit dan tak cukup. Disarankan untuk membawa makanan lebih sebagai tambahan.


🔵Sebelah malam pula, pekerja akan menyiapkan bon fire untuk kita lepak. Marshmellow juga disediakan. Best jugak chill chill.


🔵Ada hammock juga di sini


🔴Pekerja di sini dalam 2 orang. Mereka tinggal atas pintu masuk. Jadi mereka akan datang sewaktu hantar makanan dan buat bon fire sahaja


🔵Sangag privasi di sini lebih lebih lagi kalau korang sewa keempat empat glamping tersebut. Maksudnya korang sahaja di kawasan ini.



🔵Tak boleh expect macam hotel kat sini. Semua korang kena buat sendiri.


🔵Boleh godek-godek gambar untuk dapatkan gambaran lebih lanjut.



🔹️Kesimpulan: Puas hati jugak stay disini sebab sungai depan tu je. Air sangat fresh yer.

🔹️Tapi for me RM400 a little bit too much. Korang sanggup tak? Untuk pengalaman dan fun, worth it kot.

🔹️Rekomen tak? Yes, sebab tempat dia proper dan privacy.

🔹️Nak dtg lagi? Jika kawan-kawan ajak, stay ramai ramai disini, saya okay jer...


♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️


Alamat: Sungai Tua Recreational Forest, Hutlista 2, 2, Jalan Sungai Tua, Kampung Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Telefon: +60 11-1281 1725

Facebook: https://www.facebook.com/hid3out/


Review: Glamping di The Hid3out, Ulu Yam Reviewed by mytravellicious on 8:00 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.