3 Tempat Makan Makanan Laut yang Sedap di Kota Kinabalu, Sabah - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

3 Tempat Makan Makanan Laut yang Sedap di Kota Kinabalu, Sabah


Kali ini aku hendak berkongsi dengan tempat makan makanan laut yang sedap yang sempat kami singgah di Kota Kinabalu semasa trip ke Ba'Kelalan yang lepas. Untuk melihat ringkasan itinerari kami, boleh baca di sini: Summary Itinerary 8 days Kota Kinabalu - Lawas - Ba'Kelalan - Miri . Untuk pengetahuan semua, trip kali ini telah di bawa khas oleh Tourism Malaysia Sarawak. Disebabkan Kota Kinabalu hanyalah tempat transit kami, maka saya senaraikan 2 tempat sahaja.



1. RESTORAN KAMPUNG NELAYAN FLOATING SEAFOOD MARKET

Alamat: Silverado Corporation Sdn. Bhd Taman Tun Fuad Luyang, Bukit Padang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: https://g.page/KampungNelayanKK?share


Sebaik kami tiba di Kota Kinabalu, kami terus dibawa untuk makan malam di Restoran Kampung Nelayan Floating Seafood Market. Sebuah restoran yang agak gah dan unik di Kota Kinabalu kerana rekaannya. Kebersihan di sekitar restoran di tahap yang tinggi. Walaupun keadaannya sibuk, SOP tidak akan dilupa di sini. Banyak juadah kami pada malam ini seperti sup gamat, ikan siakap 3 rasa, ketam, udang salted egg, ayam dan sayur-sayuran. 


 

 

Terdapat juga hidupan laut yang segar untuk anda pilih disitu dengan harga yang berpatutan. Jika singgah di Kota Kinabalu, bolehla mencuba makanan di sini. Mesti anda berpuas hati. Dilihat ada petas mini disini untuk pertunjukkan tarian. Semasa kami disini, tiada persembahan pun. Dilihat meja di sebelah menjamu hidangan steambot, jadi jika anda hendak makan steambot, juga boleh cuba disini ya!


 



2. RESTORAN MALAYSIA

Alamat: Jln Putatan, Bandar Putatan, 89500 Penampang, Sabah

Google Map: https://goo.gl/maps/ZoHtgLL9tdDjooty5


Sebelum kami ke lapangan terbang Kota Kinabalu, kami sempat singgah ke Restoran Malaysia untuk menikmati hidangan makan tengahhari. Ramai jugak orang makan di sini. Di sini, dapat dilihat ada menyajikan makanan tengahhari nasi campur secara buffet. Restoran Malaysia adalah seperti konsep kopitiam dimana cawangan utamanya di Beaufort adalah sangat popular.



 

Tetapi kami pada hari tersebut makan secara hidang dengan makanan-makanan laut. Masakan di sini sungguh menyelerakan jugak. Tak banyak hidangan kali ini tapi mencukupi sebab kami tak nak membazir. Ada sayur-sayuran, isi ikan dan udang. Yang penting, kami terbang ke Miri dengan perut yang kenyang. Restoran ini dipilih disebabkan dekat dengan lapangan terbang. Popular juga dengan Nasi Ayam, Pau, Tom yam dan Mee Ikan.



3. PASAR FILIPINA

Alamat: Jln Putatan, Bandar Putatan, 89500 Penampang, Sabah

Google Map: https://goo.gl/maps/yhZiLWFR9Yc6ohud8


Fuh, disini anda boleh mencuba pelbagai makanan laut. Tapi berhati-hati, ada yang segar dan ada yang tidak. Di sini anda kene pandai tawar menawar disebabkan harga disini agak tinggi berbanding di tempat yang lain. Tapi yang best nya anda boleh gerai 'hopping', mencuba makanan di satu kedai ke satu kedai yang lain yang menarik minat anda. Jangan lupa untuk menikmati air kelapa pandan.


 

 


3 Tempat Makan Makanan Laut yang Sedap di Kota Kinabalu, Sabah Reviewed by mytravellicious on 9:32 PM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.