13 Tempat Best Jalan-Jalan Cari Makan di Kelantan


Korang dah baca tak yang mytravellicious kongsikan tempat-tempat yang menarik di Kelantan? Jika belum, boleh baca disini: 15 Tempat Menarik di Kelantan Yang Wajib Anda Lawati. Seperti yang mytravellicious bagitahu di blogpost yang sebelum ini, mytravellicious ke negeri Cik Siti Wan Kembang bersama dengan rombongan Tourism Malaysia Sarawak bersempena dengan Malaysia Surfcasting Tour 2019 yang telah berlangsung di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan pada 13 April 2019. 

Jika ke Kelantan, tidak sah jika anda tidak mencuba makanan-makanan di sana. Bak kata orang, Kelantan terkenal dengan pelancongan kulinernya, sebab kebanyakan restoran masakan Kelantan, adalah tidak mengecewakan (Bukan hanya di Kelantan, di negeri lain juga). Dengan ini, mytravellicious ingin kongsikan beberapa tempat makan yang best yang telah mytravellicious cuba sepanjang 4 hari 3 malam di sini.



1. Restoran Danial



 

 

 

Restoran Danial merupakan tempat pertama untuk kami menjamu selera di Kelantan. Sebuah restoran yang baru beroperasi, dan empunya restoran ini  pernah bekerja di sebuah restoran hotel 5 bintang di Kuala Lumpur. Sewaktu kami datang, hanya sebuah meja yang mempunyai pelanggan, mungkin belum ramai tahu kewujudan kedai ini. Apabila tiba makanan kami dihidangkan, kami agak terkejut kerana makanan yang dihidangkan adalah begitu banyak. Antara menu yang dihidangkan adalah seperti Cendol Pulut Tapai, Kangkung Tempura, Siakap 3 rasa, ayam mentega, Tomyam Poktek Seafoods, Somtam dan banyak lagi. mytravellicious sangat suka dengan Kangkung Tempura. Sedap! Cendol Pulut Tapai pun sangat sedap... Akhir kata, semua makanan yang dihidangkan adalah mempunyai kualiti yang tinggi dan yang paling penting tersangat lah sedap sehingga menjilat jari.

Alamat: Lot 353, Tanjung Emas, Jalan Pengkalan Chepa (Waze: Restoran Danial)


2. Selera Daun Pisang



 

 

Kami ke sini untuk makan tengahhari. Restoran ini mempunyai dua bahagian, bahagian luar adalah ruang terbuka dan bahagian dalam, adalah ruangan tertutup yang menggunakan penghawa dingin. Sesuai dengan nama restoran ini, nasi yang dihidangkan adalah beralaskan daun pisang. Menu kami pada tengah hari tersebut adalah seperti Ayam Kampung Goreng, Gulai Ayam Kampung, Telur Itik masak lemak, Ikan Bawal masak masam manis. Berselera sungguh masing-masing menikmati lauk yang dihidangkan. mytravellicious sangat suka dengan Ayam Kampung Goreng. Sangat garing dan sangat susah untuk berhenti makan.


3. Restoran Pulut Ikan Bakar



 

Pada hari kedua, kami telah menginap di Hotel Tok Aman Bali. Kami sempat singgah di Restoran Pulit Ikan Bakar untuk santai petang. mytravellicious telah menikmati Pulut Ikan Goreng untuk kali pertama. Di dalam pinggan, dihidangkan pulut serta parutan kelapa dan seekor ikan goreng yang masih panas. Pada mulanya, melihat dengan kombinasi bahan-bahan di dalam pinggan, perasaan agak berbelah bagi. Tetapi setelah suapan pertama, mytravellicious agak terkejut dengan kenikmatan menu tersebut. Tak sangka, kombinasi pulut dan ikan goreng adalah tersangatlah sesuai. Kepada rakan yang belum mencuba menu ini, dipersilakan. Tipsnya, harus makan pulut bersama ikan goreng yang baru sahaja digoreng dan diangkat dari kuali. Fuh! Sedap ya amat!



4. Pasar Siti Khadijah

 

 

Jika anda ingin mencari kuih-muih traditional, anda bolehlah pergi ke Pasar Siti Khadijah untuk makan pagi. Terdapat pelbagai jenis kuih muih yang anda jarang nampak disini. Di Kelantan, sangat terkenal dengan menu nasi berlauk untuk makan pagi, maka di sini juga terdapat perlbagai juadah lauk untuk dipilih sebagai pembekal tenaga anda di waktu pagi. Jika sampai di pasar Siti Khadijah, pergi ke tingkat atas ya.


5. Keropok Lekor Z




 

 

Kami sempat singgah untuk menikmati keropok lekor. Ingatkan tidak akan berjumpa dengan kedai keropok lekor disebabkan keropok lekor sangat sinonim dengan negeri Terengganu. Alangkah indahnya apabila diberitahu bahawa kami akan singgah di keropok lekor. Lama dah tak pekena keropok lekor asli. Kami singgah di Keropok Lekor Z. Fuh, pembuatan keropok lekor di lakukan di depan kedai itu sendiri. Anda boleh mencuba sebatang dua keropok lekor sebelum membelinya. Ternyata, setelah makan satu, anda akan rasa nak lagi, maka kami pun duduk di situ untuk menikmati lebih banyak keropok lekor. Seriously, sangat sedap. Kedai ini hanya bersempadan dengan Terengganu sahaja. 



6. Ibunda Medan Ikan Bakar



 

Kami ke sini bukanlah untuk mencari ikan bakar, tetapi ingin merasai sotong dan udang celup tepung. Alang-alang kami dah kelaparan, terus makan dengan nasi putih. Ditambah lagi rojak buah sebagai makanan sampingan. Misi kami telah berjaya. Walaupun ada lagi tempat yang dikatakan lebih enak, tapi singgah kat sini pun dah mencukupi sebab dekat dengan hotel kami.


7. Anjung Rebana




 

 

 

Kemungkinan nama Anjung Rebana tidak akan dilupakan kerana disini juga adalah tempat rombongan menyambut hari kelahiranku yang ke *tut*. Apa-apapun terima kasih kepada Tourism Malaysia Kelantan & Sarawak kerana sanggup membuat kejutan kek harijadi. Anjung Rebana adalah sebuah restoran yang boleh dikatakan sangat selesa. Sesuai dijadikan tempat untuk acara rasmi. Menggunakan meja bulat dan boleh duduk 10 orang, mereka menyediakan masakan-masakan Kelantan yang enak. Menu-menu yang dihidangkan pada malam tersebut adalah seperti ikan masak 3 rasa, udang mentega, sotong telur masin, ayam lemon, tomyam daging, telur sarang burung, sayur-sayuran dan banyak lagi. Berselera sungguh pada malam tersebut. Jika ke Kelantan, bolehla bawak keluarga untuk makan malam disini.



8. Seni@Kelate, Perkarangan JKKN 




Setiap hari, akan terdapat banyak gerai makanan disini. Pada hujung minggu, anda boleh menikmati makanan dengan persembahan seni yang dipersembahkan oleh pihak JKKN. Ada juga kumpulan busker menghiburkan tetamu yang datang. Makanan-makanan hipster pun banyak dijual disini. Hanya buka pada malam hari.



9. Ayang Cafe 




 

 

Kedai yang berwarna pink ini bukanlah dimiliki oleh Dato Vida. Inilah kedai makanan pagi yang popular dikenali sebagai Ayang Cafe. Jika kesini, menu yang harus dicuba adalah Roti Ayang ataupun Roti Kasih. mytravellicious rambang mata pagi tersebut, makan kedua dua jenis roti. Sumpah sedap. Tak ingat yang mana satu roti kasih, mana satu roti ayang. Anggapjer makan roti kasih ayang. Gituh. Pemilik kedai pun agak ramah, tidak hairanlah kedai ini memang pelanggannya tidak putus-putus. Servis pun agak cepat. Pelbagai jenis nasi lauk / dagang di dapati disini. Kuih-muih pun ada. Dah cuba sekali, mesti anda termimpi-mimpi.


10. Restoran Nasi Ulam Cikgu




 

 

Inilah restorang paling popular seantara Kelantan. Jika anda google tempat makan yang paling best, mesti Restoran Nasi Ulan Cikgu tidak akan ketinggalan masuk di dalam senarai. Alhamdulillah, mytravellicious berpeluang akhirnya makan tengahhari sini. Pemilik restoran pun sangat ramah dan telah memperkenalkan jenis-jenis sayur ulam. Walaupun mytravellicious bukanlah peminat sayur dan ulam yang tegar, mytravellicious tetap mencuba untuk merasai ulam-ulam. Ternyata mytravellicious masih tidak meminati. Tetapi, mengikut feedback rakan-rakan yang lain, ulam-ulaman di sini adalah sangat sedap dan lauk pauk pun sedap. mytravellicious paling leka makan ayam kampung goreng. Sedap!



11. Pantai Cahaya Bulan




 

Terdapat banyak gerai di sepanjang pantai. Sudah tentu banyak pilihan yang ada. Kami sempat singgah di satu gerai disini untuk minum santai petang. Sempat menikmati jajan goreng-gorengan, keropok lekor, aiskrim pasu, dan mee ketam. Mungkin kedai yang kami pegi bukanlah kedai yang paling best sebab makanannya adalah biasa-biasa sahaja. Tetapi, jika ingin membuang masa disini, apa salahnya. Tips: cari kedai yang ramai orang.



12. Lokcing ,Sata, & Otak-otak di Pantai Bisikan Bayu




 

Semasa kami mengunjungi Pantai Bisikan Bayu, kami asyik menikmati Lokcing iaitu Satay Bebola Ikan. Bukanlah seperti 'fishball' biasa, iainya lebih kurang macam keropok lekor tapi lebih nipis. Di tepi-tepi pantai juga banyak yang menjual sata & otak-otak. Cari yang panas untuk dimakan segera. 



13. Coconut Shake Ketagih di Dataran Pintu Gerbang Kota Ismail Petra



Berhadapan dengan Istana Jahar dan di dataran Pintu Gerbang Kota Ismail Petra, anda akan nampak seorang peniaga coconut shake. Coconut Shake Ketagih nama diberi, sangat sesuai sebab satu mungkin tidak cukup dengan keadaan cuaca yang panas. Apabila ditanya, dikatakan mendapat resepi dari atuk nya berasal dari Thailand. Yang unik adalah, shakenya sudah disediakan dan disimpan di dalam kotak ais. 



Kesimpulan 

Sudah tentunya, banyak lagi tempat makan yang best di Kelantan. Ini hanya mytravellicious kongsikan tempat makan yang mytravellicious sempat pergi. Insyaallah kita akan kembali lagi sebab memang tak puas. Kalau nak disenaraikan tempat makan, mungkin seminggu pun tak cukup.

P/S Sepanjang kami berada di Kelantan, kami telah menggunakan perkhidmatan syarikat Doremi Travel & Tour Sdn Bhd. Anda boleh klik pada backlink tersebut untuk menghubungi syarikat berkenaan. Van (bas persiaran) yang bersih dan mempunyai tour guide yang berpengalaman. Terima kasih kepada Tourism Malaysia Sarawak dan Tourism Malaysia Kelantan di atas trip yang awesome ini.

COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. kelantan syurga makanan best..masyarakat peramah, makanan sedap

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan krn menyertakan Coconut Shake Ketagih dlm senarai tuan. Untk makluman kami skrg berniaga di hadapan Sek Rendah Kedai Buloh 1 Jalan PCB.

    ReplyDelete
  3. Sayangnya pelacongan kulinari di Kota Bharu Kelantan agak tidak stabil & menentu - tidak dapat 'support' yg sebenarnya. Dunia digital kini, segala informasi kini dihujung jari. Apps & pemberi khidmat food delivery di Kelantan diharap terus memperkasakan keunikan menu² & masakan negeri ini...

    ReplyDelete
Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

Name

#AboutKL,46,AirAsia,1,AirAsiaX,1,Airlines Review,33,Airport Lounge,5,Asia,51,Attraction,54,Australia,3,Australia - Perth,1,Award,2,Backpacking,2,Business Class,3,Cambodia,13,Cambodia - Kampot,1,Cambodia - Kep,2,Cambodia - Koh Rong,2,Cambodia - Phnom Penh,1,Cambodia - Siem Reap,3,Cambodia - Sihanoukville,5,Cameron Highland,1,Canada,1,Casio,1,Casio Exilim Malaysia,1,Cebu Pacific Air,1,China,6,China - Beijing,1,China - Guangzhou,3,China - Shenzhen,1,China - Wuxi,1,Contest,5,Couchsurfing,1,Croatia,1,Croatia - Plitvice Lake,1,Cruise,1,Cyprus,2,Cyprus - Limassol,1,Cyprus-Larnaca,1,Economy Class,17,England,1,England - London,1,Europe,6,Featuring,13,Festival,27,Flexiroam,1,Food,84,Food - Kelantan,1,Food - Klang Valley,11,Food - Kuala Lumpur,4,Food - Kuching,1,Food - Makassar,1,Food - Malacca,3,Food - Penang,1,Food - Shah Alam,1,Food - Singapore,2,Food Event,1,Food Review,64,Giveaway,1,Halal Food,11,Hong Kong,2,Hotel,85,Hotel - Bali,1,Hotel - Bangkok,1,Hotel - Busan,1,Hotel - Hanoi,1,Hotel - Jakarta,1,Hotel - Kota Bharu,1,Hotel - Kota Kinabalu,1,Hotel - Kuala Lumpur,20,Hotel - Kuching,2,Hotel - Malacca,3,Hotel - Pahang,5,Hotel - Pasir Puteh,1,Hotel - Penang,1,Hotel - Sapa,1,Hotel - Selangor,8,Hotel - Singapore,1,Hotel - Terengganu,1,Hotel Review,77,Indonesia,54,Indonesia - Bali,22,Indonesia - Bandung,5,Indonesia - Banyuwangi,3,Indonesia - Belitung,1,Indonesia - Bogor,1,Indonesia - Dieng,1,Indonesia - Jakarta,8,Indonesia - Lombok,4,Indonesia - Makassar,1,Indonesia - Medan,1,Indonesia - Nusa Penida,1,Indonesia - Palembang,1,Indonesia - Surabaya,1,Indonesia - Yogyakarta,8,interview,1,Iran,3,Japan,8,Japan - Chiba,1,Japan - Himeji,1,Japan - Kobe,1,Japan - Kyoto,1,Japan - Mie,1,Japan - Nagoya,2,Japan - Niigata,2,Japan - Osaka,2,Japan - Shiga,1,Jet Airways,1,Johor,3,Johor - Desaru,1,Kedah,1,Kelantan,3,Kiple,3,KL Tower,1,KL Tower International Jump Malaysia 2016,2,Korean Air,1,Kuala Lumpur,64,Kuching,2,Langkawi,3,Laos,1,Laos - Luang Prabang,1,Live Update,4,Macau,1,Malacca,13,Malacca - Malacca City,11,Malaysia,184,Malaysia Airlines,8,Maldives,10,Malindo Air,6,MASWings,1,McDonalds,1,Media FAM Trip,2,Melaka,1,Minnature Malaysia,1,Mongolia,11,Music Festival,4,Myanmar,13,Myanmar - Bagan,5,Myanmar - Mandalay,3,Myanmar - Yangon,4,Myanmar Airways International,1,Negeri Sembilan,5,New Zealand,1,North America,1,Pahang,9,Palace of The Golden Horses,2,Penang,8,Perak,4,Philippines,5,Philippines - Bohol,4,Philippines - Boracay Island,3,Philippines - Cebu,1,Philippines - Puerto Princesa,1,Products,15,Putrajaya,4,Qatar,8,Qatar - Doha,2,Qatar Airways,2,Ramadhan,9,Ramadhan Buffet 2017,6,Ramadhan Buffet 2018,8,Ramadhan Buffet 2019,5,Raya,1,Recognition,1,Review,1,Reviews,245,Router,1,Sabah,20,Sabah - Kota Kinabalu,21,Sarawak,43,Sarawak - Bakelalan,1,Sarawak - Bintulu,4,Sarawak - Kabong,1,Sarawak - Kuching,33,Sarawak - Lawas,2,Sarawak - Miri,3,Sarawak - Mukah,1,Sarawak - Mulu,2,Sarawak - Sri Aman,1,Scoot,4,Selangor,27,Ship Life,3,Singapore,14,South America,1,South Korea,5,South Korea - Busan,1,South Korea - Seoul,1,South Korea - Tong Yeong,4,Southeast Asia,122,Spa,1,Sponsor,1,Taiwan,6,Taiwan - Kaohsiung,2,Taiwan - Taipei,2,Technology,1,Terengganu,3,Thai Airways,1,Thailand,16,Thailand - Bangkok,4,Thailand - Chiang Mai,2,Thailand - Chiang Rai,1,Thailand - Golok,1,Thailand - Hat Yai,2,Thailand - Khai Island,1,Thailand - Koh Pangan,2,Thailand - Koh Samui,2,Thailand - Krabi,3,Thailand - Phuket,2,The Taaras,2,The Westin,1,Theater,1,Top Blogger,3,Tourism Malaysia,2,TP-Link,1,Travel,7,Travel News,42,Travel Tips,58,Travelogue,39,Travelogue - Myanmar,10,Trinidad & Tobago,1,Turkey,4,Turkey - Selcuk,1,UAE,3,UAE - Dubai,2,United Kingdom,1,Video,46,Vietnam,20,Vietnam - Hanoi,7,Vietnam - Ho Chi Minh,7,Vietnam - Nha Trang,1,Vietnam - Sapa,3,Vlog,5,Workplace,3,Worldwide,58,
ltr
item
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia: 13 Tempat Best Jalan-Jalan Cari Makan di Kelantan
13 Tempat Best Jalan-Jalan Cari Makan di Kelantan
Korang dah baca tak yang mytravellicious kongsikan tempat-tempat yang menarik di Kelantan? Jika belum, boleh baca disini: 15 Tempat Menarik di Kelantan Yang Wajib Anda Lawati. Seperti yang mytravellicious bagitau di blogpost yang sebelum ini, mytravellicious ke negeri Cik Siti Wan Kembang bersama dengan rombongan Tourism Malaysia Sarawak bersempena dengan Malaysia Surfcasting Tour 2019 yang telah berlangsung di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan pada 13 April 2019. Jika ke Kelantan, tidak sah jika anda tidak mencuba makanan-makanan di sana. Bak kata orang, Kelantan terkenal dengan pelancongan kulinernya, sebab kebanyakan restoran masakan Kelantan, adalah tidak mengecewakan (Bukan hanya di Kelantan, di negeri lain juga). Dengan ini, mytravellicious ingin kongsikan beberapa tempat makan yang best yang telah mytravellicious cuba sepanjang 4 hari 3 malam di sini.
https://2.bp.blogspot.com/-04nMKnTfgNo/XMb73uUKdTI/AAAAAAAAjtY/dUFP9SJBThEunCw3RrrZXHRoPEx34yJagCLcBGAs/s640/jalan%2Bcari%2Bmakan%2Bbest%2Bkelantan%2Bmytravellicious.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-04nMKnTfgNo/XMb73uUKdTI/AAAAAAAAjtY/dUFP9SJBThEunCw3RrrZXHRoPEx34yJagCLcBGAs/s72-c/jalan%2Bcari%2Bmakan%2Bbest%2Bkelantan%2Bmytravellicious.jpg
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia
https://www.mytravellicious.com/2019/04/makan-best--kelantan.html
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/2019/04/makan-best--kelantan.html
true
2687973012188888011
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content