Pada April 2019, mytravellicious berpeluang untuk melawat Kelantan untuk kali ketiga. Tetapi kali ini, mytravellicious datang dengan rombongan dari Tourism Malaysia Sarawak sempena Malaysia Surfcasting Tour 2019 yang telah berlangsung di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan pada 13 April 2019. Sepanjang 4 hari 3 malam di Kelantan, mytravellicious berpeluang untuk melawat beberapa tempat menarik di sana. Mungkin anda boleh jadikan catatan mytravellicious sebagai panduan jika anda merancang hendak melawat Kota Cik Siti Wan Kembang ini.
1. Pasar Siti Khadijah
Tempat ini adalah yang pertama kami jejaki di Kota Bharu. Boleh dikatakan tempat yang wajib di lawat jika ke Kelantan. Pelbagai jenis makanan, buah, sayur-sayuran dan buah tangan terdapat disini. Di sini juga sangat sesuai untuk bersarapan pagi kerana terdapat pelbagai kuih-muih traditional yang ditawarkan. Baju batik dan kain sampin juga boleh didapati disini.
2. Tambatan Diraja
Tempat ini merupakan sebuah jeti kecil di Persisiran Sungai Kelantan. Mempunyai struktur yang dicat warna kuning iaitu warna diraja. Bersebelahan dengan tambatan ini, terdapat satu bangunan menara, tetapi sewaktu kami ke sana, ianya tutup.
3. Istana Jahar
Jangan lepaskan peluang untuk melawat Istana Jahar jika anda ke Kota Bharu. Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara. Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.
4. Pintu Gerbang Kota Ismail Petra
Bagi mytravellicious, jika tidak bergambar dengan pintu gerbang Kota Ismail Petra, memang tidak sah jikalau anda melawat Kota Bharu. Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra atau dikenali juga sebagai Menara Rehal merupakan mercu tanda bagi Negeri Kelantan khususnya Kota Bharu. Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan kerana di kawasan ini letaknya monumen-monumen bersejarah seperti Istana Jahar, Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, dan Istana Balai Besar. Selain monumen bersejarah, kawasan ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik yang lain termasuk Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi, Menara Tinjau, Tambatan Di Raja, Bazar Buluh Kubu dan juga Pasar Besar Siti Khadijah. Tetapi yang tidak bestnya, di kawasan ini terdapat banyak yang berniaga di persekitaran, maka, untuk anda mengambil gambar yang baik adalah tipis sekali.
5. Wat Photiyan Phut Thak Tham
Wat merupakan kuil bagi agama Buddha. Disini juga dikenali sebagai Kampung Balai. Jika dilihat kuil ini seakan-akan dikelilingi oleh dua ekor naga. Dari jauh anda sudah pastinya nampak akan kuil ini kerana terdapatnya patung Buddha yang berwarna putih setinggi 33 meter yang merupakan antara patung Buddha yang tertinggi di Asia Tenggara. Terdapat sebuah pokok besar dimana dipercayai dapat menunaikan hajat, dimana mereka perlu menulis hajat mereka di atas kertas, digulung bersama dua ketul lilin, dan di baling ke atas dahan pokok tersebut. Semakin tinggi ianya tersangkut, maka semakin dekat hajat tersebut akan ditunaikan.
6. Akademi Nik Rashidin
Jika anda mempunyai banyak masa, luangkan masa 2-3jam untuk mempelajari tentang seni ukiran di Akademi Nik Rashidin. Disini, terdapat sebuah rumah tradisional Melayu yang dikenali sebagai Muzium Rumah Terengganu yang berusia 190 tahun. Galeri Ukiran Kayu dapat membuka mata anda tentang budaya and cerita sebalik ukiran-ukiran pada zaman dahulu. Anda juga dapat belajar lebih mendalam lagi tentang keris Melayu. Apa yang menariknya, penerangan akan dibuat oleh Puan Rosnawati sendiri iaitu pemilik Akademi Nik Rashidin dan juga seorang pakar dalam ilmu ukiran dan arkitektur.
7. Istana Bunian
Terletak di Kampung Tok Burung, Bachok. Dikenali sebagai Istana Bunian. Rumah individu yang dimiliki oleh En Hashim bin Abdul Rahman yang telah dibina sejak tahun 1987 sehingga sampai hari ini tetapi belum siap2 lagi. Owner dia buat rumah ni sendiri tau sbb dia pun tukang buat rumah. En Hashim selalu menghapuskan rekaan rumahnya jika beliau berpendapatan rekaan tersebut tidak menarik dan menukar dengan rekaan baru. Sampai hari ini kos pembinaan rumah ini mencapai RM1.5juta. Kenapa dinamakan Istana Bunian, ia adalah misteri... Seperti Cappadocia pulak rasanya..
8. Seni@Kelate di Perkarangan JKKN
mytravellicious juga berpeluang untuk mengunjungi Seni@Kelate yang diadakan di Perkarangan JKKN. Banyak gerai-gerai makanan yang sedap disini. Hiburan untuk kanak-kanak juga sangat meriah. Yang lebih menarik, terdapat persembahan-persembahan seni yang dipersembahkan disini secara percuma, seperti wayang kulit, teater Mak Yong, Dikit Barat dan sebagainya. Bagus sekali acara seperti ini diteruskan untuk meneruskan budaya bangsa negeri Kelantan
9. Asni Batik & Asni Boutique House
mytravellicious sempat singgah di Asni Batik di mana tempat batik itu sendiri di buat. Anda boleh melihat proses mencanting batik sini. Sungguh menarik. Di sini terkenal dengan batik lukis. Mereka juga mempunyai batik cetak, tetapi coraknya adalah ringkas dan besar. Asni Boutique House pula menawarkan batik yang telah siap. Sungguh menawan semua batik yang dijual. Rambang mata dibuatnya. Sempat membeli beberapa helai pakaian untuk dihadiahkan kepada emak mytravellicious.
10. Galeri Wau Pak Sapie
Allahyarham Pak Sapie adalah seorang pembuat wau bulan yang terkenal dan merupakan diantara orang yang terakhir pembuat wau bulan. Walaupun galerinya agak kecil, anda juga boleh melihat pelbagai corak dan saiz wau bulan disini. Disini, proses membuat wau bulan juga ditunjukkan. Wau bulan adalah sangat ikonik untuk negara Malaysia, seperti Bunga Raya dan Keris.
11. Ayu Fashion
Sebuah lagi kilang batik yang popular adalah Ayu Fashion. Apa yang menarik di sini adalah Ayu Fashion menghasilkan batik cetak. Tetapi corak cetak adalah sangat halus dan berkualiti. Di kilang batik mereka, terdapat lebih 5000 corak petak yang disusun diseluruh kilang. Melihat kepada hasil batik, tidak hairanlah jika melihat ada harga yang agak tinggi berdasarkan kualiti corak batiknya.
12. Pantai Cahaya Bulan
Sebuah pantai yang agak popular di Kelantan. Sempat meluangkan masa di sini seketika sambil menikmati hidangan maggi ketam. Terdapat banyak restoran sebagai pilihan mengisi perut anda. Boleh juga menikmati ais kacang sambil menikmati angin bayu dari laut.
13. Pantai Senok
Pernah viral suatu ketika dahulu kerana pokok tirus disini seakan-akan yang terdapat di Pulau Nami, Korea Selatan. Untuk kesini, jalannya agak sempit kerana jalan kampung. . Jika anda kesini pada petang hari, jangan lupa membawa ubat sapu nyamuk kerana bagi mytravellicious, nyamuk disini sungguh bermaharajalela. Walaubagaimanapun, sangat cantik untuk bergambar. Cuma mytravellicious mahu berpesan, kepada pelawat-pelawat, jagalah kebersihan persekitaran jika singgah ke sini.
14. RS Serunding Hajah Ramlah
Boleh dikatakan sebagai kilang serunding. Di Kelantan, sangat sinonim dengan serunding dan anda boleh membeli untuk dijadikan buah tangan. Disini, terdapat serunding daging import, daging tempatan, ayam, dan ikan. Yang menariknya, anda boleh merasa sendiri serunding sebelum membeli. Yang paling best, harganya lebih murah RM5-RM10 dari harga pasaran.
15. Wakaf Che Yeh
Tempat membeli belah pada malam hari. Banyak pakaian-pakaian menarik yang dijual. Boleh dikatakan seperti pasar malam ataupun pasar minggu. Anda bolehla tawar-menawar, tipsnya jika anda pandai bercakap bahasa Kelantan, maka lebih murahlah anda dapat harga tawar-menawar tersebut.
P/S Sepanjang kami berada di Kelantan, kami telah menggunakan perkhidmatan syarikat Doremi Travel & Tour Sdn Bhd. Anda boleh klik pada backlink tersebut untuk menghubungi syarikat berkenaan. Van (bas persiaran) yang bersih dan mempunyai tour guide yang berpengalaman. Terima kasih kepada Tourism Malaysia Sarawak dan Tourism Malaysia Kelantan di atas trip ini.
P/S Sepanjang kami berada di Kelantan, kami telah menggunakan perkhidmatan syarikat Doremi Travel & Tour Sdn Bhd. Anda boleh klik pada backlink tersebut untuk menghubungi syarikat berkenaan. Van (bas persiaran) yang bersih dan mempunyai tour guide yang berpengalaman. Terima kasih kepada Tourism Malaysia Sarawak dan Tourism Malaysia Kelantan di atas trip ini.
Ada tempat yqng sik sempat kamek pergi hari ya
ReplyDeletewooow awesome lah...menarik ni next time datang klate boleh singgah sini...
ReplyDeletep
ReplyDeleteqweweq
ReplyDelete