Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-2 - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-2




Kami bangun dari tidur bila jam dan hampir ke pukul 5am, bersiap2 untuk check in awal sikit dari beijing ke erlian. Kami memutuskan untuk menaiki flight dr beijing ke erlian sebab kami cuba untuk jimatkan hari memandangkan kami macam x cukup hari untuk explore mongolia + beijing.

Urusan check in kami berjalan lancar dan cepat memandangkan kami beli tiket secara berkumpulan, jadi kami check in kat group kaunter yang mana x ramai orang. Selesai check in kami terus masuk. Local flite kami adalah hainan capital airlines, penerbangan ni memang sudah include luggage untuk 20kg percuma ya. Penerbangan ke erenhot, erlian mengambil masa satu jam setengah. Kami diberikan air mineral water percuma di dalam penerbangan. Sepanjang penerbangan kami hanya membunuh masa dengan borak kosong n tidur2 ayam.

Kami mendarat di erlian pada jam 840am, kami terus menuju tempt nak ambil luggage, kat sini keechan lost dia punya rain cover backpack dia! Kami cuba menunggu dengan harapan raincover akan keluar bersendirian penuh gaya sampailah belt tu berenti berpusing, tapi raincover x keluar jugak! Missed catwalk lettew... Krik krik krik.. setelah ambil backpack memasing kami pun keluar dari airport terus mencari bas untuk ke bandar. Hanya kelihatan taxi bersidai banyak di kwasan parkir yang lapang depan pintu ni.

Dari jauh nampak bas dah bergerak tinggalkan kawasan airport! Aiyohh!! Kami masuk balik dan pemandu taxi mengekori kami, kami menuju ke kaunter info untul bertanya, malangnya langsung x faham bahasa inggeris! Hahaa.. Nak x nak syamil kenalah keluarkan skill dia berbahasa mandarin! Rupanya si syamil ni fluent giler mandarin dia. Selama ni i hanya tau dia boleh, tapi sikit2 katanya.. Haha.. Nasib baiklah ada u mell, u lah penyelamat kami semua, u lah idola kami! Hahaa...

Menurut kata info girl tu next bua adalah jam 130pm. Matilahh!! Lambat hiler lagi tu, kami pulak mengejar masa. Nak x nak kami deal jugaklah dengan taxi local dan mereka letak harga 50yuen. Rayu2 bodek2 dia ksi lah 45yuen/head ya! Perjalanan dalam setengah lebih kurang dan anggaran dalam 29km ke bandar erlian.

Sepanjang jalan hanya boleh lihat padang rumput, ada kambing n ger jugaklah sesekali, dan di pertengahan jalan kami nmpak beberapa replika dinosour, rupanya ada dinosour park disitu. Kami x berenti pun, hulur kepala kot tingkap je ambil gambar. Cukuplah!

Kami sampai si bandar erlian, taxi membawa kami ke tempat dimana banyak 4wd dan russian van dan dorang offer kami untuk pakej siap sampai ulaanbatar, 125000 mnt kau! Mampos! Memang xlah.. Kami berkeras minta dihantar ke erlian train station untuk kami mencari cara yang lebih murah. 
Kami diturunkan betul2 didepan erlian train station, kami turun dan terus mencari kaunter tiket, kami ke sana dan melihat timetable n bertanya pada orang kaunter. Agak sombong dan kurang membantu! 
Nasib ada sorang anutie yang menjadi money changer bergerak memberitahu syamil, dan kat situ kami mengorek info.

Setelah berbincang kami memutuskan untuk naik bas ke zaamin uud. Kami berjalan menuju ke station bas yang mana lebih kurang 1km dari station train. Sesampai di station bas, kami terus ke kaunter untuk membeli tiket dan harganya adalah 50yuen. Bas akn bergerak pada jam 130 petang. Sekarang baru jam 1030am! Krik krik krik! Hahaa... Apa lagi, misaki pun bentang yoga mate kat tmpat menunggu, kami pun bukak buku dan lelap2 jugak lah menunggu!

Jam 130 kami naik bus untuk gerak ke zaamin uud, sepanjang nak sampai ke immigration china iols terlelap beberapa kali kot! Haha.. Dalam setengah jam kami sampai immi china utk cop keluar, kami diarahkan keluar dari bas dan angkut beg memasing! Aiyoh!! Dengan gigihnya memasing memikul hampir 20kg backpack then beraturlah terkemut2. Agak lembap ya immi china kat sini, dekat 40min setel urusan immi china, pikul keluar n masuk bas balik! Selang x berapa jauh pastu kena tahan lagi untuk cek lagi, driver g tulis apa ntah kat kaunter then baru masuk sempadan!
Welcome to mongolia uolsss!! Haha..

Bas bergerak adalah kot dalam 200 meter, kami diarahkan untuk turun lagi dan kena pikul bag lagi, beratur lagi untuk cop passport masuk mongolia, tapi kali ni lgi cepat dari immi china. Lebih kurang 10 min setel.

Then kami pun naik bas dan bergerak. Kat depan sikit pak cik bas berentinlgi g but apa pulak ntah! Kami ni gelisah ayam dah tengak jam menginjak 420pm waktu tempatan! Dari jauh dah nampak pintu gerbang tertulis "3aMbn-YYD" *lebih kurang camtu lah! So kami tau lah kami dah smpi bandar zamiin-uud!

435 pm lebih kurang- Sampai je di perhentian zamiin uud (tepi jalan je sebenarnya), kami terus turun dan terus nampak dibelah kanan adanya train station, kami terpinga2 mencari pejabat immigresen untuk membeli tiket dan menukar duit. X nampak pun kat mana pejabat itu dan bangunan berdinding kaca tu. Kami terus menapak menuju ke arah station train dan kami nampak pejabat immi sebelah kiri kami, dan ada disebelahnya bangunan berdinding kaca. Berlari2 anak kami berlari pergi ke bangunan immi utk bertanya, dan betul pegawai immi tu cakap disebelah! Aiyoh.. Berlari lagi ke sebelah sebab kami tengok waktu semput giler dah! Kami masuk dalam tu jam dah 450pm, sefaham kami kaunter tutup pkul 5, dan tren bertolak 530 pm! entah ya entah x! Info x byk uols kat gugel!! Hahah!

Dalam duk melalut nak tukar duit smbil duk usha mana kaunter tiket train. Tetiba iols ternampak famous traveller-writer Siti Noridah Et aka ET menuju ke arah kami senyum lebar lagi! Haha.. Actually aku ngan ET dah kawan kat fb since many years ago since kami kenal kat group BBM (backpacker buddies malaysia) masih awal2 muncul dulu! Aku add friend dia dulu sbb aku folo blog dia. Sebenarnya aku dah tau ET juga akan ke mongolia melalui kawan kami iaitu SuLy Syamsuddin, kata Suly kami mungkin akan terserempak, tp dia pun x pasti jugak iti ET sejujurnya... dan iyaa yaaa.. Memang betul ya! Kononnya as usual la, kami rahsiakan trip kami smpi lah hari nak pegi, hanya orang rapat n tertentu je tau! Ekekee.. Nasib suly tau kami ke sana tu pun sebab kami korek info jugak dari suly. Suly sebenarnya penah buat trans mongolia 3 years ago ngan kawan2 kami yang lain iaitu aleya n dee.. N sapa ntah lagi sorang. Hahah! Nasib baik terjumpa ET, ET bagitau kaunter tiket kat atas dan dia jugak tukar usd ke mnt kat atas, di tingkat 1. Kami buat comparison kat atas mmg lebih murah! Et baru selesai menukar duit dan membeli tiket. Kami berlari ke atas tinggalkan beg kat et kejap, tukar duit USD ke MONGOLIAN TUGRIK (MNT/TUGRIK/TUG).

Siap je tukar duit berlari pulak ke kaunter tiket. Kami membeli 4 berth hard sleeper. Train ni provide berth 2 pax, 4pax and selebihnya dorm.. X perasan pulak untuk seat sahaja, rasanya xde. Tp byk jer kosong, xyah lah nak risau sebab train panjang n byk jer bilik utk 4pax berth hard sleeper tuh! Ikut ap yang kami duk study harganya 35550 tapi kami hanya membayar 34750tug sahaja, kami pun xtau kenapa! Mungkin sebab diva ada2 dataaa...

Lebih kurang pukul 6 kami mula masuk tng kot so dorang bagi diskaun. ET cakap dia xde diskaun pun n harganya mahal lah sikit! *aku rasa sebab beli by group kot th yg dapat diskaun!*

Pergi turun bawah balik, belek2 tiket, rupanya tren bergerak pukul 630pm! So start kat sini ET started join group bimbo kami.. Bertabahlah ET! Hahaa... So kami pun melepak lah kt depan train station tu smbil pose cantik dan mencuci mata! Agak nikmat ya disitu walopun kami kelaparan separuh mampus! Mesti korang x perasan kan sepanjang aku nulis ni xde pun hal makan! Sebabnya ke sudah makan biskut dan minum mineral water! Ahaharain dan mencari bilik kami, bilik EtT selang satu bilik je dari bilik kami. Benda pertama kami buat adalah cari air panas nak makan maggi rendam as a starter! Wakaka... Kami ajak ET join sekali. Lepas siap makan maggi rendam, kami bancuh milo, kami rendam lagi nasi briyani kambing n briyani ayam dan kongsi beramai lagi! Nikmat yang manakah yang kamu dustakan? Memang tiada, saat lapar mcm ni memang sgt sedap makan berkongsi beramai2 camni.. Alhamdulillah.. Kenyang! Hahaa.. So kami pun bertukar lah cerita ngan ET.

Lepas kenyang dan borak2, kami pun sempat tengok sunset yang lawa sepanjang perjalanan. Sunset kat sini dalam pukul 830pm waktu tempatan. Lepas sunset kami decide untuk explore train dan melepak kat cafe. Kat dalam train ni rasanya kami je kot tourist dan selebihnya local. So kami joined lah layan dorang berkaraoke lagu2 famous dorang.

Lebih kurang jam 1030 kami decide utk balik ke bilik. Iols pun bergegas ke toilet utk lap badan dan tukar baju. Sepanjang aku duk bekerja tu, 3 4 kali jugak la toilet aku di buka dari luar, rupanya auntie stewardess tu nak kunci toilet dah ya, membebel dia kat makk!! Macamlah iols paham! Haha.. Rupanya toilet tren ditutup ya dr 10pm smpi lah pagi.. So Keechan, syamil n ET x sempat lah nak guna toilet! Krik krik krik..

Aku stop kat sini jelah! Tunggu pagi esok plak lah! Now kami heading ke gobi desert! Kbai..

Bersambung...

Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.
Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-2 Reviewed by Abang Fadli on 9:19 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.