Berlatar belakang Air Terjun Susung. Kawasan ini dikenali sebagai "Jurassic Park" |
Jom ke Hidden Gems Sarawak - Kampung Sting & Jurassic Park (Susung & Curtain Waterfall) di Bengoh Dam, Padawan ‼️😍
❤ Dari bandar Kuching ke Bengoh Dam, mengambil masa dalam 45 minit
❤Di pintu masuk Bengoh Dam, perlu mendaftar di pagar masuk, pastikan anda telah membuat tempahan bot dengan penduduk kampung.
❤ Setelah masuk dari pagar, tempat letak kerata terletak dalam seminit perjalanan
❤ No walk in untuk bot, semuanya perlu mendaftar awal..
❤ Di sini, ada 3 waterfall, air terjun Daen(Udang) yg pertama, kedua adalah air terjun Pean (Curtain) dan yang terakhir adalah air terjun SusungJurassic Park of Sarawak
❤ Dari Bengoh Dam, kene naik bot dalam 20minit. Permandangan MasyaAllah cantik giler!
❤ Air terjun pertama, ramai yang tak singgah
❤ Selalunya akan ke Susung waterfall terlebih dahulu, paling jauh (60minit ke 90 minit trekking)
❤ Di Susung waterfall, ada dahan signature yang viral untuk bergambar
❤ Tak mandi di sini sebab air terjun terlampau kuat dan keadaan batu yang licin
❤ Dalam perjalanan balik, baru singgah mandi di air terjun yang kedua iaitu Pean / Curtain Waterfall. Di sini ada 4 air terjun.. seronok giler!! Ada pondok berhenti di sini.
❤ Trekking adalah easy (saya jarang hiking yer, plus bawak banyak barang, alhamdulillah selamat)
❤ Ada satu jambatan kayu gantung yg ekstrem sangat bergoyang, kalau anda gayat, watch out!
❤ Semua route jalan ada dan proper.
Kampung Sting
❤ Setelah penat hiking waterfall, balik ke jeti, untuk ke Kampung Sting, perjalanan bot dalam 5 minit sahaja.
❤ Naik ke sini extreme sikit sebab kene naik ke atas 600 meter, jalan ke atas 45darjah, 15minit sampai ke atas
❤ Dah sampai, boleh singgah di homestay Tikom anak Duyau (0198140124)
❤ Siapa nak stay sini pun boleh, RM20per pax.. basic takda makanan, bwk sendiri.... tp view atas ni amazing weh!
❤ Soft drink ada dijual disini - RM3 satu tin
❤ Ada toilet
‼️Tips‼️
❤Saya tahu banyak agen dan syarikat tour menawarkan pakej, tapi saya nasihatkan untuk menghubungi terus dengan komuniti untuk sebarang tempahan tour atau bot. At least kita tahu duit dapat terus dengan komuniti.
❤Boleh hubungi terus FB Bayan Atuh Ecotourism Zone untuk tempahan bot dan tempahan tour ataupun homestay
❤ Guide perlu yer.. dia jugak adalah bot driver... boleh ctc FB diatas, diorang arrange semua nanti
❤ Silalah menjaga kebersihan, jangan membuang sampah merata2.. please everyone 🙏
❤ Elak pergi weekend jika hendak mengambil gambar yang cantik
❤Selalunya tour akan ke Waterfall terlebih dahulu selepas tu Kampung Sting, untuk mengelakkan orang ranmai, anda boleh terbalikkan route ke Kampung Sting dahulu dan kemudian ke Waterfall. Orang balik, kamu datang...
amboii bestnya tengok gamabar nih .. dah lama tak mandi sungai
ReplyDeletehttps://modernmumthingy.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete