Awal2 pagi weols seme dah bangun, buat apa yang patut then weols
pakat duk depan khemah enjoy the sun rising! Sambil duk enjoy the
sunrise tu mulalah kami snap photos, pastu iols pun mulalah feeling2
salam perantauan gituh! Padahal baru berapa hari je duk sini. Demi
kekawan katanya.. Wakakaka...
Lepas siap duk feeling memasing.
Iols pun start menyambung tugasan masak breakfast yang mana wells
merebus air untuk masak mee tomyam chef! Hahaa... Everyday instant
noodles uolss!! Sangkak! Tapi tetap feeling vogue okey! Sambil tu layan
minum air kopi dan teh panas. Perghh!! Ngancam! Hahah!
Lepas
kenyang memasing duk layan hal memasing. Keechan duk pusing keliling,
pastu misaki duk layan video call, i n syamil pun duk call kekawan! Time
ni syamil duk tengah facetime dengan kwan weols iaitu shahrin. Hahah!
Lepas beberapa ketika tu, keechan bawaklah segala peralatan memasak tu
tepi tasik dan membasuh. Iols pulak duk try rekod video thru insta
katanya.. Baru belajar kekdahnya! Wakakaa...
Tetiba jer ada
sorang abam berseragam ala2 askar berenti ngan keta buruk putihnya.
Aiyoh!! Masalah apakah?? Dia tunjuk kad kuasa uolss!! Matilahh!! Tgen
mintak all of us punya passport! Cuak kot! Dia belek2 passport weols
then dimasukkannya ke dalam poekt baju unifromnya.. Aiyoh! Iols dah cuak
n feel somthing not right! Dia pergi kat keechan yang duk tengah gigih
membasuh perkakas memasak dan suruh ke khemah! Abam ittew tunjuk plak
kat iols suh naik keta dia n said..
"English..english" sambil tunjuk merata arah! Pahamlah iols dia nak cari translator!
Oleh sebab cuak iols ngajak misaki sama join iols. So weols masuk keta then miski tunjuk ke blue pearl camp said kat sana ada orang yang boleh berbahasa inggeris!
Kami pun menuju ke blue pearl camp dan
renjer tersebut masuk. Perempuan tu pun terpaksalah menjadi translator
tidak rasmj kepada weols.
Katanya kami telah melanggar
undeng-undeng negara mongolia! Matilahhh!! Sebab kami telah berkemping
di tenpat yang tidak dibenarkan di dalam national park! Manalah weols
tahu.. Hahaa..
Kami juga tidak boleh membasuh cooking utensils direct di tasik, salah uolss! Hahaa...
Kami juga tidak boleh membasuh cooking utensils direct di tasik, salah uolss! Hahaa...
Pompuan tu translate kat kami.
"Uols x dapat brosures ke tentang undang2 dan do n dont kat national park ni?"
Hopkos lah kami xtau and obviously lah kami x paham tulisan kat sini. Tulisan bahasa inggeris pun xde untuk makluman kami. Haiyaaa...
Makanya katanya kami kena membayar denda seperti yang ditetapkan oleh
kerajaan negara ini. Aiyoh! Matilahhh!! Hahaaa.. Dan dendanya adalah
100,000tugrik ya! Hado! Hahaa... Weols yang ke krik krik krik kan duit
ni terkesima santeks! And abam renjer bagitau kalao x boleb bayar dorang
kena bawak kami ke ofis untuk tahanan! Aiyohh!! Feeling bersalah
sangat! Silaka!!
Misaki dengan cantiknya buat2 muka sedih n
explained kat dorang tu cakap kami x tahu, dan memang kami x tau pun! "X
bolehkah kami dikenakan amaran sahaja?" Tanya misaki penuh manja..
Ekekee..
Katanya x boleh! So iols menyampuk!
"Kalau camtu bagilah denda diskaun, 20,00tug ker?"
Katanya x boleh! Minimum 40,000tugrik ko! Hadoii... Tu duit tambang keta sapu untuk balik ke hatgal balik tu! Hanjengg! Hahaa...
Yelah! 40,000tug pun bayarlah dari kena bayar mahal! Wakakaa... Kami kena kembali ke tapak khemah kami dan kena kemaskan, katanya dia akan hantar kami ke tapak perkhemahan yang dibenarkan. Tak jauh pun katanya, hanya 500meter sahaja didepan dari tempat kami camping tu. Hadoiii...
So weols pun kembali lah ke tapak camping haram kami tu dan kena
berkemas! Mencicit2 mencarot keechan ngan syamil sesambil mengemas tu.
Wakakakaa...
Siap berkemas kami masuk keta renjer yang berdebu,
bersepah, cermin depan retak sejuta tu dan dia bawak kami ke tapak yang
dibenarkan berkhemah!
Iols dan syamil diminta sign form denda
tu, satu habuk pun weols x paham! Sign jelah! Dan nampaklah dia tulis
40,000tug kat form fotostat yang mana kami nak kena sign tu. Tapi kami x
siberi salinan pun! Apakah??
Sesampai di tapak perkhemahan kami
pun turunlah penuh syahdu melihat sekeliling dan mencari tapak yang
best. Tempatnya x jauh pun dari tasik, tapi agak di tengah padang dan
ditepi hutan sikit. Agak cantik sebenarnya.. Tp tulah.. Nak kena menapak
sikit la *adalah 200 meter! Hikhikk... Untuk lepak tasik. Boleh nampak
kat tengah hutan pines tu sikit penuh sampah! Hurmmm.... Dan ada toilet
yang ala2 scary gitu! Tapi memang boleh nampak la memang sini tapak
perkhemahan sebab banyak kesan unggun api.
So weols pun pacaklah
kembali khemah sambil mencarot lite2 kat abam renjer tu. Silaka!
Ahahaaa.. Dah siap memacak khemah, kami pun kemaskan lah apa yang patut
dan plan untuk membuat aktiviti horse riding petang ni. Tapi duit dah
kena paw?? Hahaaa
Lepas siap pasang khemah balik etc, weols rest
smpi la jam 1 pm. Pastu misaki n keechan beria nak horse riding sbb nak g
tengok tsaataan family dan jugak nengok raindeer. Syamil macam xnak.
Iols ni sah la nak sebenarnya, tapi siyesly cuak ngan financial yang dah
ada kat tangan ni. Sebolehnya nak cuba limitkan. Lagipun i xde la terer
pun horse riding. Penah naik sekali je kuda dulu tu pun kuda jalan
pusing kandang tasik titiwangsa! Wakakaka...
Main concern i
adalah takut x cukup bajet sbb bajet iols mmg sgt semput dah! Ikut
kiraan memang cukup, tetapi skang ni bajet yang base on kiraan sebelum
ni sentisa lari sikit dari kiraan asal. Hahaa.. So while otw nak g cari
pengembala kuda tu i duk fikir n hitung kira lah pasal bajet. Last2 i
decide utk tidak. I cakap lah i xnak. Then rupanya syamil pun cakap xnak
jugak. Weols mintak misaki n keechan proceed. Tapi dorang berdua tu
cakap x best lah kalo kami x join. Alang2 biarlah sama2. So kami pun
patah balik then singgah kedai beli beras n air.
So bersantailah
kami petang tu kat khemah and area khusvgul lake. Elok je petang dalam
pukul 4petang camtu, syamil n keechan dah start buat unggun api dah,
sebab xtau nak buat apa. So api nyala dengan jayanya.
langit
pulak mula menggelap. Macam nak maghrib dah rupanya. Padahal sini hari
mula gelap pun dalam 930pm. So kami mula cuak dan kemaskan apa yang
patut. Buat air teh siap2. Ekekee. Hari dah mula nak hujan. Elok dalam
5pm camtu hujan start turun. Nasib la x lebat. Kami semua duk dalam
khemah then timbullah idea main uno! Hahaa.. Memang iols dah siap beli
pun uno dari malaysia sbb takut boring.
Waktu tengah main uno tu
angin mula kuat sampai menolak2 khemah. Hujan mula membasahi dan
menyerao ke dalam khemah weols yang jelas ya hanya single layer. Khemah
misaki weols simpan backpack sesiap sebab khemahnya double layers n
xmasum air. Makanya kami mainlah uno dalam hujan dan ribut lite2 tu.
Kami dlam khemah sambil ber-uno sambil ngelap hujan. Sambil tu jugak
ketawa mengilai2 duk melayan masing2 main uno. I lah paling bimbo, main
sokmo2 pun never paham! Hahaa... Kami pun basah dan kesejukan lite2
jugaklah.
Nasib baiklah ada angin menolak awan hujan, kalau x
aku agak yakin kami akan basah lencun! Hahaha... Kalo basah lencun
memang terpaksa cari ger jugaklah! Makanya kuar duit lagi. Nasib baik
hujan kejap dan x lebat.
Dah dekat 830 malm, Lepas hujan tu
syamil dah sambung balik dah hidupkan api ngan keechan. Gihih sungguh
dorang ni. Iols tukang tengok jer. Hahaa... Masa ni datanglah sorang
pakcik tu ngan anak dia nak offer bawak ke hatgal or moron. Pung pang
pung pang bahasa ayam unta pakai kalkulator siap. Dia kata utk 4 orang
12,000tug. Giler murah! Mustahil amat weols duk pikir. Tapi double
triple confirm pun tetap itulah harga dia. Bagusnyaa... Pak cik ni
sangat memahami yer yang iols ni dah krik krik krik duit. Ahahaa. Dalam
masa yang sama tetap jugak i duk pikir. Macam x logik jer. Macam
mustahil jer. So masing2 macam xpe lah! Kita tanya esok! Hahaa
Weols duk lyan unggun api sampailah nak tido sambil2 iols masak dinner.
Dinner kami malam ni adalah bubur nasi campur instant mushroom soul
campbells berlaukkan ikan sardin masak hancur. Beras buat bubur pakai
beras local yang kami beli masa balik dari cari horse riding x jadi
tadi. Berasnya kontot dan bulat serta sangat berkanji. Masak lunch pukul
3 tadi agak cuak lah pakai beras local ni. Rupanya beras local masak
memang nak kena pakai banyak air. So, Idea dinner datang ikut barang
available camtulah! Maklumlah... Dah hujung2 ni banyak stock dah abes.
Dah masak je kami makan dalam khemah depan unggun api. Giler ohsem!
Wakakaka.. Lepas dinner kami layan unggun api, borak2 then pastu tidur!
COMMENTS