Pengalaman Pelik Menginap di EggHouse Hyundae Busan

 



Kami berlima meneruskan kembara Korea kami ke lokasi pilihan seterusnya iaitu Busan pada hari ke-7. Yang dimaksudkan kami berlima adalah aku sendiri, kakak aku (39 tahun), emak aku (62 tahun), ayah aku (66 tahun) dan anak buah aku (6 tahun). Perjalanan kembara ini adalah diuruskan oleh aku sendiri dan kami boleh dikatakan flashpacking.

Seperti biasa, aku membuat tempahan hostel secara “online”  setelah mengambil kira ulasan, lokasi, pro dan kons. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menginap di Egghouse Busan. Banyak travel blogger juga merekomendasikan hostel ini.

Seperti hostel sebelumnya semasa di Seoul dan Pulau Jeju, aku memilih bilik family untuk 4 orang. Ya, sepanjang kami di Seoul & Pulau Jeju, kami berlima memang tinggal di hostel dan di bilik family 4 orang. Anak buah aku dan emaknya tidur sekatil.

Masih teringat lagi sebelum aku membuat tempahan ini juga, sempat juga bertanyakan kepada kedua ibu bapa aku bagaimana jika kami tinggal di hostel yang mempunyai bilik air di luar. Mereka bagitahu tiada masalah. Jadi aku pun membuat tempahan segera.

Ruang tamu, di sini disediakan komik bahasa korea, anda juga boleh main playdough yang disediakan. Itu anak buah saya, 6 tahun umurnya

Tempahan di buat melalui booking.com. Jadi bayaran dibuat semasa anda daftar masuk. Sehari sebelum ketibaan kami di Busan, pemilik hostel Engghouse ada menghubungi aku melalui email untuk mengesahkan kedatangan aku. Aku balas emailnya. Sepanjang perjalanan kami di sini, kami tidak membeli apa-apa simcard. Semuanya menggunakan Wi-Fi di hostel. Jadi jika kami berada di luar, maka segala jenis social media, email, whatsapp memang tidak dapat digunakan. Jadi tiada yang mengganggu kami semasa kami jalan-jalan.

Kami mendarat di Busan, oleh sebab Egghouse Busan terletak di Hyundea Beach, maka dari lapangan terbang, kami perlu menggunakan 2 MRT untuk sampai. Bagi aku, memang tidak digalakkan untuk tinggal di kawasan Hyundae Beach ini kerana ia terletak jauh dari kawasan bandar. Daripada lapangan terbang, mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai. Dari kawasan Jigalchi, dalam masa 30 minit. Tetapi di Hyundae Beach hostelnya murah, banyak pilihan berbanding dengan kawasan bandar. Pada musim panas, Hyundae Beach adalah salah satu kawasan yang paling sesak, sibuk dan ramai pelancong.

Setibanya di stesyen MRT Hyundae Beach, ke Engghouse Busan perlu berjalan dalam 5 minit. Lokasinya yang strategic adalah salah satu factor aku memilih disini. Tanda nama hostel juga jelas kelihatan. Egghouse Busan terletak di tingkat 3.

Disebabkan ketiadaan lif di bangunan ini, maka kedua ibu bapa ku mengalami kesukaran sedikit. Jadi, kepada yang ingin membawa orang yang berumur, ataupun sesiapa yang menggunakan beg tarik, saya memang tidak galakkan tinggal disini. Walaupun hostel tempat kami menginap di Seoul juga tiada lif, tetapi disana tidaklah terlalu tinggi.


Egghouse Hyundae Busan
Setelah mengangkat beg ke atas, kedua ibu bapa aku mula bising mengatakan hostel terlampau tinggi. Tapi masih boleh lagi terima. Kami sampai di hadapan pintu hostel tersebut, Nampak tertutup. Mula-mula aku ketuk, tiada respon. Akhirnya aku cuba buka pintu tersebut, dan berjaya. Aku mengarahkan kesemua ahli keluarga untuk masuk ke dalam hostel.

Ruang lobi hostel ini agak sempit. Hostel Nampak sunyi dan tidak berpenghuni. Aku pergi melihat kaunter di situ, tetapi tidak Nampak kelibat sesiapa pun. Pintu kaunter pendaftaran pun berkunci.

Kami menunggu dalam 10 minit, juga tidak ada sesiapa yang muncul. Jadi, aku cuba membuka email aku untuk baca balik email terakhir daripada hostel ini. Dia mengatakan jika aku sampai, sila hubungi dia di nombor yang dia nyatakan.

Bagaimana aku hendak menghubungi dia sebab sememang nya aku tiada simcard Korea. Nak guna talian Malaysia aku memang lah tidak akan berlaku. Jadi aku memberitahu keluarga untuk menunggu di lobi sebab aku ingin mencari telefon awam.

Kesian jugak aku melihat keluarga aku sebab semuanya penat. Kami bergerak dari hostel di Pulau Jeju dalam jam 7pagi, sambung lagi perjalanan kapal terbang, selepas itu menarik beg ke dalam MRT, selepas itu tukar lagi stesyen dan tukar MRT, selepas itu kena lagi berjalan ke hostel, kena naik tangga.

Semasa di Seoul & Pulau Jeju, banyak telefon awam aku jumpa. Di saat aku perlukan telefon awam pula tidak jumpa satu pun. Pusat membeli belah aku masuk, juga tidak berhasil. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk ke MRT stesyen. Kemungkinan telefon awam ada disitu.
Tekaan aku betul, ada telefon awam disitu. Tetapi perlu menggunakan duit syiling. Jadi aku pergi ke bilik operasi stesyen tersebut dan meminta untuk menukarkan wang kertas ku ke duit syiling. Mujurlah mereka faham. Aku pun mula menghubungi pegurus Engghouse Busan. Ini pun setelah aku mencari telefon awam selama 20 minit.

Pengurus hostel memohon maaf kepada aku kerana telah menyusahkan aku. Walaupun aku bengang, tetapi aku malas nak melayan perasaan tersebut. Pengurus tersebut telah menyatakan bahawa dia telah menghantar satu email dimana memberitahu sila hubungi beliau dengan menggunakan telefon di kaunter pendaftaran setelah aku sampai di hostel tersebut. Penggunaan telefon adalah percuma. Aku memberitahu aku tidak mendapat email tersebut. Sekali lagi dia memohon maaf.

Egghouse Hyundae Busan
Dia mengarahkan aku untuk kembali ke hostel dan menghubungi dia balik dengan menggunakan telefon di hostel tersebut. Maka aku pun balik ke hostel. Keluarga aku bertanyakan di mana staff hostel tersebut, aku bagitahu sekejap lagi datang dan aku dah hubungi staff mereka. Di hostel, aku mula mencari telefon yang dia maksudkan. Rupanya telefon itu terletak di dalam kaunter. Aku kena memasukkan kepala aku ke ruang kaunter yang kecil untuk mengambil telefon tersebut, seperti pencuri, kata hatiku.

Aku mula mendailkan semula nombor telefon pengurus hostel. Sekali lagi dia memohon maaf. Dia mengarahkan aku untuk mengambil kunci dekat kaunter pendaftaran. Aku cakap aku nak bilik 4 orang. Dia suruh aku buka bilik hostel untuk melihat keadaan bilik. Sekarang ini, terdapat 2 bilik family yang kosong, dan kami boleh pilih bilik yang mana satu kami suka.

Kami lihat kedua-dua bilik ini lebih kurang sama. Tetapi pengurus hostel tersebut mengatakan satu bilik itu mempunyai bilik air peribadi, tetapi apabila kami periksan memang tidak ada bilik air peribadi di dalam bilik family tersebut. Rupa – rupanya, jika memilih bilik family dengan bilik peribadi, bilik airnya juga berada di luar bilik, Cuma ada bilik air khas dengan nombor bilik. Jika tinggal di bilik family ataupun bilik kongsi, maka Cuma boleh guna bilik air umum. Jadi di luar ini terdapat 3 bilik air umum, dan banyak bilik air peribadi, tetapi semuanya berada di luar. Jadi pada pendapat aku, tiada bezanya untuk memilih bilik air umum ataupun peribadi kerana kedua-duanya berada di luar.

Urusan masih lagi di buat melalui telefon. Pengurus itu cuba untuk membantu kami sebaik mungkin. AKu menyatakan bilik mana yang kami pilih. Dia juga menerangkan fasiliti yang ada disitu dan kata kunci untuk WiFi.

Aku terpaksa berpindah hostel. Kena jalan lagi 10 minit dengan beg besar
Wow, iniah pengalaman aku berurusan daftar masuk melalui telefon, tanpa bersemuka dengan staff di sini. Setelah mendapat talian Wifi, aku menerima email daripada pengurus tadi. Rupanya email yang dia maksudkan baru aku terima. Memang ada arahan dia suruh aku guna telefon kat kaunter untuk aku hubungi mereke.

Jika kami ingin bertanyakan sesuatu, maka kami perlu menghubungi pengurus tersebut di telefon sahaja Pelik bukan. Hostel ini. Nampak begitu muram. Sampaikan kami membasuh baju pun, kami bantai je basuh sebab memang tidak ada staff disini. Kami nak minta selimut lebih, bantal lebih pun susah.

Nampak sangat kedua ibu bapa aku berasa begitu tidak selesa disini. Tidak seronok seperti kami di Seoul ataupun Pulau Jeju. Aku hendak bertanyakan sesuatu pun susah.

Lebih-lebih lagi, di sini, meja makan hanya satu, itu pun kecik. Hanya ada microwave disediakan. Tiada dapur memasak dan tiada sarapan pagi. Kedua ibu bapa aku menyuruh aku mencari hostel yang lain, yang menyediakan tempat masak seperti hostel sebelumnya. Mereka mengatakan mereka sebenarnya tidak kisahpun, tetapi sekurang-kurangkan, ada tempat memasak.

Aku menghubungi pengurus hostel untuk memberitahu yang kami tidak akan meneruskan menginap di sini. Aku memberitahu yang kami adalah Muslim, maka kami perlukan tempat memasak dan microwave adalah tidak begitu sesuai. Dia memohon maaf lagi sekali sebab tdak dapat membantu dan tidak memberitahu aku awal.

Jadi aku bertanyakan aku hendak membayar bilik hostel, bagaimana? Pengurus itu mengatakan Cuma letakkan sahaja duit sewa tersebut di atas meja bilik kami, kunci kan bilik dan letak kunci di atas meja kaunter. Aku pun ikut arahan pengurus tersebut. Pelik sungguh. Kalau aku tidak bayar, dia pun tidak tahu. Nasib kami orang yang jujur

Akhirnya, aku dapat sebuah hostel, kena jalan 10 minit dari hostel ini, berdekatan dengan Hard Rock, harga lebih mahal sedikit, tetapi hostel ini sangat selesa. Berada di tingkat 11, dimana boleh melihat permandangan Hyundae. Lobi hotel yang luas dan seronok, tempat memasak yang luas, Bilik pun luas dan terasa selamat. Hostel yang aku maksudkan Busan Popcorn Hostel. Memang terbaik

Muka puas hati setelah berpindah di Busan Popcorn Hostel.

Tetapi persoalan nya sekarang, di mana semua staff Engghouse Hyundae Busan tersebut?? Misteri dan pengalaman yang pertama sejak aku mengembara.

Jadi aku ringkaskan disini tentang Engghouse Hundae Busan

Kebaikan
1.    Terletak dekat dengan stesyen MRT
2.    Murah
3.    Ringkas & Selesa

Keburukan
1. Tiada lif dan berada di tingkat 3
2. Tiada staff yang membantu, walaupun boleh hubungi mereka guna telefon.
3. Tiada tempat memasak, Cuma ada microwave sahaja. Kebanyakan hostel di Korea menyediakan tempat memasak, jadi ketiadaan tempat memasak boleh dikira agak janggal dan menyusahkan.
4. Sekuriti kurang. Sesiapa sahaja boleh keluar masuk hostel tanpa penjagaan sesiapa. Tiada CCTV. Kasut anda mungkin boleh kena curi jika letak di lobi hostel
5. Tiada keseronokan langsung. Lebih-lebih lagi kau travel seorang.
6. Bilik terlampau kecil untuk 4 orang. 
7. Bilik airperibadi bukan terletak di dalam bilik, iaitu diluar seperti bilik air umum tetapi hanya khas untuk penghuni bilik anda sahaja.

Kesimpulan
Jika aku berseorangan, aku mungkin memilih tinggal di kamar kongsi hotel ini kerana harganya. Tetapi jika anda sekawan, keluarga, baik anda memilih tempat lain, cuma hanya menambah sedikit wang sahaja, anda boleh mendapat hostel yang mempunyai fasiliti yang lebih baik, terutamanya tempat memasak. 

COMMENTS

BLOGGER: 11
  1. saya baru baca2 review tentang hostel ni dalam trip advisor. ramai jugak yang cakap hostel ni pelik, dari segi takde staff yang uruskan check in etc. saya pun prefer hostel yg ada tempat masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sbb kami dah beli kuali, so tempat memasak adalah perlu, lagipun kat korea sana mmg common ada kitchen kat hostel, yg takda tu pelik

      Delete
  2. Saya pernah bermalam di sebuah motel brhmpiran gupo stesen tnpa booking. Cuma bgtahu ahjumma tu nak stay smlm, byar duit, dia bg kunci terus msuk bilik. Tak perlu bg passport bgai mcm di seoul dn jeju. Mujur biliknya selesa dan luas. Tp kwsn sekitar tu agak scary la waktu mlm. Sunyi dn nmpk mcm black area. Esoknya nk check out, kami cuma ketuk cermin kaunter tu, letak kunci dan bgtahu ahjumma nak check out. Ahjumma tu pun msh tidur lg time tu. Dia pun jwb, "haaa.. Haaa.." haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.... ahjumma tu mesti muka dia mcm nak tido jer kan...

      Delete
  3. Tak ada staff..tapi kena ingat..kau orang tak perasan ke?? ada cctv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan cctv, tapi tu bukan live streaming, cctv recording jer, im sure mmg takde org monitor...

      Delete
    2. Sy pernah duduk egghouse haeundae ni tahun lepas.. sgt bagus..pekerja dia sgt helpful and sentiasa ada je kt situ walaupun tak duduk di kaunter..dkt pintu entrance pun kena guna passcode baru boleh masuk..breakfast pun ada mcm2 dia sediakn..so sy x tau ni hostel yg same atau tak tp mmg nama n tmpt dia same

      Delete
  4. Pernah sekali berurusan dgn hotel begini di Brooklyn, New York. Dari mula masuk sehingga check out mmg semua melalui telefon je. Nasib baik selesa.

    ReplyDelete
  5. pelik juak oh hahaha. easy to communicate sik? kmk plan nak ke korea dec kelak. ada juak ngga gh tok rah agoda. nampak comfy. tp mun sekda staff cmne ohh. huhuhuhu. mcm ssh jak

    ReplyDelete
  6. perkara biasa je ni jika tiada staff yg entertain. kami pernah amik kunci pulangkan kunci saja tanpa jumpa sesapa. lain padang lain belalang.

    ReplyDelete
  7. perkara biasa je ni jika tiada staff yg entertain. kami pernah amik kunci pulangkan kunci saja tanpa jumpa sesapa. lain padang lain belalang.

    ReplyDelete
Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

Name

#AboutKL,46,AirAsia,1,AirAsiaX,1,Airlines Review,33,Airport Lounge,5,Asia,51,Attraction,54,Australia,3,Australia - Perth,1,Award,2,Backpacking,2,Business Class,3,Cambodia,13,Cambodia - Kampot,1,Cambodia - Kep,2,Cambodia - Koh Rong,2,Cambodia - Phnom Penh,1,Cambodia - Siem Reap,3,Cambodia - Sihanoukville,5,Cameron Highland,1,Canada,1,Casio,1,Casio Exilim Malaysia,1,Cebu Pacific Air,1,China,6,China - Beijing,1,China - Guangzhou,3,China - Shenzhen,1,China - Wuxi,1,Contest,5,Couchsurfing,1,Croatia,1,Croatia - Plitvice Lake,1,Cruise,1,Cyprus,2,Cyprus - Limassol,1,Cyprus-Larnaca,1,Economy Class,17,England,1,England - London,1,Europe,6,Featuring,13,Festival,27,Flexiroam,1,Food,84,Food - Kelantan,1,Food - Klang Valley,11,Food - Kuala Lumpur,4,Food - Kuching,1,Food - Makassar,1,Food - Malacca,3,Food - Penang,1,Food - Shah Alam,1,Food - Singapore,2,Food Event,1,Food Review,64,Giveaway,1,Halal Food,11,Hong Kong,2,Hotel,85,Hotel - Bali,1,Hotel - Bangkok,1,Hotel - Busan,1,Hotel - Hanoi,1,Hotel - Jakarta,1,Hotel - Kota Bharu,1,Hotel - Kota Kinabalu,1,Hotel - Kuala Lumpur,20,Hotel - Kuching,2,Hotel - Malacca,3,Hotel - Pahang,5,Hotel - Pasir Puteh,1,Hotel - Penang,1,Hotel - Sapa,1,Hotel - Selangor,8,Hotel - Singapore,1,Hotel - Terengganu,1,Hotel Review,77,Indonesia,54,Indonesia - Bali,22,Indonesia - Bandung,5,Indonesia - Banyuwangi,3,Indonesia - Belitung,1,Indonesia - Bogor,1,Indonesia - Dieng,1,Indonesia - Jakarta,8,Indonesia - Lombok,4,Indonesia - Makassar,1,Indonesia - Medan,1,Indonesia - Nusa Penida,1,Indonesia - Palembang,1,Indonesia - Surabaya,1,Indonesia - Yogyakarta,8,interview,1,Iran,3,Japan,8,Japan - Chiba,1,Japan - Himeji,1,Japan - Kobe,1,Japan - Kyoto,1,Japan - Mie,1,Japan - Nagoya,2,Japan - Niigata,2,Japan - Osaka,2,Japan - Shiga,1,Jet Airways,1,Johor,3,Johor - Desaru,1,Kedah,1,Kelantan,3,Kiple,3,KL Tower,1,KL Tower International Jump Malaysia 2016,2,Korean Air,1,Kuala Lumpur,64,Kuching,2,Langkawi,3,Laos,1,Laos - Luang Prabang,1,Live Update,4,Macau,1,Malacca,13,Malacca - Malacca City,11,Malaysia,184,Malaysia Airlines,8,Maldives,10,Malindo Air,6,MASWings,1,McDonalds,1,Media FAM Trip,2,Melaka,1,Minnature Malaysia,1,Mongolia,11,Music Festival,4,Myanmar,13,Myanmar - Bagan,5,Myanmar - Mandalay,3,Myanmar - Yangon,4,Myanmar Airways International,1,Negeri Sembilan,5,New Zealand,1,North America,1,Pahang,9,Palace of The Golden Horses,2,Penang,8,Perak,4,Philippines,5,Philippines - Bohol,4,Philippines - Boracay Island,3,Philippines - Cebu,1,Philippines - Puerto Princesa,1,Products,15,Putrajaya,4,Qatar,8,Qatar - Doha,2,Qatar Airways,2,Ramadhan,9,Ramadhan Buffet 2017,6,Ramadhan Buffet 2018,8,Ramadhan Buffet 2019,5,Raya,1,Recognition,1,Review,1,Reviews,245,Router,1,Sabah,20,Sabah - Kota Kinabalu,21,Sarawak,43,Sarawak - Bakelalan,1,Sarawak - Bintulu,4,Sarawak - Kabong,1,Sarawak - Kuching,33,Sarawak - Lawas,2,Sarawak - Miri,3,Sarawak - Mukah,1,Sarawak - Mulu,2,Sarawak - Sri Aman,1,Scoot,4,Selangor,27,Ship Life,3,Singapore,14,South America,1,South Korea,5,South Korea - Busan,1,South Korea - Seoul,1,South Korea - Tong Yeong,4,Southeast Asia,122,Spa,1,Sponsor,1,Taiwan,6,Taiwan - Kaohsiung,2,Taiwan - Taipei,2,Technology,1,Terengganu,3,Thai Airways,1,Thailand,16,Thailand - Bangkok,4,Thailand - Chiang Mai,2,Thailand - Chiang Rai,1,Thailand - Golok,1,Thailand - Hat Yai,2,Thailand - Khai Island,1,Thailand - Koh Pangan,2,Thailand - Koh Samui,2,Thailand - Krabi,3,Thailand - Phuket,2,The Taaras,2,The Westin,1,Theater,1,Top Blogger,3,Tourism Malaysia,2,TP-Link,1,Travel,7,Travel News,42,Travel Tips,58,Travelogue,39,Travelogue - Myanmar,10,Trinidad & Tobago,1,Turkey,4,Turkey - Selcuk,1,UAE,3,UAE - Dubai,2,United Kingdom,1,Video,46,Vietnam,20,Vietnam - Hanoi,7,Vietnam - Ho Chi Minh,7,Vietnam - Nha Trang,1,Vietnam - Sapa,3,Vlog,5,Workplace,3,Worldwide,58,
ltr
item
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia: Pengalaman Pelik Menginap di EggHouse Hyundae Busan
Pengalaman Pelik Menginap di EggHouse Hyundae Busan
https://1.bp.blogspot.com/-XpbdTmCeidQ/VqumbfRUNxI/AAAAAAAAL1g/HtpPCJKY6ag/s640/Egghouse%2BHyundae%2BBusan%2B%25283%2529.JPG
https://1.bp.blogspot.com/-XpbdTmCeidQ/VqumbfRUNxI/AAAAAAAAL1g/HtpPCJKY6ag/s72-c/Egghouse%2BHyundae%2BBusan%2B%25283%2529.JPG
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia
https://www.mytravellicious.com/2016/01/pengalaman-pelik-menginap-di-egghouse.html
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/2016/01/pengalaman-pelik-menginap-di-egghouse.html
true
2687973012188888011
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content