Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah, aku baru sahaja menghabiskan kembara selama sebulan seminggu. Negara-negara yang aku jelajah kali ini adalah bumi Myanmar, Thailand, UAE, Turkey & Greece. Sepanjang aku mengembara, aku cuma dapat mengumpulkan bahan-bahan untuk blog aku ini dan tidak sempat mengemaskini blog ini disebabkan jadual yang padat dan sentiasa dalam keadaan penat setiap malam. Jadi, aku dah balik ni, aku akan cuba mengemaskini blogpost yang pending. Banyak benar cabaran dan cerita menarik yang aku lalui. Sedikit sebanyak mungkin ada yang pernah membaca status facebook aku, semasa aku mengalami kesukaran mengembara di bumi Turkey.
Pernah dengar tentang Malaysia Social Media Week 2015? Malaysia Social Media Week 2015 ini adalah salah satu acara yang akan meraikan rakan-rakan yang telah banyak menyumbang kepada industri social media di Malaysia terutamanya menerusi penulisan blog. Ianya akan berlangsung dari 21st February - 25th March 2015 di Berjaya Times square Hotel dan kebanyakkan pendaftaran untuk program-program yang disediakan adalah percuma. Maklumat lanjut disini: Malaysia Social Media Week 2015
Ini adalah percubaan mytravellicious.com kali kedua. Pada tahun lepas, semasa sesi pengundian, aku pada masa itu sedang bekerja di lautan di mana talian internet tidak didapati. Pada tahun ini, kebetulan aku tengah bercuti, apa salahnya memberi saingan sengit sedikit sebanyak. Aku mendapat email tentang pencalonan ini semasa aku sedang kembara di sekitar negara GREECE.
Jom Undi MYTRAVELLICIOUS.COM sebagai Malaysia Best Travel Blog
Untuk mengundi,
1. Pergi ke link - http://www.socialmediaweek.com.my/programmes/awards/category.php?id=10
2. Pastikan korang log in facebook korang dahulu , baru boleh vote
3. Cari kategori Best Travel Blog
4. Cari Blog MYTRAVELLICIOUS - www.mytravellicious.com dan klik VOTE
5. Diingatkan bahawa satu individu hanya layak undi satu blog sahaja di dalam satu kategori
6. Icon Merah akan muncul jika korang dah VOTE blog mytravellicious.com
Ribuan terima kasih kepada korang yang keep support mytravellicious
is the link number 1 something wrong? Unable to load. I load other page ok aje but not this
ReplyDeletei tried, ok jer.... but last time when i was in turkey, i cannot open this page also... but now no problem
Delete