Jom Travel ke Dieng secara DIY. Jangan Lupa ke 7 Tempat & Aktiviti Menarik Ini - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

Jom Travel ke Dieng secara DIY. Jangan Lupa ke 7 Tempat & Aktiviti Menarik Ini


Dieng adalah salah tempat yang sangat menawan pada pendapat aku. Menarik jugak untuk explore Dieng dengan menggunakan motorsikal. Paling best, suhu di Dieng adalah seperti Genting Highland dan disini merupakan tanah kediaman tertinggi di Pulau Jawa. Aku ke Dieng bersama 3 rakan yang lain, 2 daripadanya aku kenal melalui Facebook, apabila mereka memberi respon ketika aku mencari travel buddies ke Semarang. Kami dapat beli tiket AirAsia KL-Semarang pergi balik dengan harga RM150, tanpa bagasi. Tempoh perjalanan kami adalah selama 4 hari 3 malam.


Bagaimana hendak ke Dieng secara sendiri (D-I-Y)
  • Daripada lapangan terbang Semarang, kami ambil teksi Bluebird ke Terminal Bas Terboyo.
  • Cari bas menghala ke Wonosobo. Jangan beli tiket bas di kaunter (Ini adalah scam-bayaran yang diminta adalah 90k rupiah per tiket, padahal tiket sebenar dalam 30k rupiah). Semua bayaran tiket dilakukan di dalam bas. Ada bas yang menggunakan AC, ada yang tidak dan boleh menyebabkan ketiak anda berpeluh.
  • Jangan lupa bagitau dengan konduktor bas untuk berhenti di persimpangan Dieng.
  • Di persimpagan Dieng, tunggu minibas ke Dieng. Harga tiket dari 15k-20k. Dah boleh berhenti di hadapan Losmen Bu Djono / papan tanda gergasi DIENG.
  • Anda dah sampai di Dieng!



Tempat Tinggal & Pengangkutan

  • Kami tidak menempah sebarang bilik sebelum sampai ke Dieng, jadi kami survey dari satu-satu losmen/homestay/hotel.
  • Akhirnya kami sebulat suara untuk tinggal di Losmen Bu Djono, bilik twin-sharing dengan harga 75k rupiah semalam. Bilik air kongsi, dan terdapat sarapan ringkas. Kami Cuma tinggal semalam di sini.
  • Untuk motorsikal pula, kami jumpa sebuah rumah tumpangan yang mempunyai papan tanda “motorsikal untuk disewa”, sewa untuk sehari adalah 100k rupiah.



Tips

  • Sediakan baju sejuk yang sangat tebal jika anda menggunakan motorsikal, termasuklah glove dan penutup muka.
  • Jika anda merancang untuk mendaki Bukit Sikunir untuk menikmati matahari terbit, sila bergerak dari hotel seawal 3.30pagi.
  • Jangan lupa bawak torchlight.
  • Pandu dengan cermat, sebab jalan adalah sangat gelap.
  • Kami guna Google Map.



7 Tempat & Aktiviti Menarik di Dieng


1. Wisata Sikunir / Bukit Sikunir



 


Untuk ke puncak Sikunir, masa diperlukan ke puncak adalah dalam 45 minit. Sila bekal torchlight jika ke sini kerana jalan adalah sangat gelap. Sampai ke puncak, ambik tempat yang strategic kerana keadaan mungkin sesak di atas. Bawak bekal siap-siap, takut lapar. Yang paling penting adalah baju sejuk. Semasa kami kat sana, agak menggigil jugak terutamanya semasa perjalanan ke sana naik motorsikal. Di sini dikenali sebagai negeri di atas awan. Indahnya permandangan di atas sana semasa matahari terbit. Aku pun tak pernah sangka dapat menikmati keindahan seperti ini. Turun dari sini banyak gerai makanan. Boleh menikmati sarapan kat sini.

Tiket masuk: 10k Rupiah


2. Kawah Sikideng


 

Di sini anda berpeluang untuk melihat kawah gunung berapi secara lebih dekat tanpa harga tiket yang sangat mencekik darah seperti di Tangkuban Perahu Bandung (opsss). Bau sulfur di sini sangat kuat. Cuma berhati-hati dengan setiap langkah anda. Nak rebus telur? Jangan lupa bawak telur mentah dan rebus kat sini. Sambil sarapan pagi sambal menikmati kawah. Tak ramai yang ke sini.

Tiket masuk: 5k


3. Batu Pandang



Kawasan Batu Pandang ini adalah sebenarnya adalah kawasan persendirian. Permandangan kat sini adalah Tahap 9999 menawan, boleh tengok gambar aku. Cuma nak bagitau berhati-hati semasa berada di batu tersebut. Sebab kalau jatuh, selamat tinggal di ucapkanlah. Kaki aku pun gigil jugak semasa berdiri disini. Lagipun tiada penjaga kat sini. Cuma ada orang di kaunter tiket. Bagi aku, pegi sini adalah berbaloi berbanding ke Telaga Warna itu sendiri.

Tiket masuk: 10k Rupiah
Parking motor: 2.5k Rupiah


4. Telaga Warna



Kami dapat masuk dengan harga tiket warga local. Kalau untuk pelancong asing, sangat mahal. Bagi pendapat aku, masuk ke sini tak berbaloi sangat sebab permandangan secara dekat tak menarik. Warna air pun muram. Cuma dari jauh. Nampak sangat wow. Tapi dah alang-alang sampai, tak salah lawat Telaga Warna. Dengarnya sekarang ini terdapat banyak aktiviti menarik di sekitar Telaga ini.

Tiket masuk: 5k Rupiah
Parking motor: 3k Rupiah


5. Candi Arjuna


Di Dieng, terdapat banyak candi. Candi Arjuna adalah satu-satunya yang kami sempat lawat. Kecik je candinya. Tapi kawasan rumput sini agak luas dan menghijau. Sesuai dijadikan tempat piknik dengan cuaca yang sangat best. Bagi sejarah disini, anda bolehla google sendiri.

Tiket masuk: 10k Rupiah
Parking: 2k Rupiah


6. Kawah Sileri


Kawah Sileri ni kami terjumpa secara kebetulan semasa kami mengelilingi kawasan Dieng guna motorsikal. Agak jauh jugak dari pusat Dieng. Tapi tidak pergi dekat ke kawasan kawah. Cuma bergamba dari atas, semestinya permandangan lebih menawan dari atas kan.



7. Jangan lupa mencuba Mee Ongklok



Mee Ongklok adalah satu makanan terkenal Dieng. Jika ke sini, jangan lupa untuk menikmati Mee Onglok. Aku sempat mencuba Mee Ongklok sekali dihidangkan dengan satay. Bagi aku, agak sedap dan manis. Boleh masuk tekak aku. Aku dah lupa harga mee ini.


Sebenarnya, adalah beberapa lagi tempat best kat Dieng. Tapi aku hanya senaraikan apa yang aku sempat lawat. Kalau korang tanya aku, Dieng adalah salah tempat wajib untuk dilawat jika ke Indonesia.
Jom Travel ke Dieng secara DIY. Jangan Lupa ke 7 Tempat & Aktiviti Menarik Ini Reviewed by Abang Fadli on 10:56 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Pernah ke sini dulu tapi stay kat Jogja. Kawah Sileri tu tak pergi pulak.

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.