Dieng adalah salah tempat yang sangat menawan pada pendapat aku. Menarik jugak untuk explore Dieng dengan menggunakan motorsikal. Paling
best, suhu di Dieng adalah seperti Genting Highland dan disini merupakan tanah
kediaman tertinggi di Pulau Jawa. Aku ke Dieng bersama 3 rakan yang lain, 2
daripadanya aku kenal melalui Facebook, apabila mereka memberi respon ketika
aku mencari travel buddies ke Semarang. Kami dapat beli tiket AirAsia
KL-Semarang pergi balik dengan harga RM150, tanpa bagasi. Tempoh perjalanan
kami adalah selama 4 hari 3 malam.
Bagaimana hendak ke
Dieng secara sendiri (D-I-Y)
- Daripada lapangan terbang Semarang, kami ambil teksi Bluebird ke Terminal Bas Terboyo.
- Cari bas menghala ke Wonosobo. Jangan beli tiket bas di kaunter (Ini adalah scam-bayaran yang diminta adalah 90k rupiah per tiket, padahal tiket sebenar dalam 30k rupiah). Semua bayaran tiket dilakukan di dalam bas. Ada bas yang menggunakan AC, ada yang tidak dan boleh menyebabkan ketiak anda berpeluh.
- Jangan lupa bagitau dengan konduktor bas untuk berhenti di persimpangan Dieng.
- Di persimpagan Dieng, tunggu minibas ke Dieng. Harga tiket dari 15k-20k. Dah boleh berhenti di hadapan Losmen Bu Djono / papan tanda gergasi DIENG.
- Anda dah sampai di Dieng!
- Kami tidak menempah sebarang bilik sebelum sampai ke Dieng, jadi kami survey dari satu-satu losmen/homestay/hotel.
- Akhirnya kami sebulat suara untuk tinggal di Losmen Bu Djono, bilik twin-sharing dengan harga 75k rupiah semalam. Bilik air kongsi, dan terdapat sarapan ringkas. Kami Cuma tinggal semalam di sini.
- Untuk motorsikal pula, kami jumpa sebuah rumah tumpangan yang mempunyai papan tanda “motorsikal untuk disewa”, sewa untuk sehari adalah 100k rupiah.
Tips
- Sediakan baju sejuk yang sangat tebal jika anda menggunakan motorsikal, termasuklah glove dan penutup muka.
- Jika anda merancang untuk mendaki Bukit Sikunir untuk menikmati matahari terbit, sila bergerak dari hotel seawal 3.30pagi.
- Jangan lupa bawak torchlight.
- Pandu dengan cermat, sebab jalan adalah sangat gelap.
- Kami guna Google Map.
7 Tempat &
Aktiviti Menarik di Dieng
1. Wisata Sikunir / Bukit Sikunir
Untuk ke puncak Sikunir, masa diperlukan ke puncak adalah
dalam 45 minit. Sila bekal torchlight jika ke sini kerana jalan adalah sangat
gelap. Sampai ke puncak, ambik tempat yang strategic kerana keadaan mungkin
sesak di atas. Bawak bekal siap-siap, takut lapar. Yang paling penting adalah
baju sejuk. Semasa kami kat sana, agak menggigil jugak terutamanya semasa
perjalanan ke sana naik motorsikal. Di sini dikenali sebagai negeri di atas awan.
Indahnya permandangan di atas sana semasa matahari terbit. Aku pun tak pernah
sangka dapat menikmati keindahan seperti ini. Turun dari sini banyak gerai
makanan. Boleh menikmati sarapan kat sini.
Tiket masuk: 10k Rupiah
2. Kawah Sikideng
Di sini anda berpeluang untuk melihat kawah gunung berapi
secara lebih dekat tanpa harga tiket yang sangat mencekik darah seperti di
Tangkuban Perahu Bandung (opsss). Bau sulfur di sini sangat kuat. Cuma
berhati-hati dengan setiap langkah anda. Nak rebus telur? Jangan lupa bawak
telur mentah dan rebus kat sini. Sambil sarapan pagi sambal menikmati kawah.
Tak ramai yang ke sini.
Tiket masuk: 5k
3. Batu Pandang
Kawasan Batu Pandang ini adalah sebenarnya adalah kawasan
persendirian. Permandangan kat sini adalah Tahap 9999 menawan, boleh tengok
gambar aku. Cuma nak bagitau berhati-hati semasa berada di batu tersebut. Sebab
kalau jatuh, selamat tinggal di ucapkanlah. Kaki aku pun gigil jugak semasa berdiri disini. Lagipun tiada penjaga kat sini.
Cuma ada orang di kaunter tiket. Bagi aku, pegi sini adalah berbaloi berbanding
ke Telaga Warna itu sendiri.
Tiket masuk: 10k Rupiah
Parking motor: 2.5k Rupiah
4. Telaga Warna
Kami dapat masuk dengan harga tiket warga local. Kalau untuk
pelancong asing, sangat mahal. Bagi pendapat aku, masuk ke sini tak berbaloi
sangat sebab permandangan secara dekat tak menarik. Warna air pun muram. Cuma
dari jauh. Nampak sangat wow. Tapi dah alang-alang sampai, tak salah lawat
Telaga Warna. Dengarnya sekarang ini terdapat banyak aktiviti menarik di
sekitar Telaga ini.
Tiket masuk: 5k Rupiah
Parking motor: 3k Rupiah
5. Candi Arjuna
Di Dieng, terdapat banyak candi. Candi Arjuna adalah
satu-satunya yang kami sempat lawat. Kecik je candinya. Tapi kawasan rumput sini
agak luas dan menghijau. Sesuai dijadikan tempat piknik dengan cuaca yang
sangat best. Bagi sejarah disini, anda bolehla google sendiri.
Tiket masuk: 10k Rupiah
Parking: 2k Rupiah
6. Kawah Sileri
Kawah Sileri ni kami terjumpa secara kebetulan semasa kami
mengelilingi kawasan Dieng guna motorsikal. Agak jauh jugak dari pusat Dieng.
Tapi tidak pergi dekat ke kawasan kawah. Cuma bergamba dari atas, semestinya
permandangan lebih menawan dari atas kan.
7. Jangan lupa mencuba Mee Ongklok
Mee Ongklok adalah satu makanan terkenal Dieng. Jika ke
sini, jangan lupa untuk menikmati Mee Onglok. Aku sempat mencuba Mee Ongklok
sekali dihidangkan dengan satay. Bagi aku, agak sedap dan manis. Boleh masuk
tekak aku. Aku dah lupa harga mee ini.
Sebenarnya, adalah beberapa lagi tempat best kat Dieng. Tapi
aku hanya senaraikan apa yang aku sempat lawat. Kalau korang tanya aku, Dieng
adalah salah tempat wajib untuk dilawat jika ke Indonesia.
Pernah ke sini dulu tapi stay kat Jogja. Kawah Sileri tu tak pergi pulak.
ReplyDelete