Laporan Trip Gili Trawangan 2H1M - 9 Aktiviti Sangat Best Menanti Anda - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

Laporan Trip Gili Trawangan 2H1M - 9 Aktiviti Sangat Best Menanti Anda


Jika anda seorang kaki travel, sudah tentu nama Gili Trawangan tidak asing bagi anda. Gili bermaksud Pulau. Di Lombok, terdapat banyak gili, tetapi Gili Trawangan adalah yang paling popular sekali. Pertama kali aku menjejaki ke sini pada tahun 2013, dan 2018 aku kembali sekali lagi tetapi ditemani oleh emak aku. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik menanti anda walaupun anda hanya meluangkan 2 hari 1 malam di sana. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku menyenaraikan 9 aktiviti yang menarik yang boleh anda buat, sebenarnya apa yang aku dah cuba sendiri. Yang aku tak cuba, aku tak senaraikan.


Bagaimana hendak pergi ke Gili Trawangan?

2 kali aku ke Gili Trawangan, 2 kali jugalah aku pergi melalui Pelabuhan Bangsal, Lombok. Sebenarnya ada beberapa pilihan jika hendak ke Gili Trawangan. Ada bot laju, dan ada jugak bot awam. Harga satu bot laju adalah dalam 350k Rupiah untuk satu bot, sesuai untuk 6 orang. Manakala untuk bot awam pula, cuma 15k Rupiah sahaja tetapi anda akan menaiki bot bersama-sama sayur, makanan dan lain-lain lagi. Bot awam cuma beroperasi waktu siang sahaja, bot laju pulak pada bila-bila masa. Jika anda travel solo, bot awam adalah amat digalakkkan. Aku guna bot awam ke sini. Cuma ambil perhatian warna tiket anda, sebab giliran naik bot awam adalah berdasarkan warna tiket.



 

Di mana hendak menginap di Gili Trawangan?

Pada 2013, aku telah menginap di Gili Hostel. Sekarang ni, aku tak tahu yang hostel ini wujud lagi ke tak. Sebab pada tahun tersebut, itu adalah satu-satunya hostel yang beroperasi di pulau ini. Pada 2018, aku lihat banyak hostel telah bertapak di sini. Aku menginap di Little Coco bersama emak aku. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca entri aku disini: #HotelReview: Where to stay at Senggigi and Gili Trawangan in Lombok.


9 Aktiviti Best di Gili Trawangan



1. Snorkelling sekitar 3 Gili

Boleh dikatakan snorkelling ke 3 Gili (Trawangan, Meno, Air) adalah aktiviti utama disini. Ia memakan masa 3 jam. Kos untuk snorkelling ini adalah cukup murah, dalam sekitar 100k rupiah sahaja. Bot terdapat lantai kaca untuk melihat dasar laut. Setiap snorkeling point, anda perlu mengikut "Guide" dalam beberapa meter secara snorkeling. Pada pendapat aku, amat memenatkan jika anda tidak biasa. Dinasihatkan untuk menggunakan flipper supaya anda boleh berenang dengan laju dan tidak tertinggal kebelakang. Jika anda sentiasa bersama "Guide", peluang anda untuk melihat penyu adalah besar. Point yang terakhir adalah Patung Batu Cinta di dasar lautan. Sebelum pulang, anda akan singgah di Gili Air untuk makan tengahhari, bayar sendiri tau. Untuk pengalaman snorkelling 2013, aku pernah post satu blog entri bersama video, boleh baca kat sini: Snorkeling With Turtle, Gili + VLOG.


 




2. Menikmati matahari terbenam

Buaian di pantai Gili Trawangan adalah sangat popular untuk anda bergambar. Masa yang sangat sesuai adalah sewaktu matahari terbenam. Banyak spot-spot yang menarik untuk menikmati matahari terbenam disini. Senja yang mengasyikkan.


 


3. Berbasikal di sekitar  sekeliling pulau

2013, aku tidak menggunakan basikal. Pada kali ini, aku sewa basikal dengan hotel aku menginap dengan harga 40k rupiah untuk sehari. Berbaloi jugak untuk menyewa basikal sebab banyak tempat anda boleh pergi. Ke ada yang tak reti bawak basikal lagi?



4. Menikmati juadah di pasar malam

Bagi aku apa yang best bila malam menjelma adalah pasar malam. Daripada anda makan di restoran mewah dengan harga yang mencekik darah, apa kata anda cuba makan di sini. Aneka makanan dan lauk disediakan. Banyak lauk di jual secara pakej, iaitu nasi atau mee tambah dengan 3 lauk pilihan, cuma 20k sahaja. Murah kan? Kenyang pun kenyang.


 


5. Berjemur & menikmati suasana pantai

Anda suka berjemur? Kalau tak suka, cari bangku yang ada payung. Di sini pantai sangat biru terutama pada waktu pagi sekitar jam 10. Petang pulak, angin sempoi-sempoi dan sangat sesuai untuk menghabiskan novel "Mr Arrogant"! Kah! Boleh jugak cuci mata. Eh!



6. Melawat Taman Konservasi Penyu

Disini juga ada pusat konservasi penyu. Sangat bagus inisiatif ini. Lagipun baby penyu ini adalah tersangatlah comel!


 


7. Menaiki kereta kuda

Jika anda malas untuk berbasikal, apa kata anda naik Ferrari Gili Trawangan. Kereta kuda adalah kenderaan yang paling laju di pulau ini rasanya. Tetapi harganya boleh tahan. Kalau anda nak ambil angin udara pulau, bolehlah tawar menawar harga kereta kuda. Kami naik kereta kuda sewaktu nak balik, sebab emak aku malas nak tarik beg dia. Jadi, kami panggil kereta kuda, dari Little Coco ke Terminal dalam 100k rupiah (mahal).



8. Menyertai kelas memasak

Pada tahun 2013, aku sempat menyertai kelas memasak di Gili Cooking School. Belajar masak ayam taliwang. Tapi sampai sekrang aku tak pernah nak masak resepi tersebut. Aku ada buat entri pasal ni, boleh baca: My 1st Cooking Class - Gili Cooking School



 


9. Bergambar dengan buaian

Tidak sah jika anda ke Gili Trawangan tidak mengambil potret bersama buaian. Gambar buaian ini tersangat sinonim dengan pulau ini. Cuma berhati-hati dengan air pasang sebab mungkin keadaaan agak berbahaya untuk bergambar.

Laporan Trip Gili Trawangan 2H1M - 9 Aktiviti Sangat Best Menanti Anda Reviewed by Abang Fadli on 5:53 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.