Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-4 - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-4

Jam yang dah dikunci pada 5.16am pun berbunyi, misaki dah siap mandi rupanya! Hahaa... Pompuan tu memang advance dalam segala segi! Kami memang banyak bergantung pada dia.. Hehee
Then yang lain pun semua bangun bersiap! Misaki di dapur kononnya nak merebus telur untuk makan kat gurun nanti. Nasi lemak brahim kan ado, so kalo tambah telur rebus dan timun jepun kan mesti bertambah2 nikmatnya, baru berbaloi pikul 20 kilo ke hulu ke hilir sbb dapat makan penuh nikmat! Wakakakaa

Malangnya periuk besar yang sesuai untuk digunakan ada isi kat dalam tu, sapalah masak tiub basikal x simpan tu! Entah2 zaya sendiri persesian breakfast untuk guests! Aiyoh.. 


Makanya misaki dgn gigih merendam telur tu dengan air panas dengan harapan telur tu akn masak! Wakakaa... Pompuan tu kalo bab masak memang bimbo! Sebab tu iols selalunya jadik mak hayam tukang masak! Wakakaaa 

Aku tengok jam dah pukul 6 pagi, berapa lama ntah mau direndamnya. Bas kami pukul 8 pagi dan kami perlu naik di bayanzurkh auto bus station (bayanzurrkh auto station). Sambil tunggu telur masak, kami siapkan beg dan nak x nak kami tapau balik telur 630am. Telur masak separuh pun bolehlah! Hope risiko pecah dalam perjalanan dah kurang! Wakakakaa... 

State department store in ulaanbataar city, kat dalam ni ada tourist info centre
pada 640am kami kejutkan zaya untuk urusan check out. Setelah bayar kami pun turun dan menuju ke jalan besar untun menahan taxi atau bas. Oleh sebab kami masing2 blur xtau bezakan mana satu taxi mana satu kereta public. So last minute kami decide naik bus macam semalam! Lagi jimat kekdahnya.. Hahaa... 

Ini adalah undram, go travelers point girl, boleh like page untuk info, lokasi adalah setentang mall yang dekat ngan turki punya kedutaan. very helpful n informative! Tq undram!

Update:
Frankly speaking, iols x suggest sgt zaya hostel (canel track guesthouse) ni, walopun very good review, tp bagi weols hostel ni sgt sempit dan sgt limited space. Ianya hanyalah sebuah rumah yg biliknya dijadikan hostel, dapur kecik, bilik air+toilet together, duk sekali ngan owner ala2 konsep air bnb, owner pun lil bit fussy.. Setiap kali nak masuk anda kena ketum utk owner bukak pintu.. Haishh!! 
 
Blue sky tower

Sekarang ni kami dah macam agak pandai sikit dari semalam, elok smpi depan blue sky tower jadi bimbo balik xtau! Ahahaa...so tnya lah adik kat situ camana nak g, tnya pun x membantu so tnya driver bas setiap kali berenti. Kami naik bas kaler kuning ingatkan sampailah ke destinasi, rupnya macam semalam jugak, kena turun lagi n ambik bas lain pulak! Wakakaa.. Jam dah menunjukkan 725am waktu kami naik balik ke bas kedua! Tgk route kat waze lagi 9 minit untuk sampai destinasi. Bas ni pulak lambat pulak nak bergerak. Lagi 4km je pun.. Aiyoh!! Cuak ni sbb et dah smpi dan sedang menunggu kami. 

Kami sampai ke bayanzurkh auto station lebih kurang 10min sblm pkul 8. Lega!! Tapi, bas 830am baru gerak! Wakakaa.. 

Sepanjang jalan kami melihat alam, padang rumput menghijau, lembu kambing biri-biri, kuda bersepah di padang rumput. Selebihnya borak, makn biskit julies bekalan dengan air teh panas hasil tapauan dekat hostel camel track zaya tu, baca novel memasing n dgr lagu yang penuh syahdu! Hahaa.. 

Nampak x mesin atm tu? Masuk kot pintu situ utk beli tiket bas!
Bas yang kami naiki berenti pada jam kedua ditepi jalan untuk sesiapa mahu membuang. Anda boleh pilih tandas seribu bintang dan menghadap kemana. Tida siapa peduli! Hahaa... Kami hanya turun melihat alam dan membetulkan urat. 

Bas kemudian bergerak dan berhenti lagi pada jam kelima pada rnr yang agak bagus, terdapat satu kedai makan 24jam dan tandas yang agak baik pada perhentian ini. Kami xtau pun apa nama tempat ni! Hahah 

Disini kami berkenalan dengan seorang lelaki portugis yang sedang explore mongolia selama 2 bulan. 

Pada jam 2 petang waktu tempatan, bas kembali bergerak dan ada berbaki lagi 5 jam perjalanan kami. Di pertengahan jalan, ada sorang kakak ni turun dengan barangan dia dijemput laki dia. Then dekat pukul 3 bas ni berenti sekali lagi tepi jalan, ingatkan awek ni nak berenti turun, rupanya berenti g berak! Wakakaa... Jgn ingat ko awek lawa pakai brand cnahel x mampoo berak tepi padang ya! Ekekekee

Bayanzurkh auto (bus) station
Kami sampai di dalanzadgad pada jam 6 petang, turun je dari bas kami di approach oleh sorang kakak bergaya ranggi dan offer kami package n stay di hotelnya.. Setelah berbincang dan menceritakan route kami, offer yang diberikan oleh kakak vogue mnt550,000 untuk 5 orang, dan itulah harga yang memang kami diskas sesama semalam (dan sebelum ni pun) berdasarkan kiraan logik hasil bacaan kami di internet dan info kami dari undram! Yeayy.. Tanpa banyak soal kami bersetuju! 

Kami bertolak ke gobi desert lebih kurang jam 730 petang. Tapi kami akan bercamping di yolyn amm pada petang ni dan tidur di padang rumput menghijau betemankan bulan dan jutaan bintang! Hagitchewww!! Dalam perjalanan ke tempat camping kami sempat minta driver kami yang bernama burma (agaknya gitu lah sebutannya) berenti tepi jalan untuk bergambar. Seronoknya burma sangat sporting dan layan je kepala gila kami! Hehehe... 

Kakak ni approch kami n bagi pakej dia yg memang kami kira mmg dalam bajet yg murah paling kami boleh buat! Tp kami x dpt english speaking driver. Hahah
Kami sampi di tapk perkhemahan lebih kurang pukul 830 malam, suasana masih lagi terang, so sempatlah kami memasang khemah dan memasak maggi (lagi). Hahaa... Buat air teh dana kopi isi dalam flask untuk minum sepanjang malam kononnya. Kami jugak potong buah yang di beli ET untuk makan dengan kuah rojak mak bee yerr (mampo??). kemana2 kami travel tetap gigih bawak rojak mak bee untuk makan time camping or picnic! Maunya x 20kilo backpack sorang! hahahaaa..

Hari makin menggelap, malam sudah menjengah, segala persiapan sudah pun siap. Nikmatnya menikmati malam dingin camni tanpa ada gangguan!! Bulan separuh penuh dan bintang2 bergemerlapan sangat cantik menghiasi malam kami, sambil berborak mata memang tak lekang memandang alam sekeliling. Subhanallah!! Memang sungguh cantik malam kami dilimpahi sinar bulan bintang. Kami berborak smpi x sedar jam dah melangkau lebih 12 malam, sejuknya pun dah mencucuk ke kulit, memasing pun mencari sleeping bag memasing sebab mcm dah x tahan. Tapi, oleh sebab esok pagi pun nak bangun awal untuk jalan2 dan explore sekitar, kami semua bersiap untuk masuk tidur. Burma berjanji akan datang pikap kami pada jam 9 pagi. Dia balik tidur ngan anak bini dia la gamaknya di kampung belakang bukit tempat kami camping. *kekdahnya kami camping x jauh pun dari satu perkampungan! Wakakakaa

State department store in ulaanbataar city, kat dalam ni ada tourist info centre
Waktu aku menaip ni jam dah menunjukkan 1246am.. Orang lain dah lena berdengkur, aku je masih duk menulis pada nota kat iphone aku ni. Sejuknya weyhh!! Best giler bergulung dalam sleeping bag! Mata aku masih segar ni mungkin sebab aku dah banyak tido sepanjang perjalanan dalam bas tadi. So aku layan la pemandangan malam ni sampai lah terlelap nanti. Heheee..

Bersambung...

Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.
Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-4 Reviewed by Abang Fadli on 8:00 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2015
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.