Karahantepe Archeological Site |
Projek TAS TEPELER melibatkan ekskavasi dan penyelidikan arkeologi yang dilaksanakan di tujuh kawasan iaitu Gobeklitepe, Karahantepe, Gurcutepe, Sayburc, Cakmaktepe, Sefertepe dan timbunan Yeni Mahalle. Tapak ekskavasi di Karahantepe, yang dibuka untuk sementara juga turut dilawati. Proses ekskavasi dijalankan oleh Jawatan Kuasa Saintifik dan Lembaga Pengarah Muzium Sanlıurfa di bawah pimpinan Jeneral Lembaga Pengarah Aset Kebudayaan dan Muzium, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Türkiye.
Tourism Minister visiting the site with the Excavation Director |
Dalam lawatan ke Karahantepe, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Republik Türkiye, Mehmet Nuri Ersoy, menyatakan bahawa penggalian di tapak-tapak ekskavasi tersebut telah mendedahkan sumbangan penting Anatolia kepada sejarah manusia.
Beliau berkata, “Dalam masa yang terdekat, ekskavasi akan dimulakan di Ayanlar, Yogunburc, Harbetsuvan, Kurttepesi dan Taslıtepe, sebagai sebahagian daripada fasa pertama Projek Penyelidikan Neolitik Sanlıurfa yang berlangsung di antara tahun 2021-2024. Pengukuran Geomagnetik dan pengukuran radar bawah tanah telah dijalankan di sesetengah kawasan tersebut. Pengukuran akan diteruskan selaras dengan ekskavasi. Ini adalah sebuah projek penting dengan kandungan yang luar biasa dan hasil yang mengagumkan.”
Tourism Minister HE Mehmet Nuri Ersoy at the Launch Event |
“Sebagai pihak kementerian, kami bertanggungjawab ke atas projek ini bersama para pemegang taruh kami. Kerjasama telah dirancang bersama 12 institusi dan organisasi, termasuk lapan universiti di Türkiye. Dalam rangka kerja tersebut, protokol-protokol kerjasama secara langsung telah dimeterai di antara Universiti İstanbul, Universiti Harran dan Universiti Ankara Bilim. Kami turut melibatkan lapan universiti dari lima buah negara, dan empat akademi antarabangsa, institut dan muzium di dalam Projek Penyelidikan Zaman Neolitik Sanlıurfa, membentuk jangkauan antarabangsa yang luas dengan negara Jepun, Rusia, Jerman, United Kingdom dan Perancis.”
Karahantepe Settlement Area |
Rantau Sanlıurfa adalah tempat asal yang terdapatnya contoh pengagihan tenaga kerja yang terancang dan pengkhususan kerja dalam sejarah tamadun manusia. Di antara tahun 2021 dan 2024, proses ekskavasi akan dijalankan di 12 lokasi, termasuk Karahantepe, sebuah tapak yang mempunyai lebih daripada 250 blok batu megalit berbentuk T yang menyerupai struktur yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO, Gobeklitepe. Ia dipercayai dengan penemuan ekskavasi ini, dapat memberikan fahaman dan pengetahuan yang luas tentang kehidupan manusia di zaman purba, termasuk aktiviti dan amalan harian mereka. Ia adalah dijangkakan bahawa terdapat beberapa lagi tapak di Sanlıurfa yang menyerupai Gobeklitepe, yang mencerminkan fasa-fasa permulaan Zaman Neolitik. Penemuan terkini dari ekskavasi Karahantepe dipamerkan di “Pameran Manusia Neolitik dan Karahantepe” di Muzium Arkeologi Sanlıurfa yang dibuka pada 23 September 2021 di Majlis Pelancaran Projek TAS TEPELER.
An archeological artefact found in Karahantepe |
Projek TAS TEPELER, dikatakan sebagai lokasi permulaan transformasi tempat perlindungan kepada rumah yang berlaku 12,000 tahun lalu, yang mana mulanya kemunculan perkampungan, pembentukan masyarakat pelbagai lapisan dan kebolehan untuk menjalankan perdagangan asas. Struktur-struktur megalitik yang terdapat di kawasan tersebut dikatakan menjadi tempat awam bagi orang ramai untuk berkumpul.
Kongres Antarabangsa Dunia Neolitik yang bakal dianjurkan pada tahun 2023 kelak adalah sebahagian daripada Projek Penyelidikan Zaman Neolitik. Projek tersebut akan menampilkan pelbagai sesi saintifik dan juga mempamerkan peninggalan kebudayaan unik Sanlıurfa dari Zaman Neolitik.
COMMENTS