
Sedikit perkongsian tentang Qatar Airways, syarikat penerbangan terbaik Skytrax 2019, mungkin untuk 'frequent flyer', mereka dah tahu hal ini. Sekarang ni Qatar Airways tengah murah, KUL-Paris return, KUL-Zurich return dlm RM2k+.
Banyak promosi penerbangan ke Eropah buat masa sekarang. Pelbagai syarikat penerbangan yang menawarkan harga tambang pegi balik ke negara Eropah dari RM1700-RM2200....

The Westin Doha Hotel & Spa yang berjaya ditempah dengan harga QAR102 semalam
Untuk kembara Eropah aku pada bulan November ini, setelah diteliti setiap pilihan yang ada, aku membuat keputusan untuk memilih sekali lagi Qatar Airways. Niat di hati memang teringin untuk mencuba syarikat penerbangan yang lain. Keputusan ini adalah dibuat kerana program "STOPOVER" yang ditawarkan.

Discover Qatar - Stopover
Dua tahun yang lepas sehingga akhir tahun 2018, program stopover ini dikenali sebagai Qatar+, untuk Qatar+ transit yang melebihi 12jam akan mendapat penginapan PERCUMA untuk syarat pembelian hendaklah melalui "MULTICITY", contohnya anda harus membuat pilihan KUL-DOHA, DOHA-PARIS.
Program Qatar+ telah ditukar kepada program STOPOVER, dengan syarat yang sama Multicity dengan transit 12jam, anda boleh menempah hotel 4
ke 5
di Doha (Harga sekitar RM300-RM700 semalam) dengan hanya serendah USD23(4
) dan USD28 (5
) semalam. Yer, anda boleh tinggal di Marriot atau Westin atau Interconental dengan hanya USD28 semalam.





Banyak pilihan hotel 5 bintang
Program ini sepatutnya telah ditamatkan pada awal tahun ini, tetapi telah dipanjang sehingga 31 Disember 2019.
Ini adalah berita baik untuk semua. Melalui pembelian Multicity, penambahan harga tiket hanyalah sekitar RM50-RM100, bergantung kepada berapa lama anda transit dan "availability".

Tempahan hendaklah dengan melalui kaedah Multicity
Sebagai contoh untuk tiket aku, Sekiranya aku beli KUL-DOH-Zurich, balik Paris-Doha-KUL (2 flights dalam ruangan pilihan multicity walaupun transit di Doha), harga tiket dalam RM2103 . Tetapi jika aku hendak layak untuk program stopover, aku kena tempah KUL-DOH , DOH-Zurich , Paris-KUL (3 flights dlm ruangan multicity), tiket harga RM2165.
Setelah membuat pembelian tiket, anda boleh ke menu DiscoverQatar dan pilih Stopover. Ada banyak pilihan hotel 4 dan 5
. Beza harga kedua hotel hanyalah 5USD, jadi, lebih berbaloi untuk memilih hotel 5
.



Butiran diperlukan untuk tempahan hotel
Anda boleh transit sehingga 4 hari di Qatar. Yang pasti harganya bukan dalam gandaan USD28. Untuk hotel 5*, 2malam 110USD, 3malam 160USD dan 4malam 250USD. Jadi bagi pendapat aku, yang paling berbaloi adalah bermalam untuk satu malam.

Ikut 3 langkah mudah! untuk layak ke program STOPOVER
Harga USD28 adalah untuk harga bilik sahaja. Tidak termasuk harga sarapan dan pengangkutan dari lapangan terbang. Jangan risau, ada servis Uber di Doha.

Boleh membuat tambahan "tour" jika berminat
*Untuk transit kurang 12jam, lebih dari 5jam, anda boleh memilih beberapa transit tour dengan bayaran mengikut jenis tour (jika dahulu ianya percuma), cth City tour dalam RM80
Beberapa tips/rules lain:





Sila baca syarat-syarat untuk layak ke program Stopver
Itu sahaja perkongsian, dapat feeling-feeling di hotel 5
dengan harga murah, buat apa bayar mahal.... hehehe..jadi tak hairanlah Qatar Airways merupakan syarikat penerbangan terbaik dunia.... harga tambang pun berpatutan.... servis terbaik!
Perkongsian ini juga telah dikongsikan di Facebook dan telah mendapat share sebanyak 200+ setakat ini.

Perkongsian ini juga telah dikongsikan di Facebook dan telah mendapat share sebanyak 200+ setakat ini.
COMMENTS