Kembara Yogyakarta ataupun lebih dikenali sebagai Jogja telah berjaya dilaksanakan selama 7 hari 6 malam bersama-sama 6 rakan baik yang lain. Walaupun terdapat beberapa tempat yang tidak sempat dijelajah, namun kami tetap gembira dengan aktiviti yang kami telah lakukan. Ini adalah kembara yang ketiga aku di Kota Pendidikan ini.
Rasa-rasanya jika trip ini dilakukan selama 7-8hari, mungkin kami boleh pergi kesemua tempat.
Day 1
=====
-Arrived Yogyakarta at 5pm
-Sim Card shop
-Dinner at House of Raminten
-Check in Violet Hotel, Malioboro
-Shopping - Malioboro
Day 2 - Start at 3.30am
=====
-Punthuk Setumbu Sunrise (30k)
-Bukit Rhema, Gereja Ayam (10k)
-Sawah Padi sebelah Borobudur
-Borobudur Temple + Museum Samudra + Museum Borobudur (260k)
-Lunch - Nasi padang
-Makam Di Raja Mataram Kota Gede (Sewa Baju 30k, Tips2 penjaga makam 10k)
-Dinner and Ramayana Ballet and Purawisata (420k)
-Lepak2 coffee shop Malioboro
Day 3 - Start at 7.30am
=====
-Tubing/Caving Goa Pindul (35k)
-Tubing/Rafting Sungai Oya (45k)
-Lunch at Waroeng SS
-Pantai Timang & Gondola (200k)
-Dinner Lobster, 1.5kg (1kg=450rp) Share 7org
-Bukit Bintang - Lepak2 night view
Day 4 - Start at 7.30am
=====
-Check out Hotel Violet Maliboro
-Kalibiru (Entrance 10k, Spot 1 15k, 5k 1 photo Burung Hantu - Seikhlas Hati)
-Kedung Pedut (20k, Flying Fox 15k, 5k 1 photo)
-Lunch, Kedai Mie Ayam
-Hutan Pinus
-Sunset Bukit Buah Mangunan
-Dinner, Ayam&Bebek Goreng Tojoyo
-Check in Hotel Summer Quest, Jln Sostrowijayan
Day 5 - Start at 8.00am
=======
-Taman Sari & Sumur Gumuling(15k)
-Kampung Batik Giriloyo, kelas melukis batik (20k)
-Lunch Nasi padang
-Shopping di Kedai Batik area alun2
-Kraton (9k)
-Vredeburg
-Monument Pahlawan
-Chill &Dinner at Lecker Coffee & Restro
Day 6 Start at 3.30am
=====
-Sunrise Merapi Adventure (Bunker Kaliadem, Batu Alien, Museunm Omahku 450k until 8am)
-Breakfast at Merapi
-Entrance Wisata Kaliurang + Mobil Entrance (3k)
-Museum Ulen Sentalu (20k)
-Lunch Bakso
-Ratu Boko
-Prambanan (Combine tix 325k)
-Dinner at Bale Raos, Kraton
Day 7
=====
-Check out
-Breakfast Bakso
-Umbul Ponggok (Package Entrance, Life jacket, Snorkelling set 30k, Sewa TV set underwater photo half hour 30k, Photoshoot half hour 30k, boleh kongsi2
-Bye Jogja Flight at 5.20pm
Cancelled
========
-Hutan Mangrove Kulon Progo
-Bukit Panguk Kediwung Kligo
-Pantai Parangtritis
-Sandboarding Gumuk
-Pantai2 Baron dan lain2....
Sebab hujan, tak cukup masa..... if 1 hari lagi baru cukup
Hotel
====
3malam-Violet Hotel Malioro RM120 per night
3malam-Hotel Summer Quest RM 125 per night without breakfast
Transportation
============
Heru Heriyanto
Saryanto Gin
Anton Saputra
-Masuk percuma
-Berdekatan dengan Kebun Buah Mangunan
-Jika boleh, pergi hari biasa dan bukan hujung minggu
-Tiket berharga 230,000 rupiah
-Jika membeli tiket combined dengan Ratu Boko, akan dapat lebih murah.
-Matahari terbit sekitar jam 5 pagi, jadi perlu gerak dari hotel jam 3.30 pagi jika dari kota Jogja
-Tiket masuk 30,000 rupiah
-Kene mendaki ke atas selama 10-15minit, ada jalan disediakan
-Jalan kadang kala adalah tanah becak
-Ada ditawarkan guide, tetapi rasanya tidak diperlukan
-Boleh datang awal untuk ambil spot yang sesuai
-Kadang-kala awan terlalu tebal dan menyebabkan Borobudur tidak nampak.
-Boleh nampak 3 temple sekaligus jika cuaca mengizinkan.
-Selepas melihat sunrise, terus jalan ke hadapan menuju ke Gereja Ayam.
-Salah satu tempat AADC.
-Harga tiket masuk adalah 360,000 rupiah
-Disini agak strict, jika ada berniat untuk menyamar, boleh cuba tapi agak tipis
-Dari gereja ayam, boleh terus menuju ke sini
-Jika boleh sampai sebelum rombongan tour sampai. sebelum jam 9pagi.
-Ada muzium Borobudur dan Muzium Kapal.
-Hiraukan orang yang berjual cenderamata sebab terlampau ramai.
-Guide tidak diperlukan
-Ada boleh menonton Audio Visual theather sebelum proceed ke temple.
-Bawar air mineral sebab panas.
-Bergerak dari hotel jam 3.30pagi
-Selalunya jika hujan, pihak jeep akan inform dengan supir anda sebab anda mungkin tidak menikmati sunrise. Terpulang kepada anda hendak teruskan atau tidak.
-1 Jeep maksimum 4 orang.
-Sunrise tour berharga 450,000 rupiah untuk satu jeep. Jika anda menyewa jeep dari syarikat bawah dari kawasan yang sepatutnya, harganya adalah lebih tinggi.
-Perjalanan adalah terlampau kuat gegar, tidak sesuai untuk ibu mengandung.
-Spot untuk melihat sunrise adalah di kawasan Bunker KaliAdem.
-Adventure ini selalunya akan berakhir jam 8+pagi.
-Setelah menikmati sunrise di Punthuk Setumbu, teruskan perjalanan menaiki dan menuruni bukit ke Gereja Ayam
- Salah satu agenda filem AADC2 adalah disini
-Bentuk ini bukan merupakan ayam tetapi burung merpati.
-Lebih dikenali sebagai Bukit Rhema
-Bukan sebuah gereja tetapi sebuah tempat untuk berdoa untuk apa-apa agama
-Tiket masuk adalah 10,000rupiah untuk lokal.
-Salah satu tempat yang akan dilawati semasa Merapi Adventure.
-Dikenali batu alien sebab batu ini menyerupai muka orang
-Boleh meluangkan masa 10 minit disini.
-Sebuah muzium budaya orang jawa
-Salah satu muzium yang terbaik di Indonesia dan wajib dipegi
-Tiket berharga 60,000rupiah dan guide adalah disediakan
-Didalam tidak boleh mengambil foto, cuma tempat2 yang tertentu sahaja.
-Wajib pegi jika ada yang bertanya.
-Tiket masuk 15,000 rupiah
-Dibuka jam 9pagi, dinasihatkan untuk pergi pada waktu pagi untuk mengelakkan orang ramai.
-Akan ramai guide yang menawarkan diri, ada yang pura-pura bercakap dengan anda, tetapi itu adalah guide, jadi berhati-hati.
-Boleh ambil guide sebab di sini banyak jalan-jalan kecil untuk ke kawasan seterusnya. Macam maze pulak
-Sebuah restoran yang terletak di Kraton.
-Menunya dikatakan berdasarkan makanan kegemaran diraja
-Harganya boleh dikatakan agak murah untuk restoran seperti ini. Contohnya paket makanan dan minuman saya beserta pencuci mulut adalah dalam RM26 sahaja.
-Boleh ke sini menggunakan teksi, balik boleh minta pihak restorant panggilkan teksi.
-Masa ni, kami saja menggunakan tema batik.
-Tiket masuk 9000rupiah
-Boleh rujuk di website untuk jadual pertunjukan musik, tarian dan lain-lain
-Boleh hire guide (seikhlas hati)
-Perjalanan ke Kalibiru adalah agak merbahaya dan jalan yang kecil.
-Dari parkir, perlu berjalan 10 minit ke puncak, berjalan dalam keadaan 30degree.
-Tiket masuk adalah 10000rupiah
-Setiap spot bayaran adalah lain. Contoh gamba saya adalah spot 1 berharga 15000rupiah
-Photo berharga 5000rupiah untuk satu, terus dihantar ke handphone. Sila download apps SHAREIT.
-Spot 1 adalah paling popular. Jadi sebelum pergi, suruh supir anda telefon pihak disini untuk booking spot. Jika supir anda baguslah mcm supir kami.
-Dinasihatkan ke sini awal pagi, jika petang, anda mungkin menghabiskan masa untuk beratur.
-Bayaran untuk bergambar dengan burung hantu adalah seikhlas hati.
-Terletak bersebelah Muzium Vredeburg
-Percuma
-Boleh pergi sendiri sebab berdekatan dengan Malioboro
-Masuk percuma
-Sesuai untuk sunrise dan sunset
-Hutan pinus adalah berdekatan
-Destinasi terakhir untuk Merapi Sunrise Adevnture
-Masuk percuma
-Disini adalah pameran kesan-kesan letusan Merapi pada tahun 2010.
-Barangan di kedai sini agak mahal harganya, kalau boleh cuba elakkan membeli disini.
-Lupakan Klinik Kopi ataupun Sellie Kopi yang agak overatted.
-Boleh manjakan diri anda di Lecker, sebuah coffee shop yang sangat menawan
-Makanannya sangat sedap dan harganya berpatutan.
-Sesuai untuk peminat coffee and cafe hipster.
-Penat bermain gondola di Pantai Timang, destinasi seterusnya adalah menikmati hidangan lobster.
-Harganya adalah 450,000 rupiah untuk 1kg. Kami bertujuh menempah 1.5kg lobster.
-Harga ini termasuk harga air,sayuran dan nasi.
-Sedap!
- Bagi pendapat saya, tidak perlu untuk melawat makam.
-Cuma sewa baju dan bergambar di kawasan sekitar.
-Sewa baju adalah 30000rupiah bergantung kepada supir anda. Sebab makcik mula-mula bagitau harga sewa adalah 15000rupiah, tetiba semasa hendak bayar diberitahu 30000rupiah.
-Tidak sesuai untuk wanita bertudung sebab untuk ke makam, tudung hendalah dibuka dengan pakaian adalah ketat dan berkemban.
-Menziarahi kubur kamera tidak dibenarkan. Pengalaman adalah berlainan disini disebabkan makam disini agak penuh dan terdapat beberapa perkara yang susah hendak diperkatakan.
-Nasihat saya, tak payahlah melawat kubur, jika hendak melawat jugak, bawaklah duit sedikit untuk disedekahkan dengan penjaga kubur.
1. Jangan melepaskan peluang untuk melawat Ratu Boko.
2. Beli tiket combine dengan tiket Prambanan, anda akan mendapat diskaun tiket Ratu Boko sebanyak 75%
3. Shuttle bas percuma disediakan dari Prambanan.
4. View dari Ratu Boko adalah sangat magik.
5. Dinasihatkan untuk pegi petang kerana sunset disini adalah terbaik.
6. Jangan lupa untuk melawat kolam puteri.
-Jangan lepas peluang untuk merasai mie ayam di Jogja kerana rasanya sungguh enak.
-Sebelum anda ke meja, anda perlu ke ruangan menunggu seperti di sebuah bank.
-Restoran ini adalah 24 jam dan mempunyai beberapa cawangan di sekitar Jogja.
-Waiter di sini menggunakan sarung dan perempuannya menggunakan kemban.
-Harga makanan disini adalah terlampau murah sambil anda pun tidak percaya betapa murahnya dengan keadaan restoran disini. Malah lebih murah dari tempat makan tepi jalan Malioboro.
-Tetapi jangan terkejut tengah-tengah restoran terdapat kandang kuda, najis kuda pun disitu.
-Sila makan tingkat atas supaya tidak mendapat view kandang kuda.
-Berharga 35000 rupiah selalunya di combine bersama tubing Sungai Oya
-Anda akan mempunyai seorang guide yang akan menerangkan cerita-cerita menarik berkaitan goa pindul.
-Salah satu kawasan Taman Sari tetapi kawasannya agak terlindung dan mungkin anda tidak menjumpainya.
-Jika pergi waktu pagi dan hari biasa, anda mungkin bernasib baik mendapatkan gambar seperti saya.
-Ia merupakan sebuah masjid pada zaman dahulu.
-Tiket masuk 20000 rupiah untuk foreigner.
-Pada musim bukan hujan, air akan berwarna hijau.
-Flying fox berharga 15000rupiah dan foto berharga 5000rupiah dan terus ditransfer ke Handphone.
-Dekat dengan Kalibiru.
-Hampir 1 jam perjalanan dari Kota Jogja
-Umbul bermaksud mata air, dan merupakan sebuah kolam air.
-Terdapat ikan-ikan yang besar dan air adalah tersangatlah sejuk dan jernih.
-Pakej masuk sekali sewa snorkeling dan jaket keselamatan adalah 30000k.
-Untuk props bergambar, adalah mengikut harga props. Contohnya untuk set tv adalah 60000 rupiah dan bergamba adala 60000rupiah untuk setengah jam.
-Sebuah warung makan yang popular dan mempunyai banyak cawangan,
-Menampilkan menu-menu jawa berserta sambal yang pedas.
-Wajib makan disini.
-Harga pun berpatutan.
-Berharga 45,000rupiah
-Dilakukan selepas tubing Goa Pindul
-Akan menaiki sebuah lori untuk ke kawasan sungai oya
-Permulaannya, akan dihanyutkan berdua ke arus yang sedang derasnya
-Disini boleh buat terjunan 8 meter
-Pastikan sunblock mencukupi kerana cuaca yang panas.
-Terdapat gerai disini untuk menikmati suasana pada malam hari.
-Boleh makan jagung bakar dan Indo Mee.
-Terletak di kawasan Gunung Kidul.
-Berharga 420,000 rupiah serta makan malam
-Pilihan makanan adalah terhad dan tidak bersesuaian dengan harga dikenakan.
-Persembahan agak membosankan kerana bilangan penari mereka adalah terhad.
-Persembahan adalah selama 1jam 30minit
-Anda boleh bergambar dengan penari setelah tamat persembahan.
-Jika anda ingin menonton Ramayana Ballet, sila tonton di Prambanan, lebih grand dah puas hati.
-Balik dari Gereja Ayam hendak ke Borobudur, boleh singgah sebentar di Sawah Padi
-Berhati-hati dengan kenderaan yang lalu
-Belajar melukis batik, 60,000 rupiah seorang
-Banyak pengajar daripada makcik-makcik
-Disini lebih tulen daripada tempat-tempat di kota yang hanya mahu duit
-Boleh shopping batik disini tetapi mahal.
PANTAI TIMANG
-Naik Gondola 200,000 rupiah seorang pergi dan balik
-Menarik gondola adalah manual dari tenaga manusia
-Hendak ke kawasan pantai Timang, anda perlu menggunakan perkhidmatan ojek kerana jalan yang kurang memuaskan, dikatakan dalam 60,000 rupiah seorang
-Berjalan kaki adalah sesuatu perkara yang kurang cerdik kerana terlampau jauh.
-Sepert supir kami yang bagus, dia memandu sampailah ke puncak. Hebat kan.
-Confirm rasa nak muntah dala kereta!
I like your itinerary list. Good to know of the list and what's cancel on it. Personally no go there before.
ReplyDeletetambah jomblang cave satu lgi...sebab unik....
ReplyDeleteWow... Amazing travel and adventure photos. Cheers from Penang Island, SL Liew :)
ReplyDeletewah..banyak betul tempat korang pergi..best2..ritu sekejap je..so bnyk yg termiss..
ReplyDeleteThe Magnificent of Ngayogyokarto ;-)
ReplyDeleteVery detail..and informative. Did u guys hire the supir all the time during the trip? How much is that?
ReplyDeletecontact number supir tu ade x
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/heru.heriyanto.980
Deletethat supir contact number pls
ReplyDelete