08 November 2016

Di Tengah Bandar Hanoi, Vietnam Rupanya Terdapat Hotel Mesra Muslim - Cosiana Hotel



Pada bulan September yang lepas sempena penerbangan pertama Malindo Air ke Hanoi, kami berkesempatan untuk tinggal di sebuah hotel mesra Muslim di Hanoi, ibu negara kepada Vietnam selama 3 malam.

Hotel Cosiana iaitu hotel butik 3 bintang ini mempunyai bilik yang sungguh selesa dan hanya terletak di sebelah stesyen keretapi Hanoi dan cuma 5 minit berjalan ke "Temple of Literature".

Tasik Hoan Kiem, "The Water Puppet Theatre" and "Hanoi Old Quarter" adalah cuma memerlukan 10 minit berjalan kaki.

Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel ini mengambil masa 40 minit.

Restoran d'Lions meyajikan pilihanan menu makanan Vietnam, Barat dan Asia. Menu Halal juga disediakan.

Dikatakan mesra Muslim kerana pilihan menu yang telah disahkan halal , di bilik disediakan sejadah untuk sembahyang dan arah kiblat juga disediakan.

Walaupun luaran hotel adalah ringkas, tetapi keadaan bilik hotelnya adalah seperti hotel berbintang lima.

Staff-staff hotel juga ramah dan sangat membantu sepanjang menginap di hotel ini.

Ketika sarapan pagi, jangan lupa untuk memesan "Vietnamese Coffee" yang sungguh lazat.

Pihak media bergambar di hadapan Cosiana Hotel

 Kami sampai di Cosiana Hotel, setelah 40 minit perjalanan daripada lapangan terbang Hanoi

 Jus "Serai" sebagai minuman selamat datang. Sedap!

 Kami disambut oleh En. James Sageran, "General Director" Cosiana Hotel

 Bilik tidur kami selama 3 malam.

Bilik air

Buah mata kucing disediakan di dalam setiap bilik
 Permandangan bandar Hanoi dari "rooftop" Cosiana Hotel

Boleh "chill" atas "rooftop" dengan taman yang menghijau

Segar mata memandang. Atas "rooftop" Cosiana Hotel

 Boleh nampak stesyen keretapi. Sebelah hotel je.

  Menu Halal di D'Lions Restaurant, Cosiana Hotel

 Menu Halal di D'Lions Restaurant, Cosiana Hotel

 Menu Halal di D'Lions Restaurant, Cosiana Hotel
 
 Sarapan pagi makanan Halal, Cosiana Hotel

 Sarapan pagi makanan Halal, Cosiana Hotel

 Sarapan pagi makanan Halal, Cosiana Hotel

Pejabat jualan Malindo Air & Lion Air terletak bersebelahan dengan Cosiana Hotel


Alamat Hotel:
92 Le Duan Str., Hoan Kiem Dist., Ha Noi., Viet Nam. 


Ataupun boleh tempah terus dari Agoda disini untuk harga termurah! KLIK!

Media Familiarization to Hanoi is conjunction of Malindo Air Inaugural Flight to Hanoi organized by Malindo Air in September 2016.

1 comment:

  1. Suka nya dgn hotel mesr muslim tu.. hehee.. untung nyer dpt ke sana.. nanti promote nama kita sekali hahaha..

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!