Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-9 - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-9

Hari ni kami x buat apa sangat. Hari ni adalah hari perjalanan balik ke ulaan baatar. Kami goolged internet tiket bas dari moron ke ub ada pada 8am, 1pm, dan 5pm. So kami pun sedia untuk berkemas. Makan jelah nasi brahim yang last tinggal 2 pek. Boleh lah kongsi 4 orang buat alas perut.

Sambil kami duk bersiap datang sorang abang ni ngan jeep dia. Offer rm100,000tug sampai moron. Kami penuh kekwatnya rejek! Wakaka.. Gila apa! Kami dapat 12,000tug kot utk 4 orang. So pergilah abang tu dgn kecewanya. Ceeewahh! Hahaha.. 

Mencari arah ke railway station — in Ulaanbaatar, Mongolia.

Lepas siap breakfast kami duk berkemas, pakcik semalam tu datang lagi ngan sorang lagi kawan dia lah kot. Offer lagi hatgal, moron hatgal pung pang pung pang ayam unta kuda. Katanya dia bawak jeep ke moron. Katanya pukul 11 am dia datang. Kami ni pukul 10am dah siap berkemas. Makanya berdiri lah kami keliling unggun api sampai pukul 11 nunggu pak cik tu. Tunggu pkul 11 x sampai jugak kami mula melangkah meninggalkan tapak khemah dan menapak pelan2 keluar. Sampai je ke tempat perkhemahan kami yang kena denda tu, kami rehat kejap! Wakkakaa.. Imbas memori kekdahnya kat situ. Sedang rehat tu sampi lh pakcik tu ngan jeep buruk dia dan sorang lagi. Eh! Sgt jadahnya lah dorang ni, aku pun x paham! Asyik suruh kami duk berempat berhimpit kat belakang. Dah lah laluan teruk. Kebas lagilah bontot, sakit pjnggang lagilah jawabnya. Hahaa.. Nak x nak naim jelah tapi katanya dampi hatgal saja. 40,000tug. Jadah x? Hahaa... Mana janjimu pakcik 12,000 tug sampi moron? Ramalanku benar belaka! Hahaaa..

So nak x nak kami pun naiklah. Gedegung gedegang 40 min sampai la hatgal, otw nak ke hatgal tu pun ada hati pkcik tu nak amek lagi 2 tourist mat saleh naik jeep dia, sambil nak tunjuk2 bumbung. Jadahnyaaalah!! Menjerit lah misaki said nooooooo!!! Hahaaa...

 Tempat beli tiket tren international or local! — in Ulaanbaatar, Mongolia.

Sesampai hatgal, dia berenti suh kami turun kat tengah rumah orang mana ntah. Weols insist! Kami cakap hantar sampai mainroad. Misaki cakap mainroad, mainroad, mainroad berapa juta kali entah. Bukan dia pham pun. Aku pusing knan gelak. Gelak putus asa n bengang! Haish! Tetiba rindu malaysia!! Selamat hari merdeka malaysia! Hahah

Nak x nak sebab weols belum bayar, pakcik tu pun hantar lah kami ke mainroad. Lah! X jauh pun, adalah 2 minit dia drive sampai la jalan besar! So kami suruh dia stop di petrol station sebelah laluan dia tu. Dia stop kat bebetul area pump minyak. Dah ko kenapa pakcik?? Minyak mcm banyak je lagi tu. 

Kami pun turun lah kat situ. Amek backpack dan mula melangkah. Syamil kt belakang rupanya tengah duk deal ngan kakak kat petrol station tu yang katanya nak g moron. So weols patah balik ke arah syamil. As usual memang dorang amek harga 20,000tug. Mintak kurang ke 10,000tug. Sambil duk deal2 harga tu, pakcik yang bawak kami dari dalam ke hatgal tu duk asyik mencelah je dalam bahasa dia. Duk cakap2 sambil tunjuk diri sendiri. Ko bebel apa syaiTonn?? Iols dah mula nak meroyan. 

Dalam pada tu jugak tetiba berhenti lagi satu land cruiser tepi jalan dan kuarlah sorang pakcik yang cool n remaja lelaki comel. Datang kerumun kami jugak. Syamil dengan senyum manisnya dan tenangnya masib duk deal harga. Pakcik tadi tetap jugak mencelah menyibuk tunjuk dia sambil duk bercakap. Makkkk stressss!! 

 Made in mongolia!! — in Ulaanbaatar, Mongolia.

Aku pandang pakcik tu, tunjuk dia suruh diam! Pastu aku plak membebel kat dia! Aku suh dia diam dan pergi dari situ dan jangan menyampuk. Weols dah bayar dia dan pelis blah! Kami tengah deal ngan pompuan ni dan tolong jangan menyampuk! Xyah nak offer hantar sampai moron lagi! Kita dah deal dari semalam lagi kot nak ke moron. Ko iya, iya, last ke katgal sini jugak ko hantar! Dah la keta ko buruk berdebu dan sempit! Dan kami dah nyamph ngan janji ko yang ntah pape ntah! Dah la pasang radio macam kat kelab! Choiii!! 

Tetiba pakcik yang cool tu pun cakap ok 15,000tug ke moron. Dan rupanya adik remaja comel tu boleh berbahasa inggeris. Alhamdulillah... 

-pendekkan drama- 

Kami terus blah ngan land cruiser pakcik tu, sebelum gerak tu adik tu rupnya x erak sekali, tapi dia sempt cakap pakcik ni sebenanrnya nak ke ulaan baatar. So kami duk bincang2 dan pikir last2 kami decide hantar je kami ke bus station moron. 

Sesampai di bus station moron, weols terus ke kaunter tiket dan beli. Rupanya tiket ke moron ada pada jam 8am, 3pm everyday. Harganya 32,200tug Kata kakak kaunter ikut pemahaman bahasa ayam itik kamilah! Huhuhuu.. So pukul 3 kami naik bas. As usual bas bergerak pada jam 3.55pm. Moga selamatlah kami mengharungi perjalanan lagi 15jam ni. Aminnn

Bersambung...


Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.
Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-9 Reviewed by Abang Fadli on 8:00 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2015
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.