Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-5 - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-5

Seawal jam 630 pagi kami semua dah bangun, gigih bangun walaupun mengigil2 sejuk demi nak nikmati sunrise yang betul2 naik menghadap depan khemah kami. Misaki dah siap naik bukit belakang khemah kami. Et sudah balik jogging kau! Kagum weols.. Kami jantan ni je rupanya baru bangun! Ko ingat kau santekk?? Wakakaka.. Aku xtahan sejuk so aku lilitkan sleeping bag kat badan, maklumlah, iols jer x bawak winter jacket! So naiklah aku jugak ke bukit tu, viewnya uolss.. 

Trekking di yoliin-am
Memang ohsem! Cantik giler! thanks burma sbb bagitau kot mana arah matahari naik!

Lepas enjoy the beautiful sunrise, kami turun snap2 gambar dan pastu prepare breakfast! Breakfast weols hari ni nasik lemak kau! Nasi lemak berlaukkan kuah tumus, sambal bilis, rendang daging, telur rebus, timun jepun dan sambal belacan! Hamek kauu!! Heaven makan!! Ahahahaa.... Siap makan jer jam dah 830am, jam 9 kejap lagi ai burma dah nak datang n bawak pergi trip dah! 

Aku suka giler view kat yoliin-am ni. Keje ngambik gambar jelah! Hahaa
Sedang weols seme duk bersiap2, tepat jam 9 kat tangan aku burma sampai. So arnd jam 915 kami mula bergerak menuju yolyn am. Entry untuk ke gobi desert dikenakan bayaran 3000tug/head. So kami meneruskan perjalanan melihat gunung ganang menghijau bagaikan hamparan permaidani.

Lebih kurang jam 10 kami smpi di ice canyon dan kami hiking, easy trek je uolss untuk smpai ke dalam. Hiking jalan2 melihat alam je konsepnya, bukan berbukit tinggi pun. Sayangnya base on sorang tourist guide yang kami tegur tu bagitau tahun ni end of july ice mencair, jadi kami hanya ambil gambar, selfie2, main2 ngan air sungai jelah! Nikmatnya main rendam2 air sejuk! Trekking kat sini ambil masa 2 jam return. Tepat pukul 12 kami mula bergerak ke gobi desert. 

Otw ke gobi desert, tayar pancit uolss! Jadiklah gagah perkasa kejap nolong abam burma ke urma ntah nama dia! Hahaa
Rupanya si driver kami ajak balik ke rumah dia jap, nak makan lunch katanya, so weols folo jelah! Di offer susu masam kuda untuk kami, we said no! Hahaa.. Then dorang kuarkan kuih yang comel aja rupanya. Rasanya lemak, masam, manis dan masin skit2 dan bau hamisnya agak kuat. Weols rasa ianya diperbuat dari susu kambing ataupun susu kuda! I mampu makan satu jah! Syamil pun.. Yang si keechan mmg jenis memilih bab makan yg cuba merasa, mukanya dah jadi merah biru merah biru dah uolss! Hahaa... Et pun rasa sikit, selebihnya mana dia campak pun xtau, misaki x rasa langsung! Xnak katanya. Wakakaa

View sepanjang nak g ke gobi desert.
Lepas driver weols siap lunch, kami terus menuju ke gobi desert, buat seketika adalah jalan tar, pastu sepanjang jalan weols melalui jalan tanah yang x sekata. Iols dah kompius, aku ni naik van ke naik kuda? Wakakakaa... Dia punya bergoyang melompat punyalah bestt! Hahaaa

At gobi desert! Awesome!! — in Dalan-Zadagad, Omnogovi, Mongolia.
Setelah hampir 3 jam kat tanah tandus dan gersang ni, si burma ni duk tengok2 kat tayar van kami nih. Aiyoh! Suspen la pulak, dia gerak lagi then pastu dia berenti lagi. Jenguk kepalanya lagi ikut tingkap tengok tayar, tetiba si abang burma ni mengeluh! Bukak baju, turun dan bukak bonet. Kami pun turun sama tengok dia siap tukar seluar dah. Rupanya tayar pancit! Hahaa.. Hamek ko! Tayar pncit tengah gurun tengahari tang tang!! Wakakkaa.. Maka tersadai lah kami seketika sementara nak tukar tayar ganti. Sebab x tau nak buat apa, si keechan, syamil duk pose feeling model kandas tengah gurun sambil ET join layan kepala gila dorang. Hahaa... Misaki pulak feeling ala2 stranded in the middle of nowhere gittew, buat rakaman video diri sendiri untuk hantar kat orang tersayang. In case stranded lama katanya. Wakakaa... Jadahnya! Macamlah ada line kat tengah tanah tandus ni. Kemudian, ET pusing keliling tengok unta pastu krik krik krik jugak, duduk tengah panas tengok driver tukar tayar. Iols nak membantu asalnya, tp x leh nak catch up the way procedure abang ni nak buat! Hahaa.. So iols hanya mampu tolong tengok then bila halfway dah baru lah iols tolong! Hahaaaaa 

U can ride horse di yoliin-am actually, tp weather nice kot, lagi best trekking! — in Dalan-Zadagad, Omnogovi, Mongolia.
Dekat 40 minit setel lah urusan tukar tayar, tapi aku tengok tayr ganti ni mcm scary jer, siap ada rekah2 tayar disekeliling, iols tunjuk kat abam driver tu, dia duk rendah2kan tapak tangan dia ala2 bagi restu smbil duk cakap dalam bahasa dia, xpe kot katanya! So kami pun gerak balik, gedegung gedegang gudung gadang makanya smpilah area gobi desert. 

Dipendekkan citer, setelah mintak tlg tour guide orang lain, asyik numpang tour guide orang je kami ni.. Hahaa... Kami pun singgah di satu kawasan ger untuk buat camel ride. Camel ride cost us 20000tug/return for 2 hours per person, dan 10000tug utk upah guide. So weols ride la unta tu terkemut2 menuju fadang fasir gobi, sejam pergi dan sejam balik. 

Manjat bukit melawat tapak projek! Rosak betul ahli perniagaan malaysia nih! Wakakaaa — in Dalan-Zadagad, Omnogovi, Mongolia.
Abes ride unta, kami pun pergi menuju ke area padang pasir tempat tengok sunset, nunnnn kt puncak nun iols nengok orang dah sekecik semur dah, dan nmpak bersusun umat manusia duk tengah mendali naik. Pandang kanan, nampak la silau matahari memancar, aku agak mesti cantik! Tengok balik kat puncak yang orang duk tengah tuju nun aku pun menung! Kbai.. Iols x sanggup! Sakit montot naik unta x hilang lagi.. Wakakka.. So yang naiknya keechan sorang jelah! Dia bab hiking memang gigih! Hahaa.. 

Sejam jugaklah kami abeskan masa kat bawah, keechan duk enjoy layan sunset. Pukul 9 keechan turun kami mula gerak cari tempat camping, hari dah mula gelap. Hampir setengah jam sampailah kami ke tempat camping. Tak jauh dengan ger local hotel pun, tanah landai elok kosong seluasnya, so weols setup tent n masak, makan dinner n lap2 badan, hampir pukuk 1230 weols pun mula masuk tidur.

Camel ride! 20,000tug g balik per head/ tour guide 10,000tug! — in Dalan-Zadagad, Omnogovi, Mongolia.
Pukul 3 pagi camtu, aku terbangun sebab bunyi khemah berkibas, angin kuat wey!! Aku jenguk kepala aku intai langit, xde bulan! Gelap weyh!! Tetiba aku dengar tent sebelah menjerit. 

"Taaaa...taaa..."
Misaki menjerit memanggil weols lettew... Gahahaa...
"Khemah mak nak terbangggg!!"
Menjerit nyaring si misaki, wakakaa.. Dia x sedar weols kat dalam ni dah menghimpit menyusun beg kasi khemah x terbang.
Aku kasitau suh susun beg sekeliling, misaki panik ngan ET kat tent sebelah. Aku kejap2 betul beg susun, kejap2 tarik zip khemah sebab duk asyik terangkat. Khemah dah macam nak runtuh! Hahaha...
Camtu lab kami beberapa lama entah!
Misaki menjerit lagi..
"Taaa..tolong makkkkkk!!" Hahaaaa....
"Khemah mak nak runtuhhhhhhh...." Hahahhaaa...
"Tolong taaaa..... Khemah nak terbang dah ni.." Hahaa...
"Kejap2!!" Tu jelah iols reply.. Hahaa

Main air kat yoliin-am. Ice conyon already melting! Best main air sejuk! Hahah — in Dalan-Zadagad, Omnogovi, Mongolia.
Iols ni nk bukak mata besar sikit xleh, angin menolak masuk pasir.. Tergagau iols cari scarf and spek, pastu keluar khemah capai backpack keechan bagi kat misaki suh dia susun dalam khemah dia. Barulah nampak kuat sikit khemahnya! Hahahaa..

Iols cepat2 masuk khemah. Sejuk woi!

Angin kuat berterusan smpi lah ke pagi, alarm pkul 6pagi bunyi, khemah tetap senget sebelah ditiup angin. Kuat sungguh angin padang pasir ni. Weols bersiap2 berkemas n si keechan tetap gigih nak masak jugak, so dia pun masaklah air dalam khemah. Masak maggi jer uols.. Mudah dan kenyang. Lama dan jauh lagi today.. Nak ke satu lagi attraction iaitu bayanzag cliff, dan nak gerak balik ke town dalanzadgad balik sebelum 4pm. Bas kami dari dalanzadgad ke ulaanbaatar pukul 4 kot! Xdan mampos! Kuar duit lagi, lari timing lagi! 

Lebih kurang 1030 pagi, weols sampai kat satu town kecil di tengah2 gurun ni. Pung pang pung pang pas isap rokok abam driver pun benti kedai tayar. Aiyohh!! Nan repair tayar semalam! Around 1110am kami meneruskan perjalanan ke bayanzag.

Rupanya kat depan tu je attraction bayanzag tu, gerak around 20 min dr town tu dah sampai. 

Sesampai je kami di bayanzag kami terpinga2. Apakah cliff ini? Apakah yang specialnya cliff ni? Adakah sebab warnanya merah? Adakah sebab ianya kat tengah2 gurun? Abam driver naik skit ke bukit kaler merah dan kemudian parking! Katanya dalam bahasa ayam kasitau kuda, weols ada sejam kat bayanzag ni. Weols seme capai bag, sweater dan turun. Angin agak kuat jugak kat skni, memasing pakai sweater. 
Tapak projek diva2 malaysia baru nak start di bayanzag! Wakakakaa — in Dalan-Zadagad, Omnogovi, Mongolia.

Beberapa langkah weols berjalan, aku pandang ko, ko pandang aku! Motip?? Hahaa... 

"Macam melawat tapak projek rasanya."
"Ni ke atttractionnya??"
"Ni dah macam ladang sawit belum tanam sawitnya."
"Nasib kat depan xde tulis 'tanah merah untuk dijual, rm100/lori.' 

Wakakakaaaa....masing2 tergelak guling2! Punyalah bangun pukul 6 pagi takut x cukup masa, punyalah x lena tido camping sbb angin kuat, punyalah gigih siap masak maggi dalam khemah takut lapar, punyalah gigih duk harung tengah gurun 4 5 jam. Ini rupanya attraction bayanzag ni! Hanyalah bukit2 tanah merah yang runtuh dan adalah jugak bentuk2nya.. Sejujurnya iols membanyangkan red cliff yang tinggi2 sampai nak kena dongak melihatnya.. Ahahahaaaa.... Berair mata weols duk gelakkan omelan masing2! Siap berlakon feeling2 tan sri puan sri engineer arkitek melawat site ratus juta lagik! Kekekeee... 

Alang2 da sampai kami explore lah jugak, kehulu kehilir atas bukit tanah merah tu! Ekekekee... Pose ala2 supermodel memasing dan al2 titanic pun hado! Kekekee... Abes posing segala lebih kurang kami pun bertolak balik ke dalanzadgad.

Jam 230 petang, sampailah weols ke bus station dalanzadgad ni, bas yang akan weols naik untuk balik ke ulaanbaatar adalah pukul 4 petang. So sempat lah nak panaskan air and buat mushroom n cheese soup instant! Tq campbells! Masak jelah depan bus terminal ni... Selamba jelah uols! Sesambil tu, weols pun kemas2 kan segala mak nenek barang supaya senang nak sumbat dalam bas nanti. Orang local ni sekali g memana naik bas mmg bawak barang banyak giler, sebab ini adalh pengangkutan utama dorang. Tp walopun barang banyak bas sempit dorang behave je. Iols perasan mongol people ni sangat behave dan sopan. Dorang bercakap pun sangat perlahan dan jenis x mengganggu orang. Rasanya weols lah kot yang paling bising dalam bas ni walopun weols dah cakap bisik2! Hahaa... 

Kami sampai di ulaanbaatar dalam jam 230am, turun bas je suhu sejuk menyapa smpi ke tulang hitam! Aiyohh!! Summer dah camgini punya rupa, xtau lah sinter cenggana! Maunya sejuk smpi ke tulang sumsum yang baru nak jadi! Hahaa.. 

Kami pun called owner modern mongol hostel untuk minta dia hantarkan taxi. Actually, kami tempah thru booking.com modern mongol hostel ni last minute on the way balik dari dalanzadgad ke ulaanbataar masa kat hentian rehat. Kami plan asalnya nak book tmpat ET stay base on review ET tmpatnya agak bagus, malangnya penuh! Huhuhuu.. So kami decide ambik je hostel ni, book thru booking n called the owner! Done! 

So menunggu lah kami dalam 10min dan smpilah taxi tu, terus taxi tu bawak weols ke hostel!
Sesampai di hostel, kami terus menyambung tido....

Bersambung...

Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-5 Reviewed by Abang Fadli on 8:00 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.