Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-10 - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-10

Today hari weols rest and santai2 lagi. 

Kami sampai di dragon terminal bus station dari moron tepat jam 6 pagi. Turun dari bas, capai backpack then kami masuk dalam station untuk menunggu siang. Konsepnya kami akan naik bus ke railway station untuk beli tiket dulu. Then cari breakfast, barulah check in ke hostel. Early check in hostel pun pada pukul 11am. 

So kami pun bersantai-santai, sambil duk bersantai tu keluar jelah sengsara dan sakit hati weols sepanjang dalam bas. Hahaa.. 

 

A ger house
Kesahnya ada budak 3 orang depan seat misaki n keechan berumur around 7-9 tahun tidak beremak tidak berbapa agaknya.. Sebab mcm dorang independent, xde guardian. So weols pun xtau anak sapa. Korang bayangkanlah dorang duk dalam bas tu bagai kera mendapat bunga je gayanya. Kehulu kehilir duk main dalam bus. Tolak kerusi jatuh. Tengok kami macam tengok alien. Gitu jugaklah dorang tengok kat tourists lain. Tapi tourisnya dalam bus th ada la kot 7 orang termasuk kami. Heheh! Gelak kuat2 bagai. Sungguhlah menyakitkan hati betul akan kebisingan bebudak tu. 

Rupanya si misaki dah bebel kat bebudak tu sebab main dia punya ekon. Si keechan pulak i memang ada dengar duk cakap seat properly, seat properly! Hahah... Pastu ditolaknya kerusi budak tu kasi asal. Tapi bukan budak tu paham. Aku punya sakit hati aku buat2 tersepak kaki dorang! Sambil aku buat2 tido! Hahaaa..

Beli tiket keretapi

Tapi berjaya jugaklah sampai ke ulaanbaatar ni. Lepas abes santai2, dalam 730am weols semua keluar dari terminal n menapak ke bus stop untuk gerak ke railway station. Kami naik bus kemudian berhenti pada station terdekat kemudian berjalan lebih kurang 20min. 

Sesampai di railway station, kami mencari kaunter yang tiket. Kaunter tiket terletak di bangunan bersebelahan dengan bangunan utama railway station. Kami masuk sana dan berbincang harga dan destinasi di kaunter information. Paling jimat semamangnya seperti yang route kami sebelum ini. Ulaanbaatar - zaamin uud - erlian - beijing. Malangnya kami punya seat train untuk 4 berth 2nd class hard sleeper sudah abes. Nak x nak kami beli jelah ap yang available. Harganya murah sedikit berbanding bajet asal kami iaitu 22,850tug berbanding bajet asal 35,000tug. 

 Naraan tuul black market

Selepas membeli tiket, weols pun mencari penyelesaian untuk balik ke hostel. Base on google maps apps, hanyalah setengah jam sahaja dengan berjalan kaki. Makanya weols memutuskan untuk berjalan kaki sahaja ke modern mongol hostel. 

Sebelum sampi di modern mongol hostel, kami singgah di kfc yang berada di belakang modern mongol **sebenarnya modern mongol ini terletak di belakang kfc, sebab kfc menghadap jalan utama. Kfc ni appear dalam zabihah apps sebagai halal resto tetapi setakat mana validitynya iols pun x tau lah. 

Kami sampai di modern mongol tepat pukul 11am, then mandi dan rehat. Today is our rest day lah. So santai2 saja kat hostel. 

Dalam 130pm weols kuar lagi menghantar pakaian untuk laundry. Banyak betul pakaian weols kali ni. Termasuklah seluar aladdin iols yang terkena tahi kuda kat khuvsgul lake! Wakakakaa

Jika uols datang ke ulaanbaatar dan memerlukan laundry. Iols highly recommended pergi ke laundry ni. Harganya sangat murah kerana 10,000tug sahaja sebakul. **aku lupa aku dah citer ke belum pasal laundry ni. Nak belek nota kisah aku balik ni malas dah! Sebab aku tengok aku pun pening! Hahaaa...
Laundry ni betul2 terletak di belakang state deprtment store. Uols jumpa department store tu uols akan jumpa lah kedai laundry auntie ni kat taman. Hahah!

 
A sweet mongolian girl
 
Lepas g sana, weols cari farmasi jap untuk beli lip balm untuk i ngan syamil sebab mulut weols ni dah berkudis dah! Hahaa.. Mulut becok i nih kalo datang tempat sejuk memang gitulah kejadiannya. Pegi korea berkudis, pergi sydney berkudis, pergi nz ke melbourne ke hong kong ke china ke stakat ni memang berkudis sebab sejuk. Cuma teruk x teruk jer! Paling teruk masa ke korea lah sebab masa tu memang winter bersalji bebetul! Sampai kena keji kat sham tpg jantan puaka tu lah! Hahahh

Dah dapat lipbalm tu mami tetap gigih pusing peace avenue tu cari souvenir shop kononnya, cari magnet fridge je pun. Wakaka.... Sampi lah ke info centre kat tempat undram lagi. Hahah.. Then kali ni tnya n amek tour hntuk terelj. Plan asalnya nak tido terelj tapi nampak gayanya x kesampaian sebab masa dah suntuk. Bajet pun dah krik krik krik. So amek day trip jelah! Hahaaa

Lepas tu kami singgah post office untuk dropkan post card then balik ke hostel. Hari pun nampak nak hujan. Nak ambil laundry pun lambat lagi. 

Lebih kurang dalam 630 petang kami keluar lagi ambil laundry then singgah minum kat cbtl ulaanbaatar! Heheh.. Dimana sahaja cbtl lah uols selalu lepak! 

Setel semua weols pun balik hostel balik. Majn masak2, online then tido! Heheoe.


Bersambung...


Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-10 Reviewed by Abang Fadli on 8:00 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2015
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.