20 Tips Untuk Menikmati Onsen Jika Anda ke Jepun


Mungkin ada yang pernah mendengar perkataan Onsen. Onsen adalah salah satu perkataan Bahasa Jepun yang membawa maksud tempat permandian kolam air panas semulajadi sama ada di dalam atau di luar tempat tinggal. Jepun tersangatlah kaya dengan bilangan kolam air panas.

Budaya mandi kolam air panas / onsen di Jepun adalah salah satu budaya normal bagi rakyat di matahari terbit itu di mana ia dapat merapatkan hubungan tali keluarga di samping berehat setelah penat bekerja.

Terdapat beberapa jenis Onsen di negara Jepun. Ada yang terletak di luar akomodasi dan ada yang di dalam. Ada juga yang mempunyai Onsen mengikut jantina dan ada yang bercampur, lelaki dan perempuan di satukan di dalam satu kolam air panas.

Ini, adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Kebetulan tempat yang aku tinggal dengan tempat Onsen, jika berjalan hanya mengambil masa Cuma 10 minit. Tempat onsen yang aku pergi bernama Oyuba. Bagaimana aku tahu tempat tersebut?

P_20151214_223302
Peta dari tempat tinggal aku ke Oyuba Onsen
Di Osaka, aku dan keluarga aku tinggal di sebuah rumah yang di tempah melalui AirBnb. Tuan empunya rumah telah menyediakan sebuah fail yang menyatakan tempat-tempat persekitaran rumah beliau termasuklah segala perkhidmatan pengangkutan, tempat makan, dobi dan macam-macam lagi.
Apa yang menarik di fail tersebut, adalah sebuah sampul surat yang tertulis nama aku di hadapannya. Surat ini memang ditujukan khas buat aku. Aku membuka surat tersebut, di dalamnya terdapat 2 keratan akhbar. Keratan tersebut adalah voucher untuk onsen yang berdekatan dengan tempat aku tinggal. Masih ingat lagi ditulis oleh empunya rumah “2 voucher ini sah untuk 6 orang, kanak-kanak masuk percuma”.

P_20151215_000754
Oyuba Onsen: Dekorasi pintu masuk
Pada malam terakhir, aku teringin hendak mencuba sendiri pengalaman Onsen ini. Jam 10 malam, aku gigih berjalan kaki di dalam cuaca yang teramat sejuk ke Onsen ini. Sepanjang perjalanan adalah sunyi, kerana di sini hanyalah kawasan kediaman. Aku pergi seorang tanpa memberitahu sesiapa sebab aku tahu ahli keluarga aku memang tidak akan pergi. Onsen akan ditutup pada jam 1pagi.
Jadi inilah tips-tips yang aku dapat mengikut pengalaman aku sendiri. Aku pergi tanpa google terlebih dahulu, tanpa kawan atau guide. Semuanya adalah berdasarkan pemerhatian sebelum buat dan bertanya. I learned from the hard way. Baru syok Baq hang! Kau Mampu?

P_20151215_000733
Papan tanda nama Oyuba

1. Minum banyak air
Sebelum ke Onsen, dinasihatkan untuk minum banyak air kerana anda akan banyak dihidrasi semasa di Onsen. Untuk mengelakkan masalah kesihatan anda, minumlah air sebelum ke Onsen.

2. Sediakan wang syiling 100yen,50yen,10yen untuk loker kasut
Semua tempat sauna/onsen di Japan kebanyakannya standard, di mana, di luar kamu semua di kehendaki untuk menanggalkan kasut, letakkan di dalam loker, masukkan syiling 100 yen, pusing, dan ambil kunci tersebut.

P_20151215_000702
Loker kasut. Sediakan wang syiling

3. Bayar yuran masuk di mesin vending
Seperti anda biasa membeli air tin di mesin vending, seperti ini juga untuk membeli tiket masuk. Jika anda tidak pasti berapa, tanyakan kepada receptionist, tetapi mereka tidak pandai berbahasa Inggeris. Setelah memasukkan duit, tekan, dan keluarlah tiket dari mesin tersebut, ambil tiket dan tunjukkan dekat penjaga kaunter.
4. Kunci Loker Kasut ditukar dengan Kunci Loker Baju
Dekat penjaga kaunter juga, serahkan tiket dengan kunci loker kasut anda. Kunci loker kasut anda akan ditukar dengan Kunci Loker Baju anda di bilik persalinan nanti.

5. Bawa tuala sendiri
Jika anda mahu berjimat dari segi yuran masuk, bawalah tuala sendiri, di mana 1 tuala besar dan 1 tuala kecil. Jika anda tidak mempunyai tuala, anda dikenakan cas untuk penyewaan tuala. Setelah memberi tiket kepada penjaga kaunter, maka dia akan menyerahkan tuala kecil dan tuala besar.

P_20151215_000353
Ke arah mesin tiket.


6.Pilih bilik yang betul
Bahagian ini adalah agak memeningkan. Anda akan menjumpai 2 bilik yang berlangsir. Iaitu, satu untuk perempuan dan satu untuk lelaki. Tetapi anda mungkin keliru kerana tidak seperti tanda tandas yang ada gambar wanita dan gambar lelaki. Selalunya lelaki langsir pintunya berwarna biru dan wanita pula berwarna putih. Tetapi tempat yang aku pergi, kedua-dua langsirnya berwarna putih, Cuma ada tulisan Jepun. Jadi, jangan segan silu untuk bertanya yang mana satu untuk lelaki dan mana satu untuk perempuan. Untuk lelaki"男" dan untuk perempuan "女".

Fullscreen%2Bcapture%2B2812016%2B23306%2BAM
Bagaimana hendak membezakan ruang onsen lelaki dan perempuan. Source: http://www.tb-kumano.jp

7. Bilik Persalinan
Bilik persalinan terdiri daripada loker pakaian di mana anda memerlukan syiling untuk menutup pintu loker dan mengeluarkan kunci. Semua pakaian hendaklah dibuka, tiada PENGECUALIAN. Cuma yang dibawa untuk mandi adalah tuala besar & tuala kecil.
 
8. Ikat rambut
Kepada yang berambut panjang, sila ikat rambut anda secara kemas

9. Barang Kemas
Tanggalkan semua barang kemas anda

10. Mandi Bersihkan Badan
Pertama sekali adalah anda perlu mandi di tempat yang disediakan terlebih dahulu. Di sini, anda perlu menshampookan rambut dan badan sebersih-bersihnya. Anda boleh menbawa shampoo sendiri ataupun menggunakan shampoo yang disediakan. Keadaan tempat mandi disini adalah anda perlu duduk di bangku yang kecil menghadap dinding. Semasa mandi, tuala hendaklah diletakkan di tempat disediakan. Senang cerita, mandi bogel.

11. Tattoo adalah tidak dibenarkan 
Jika anda mempunyai tattoo di badan, maka anda tidak boleh menikmati Onsen. Jikalau kecil, haraplah anda meletakkan “handy plaster” supaya orang lain tidak nampak dan memberitahu pihak pengurasan dan mengundang anda dihalau keluar. Tattoo adalah sinonim dengan gangsterisme di Jepun ataupun lebih dikenali dengan puak Yakuza. Mereka tidak mahu pelanggan-pelanggan lain berasa tidak selesa dengan kehadiran puak-puak ini. Sebab inilah, kebanyak Onsen memang tidak akan membenarkan sesiapa yang bertattoo untuk datang ke premis mereka. Yakuza hendak ke Onsen? Terdapat onsen yang disediakan khas untuk mereka sahaja.

12. Bilas dan bersihkan badan
Setelah anda mandi, bilas dan bersihkan badan secukupnya. Perkara yang dianggap biadap disini adalah jika anda masuk ke kolam air panas dengan adanya lebihan shampoo yang tidak dibersihkan di badan.

13. Dimulakan tempat sauna

Di tempat kawasan mandi, akan terdapat bilik sauna ataupun jakuzzi air panas untuk sekadar warm up. Untuk masuk ke dalam jakuzzi ini, peraturan adalah sama untuk mandi di onsen iaitu perlu berbogel. Tuala kecil hanya boleh diletakkan di atas kepala.

14. Tuala besar di benarkan

Jika anda membawa tuala besar selepas mandi, tinggalkan tuala disitu, ini kerana hanya tuala kecil sahaja yang dibenarkan untuk memasuki kawasan onsen.

15. Mandi di Onsen

Setelah anda memanaskan badan di dalam sauna ataupun jakuzzi, maka anda boleh terus ke Onsen. Selalunya terdapat beberapa Onsen yang mempunyai pelbagai suhu. Pilihlah suhu yang paling rendah dahulu, setiap 10 minit, pindah ke satu onsen sehinggalah yang paling panas. Kebanyakan onsen berada di luar premis. Maka jika musim sejuk, bayangkan anda berbogel dengan suhu negative sebelum anda masuk ke dalam kolam air panas.

16. Peraturan semasa menikmati onsen
Anda tidak boleh menyelam dan berenang. Membasahi rambut adalah dianggap kurang biadap. Membasahi tuala kecil dengan air panas Onsen adalah tidak boleh. Tuala kecil selalunya diletak di tepi ataupun diletakkan di atas kepala. Dilarang untuk membuang air kecil. Tidak boleh merokok. Kamera dan telefon di benarkan.

17. Nikmatilah kenikmatan onsen
Bersandar pada dinding kolam, nikmatilah onsen. Anda boleh berada di dalam onsen dalam 10-30 minit mengikut keselesaan anda. Anda juga boleh cuba memulakan perbicaraan dengan orang di situ. Kemungkinan onsen yang anda pergi adalah popular, maka, satu kolam air panas mungkin di huni dalam 5-6 orang serentak.

18. Bersih & Bilaskan badan
Setelah puas menikmati Onsen, anda bolehlah mandi sekali lagi. Setelah mandi, pastikan anda mengerikan badan anda secukupnya sebelum keluar ke loker persalinan.

19. Nikmati Susu botol
Aku banyak menggunakan masa untuk memerhati. Jadi, satu lagi budaya selepas menikmati onsen adalah minum susu botol. Susu botol MEIJI adalah dijual di premis Onsen tersebut, di ruang menunggu. Pergh, susu botol chocolate tersangatlah sedap! Bayangkan badan anda terasa ringan dan menikmati susu botol chocolate panas!

P_20151214_235730
Meiji - Chocolate Susu Botol
 
P_20151214_235822
Selepas menikmati Onsen, anda boleh memilih pelbagai minuman

20. Kekeluargaan / Persahabatan
Ini adalah diingatkan bahawa tujuan budaya Onsen di Jepun adalah lebih kepada mengeratkan tali kekeluargaan dan persabahatan. Anda mungkin akan melihat dimana ayah dan anak kecilnya bersama-sama di Onsen, dan semasa di kawasan mandi, si ayah akan memberus badan si anaknya. Terdapat juga sekumpulan rakan yang datang bersama-sama dan menikmati onsen sambil bergosip. Ini adalah budaya mereka. Tidak ada apa yang mengghairahkan bagi mereka. Jika anda mempunyai niat yang tidak baik dan mempunyai perasaan ghairah, anda dinasihatkan untuk tidak menjejakkan kaki disini kerana takut anda tertangkap ataupun ada aduan terhadapa anda, masalah besar akan menimpa anda.

P_20151215_000851
Oyuba Onsen dari luar

Kesimpulan
Tak semua yang datang ke Jepun berani mencuba pengalaman Onsen ini. Ini adalah kerana budaya berbogel negara tersebut. Tetapi jika anda ingin mencuba, maka diharapkan tips ini membantu. Mana lah tau anda tersebut keseorangan. Orang Jepun tak kenal anda pun kan? Biarlah pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan.

Nasib baik aku berseorangan di sini, jika dengan rakan-rakan, mungkin kami akan pergi, tetapi akan dibuat perjanjian dimana tidak akan menceritakan apa-apa selepas keluar dari premis tersebut.

COMMENTS

BLOGGER: 2
  1. Menarik.. Budaya mereka unik btul... Kite ambk yg positif jer...

    ReplyDelete
  2. This post has helped me for an article which I am writing. Thank you for giving me another point of view on this topic. Now I can easily complete my article. Read more

    ReplyDelete
Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

Name

#AboutKL,46,AirAsia,1,AirAsiaX,1,Airlines Review,33,Airport Lounge,5,Asia,51,Attraction,54,Australia,3,Australia - Perth,1,Award,2,Backpacking,2,Business Class,3,Cambodia,13,Cambodia - Kampot,1,Cambodia - Kep,2,Cambodia - Koh Rong,2,Cambodia - Phnom Penh,1,Cambodia - Siem Reap,3,Cambodia - Sihanoukville,5,Cameron Highland,1,Canada,1,Casio,1,Casio Exilim Malaysia,1,Cebu Pacific Air,1,China,6,China - Beijing,1,China - Guangzhou,3,China - Shenzhen,1,China - Wuxi,1,Contest,5,Couchsurfing,1,Croatia,1,Croatia - Plitvice Lake,1,Cruise,1,Cyprus,2,Cyprus - Limassol,1,Cyprus-Larnaca,1,Economy Class,17,England,1,England - London,1,Europe,6,Featuring,13,Festival,27,Flexiroam,1,Food,84,Food - Kelantan,1,Food - Klang Valley,11,Food - Kuala Lumpur,4,Food - Kuching,1,Food - Makassar,1,Food - Malacca,3,Food - Penang,1,Food - Shah Alam,1,Food - Singapore,2,Food Event,1,Food Review,64,Giveaway,1,Halal Food,11,Hong Kong,2,Hotel,85,Hotel - Bali,1,Hotel - Bangkok,1,Hotel - Busan,1,Hotel - Hanoi,1,Hotel - Jakarta,1,Hotel - Kota Bharu,1,Hotel - Kota Kinabalu,1,Hotel - Kuala Lumpur,20,Hotel - Kuching,2,Hotel - Malacca,3,Hotel - Pahang,5,Hotel - Pasir Puteh,1,Hotel - Penang,1,Hotel - Sapa,1,Hotel - Selangor,8,Hotel - Singapore,1,Hotel - Terengganu,1,Hotel Review,77,Indonesia,54,Indonesia - Bali,22,Indonesia - Bandung,5,Indonesia - Banyuwangi,3,Indonesia - Belitung,1,Indonesia - Bogor,1,Indonesia - Dieng,1,Indonesia - Jakarta,8,Indonesia - Lombok,4,Indonesia - Makassar,1,Indonesia - Medan,1,Indonesia - Nusa Penida,1,Indonesia - Palembang,1,Indonesia - Surabaya,1,Indonesia - Yogyakarta,8,interview,1,Iran,3,Japan,8,Japan - Chiba,1,Japan - Himeji,1,Japan - Kobe,1,Japan - Kyoto,1,Japan - Mie,1,Japan - Nagoya,2,Japan - Niigata,2,Japan - Osaka,2,Japan - Shiga,1,Jet Airways,1,Johor,3,Johor - Desaru,1,Kedah,1,Kelantan,3,Kiple,3,KL Tower,1,KL Tower International Jump Malaysia 2016,2,Korean Air,1,Kuala Lumpur,64,Kuching,2,Langkawi,3,Laos,1,Laos - Luang Prabang,1,Live Update,4,Macau,1,Malacca,13,Malacca - Malacca City,11,Malaysia,184,Malaysia Airlines,8,Maldives,10,Malindo Air,6,MASWings,1,McDonalds,1,Media FAM Trip,2,Melaka,1,Minnature Malaysia,1,Mongolia,11,Music Festival,4,Myanmar,13,Myanmar - Bagan,5,Myanmar - Mandalay,3,Myanmar - Yangon,4,Myanmar Airways International,1,Negeri Sembilan,5,New Zealand,1,North America,1,Pahang,9,Palace of The Golden Horses,2,Penang,8,Perak,4,Philippines,5,Philippines - Bohol,4,Philippines - Boracay Island,3,Philippines - Cebu,1,Philippines - Puerto Princesa,1,Products,15,Putrajaya,4,Qatar,8,Qatar - Doha,2,Qatar Airways,2,Ramadhan,9,Ramadhan Buffet 2017,6,Ramadhan Buffet 2018,8,Ramadhan Buffet 2019,5,Raya,1,Recognition,1,Review,1,Reviews,245,Router,1,Sabah,20,Sabah - Kota Kinabalu,21,Sarawak,43,Sarawak - Bakelalan,1,Sarawak - Bintulu,4,Sarawak - Kabong,1,Sarawak - Kuching,33,Sarawak - Lawas,2,Sarawak - Miri,3,Sarawak - Mukah,1,Sarawak - Mulu,2,Sarawak - Sri Aman,1,Scoot,4,Selangor,27,Ship Life,3,Singapore,14,South America,1,South Korea,5,South Korea - Busan,1,South Korea - Seoul,1,South Korea - Tong Yeong,4,Southeast Asia,122,Spa,1,Sponsor,1,Taiwan,6,Taiwan - Kaohsiung,2,Taiwan - Taipei,2,Technology,1,Terengganu,3,Thai Airways,1,Thailand,16,Thailand - Bangkok,4,Thailand - Chiang Mai,2,Thailand - Chiang Rai,1,Thailand - Golok,1,Thailand - Hat Yai,2,Thailand - Khai Island,1,Thailand - Koh Pangan,2,Thailand - Koh Samui,2,Thailand - Krabi,3,Thailand - Phuket,2,The Taaras,2,The Westin,1,Theater,1,Top Blogger,3,Tourism Malaysia,2,TP-Link,1,Travel,7,Travel News,42,Travel Tips,58,Travelogue,39,Travelogue - Myanmar,10,Trinidad & Tobago,1,Turkey,4,Turkey - Selcuk,1,UAE,3,UAE - Dubai,2,United Kingdom,1,Video,46,Vietnam,20,Vietnam - Hanoi,7,Vietnam - Ho Chi Minh,7,Vietnam - Nha Trang,1,Vietnam - Sapa,3,Vlog,5,Workplace,3,Worldwide,58,
ltr
item
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia: 20 Tips Untuk Menikmati Onsen Jika Anda ke Jepun
20 Tips Untuk Menikmati Onsen Jika Anda ke Jepun
http://3.bp.blogspot.com/-eOHO8n6Fz9k/VqmO8BIzcaI/AAAAAAAALyM/EVBhcv-MjGs/s640/tsurunoyu_003-001.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-eOHO8n6Fz9k/VqmO8BIzcaI/AAAAAAAALyM/EVBhcv-MjGs/s72-c/tsurunoyu_003-001.jpg
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia
https://www.mytravellicious.com/2016/01/20-tips-onsen-di-jepun.html
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/2016/01/20-tips-onsen-di-jepun.html
true
2687973012188888011
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content