Top 10 KL Hostel Dorm Reviews - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

Top 10 KL Hostel Dorm Reviews




This is based my own experience ya!. During my study 4 years in KL, I  still not expose with this “backpacking”, I never know that hostel style is exist. If xda air, tinggal di hotel area Bukit Bintang la jawabnya… Itu dulu… Now, I list out hostel dorm or single room yang I pernah stay, sbb slalu transit sehari2 kat KL before fly out tempat2 lain.…of course uolz boleh baca review kat tripadvisor, or agoda or booking. Tapi kadang2 aku rasa review tu ada yang merepek. Everybody have their own opinion. Huhuhu. Dengan mengikut urutan…



1. Matahari Lodge (Pasar Seni)
My favourite so far.  1st thing suka sebab mmg dekat dgn stesen LRT Pasar Seni, Jalan tak sampai 5 minit. Then, kat sini ada lift, tapi nak naik tingkat 1 kene naik tangga sket. Security ok, guna swipe card kalau nak masuk, sebelah 7e. Bilik dorm dia pun selesa, tapi kalau dapat katil kat atas tu, careful sket, sebab sgt tinggi wokeh. Kat sini popular gak, with the cheap price, location and everything, staff diorang pun sgt friendly even with local. Sbb lain jugak sebab dekat dgn my office HQ, Dayabumi… hehehe… mmg recommended. WiFi sgt laju, tapi Cuma dpt kat ruang tamu. So far mingle around with other traveler pun seronok kat situ. Boleh layan DVD or TV kat luar, ada kitchen sendiri.

2. Rainforest Bed & Breakfast (Changkat, Bukit Bintang)
Sesiapa yang suka area Changkat ni mmg recommended this place. Dorm dia 3 katil. Inilah katil dorm yang paling selesa for me, empuk mcm 5star, like seriously. Bilik dia pun cantik, ala2 chalet. Every floor ada ruang tamu sendiri. Breakfast pun ok kat bawah. Tapi tak seronok sgt sbb tak byk mingle kat traveler.

3. Fernloft Malaysia (Pasar Seni)
My 2nd favorite dorm kat area Pasar Seni, mmg sebelah je ngan Matahari Lodge. Murah sedikit sbb dia ada choice nak bilik berapa byk katil. Ada yang sampai 20 katil. Tapi aku slalu stay dalam bilik 4 ngan 6 katil je, sbb bagi aku still murah lagi. Security sini pun ok, kena swipe card masok entrance, dan every floor pun kene swipe. Toilet bersih. Bilik 6 orang tu kecik. Bilik 4 orang tu mmg rekomended.Receptionist dia Pinoy, friendly, boleh tanye mcm2 benda ngan dia. Ruang tamu kat sini pun besar. Nak main WiFi kene kluar dari bilik baru dapat. Tapi kat sini diorang auto OFF aircon dari pagi, ptg ON balik. So, mmg xlehla nak tido seharian kat bilik.

4. Pujangga Homestay Bukit Bintang (Bukit Bintang)
OK… I love this still of guesthouse. Ni kat area rumah teres betul2 sebelah Changkat tu. Senang je nak cari. Kene masok pagar. Tapi receptionist aka owner tak peramah sgt, maybe Im local kot. Bilik dia selesa. Turn out aku sorang je dalam dorm tu, so big deal. Tapi agak boring lah. Yang penting UNIFI, puas hati…

5. Serai Inn Hostel (Masjid India)
Serai Inn ni I walk-in time ni, try Raggae Guesthouse tapi dah full (tapi aku rasa x full sbb sini racist sikit), turn up aku sorang jugak dalam bilik ni. Tapi uncle ni friendly sikit, slalu borak2 ngan dia kat reception. Tapi time malam entrance dia gelap dan sunyi ok. Perempuan tak recommended.

6. Palmmers Guest House (Pasar Seni)
Aku stay sini pun dah byk kali. Paling murah hostel di area Pasar Seni kalau book guna agoda. Cuma RM20  for dorm. At first, mmg aku tak jumpa pun entrance for this guest house. Rupanya entranc10e dia dia antara central market & CIMB tu. Tapi bangunan Cuma sebelah KFC sentral market, menghadap belakang. Dulu ada Chinese yang jage, dia friendly sikit. Byk tangga kene naik. Kat sini feeling dia “moody” sikit, suram. Tak seronok sangat. Tilam dia nia I tak berapa suka sangat sebab diorang tak buang plastic tu… Kalau baring tu mmg ada Bunyi plastic, setiap kali gerakkan badan time tido. Sungguh annoying.

7. Pondok Lodge (Changkat Bukit Bintang)
Ok… nie paling murah area BB kot… 2 kali stay sini. Mmg betul2 tgh Changkat. Tingkat atas sebelah club 21. Malam susah nak tido sebab bising dengan club2 disekitar. Jika mmg planning nak berjimba2 area tu, lagipun CS activity weekly pun kat situ, ok jah tinggal akt sini….

8. Sasana Hotel Petaling Street (Petaling Street)
Permulaan nak cari hotel ini lucu sikit. Terletak betul2 kat tgh Petaling Street, dekat dengan pintu gerbang depan masuk. Kalau dari luar mmg akan Nampak signboard. Tapi that time mmg aku dah Nampak signboard tu. Sampai2 aku Nampak byk massage girl. “sudah, aku dah salah pilih tempat ni”, mmg entrance tu penoh ngan pompuan. Tapi aku redah jugak sampai ke reception. Dgn backpack aku minah2 usha jer, Bila kat reception, aku ckp ngan uncle tu “nak check in bilik”… terus uncle tu cakap.. “haiyo, bukan sini, sebelah”…. Aku pun terus takde ape berlaku, muka tebal keluar dari kedai dan masok ke entrance hotel. Lega aku, ingatkan tersalah pilih hotel. Nak masok hotel ni, pintu dia kunci by swipe card. So mmg secure. Kalo org pelik2 nak masok, mmg akak tu tak bukak pintunya. Aku stay kat single room. RM50. Walaupun single room, biliknya ada bathroom sendiri. Not bad. Dalam bilik ada UNIFI, laju. Mmg tak kluar bilik aku. A/C dia sejuk gila. For RM50 mmg berbaloi if u want some privacy lah.


9. Matahari 2 Lodge
Actualy I stay sini time diorang baru nak bukak lagi. Takda sign board. Terletak dalam central martet, kena jalan masok lagi sebelah kedai mamak. Depan OCBC bank kalau tak silap. Jenuh aku cari time nie, aku call tanye direction. Rupenye hostel ni mmg kat depan aku jerk. Cuma diorang tulis nama hostel guna A4 je. Patut pun tak jumpa, entrance pun kecik. Lebih kurang Matahari Lodge jugak konsepnya. Tapi yang jaga kat sini matsalleh2. Still sunyi lagi sbb baru lagi time nie. Kat sini bising sbb mmg sebelah laluan bas. Mmg aku x rekomen tempat ni, malam2 nak jalan sunyi betul lebih2 lagi CM dah tutup. U need to walk jln yg sunyi dan gelap. Nasib baik I x apa-apakan…boleh? Ahaha

10. Cintamani Travellers Lodge (Masjid Jamek)
Anyway, sini aku bukan stay dorm or single. Aku stay triple room. Triple room for rm70, so kira murahlah if korang bertiga. Tapi bilik dia kuno sikitlah. Dekat jugak ngan Masjid Jamek LRT tu, seberang Mydin Kota tu. Tapi aunty yg depan reception tu garang sikit, hahaha. Nak main PC kene bayar. Ntah pape….

Thanks all. Harap Membantu
Top 10 KL Hostel Dorm Reviews Reviewed by Abang Fadli on 11:14 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Rainforest tu best. Kalau boleh nak duduk situ je bila pergi KL haa

    ReplyDelete
  2. tak pernah stay in dorm in KL. Bagus gak tau ratenya.

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.