Travel ke Banyuwangi? Ini 4 Tempat Makan Yang Best Anda Boleh Cuba - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

Travel ke Banyuwangi? Ini 4 Tempat Makan Yang Best Anda Boleh Cuba



Banyuwangi adalah terletak di antara Surabaya dan Bali, dan ianya terkenal dengan kawah Ijen. Aku berkesempatan melihat keindahan alam Banyuwangi selama 4 hari 3 malam bersama-sama rakan media yang lain sebelum kami berangkat ke Bali.

Untuk pengetahuan anda semua, sekarang terdapat penerbangan langsung dari Kuala Lumpur ke Banyuwangi yang ditawarkan oleh syarikat Citilink. Kekerapan penerbangan adalah setiap hari. Anda boleh baca review Citilink oleh aku disini: Review: Citilink QG515 | Kuala Lumpur - Banyuwangi | Hello Ijen Mountain!

Kali ini aku hendak berkongsi dengan anda semua, EMPAT tempat makan yang best dan yang telah aku cuba sepanjang trip Banyuwangi pada kali ini. Walaupun sesetengah masa makanan disediakan oleh pihak secara catering, ada juga waktu kami menikmati juadah makanan di restoran. Yang pasti semua makanannya adalah enak belaka. Itulah yang aku suka dengan Indonesia.


1. LESEHAN RINDU JAJAG



Restoran pertama kami semasa tiba di Banyuwangi. Kami menikmati makan malam di sini. Mempunyai kawasan letak kereta yang luas. Anda boleh memilih untuk menikmati makanan di meja yang bersila ataupun di meja biasa. Di tengah restoran ini, terdapat sebuah replika bot di tengah kolam di mana juga terdapat meja makan di dalam bot tersebut untuk sesiapa yang berminat.

Di sini, menu yang istimewa adalah ayam bakar. Fuh, ungguh enak ayam bakarnya! ataupun "Enak banget!". Satu set ayam bakar mungkin tidak mencukupi untuk seorang.  Kami juga menikmati masakan lain seperti Gurame masak masam manis dan lain-lain. Terdapat juga makanan lain untuk di pilih seperti ayam bertutu, sate, gule, ikan bakar, dan lain-lain lagi.

 

 

: Jl. Ahmad Yani, Jajag, Gambiran, Dusun Petahunan, Jajag, Gambiran, Kabupaten Banyuwangi
: 10.00am - 09.30pm
+62 896-7718-6470



2. SUN OSING CAFE & RESTRO



Restoran yang kedua sempat kami singgah pada hari kedua di Banyuwangi adalah Sun Osing Cafe & Restro. Di sini juga adalah pusat membeli "oleh-oleh" (saguhati) di Banyuwangi. Kami menikmati makanan tengah hari di sini.

Sampai kami di cafe ini, semua makanan telah sedia dihidangkan dan disusun rapi. Cafe nya juga agak nyaman dan berhawa dingin. Walaupun cafenya bercirikan moden dan hipster, tetapi makanan yang dihidangkan adalah makanan-makanan khas Indonesia. Ada daging bakar, begedil, tauhu goreng, sayur campur, sup buntut, dan lain-lain lagi. Memang perut aku penuh makan disini. Semua makanan adalah sungguh sedap. Aku tidak sempat melihat menu makanan yang ditawarkan. 

 

 

: Jl. Brawijaya No.67, Kebalenan, Bakungan, Glagah, Kabupaten Banyuwangi
: 9.00am - 10.00pm
+62 896-7718-6470



3. OSINGDELES CAFE & RESTRO



Kami menikmati makan malam di Osingdeles Cafe & Restro. Di sini juga merupakan tempat membeli "oleh-oleh" khas Banyuwangi. Jadi, jalan raya di kawasan ini agak sesak dengan kenderaan yang parking di tepi jalan raya.

Sebuah cafe yang agak besar dan mempunyai dua tingkat. Ramai remaja yang melepak di cafe ini. Tidak hairan juga kerana suasana di cafe ini agak hype dan hidup. Dekorasi cafe yang mempunyai campuran traditional dan moden ini adalah tersangatlah unik dan anda boleh merasakan anda berasa di Indonesia.

Makanan yang dihidangkan adalah pelbagai (boleh lihat gambar). Tak sempat aku bertanyakan nama setiap satu makanan kerana sudah terlalu penat melawat tempat best di sekitar Banyuwangi dan perut sudah lapar.

Yang paling best, di sini terdapat live band akustik dimana suara penyanyi tersebut sangat merdu dan lunak seperti anda dengar penyanyi Indonesia di corong-corong radio. 
 
 

 


: Jl. K.H. Agus Salim No.12A, Taman Baru, Kec. Banyuwangi, Kabupaten Banyuwangi
: 7.00am - 10.00pm
: +62 822-1006-8615


4. PONDOK INDAH



Siapa yang tidak ingin menikmati makan tengah hari di tengah taman yang menghijau. Menikmati makanan di sini adalah satu pengalaman yang unik dan boleh dikatakan agak romantis jika anda berdua. 

Setiap pondok makanan adalah agak jauh dari satu sama lain, jadi iainya agak privacy. Dan setiap pondok boleh memuatkan banyak ahli keluarga / rombongan. Agak baik sekiranya anda membuat tempahan terlebih dahulu disebabkan jumlah pondok makan adalah terhad.

Istimewanya di sini adalah makanan laut. Makanan-makanan yang dihidangkan kepada kami adalah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan lain-lain. Boleh dikatakan semuanya adalah sangat sedap! Alhamdulillah perut gembira lagi!


 

 



: Jl. Raya Lijen Km. 8,7, Pereng, Paspan, Kenjo, Glagah, Dusun Salakan, Kenjo, Glagah
: 8.00am - 5.00pm
: +62 878-5722-2258
Travel ke Banyuwangi? Ini 4 Tempat Makan Yang Best Anda Boleh Cuba Reviewed by mytravellicious on 12:09 PM Rating: 5

1 comment:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.