Staycation Awesome 3 Hari di Dash Resort Langkawi - MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia

Top Ad unit 728 × 90

random

Staycation Awesome 3 Hari di Dash Resort Langkawi



11 orang, satu destinasi, satu tujuan. Tanggal 23 November lepas pihak Dash Resort by Ri-Yaz telah menganjurkan Familiazation trip ke Dash Resort Langkawi bertempat di Pantai Tengah, Langkawi untuk para media mengalami sendiri pengalaman penginapan yang menakjubkan di resort tersebut . Seramai 11 orang deglarasi menyertai FAM Trip tersebut termasuklah wakil dari mytravellicious.com dengan menggunakan penerbangan Malindo Air. Semua berserta berkumpul seawal jam 9:00 untuk proses daftar masuk.


HARI PERTAMA 

Setibanya kami di balai ketibaan, kami disambut oleh wakil Dash Resort Langkawi dan mengiringi kami ke kenderaan yang di sedia khas oleh pihak resort. Kami disambut dengan aromatherapy cold towel yang sangat refreshing disertakan dengan sebotol air mineral. Kami juga sempat singgah di kawasan besas cukai The Zone untuk membeli belah barangan cenderamata.

 
Dapat kunci bilik setelah check-in

Setelah 20 minit perjalanan, kami tiba di lobby Dash Resort  Langkawi. Setibanya disana, kami disambut oleh penyambut tetamu dan dibawa terus ke special dedicated check in counter. Check-in yang sangat smooth. Hanya perlu sign dan terus mendapat kunci bilik. Seperti hotel lain, perasaan biasa sahaja bila tiba di lobby resort, namun, bertukar menjadi sinar kebahagiaan semasa proses check in, apabila anak mata saya terpandang satu permandangan yang sangat indah. Permandangan yang susah untuk dapat di mana-mana resort yang lain. You not gonna believe me. Oh ya, welcome drink yang sangat unik juga dihidangkan disini beserta dengan light refreshments. Trust me, the Thai sauce is one of the best I ever had. 

Lobi Dash Resort Langkawi

 
Minuman dan makanan ringan  dihidangkan sebagai tanda Selamat Datang

Before checking in into the room, kami menikmati our first lunch at the Mya Kitchen and Cocktails. Subhanallah, cantik nya view kat luar. Lunch sambil tengok laut Andaman melalui dinding glass sangatlah amazing. Saya memilih hidangan seafood Aglio Olio dan juga Ice Lemon Tea sebagai makanan tengah hari. Best part, seafood Aglio Olio dia dibanjiri dengan kepah, udang dan sotong. Sedap. Harga yang dikenakan dalam menu juga berbaloi dengan rasanya.

Seafood Aglio Olio by Mya Kitchen and Cocktails

Selepas makan tengah hari, kami terus ke bilik untuk segarkan badan. Oh my god, cantik gila bilik ni. Kami menginap di Studio Room. Keriangan kami tidak habis disini apabila setiap katil di Dash Resort Langkawi dilengkapi dengan seekor patung arnab yang cute yang berwarna biru. Welcome notes dan welcome sweet seperti macaroon yang juga berwarna biru di sediakan diatas meja. For your information, tilam kami dilengkapi dengan cadar yang mempunyai 400 thread count ya. Saya ulangi 400 thread count. Manakala, normal luxury hotel hanyalah mempunyai 350 thread count. Sungguh selesa untuk tetamu yang ingin berehat dibilik. Toilet amenities disini juga menarik dan Bukan jenama toilet amenities yang biasa. 

Welcome notes and welcome sweet, the blue macaroons

Badan segar, hati pun senang. Kami terus ke The Mad Tart Patisserie untuk menghadiri Mad Hatter Tea Party. Let's get fat! Beraneka kuih muih serta hidangan dessert di hidangkan disini. Saya paling gemar tart telur. The moisture of the tart is really appetising

Mad Hatter Tea Party

Mad Hatter Tea Party

Now, it's time for free and easy session. Apa lagi, terus sesi bergambar di sekeliling hotel kerana banyak port-port yang menarik untuk bergambar. As urban people said, there are lot of instagramable areas in this hotel. Oh ya, Dash Resort adalah bertemakan Alice in Wonderland, Down the rabbit holes. Jadi, cuba bayangkan luxury resort dengan element santai beserta warna yang exclusive. Menarik kan? 

Hotel bertemakan Alice in WonderlandDown the rabbit holes

Alang-alang kami ada free and easy time, kami mengambil kesempatan untuk menikmati pakej spa di Rabbit Hole Spa. Untungnya, kami dihadiahkan voucher untuk 30 minit Spa percuma. Terdapat empat jenis pilihan minyak urutan yang di campur aduk khas mengikut kesesuaian pilihan pelanggan. Ada yang bertujuan untuk hilangkan stress, ada juga minyak yang bertujuan untuk tenangkan fikiran. Jadi, saya decided serenity massage yang merupakan urutan aroma terapi teknik dari Bali bertujuan boleh menenangkan fikiran saya supaya saya lebih relax dan segar. Oh ya, hidangan jus bunga telang untuk welcome drink serta air kosong untuk penamat sesi juga disediakan. 


 
 Rabbit Hole Spa

Rabbit Hole Spa: Just Bunga Telang sebagai air selamat datang

Sementara masih ada masa, saya sempat menggunakan swimming pool yang terletak di Dash Resort Beach Club. Kelainannya, kolam renang di Dash Resort merupakan kolam renang infinity pool yang menghadap laut andaman serta uniknya, dinding pool merupakan glass door. Ah, ibarat seperti ikan berenang keriangan. Kolam renang juga disertakan dengan section jakuzzi untuk dinikmati bersama menu koktel. 


 
Kolam renang infiniti

Matahari yang bercahaya menandakan sudah tiba waktunya ingin terbenam. Kami dengan berbesar hati menyertai senaman pilates di dipersisiran pantai sambil mengadap keindahan  sunset yang terbenam diufuk barat. Senaman ini dianjurkan khas oleh pihak Dash Resort Langkawi untuk para tetamu. 

Aktiviti Pilates dilakukan ketika matahari terbenam

Setelah semuanya selesai, kami dijemput untuk menikmati hidangan makan malam bertempat di Mya Kitchen and Cocktails. Makan malam kami pada malam tersebut, Lamb Shank rendang, masakan dari Malaysia, Bebek bertutu masakan dari Indonesia, Tomyam seafood masakan dari Thailand dan Soft shell Crab masakan dari Jepun. Walau sedikit pedas, namun ianya cukup menyelerakan. 

Makan malam: Lamb Shank rendang, masakan dari Malaysia, Bebek bertutu masakan dari Indonesia, Tomyam seafood masakan dari Thailand dan Soft shell Crab masakan dari Jepun.

Sebelum pulang ke bilik untuk beradu, kami sempat menyaksikan pertunjukan akrobatik api yang berlangsung di persisiran pantai. Yang menariknya, kanak-kanak dan remaja wanita juga turut membuat persembahan tersebut

Suasana di malam hari Dash Beach Club


HARI KEDUA

Hari kedua kami dimulakan dengan senaman yoga yang diketuai jurulatih profesional. It is nice to practise Yoga under the sunrise while looking at the Andaman Sea.

Matahari terbit dimulakan dengan aktiviti Yoga

Kemudian kami disajikan sarapan pagi di Mya Kichen and Cocktails. Kami memilih English big breakfast, Nasi Lemak Rendang, bijirin serta roti bakar. Saya cadangkan jika anda berkunjung ke sini, anda cuba bijirin dan big breakfast. Sedap dan pasti tidak mengecewakan.

Mya Kitchen and Cocktails: Sarapan Hari ke-2

Sebelum acara Room Tour dari pihak resort, kami diberi kesempatan untuk melakukan free and easy activity. Saya mengambil untuk bergambar di segenap ruang resort yang cukup cantik dan 'Instagramable'. Sangat sesuai untuk golongan yang sukakan fancy environment. Dari sudut atas, Dash Resort Langkawi ibarat berada di Santorini. 

Permandangan hotel berhadapan dengan Lautan Andaman

Putih dan biru seakan Santorini.

Kami diberi kesempatan untuk melawat semua kategori bilik di Dash Resort. Dash Resort Langkawi mempunyai empat kategori bilik antaranya, studio room, garden view, jacuzzi sea view dan suite room. Semua bilik dilengkapi dengan 400 thread count bedsheets. Toilet amenities juga dari product yang berkualiti. Yang membezakan semua bilik adalah saiz dan room amenities. Jika studio room hanya memiliki basic amenity, garden view pula dilengkapi dengan taman hijau yang dihiasai dengan statue semut berwarna purple berserta sofa rotan dan juga bath tub di bahagian back yard. Bilik Jacuzzi sea view pula merupakan bilik premier yang mempunyai balkoni yang mengahadap laut andaman. Di bahagian balkoni juga disediakan dua kerusi malas beserta jacuzzi dengan permandangan mengadap pantai. Suite room merupakan bilik paling mewah dan sesuai didiami bersama ahli keluarga. 

Studio Room

 Semua bilik dilengkapi dengan 400 thread count bedsheets

Garden View Room

Garden View Room

Garden View Room

Jacuzzi Sea View Room

Hidangan makan tengah hari kali ini kami pilih pizza, nasi goreng udang dan juga bagel. Manakala untuk minuman, kami pilih air kelapa segar dan juga jus oren. Air kelapa segar sebernya sangat ngam dipadankan dengan nasi goreng udang untuk dinikmati pada waktu makan tengah hari. People say, it's really refreshing. 

Makan tengah hari: Pizza, Nasi Goreng Udang dan Bagel

Seperti biasa, disaat free and easy activity, kami akan memilih untuk bergambar disegenap sudut hotel yang sangat instagrammable ini sebelum dijemput untuk sesi evening cocktails ditepi pantai sambil menikmati sunset. Untuk evening cocktails anda boleh memilih cocktails, mocktails mahupun jus yang terdapat dalam senarai menu cocktails

Jus sambil menikmati permandangan yang awesome

Pada malam tersebut, kami bertuah kerana dapat menikmati hidangan makan malam bersama Group Managing Director Ri-Yaz Resort, Dato Seri Mohammed Shaheen Shah Bin Mohd Sidek. Sambil menjamu selera, sempat juga di ajukan sesi Q&A bersama Dato Seri. Berasa kagum dengan rancangan Ri-Yaz group untuk membuka banyak cawangan hotel dan resort di serata Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam dengan membawa nama Malaysian Hospitality.

 
Mya Kitchen and Cocktails: Dinner hari ke-2


HARI KETIGA

Keesokan hari, usai sahaja sarapan pagi, kami bergegas untuk checked out dari bilik hotel untuk menghadiri sesi Grand Opening yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad. Yang menariknya, Dato Siti Nurhaliza juga ada membuat persembahan mengejut untuk menghiburkan hati Tun Siti Hasmah. Para hadirin yang menghadiri majlis ini mendapat kejutan hadiah sebuah patung bunny trademark dari Dash Resort Langkawi yang terdapat di dalam goodies bag. Para tetamu juga diberi penghormatan untuk mencuba menu dim sum yang bakal disajikan di restoran milik Ri-Yaz group pada bulan hadapan.



Mya Kitchen and Cocktails: Breakfast hari ke-3

Setelah selesai Majlis Perasmian, kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan diringi oleh pihak pengurusan Dash Resort Langkawi serta krew-krew hotel. Urusan checked out sangat pantas dan menyenangkan.

Grand Opening yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad

Untuk pembaca, saya cadangkan ada untuk menginap di Dash Resort Langkawi jika anda inginkan resort yang mewah tetapi sempoi dan kasual. Untuk para pembaca yang pentingkan keunikan bergambar, Dash Resort Langkawi juga merupakan antara resort yang patut anda letak dalam senarai anda.

Thank you Dash Resort Langkawi for an amazing trip!



Check the prices of DASH RESORT LANGKAWI in Booking.com. Click Here!
Check the prices of DASH RESORT LANGKAWI in Agoda.com. Click Here!
Check the prices of DASH RESORT LANGKAWI in Hotelscombined.com. Click Here!
Check the prices of DASH RESORT LANGKAWI  in Traveloka.com. Click Here!
Check the prices of DASH RESORT LANGKAWI  in Hotels.com. Click Here!


Staycation Awesome 3 Hari di Dash Resort Langkawi Reviewed by mytravellicious on 3:22 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS - Food & Travel Blog Malaysia © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.