Merancang Travel ke Cebu? Ini 4 Air Terjun yang Awesome Menanti Anda - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

Merancang Travel ke Cebu? Ini 4 Air Terjun yang Awesome Menanti Anda


Cebu adalah sebuah tempat favourite aku. Pertama kali jejak kaki disini pada tahun 2013, kurangnya info dan akhirnya aku cuma meluangkan masa aku di bandar Cebu. Pada tahun lepas, aku travel lagi sekali di Cebu secara solo, dan berdasarkan pengalaman aku disana, Cebu adalah sebuah tempat yang sangat sesuai untuk pencinta alam dan aku muingkin akan kembali lagi disini. Banyak lagi tempat yang belum diexplore.

Air terjun bagi aku adalah sebuah permata bagi sesuatu tempat. Di Cebu, anda akan dapat menikmati puluhan air terjun. Cuma larat ke tak je nak lawat semua. Disana, aku menginap di Sisters Inn, Moalboal dan mengambil peluang untuk menyewa sebuah motosikal supaya mudah aku untuk bergerak. Dengan hanya menggunakan Google Maps dan Waze, alhumdullilah perjalanan aku selamat dan berjalan dengan lancar.


Banyak tempat-tempat yang menarik sempat aku lawat. Tapi, kali ini aku ingin berkongsi 4 air terjun yang awesome dan yang patut anda lawat dan terjah.


1. Kawasan Falls

Ini adalah air terjun yang paling popular di sini. Anda boleh juga bermalam di sini kerana terdapat hotel di sebelah air terjun ini sahaja. Aku pernah singgah disini 2 kali. Sekali selepas aktiviti canyoneering dan sekali lagi, aku pergi awal pagi dalam jam 7, orang tak da lagi disini dan sangat sejuk. Best jugak sebab terasa privacy.


Di hadapan pintu masuk, ada syarikat yang menawarkan pakej canyoneering. Aktiviti wajib yang patut anda cuba. Tapi untuk yang fit sahaja dan pastikan menggunakan kasut yang betul. Anda perlu memanjat batu yang licin, mengharungi arus dan malah perlu terjun dari tebing yang tinggi. Aktiviti canyoneering akan berakhir di Kawasan Falls. Jangan lupa untuk Kawasan Falls massage, dimana dengan menggunakan rakit, anda diurut oleh air terjun disini . Best!. Tapi dengarnya sekarang servis rakit telah diberhentikan kerana terdapat banyak komplen pasal scam.


   



2. Inambakan Falls

Perjalanan seterusnya adalah ke Inambakan Falls. Perbandukan Google Maps. Semakin hampir dengan kawasan kampung, jalan raya semakin sempit dan hanya boleh dilalui dengan motorsikal. Ada jalanraya yang mendaki dan ada juga menjunam tajam. Cuma berhati-hati, dan pastikan skill membawa motorsikal anda adalah tinggi. Sampai penghujung jalan, anda boleh meletakkan motorsikal anda berhampiran rumah disitu. Dan anda perlu membayar duit untuk parking.


Untuk ke sini, aku sempat bertanyakan dengan tuan punya rumah bagaimana hendak ke sini. Tanpa bercakap disebabkan tidak fasih berbahasa Inggeris, makcik itu cuma tunjuk jalan di kawasan hutan. Sunyi!. Aku pun memulakan perjalanan. Ada beberapa ekor anjing mengekori aku dan akhirnya menjadi guide aku ke air terjun ini. Betul, merekalah yang menunjukkan aku jalan ke sini. Untuk ke air terjun ini, anda perlu mendaki ke bawah. Jangan risau, ada tangga batu disediakan. Untuk balik nanti, agak hazab jugaklah.


Dalam 20 minit, sampai dah aku di Inambakan Falls. Fuh, cantik gila!. Yang peliknya takda orang pun. Aku cuma berseorangan dan ditemani oleh beberapa ekor anjing. Anjng-anjing tersebut bersantai tidur sambil menunggu aku menikmati air terjun. Pelik betullah, tapi dengan kehadiran mereka, aku berasa agak selamat. Disebabkan aku berseorangan, aku tak nak ambil risiko untuk berenang seorang diri. Cuma membasahi sedikit dengan tempias air terjun. Selepas 20 minit, ada 2 orang lagi yang datang, local Philipino dari Manila. Dalam sejam aku disini, aku pun bergerak ke tempat seterusnya.


3. Dau Falls

Untuk ke Dau Falls, anda perlu alert dengan satu simpang masuk ke sini dari jalan Kawasan Falls ke Oslob. Simpang yang hanya ditulis dengan cat. Sampai di kawasan Dau Falls, terdapat tempat parking motorsikal. Anda seterusnya aakan di sapa oleh guide sana dan dibawakan ke kaunter pendaftaran. Ya, anda perlu mendaftar dan mengisi buku pelawat. Perlu juga membayar yuran masuk. Jangan risau, tak mahal pun.



Untuk ke Dau Falls, dari kaunter pendaftaran, anda akan diberikan guide sehingga ke Dau Falls. Time tu, aku sorang dan ditemani oleh 2 guide. Kedua-duanya masih lagi budak. Untuk ke Dau Falls ni, perlukan stamina untuk trekking, view superb.


Ada beberapa air terjun kecil dilalui. Penghujung jalan adalah Dau Falls! Terpesona aku sekejap dengan air terjun ini. Air terjunnya sangat unik. Walaupun airnya tidak deras, tetapi kawasan ini seperti dilukis. Warna dinding batu disini membuatkan air terjun disini begitu indah sekali. Seperti sebuah kolam renang yang tertutup. Sewaktu di sana, hanya ada seorang pasangan dari Israel dengan guide diorang. Tidak ramai lagi yang tahu pasal Dau Falls ini. Aku rasa Dau Falls ini wajib pegi. Kalau nak pegi sini, jangan lupa bawak pelampung yang macam unicorn tu. Mesti superb gambar nanti.




4. Tumalog Falls

Air terjun ini terletak di Oslob. Di hadapan simpang masuk ke kawasan Tumalog Falls, akan ada habal-habal (teksi motorsikal) menunggu anda untuk dibawa masuk ke kawasan atas. Ya motosikal biasa akan sukar ke sini, sebab kena mendaki jalan yang mempunyai sudut yang curam. Kawasan Tumalog Falls ini memang dah komsersial. Tapi time aku datang, tak da orang. Satu tips nak pegi sini, make sure pegi awal sebelum orang yang datang melawat Whale Sharks tu belum lagi sampai di Tumalog Falls.


Tumalog Falls ni ada musim dia jugak. Kalau hujan, banyaklah air dia. Kalau takda hujan, mungkin air terjun pun tak ada. Airnya tak deras, dia macam hujan renyai-renyai. Tapi agak unik. Jarang aku jumpa air terjun macam ini. Tapi berhati-hatilah sebab time aku disini, banyak tanah dari atas air terjun macam runtuh.

Merancang Travel ke Cebu? Ini 4 Air Terjun yang Awesome Menanti Anda Reviewed by Abang Fadli on 8:00 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.