The Taaras Beach Resort and Spa, Permata di Pulau Syurga, Pulau Redang - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

The Taaras Beach Resort and Spa, Permata di Pulau Syurga, Pulau Redang


Siapa tak tahu Pulau Redang, antara pulau yang tercantik di Terengganu dengan pantai pasir putih dan air laut jernih yang sesuai untuk aktiviti snorkeling dan diving. Pulau inilah yang dikenali sebagai 'Paradise Island of Malaysia'  ataupun pulau syurga di Malaysia.




Akhirnya aku dapat juga jejak ke Pulau Redang ini buat kali pertama! Sebenarnya banyak pulau dekat Malaysia aku tak sempat sampai lagi. Huhu! Terima kasih kepada Berjaya Group atas jemputan dan Starbucks, Adidas, Krispy Kreme, Anytime Fitness dan Floats2u Malaysia di atas sponsor gifts sepanjang trip ini.



So, back to the trip! Jadi untuk ke Redang ni mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dengan bas atau kereta, dan 45-60 minit perjalanan dengan bot dari jeti Merang atau jeti Shahbandar, Terengganu.
 


Tapi untuk pengunjung The Taaras Beach & Spa Resort, korang ada pilihan yang lebih selesa mengikut pakej sama ada ingin naik kapal terbang persendirian oleh Prima Air dari Subang terus ke Redang yang disediakan khas untuk pelanggan The Taaras. Atau boleh naik bot persendirian baru (dipanggil ANSA) yang disediakan resort dari Duyong Marina, Kuala Terengganu ke Redang.

 

The Taaras Beach & Spa Resort ini adalah sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang dimiliki oleh Berjaya Group. Jadi tak terkejut kalau korang dapat layanan selesa seperti raja & permaisuri sepanjang honeymoon atau percutian keluarga di sini.  

 
Waktu sampai di resort dengan bot yang disediakan, staf resort dah menunggu di lobby dengan air jus segar dan tuala lembut. Sebabnya awal bulan Mac, musim angin Monsun belum berakhir lagi dan ombak laut masih kuat. Sedikit sebanyak korang akan basah meredah ombak sewaktu perjalanan ke pulau. Mencabar jugak perjalanannya! Haha. 


 

Jadi kalau nak datang Redang, waktu paling baik untuk bercuti disini adalah antara hujung Mac hingga awal Oktober. Laut tenang, air jernih, angin sepoi-sepoi dan banyak aktiviti disediakan yang boleh dibuat.
 

Antara aktiviti yang ada contohnya parasailing, island hoping, kayak, banana boat, diving, snorkeling dan banyak lagi. Kalau musim ombak kuat ni, korang boleh cuba surfing. Susah jugak surfing ni rupanya. Haha! Kalau nak yang jenis aktiviti tenang dan relaks, korang boleh cuba spa treatment yang disediakan.


 


Kat sini aku sempat untuk mencuba aktiviti snorkerling. Apa yang menarik adalah peralatan dan bot semuanya disediakan oleh pihak resort, jadi korang cuma pilih pakej yang korang nak dan have fun!  

 

 
Selain tu yang korang perlu tahu, The Taaras Resort ni ada private beach diorang sendiri. Jadi kebersihan pantai lebih terjaga, orang tak terlalu ramai dan permandangan pantai dia memang menawan. Jadi ada privacy sedikit untuk korang berseronok dekat pantai dia. Memang betul-betul syurga!



Kalau korang tak nak mandi dan cuma nak lepak berjemur, menghadap pantai ni ada beach bar kepunyaan resort. Boleh order jus atau softdrink untuk minuman tanpa alkohol sambil layan angin pantai. Layan angin pantai sampai tertidur!


 



Cerita pasal tidur, korang ada banyak pilihan untuk jenis bilik. Kalau nak dekat dengan pantai korang boleh pilih Garden atau Ocean Front types. Kalau nak pemandangan laut yang best dari atas bukit, boleh ambil Cliff types. Untuk lebih info jenis-jenis bilik yang ada, korang boleh tengok kat sini.






Bilik yang aku duduk adalah Cliff Premier Twin. Ada katil untuk dua orang, private balcony dan bilik mandi besar sekali dengan bathtub. Bilik ni bersambung dengan Cliff Premier Suite, yang mana ruang bathtub dia lagi best sebab menghadap laut! Memang relax sepanjang duduk kat sini.


 



Nak lagi best kalau datang dengan family besar atau gathering, boleh cuba The Taaras Villa. Satu villa untuk korang lengkap dengan 5 bilik, ruang tamu dan ruang makan besar, TV 50" lengkap karaoke set, ruang bacaan, dan paling menarik semestinya infinity pool dia. OMG, best gila! 




Selama 4 hari 3 malam aku kat The Taaras Beach & Spa Resort ni memang puas hati! Sesuai dengan taraf 5 bintangnya. Kalau nak cerita semua, siap satu buku aku tulis nanti. Haha! Overall dari view dia, bilik, fasiliti, makanan, aktiviti yang disediakan dan layanan staf semua memang terbaik!



 

Kalau ada yang berminat nak datang dan nak tahu lebih info, korang boleh terus check di laman rasmi The Taraas Resort di www.thetaaras.com. Dan jangan lupa share pengalaman korang bercuti dekat sana.

#BerjayaHotelResorts #rediscovertaaras #rediscoverredang #thetaaras #primaair #redang #terengganu #dekatje

*Entri ini telah ditulis oleh salah seorang crew mytravellicious, Anip Ishak bersempena dengan "Media FAM Trip The Taaras" yang telah diadakan pada 2-5 Mac 2017 oleh pihak Berjaya Group. Terima kasih di atas jemputan.
The Taaras Beach Resort and Spa, Permata di Pulau Syurga, Pulau Redang Reviewed by Abang Fadli on 11:13 AM Rating: 5

No comments:

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you!

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2015
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.