05 February 2016

7 Tips & Tricks Menempah Hotel Secara Online Yg Anda Perlu Tahu

   2 comments     
categories: 

Walaupun semasa aku backpacking, kebanyakan hostel/hostel yang aku tinggal adalah hasil daripada walk-in, iaitu hotel/hostel yang paling murah dan selesa setelah kita survey hotel/hostel di sekitarnya.

Tetapi, jika kita traveling di musim cuti sekolah ataupun pada musim puncak, sebaik-baiknya kita hendaklah menempah bilik hotel terlebih dahulu. Ada juga sesetengah imigresen yang memerlukan kita untuk menunjukkan cetakan tempahan bilik. Walaupun anda menggunakan AirBNB, ada seseubuah negara sebenarnya tidak membenarkan anda untuk tinggal di rumah penduduk setempat. Jadi anda perlu tahu tips & tricks bagaimana untuk memanipulasikan situasi ini.

Semua ini adalah berdasarkan pengalaman diri saya sendiri setelah beberapa tahun berkecimpung di dalam dunia kembara ini. Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang tidak. 

Semoga bermanfaat dan semoga anda berkongsi dengan rakan anda.


1. Perlukan cetakan tempahan, tetapi anda tidak menginap disitu sebaliknya tinggal dengan host Couchsurfer atau AirBnb.

Meletakkan alamat rumah kawan, hos CS ataupun hos AirBnb di dalam borang tiba adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak dan akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Ada sesetengah negara yang tidak membenarkan anda tinggal di rumah penduduk setempat, contohnya Myanmar. Di Jepun juga AirBnb masih lagi belum dibenarkan sepenuhnya.

Jadi, untuk kes ini, anda perlukan cetakan tempahan bilik. Caranya senang sahaja, melalui tempahan Booking.com, anda tidak perlu membayar bilik tempahan anda terlebih dahulu kerana akan dibayar semasa check-in. Terdapat pilihan dimana, anda boleh membatalkan tempahan secara percuma 7-3 hari sebelum anda check-in. Jadi, untuk mendapatkan cetakan tempahan bilik, tempahlah hotel yang anda nak pada tarikh anda travel, setelah mendapat email confirmation, sila cetak email tersebut. Setelah selesai, anda boleh batalkan tempahan anda secara percuma. Di kaunter imigrasi, cuma tunjukkan cetakan tempahan hotel tersebut. 

Permandangan matahari terbenam di Kolam Renang Infiniti, C'haya Hotel, Tanjung Aru, Sabah

2. Hendak menempah bilik termurah, tetapi sampai di sana nanti hendak cari bilik yang lebih murah. Jika tidak datang, takut akan kena charge.

Okay. Trick ini banyak yang tidak tahu. Anda boleh menempah bilik melalui Booking.com tanpa membuat sebarang pembayaran. Betul atau tidak?. Tempahlah bilik yang anda rasa murah dan selesa sebagai pilihan terakhir sekiranya anda tidak menjumpai bilik yang lebih murah dari itu ataupun bilik sudah penuh. 

Tapi, mereka akan caskan bilik jika tidak mendaftar? Jangan risau, semasa meletakkan data kad kredit di dalam Booking.com untuk verifikasi. Masukkan 3-digit CVV yang SALAH. Contohnya jika nombor kad kredit anda 123, anda masukkan 456. Tempahan akan berjaya. Kebanyakan hotel di dalam Booking.com jarang memeriksa kad kredit anda. Tetapi ada sesetengah juga akan membuat verifikasi. Jika verifikasi gagal, mereka hanya akan menghantar email peringatan tetapi mereka tidak membatalkan tempahan anda. Jika anda tidak muncul, anda tidak akan dikenakan sebarang cas, sebab mereka tidak dapat melalui transaksi kerana 3-digit kad kredit tersebut adalah salah.

Trick ini juga manfaat seperti trick No.1, cuma disini anda tidak perlu membatalkan tempahan anda. Takut, pihak imigrasi menelefon hotel anda, jadi tempahan anda memang ada disini.

3. Bagaimana pulak website yang mengenakan deposit. Memang tidak dapat menipu 3-digit. Jika tidak check-in, akan dikenakan cas.

Seperti Hostelworld & Hostelbooker, website ini akan mengenakan 10% daripada jumlah tempahan anda. Anda perlu membayar deposit ini dengan menggunakan kad kredit. Jika anda tidak muncul pada hari anda tempah, anda akan dikenakan cas 1 malam penginapan.

Untuk kes ini, penggunakan kad debit adalah sangat bijak. Pastikan kad debit tersebut sentiasa kosong dan hanya diisi wang sekiranya anda ingin menggunakan. Untuk pembayaran deposit, contohnya deposit sebanyak RM20 dikenakan, cuma isi RM20 di dalam debit kad anda. Biarkan kad debit anda kosong selepas itu. Jika anda tidak muncul, mereka tidak akan dapat mengenakan cas ke atas debit kad anda kerana transaksi ditolak.

Bilik dorm, Rainforest Bed & Breakfast, Kuala Lumpur

 4. Pencarian bilik paling murah.

Di internet, terbanyak banyak website pencarian hotel. Tahukah anda harga bilik adalah berbeza di setiap website ini. Jadi untuk membandingkan harga-harga website ini, aku syorkan website seperti Trivago ataupun Wego. Mereka akan membandingkan harga bilik yang ditawarkan oleh pencarian hotel seperti Booking.com, Agoda, Hotel, LastMinute, AirAsiaGo, Expedia dan sebagainya.

Setelah mendapat harga termurah, take note terlebih dahulu. Apa yang perlu dibuat seterusnya, anda boleh menelefon hotel tersebut untuk mendapat harga promosi pada tarikh yang sama, bandingkan. Jangan lupa bertanyakan sama ada harga sudah termasuk tax ataupun tidak.


Kolam renang, Citadines Uplands Hotel, Kuching Sarawak

5. Mengumpul points

Aku rasa semua sudah tahu cara untuk mengumpul points seperti Agoda, Hostelworld dan sebagainya. Untuk Agoda, points tersebut boleh ditukar kepada nilai wang di mana anda boleh menolak harga bilik berdasarkan points terkumpul anda. Anda mungkin tidak perlu membayar apa-apa pun untuk bilik tersebut sekiranya point terkumpul anda begitu banyak.

Tetapi bagaimana untuk memanupulasikan points ini. Anda akan mendapat point berdasarkan harga bilik, semakin mahal semakin banyak point. Anda juga akan mendapat point sekiranya anda membuat ulasan hotel, 500point untuk satu ulasan. Ramai yang tidak tahu, jika anda menempah 10 malam di dalam satu tempahan, maka anda perlu membuat 1 ulasan, jadi 500 point anda dapat, sepatutnya anda haruslah menempah 10 tempahan, 1 tempahan untuk 1malam. Jadi 10 malam, 10 tempahan, anda perlu membuat 10 ulasan yang sama dimana anda akan mendapat 5000 points Agoda. Genius? Memang genius.
 
 6. Harga hotel berubah dari masa ke semasa

Jika anda membuat tempahan melalui booking.com dimana tiada bayaran dikenakan, walaupun anda telah membuat tempahan sebulan lebih awal, anda perlu untuk mencari lagi bilik di hotel yang sama di hari yang sama. Ini adalah kerana, harga hotel tersebut boleh berubah-ubah.

Pernah terjadi kepada aku, 2 bulan sebelum harga hostel harga RM200, tetapi 1 bulan sebelum harga hostel jadi RM150, tetapi sebab anda telah membuat tempahan RM200, anda perlu membayar jumlah tersebut. Jadi, apa yang anda perlu buat, batalkan tempahan anda, tempat lagi sekali supaya harga di dalam borang tempahan ditukar.

Deluxe room, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

7. Penggunakan Private Tab / Incognition Window

Ini ramai yang dah tahu, silala guna Private Tab untuk Mozilla ataupun Incognition Window untuk Chrome semasa mencari bilik tempah anda. Ini adalah kerana, jika anda tidak menggunakan kaedah ini, anda mungkin akan mendapat bilik dengan harga yang lebih mahal untuk lawatan ke website tersebut pada kali kedua. Ini adalah kerana website tersebut mempunyai rekod lawatan anda sebelumnya.

Trick ini juga boleh digunakan untuk pencarian tiket pesawat.


Bonus Trick

Pilihan negara hendak pergi dan website hendaklah sama

Okay, tricks ini agak complicated. Contohnya, jika anda hendak booking bilik di negara Australia menggunakan Booking.com, anda janganlah membuat pilihan "Country" anda Malaysia ataupun negara lain, letakkan negara Australia dan juga currency anda letakkan "Austria Dollar", jangan letak Ringgit. Akan terdapat perbezaan harga disitu kerana, rakyat tempatan akan dikenakan diskaun.

Jika anda memilih Country "Japan", kemungkinan website ini akan menggunakan bahasa Jepun. Jadi anda perlu membuka website tempahan bahasa Jepun ini dengan menggunakan Google translation.

Tak tahu korang faham ke tak, cuba buka website booking.com, anda akan nampak bendera kecil di atas website tersebut. Ya, itulah yang aku maksudkan.

Kolam Renang di Pacific Express Hotel, Kuala Lumpur

04 February 2016

Aku dan Kemalangan Motorsikal di Krabi

   4 comments     
categories: ,

Kejadian ini terjadi pada 3 tahun lepas dan masih lagi jelas di dalam ingatan aku. Sebelum aku mengalami Amnesia, marilah aku menceritakan apa yang telah berlaku.

Krabi, tempat yang begitu sinonim dengan backpackers, syurga backpackers katakan. Jika di forum backpackers di Facebook, soalan kembara ke Krabi adalah tersangat cliche kerana menganggapkan kembara ke Krabi adalah seperti kembara ke Kuala Lumpur sahaja, kerana terlampau senang. Boleh menjadi emosi jika terbaca soalan mengenai Krabi.

Jika anda pertama kali hendak mengembara, tidak kisahlah sama ada secara backpacking ataupun ala-ala mewah Dato Vida, saya syorkan Krabi. InsyaAllah mudah dan murah.
Aku dari Hatyai ke Krabi dengan menggunakan minivan. Perjalanan adalah lebih kurang 4 jam. Aku memilih untuk tinggal di bandar Krabi, lebih specifiknya Hostel Pak Up. Ya, hostel Pak Up adalah tersangat popular pada masa ini, lagipun harga bilik dormnya adalah murah. Sekarang ini, harga bilik dormnya adalah dalam RM30, jika 3-4 tahun lepas cuma RM20 sahaja. Tetapi, boleh dikatakan kondisi hostel dan keseronokan untuk tinggal disini adalah terbaik.

Nak di jadikan cerita, aku mengambil keputusan untuk menyewa sebuah motorsikal. Di bandar Krabi ini, banyak kedai yang menawarkan servis sewa motorsikal ini. Jadi aku memilih untuk menyewa motorsikal yang berdekatan dengan hostel aku.

Seperti biasa, keramahan aku memang di tahap maksima semasa travel, sebabnya solo. Aku melepak di kedai sewa motorsikal tersebut. Bercerita tentang Krabi, isu semasa dan sebagainya. Kebetulan pekerja di kedai tersebut adalah Muslim, jadi katanya tidak perlu risau, kerana kita adalah bersaudara.

Kaunter check-in Pak Up Hostel
Jika anda ada terbaca di internet, penyewaan motorsikal di Thailand adalah sangat berisiko untuk anda terkena scam dan ditipu. Scam sewa motorsikal ini adalah terjadi apabila anda meninggal passport sebagai cagaran motorsikal, dan apabila anda hendak mengembalikan motorsikal tersebut, tuan empunyai kedai ataupun pekerja kedai mengatakan anda telah menyebabkan kerosakan / kecatatan pada motorsikal tersebut samaada berupa goresan ataupun kerosakan mekanikal. Jadi, untuk mendapatkan kembali passport anda, anda haruslah membayar sejumlah wang yang banyak.

Disebabkan peringatan yang aku baca di internet, jadi aku meneliti motorsikal yang bakal aku sewa, ada goresan di permukaan motorsikal, akan aku beritahu dengan pekerja tersebut dan akan ditandakan di kertas kontrak sewa. Setelah aku puas hati dengan kondisi, aku pun memulakan perjalan aku.

Kebetulan di Krabi pada masa tersebut hujan turun dengan lebatnya. Setelah hujan berhenti, aku pun memulakan perjalanan untuk menjelajah Krabi. Tempat yang pertama aku pegi semestinya stesyen minyak. Kelebihan motorsikal automatik adalah penggunaan minyak yang minamal.

Yang sebenarnya,inilah pertama kali aku menggunakan motorsikal automatik, dimana kedua-dua brek hadapan dan belakang di kawal oleh jari. Selalunya jika motorsikal biasa, brek belakang di kawal pada kaki kanan dan brek hadapan di kawal oleh tangan kiri.

Setelah mengisi petrol, aku pun memulakan perjalanan. Aku mengambil keputusan untuk jalan-jalan di Ao Nang. Bandar Krabi ke Aonang mengambil masa dalam 15-20 minit.

Dengan keadaan jalan yang licin, aku memandu dengan kusyuk dan berhati-hati. Cuma bawa motorsikal perlahan-lahan di sebelah kiri.

Untuk tambahan pengetahuan anda, di Thailand, aku ada terbaca di internet, jika terdapat kemalangan jalan raya, jika mangsa cedera, maka di pesalah haruslah menanggung pembiayaan kehidupan mangsa sehingga bila-bila. Jadi, oleh sebab inilah, jika terdapat kemalangan, mereka mendoakan si mangsa untuk mati serta merta supaya mereka tidak menanggung beban. Jika kemalangan di tempat yang sunyi, kemungkinan setelah kemalangan tersebut, anda masih hidup, tetapi anda mungkin akan dilanggar berulang-ulang sehingga anda mati. Ngeri bukan?

Di sebuah market di bandar Krabi

Sambungan cerita aku. Di dalm kusyuk aku memandu, tiba-tiba kereta di hadapan aku berhenti mengejut di tepi jalan. Aku yang memandu sebelah kiri ini pun gelabah.

Dengan keadaan gelabah, aku tertekan brek tangan sebelah kiri, maksudnya brek tayar hadapan. Di sebabkan jalan yang licin, ditambahkan lagi brek tayar hadapan, maka motorsikal aku hilang kawalan sehinggalah aku mengalami kemalangan.

"BOOOM!" Wah, gituuu bunyinya. Dunia aku gelap seketika. Badan dan mukanya menyembah bumi. Lebih kurang seminit aku berada di posisi vogue ala-ala supermodel ini.

Nasib baik aku tidak melanggar sesiapa, cuba kemalangan sendiri sahaja. Juga aku kemalangan di sebelah kiri jalan dan tiada kenderaan di belakang aku semasa kemalangan. Jika tidak, memang arwah.

Kebetulan aku kemalangan di hadapan sebuah kedai. Empunya kedai tersebut keluar dari kedai dan berlari ke arah aku. Dia bertanyakan sesuatu kepada aku di dalam bahasa Thailand. Aku tidak menjawab sebab aku masih lagi di dalam keadaan trauma.

Aku mula berdiri tetapi tidak berjaya. Dunia seolah-olah berputar dan pernafasan aku tersekat. Aku tidak dapat bernafas. Mungkin kerana hentakan di perut yang kuat. Aku kembali duduk untuk seketika.

Mendengar orang sekeliling bertanyakan sesuatu, aku memberitahau "I am not Thai, I am Malaysian". Terus yang cuba membantu aku bertukar dialek bahasa. Sekarang dia mula bercakap di dalam dialek "Kelantan-Siam"... tapi aku kurang faham. Aku cuma mengatakan "I am okay, I am okay". Dia suruh aku pergi ke kedai dia duduk dahulu dan minum air.

Aku tidak mengendahkan, aku cuma mengangkat balik motorsikal aku, mengambil beberapa minit untuk kembali cergas.

Long Tail Boat di salah satu pulau di Krabi

Aku lihat bahagian sebelah motorsikal aku memang tergores dasyat. Aku mematikan niatku untuk ke Ao Nang. Tiada seberang kecederaan di badan ku. Aku bernasib baik. Cuma, badan aku masih terasa sakit dengan hentakan mengejut jalan.

Beginilah aku memulakan perjalanan aku, aku mempunyai seminggu lagi untuk travel ke Thailand.

Setelah kembalinya aku ke hostel, aku mula meminta nasihat dengan rakan-rakanku yang lain di Facebook dan TripAdvisor. Aku ingin bertanyakan berapakah caj yang akan dikenakan kepadaku.

Aku tidak kisah untuk membayar caj, kerana itu adalah kecuaian aku sendiri. Selepas 2 hari di Krabi, aku memulangkan balik motorsikal di kedai tersebut. Perasaan yang cukup gementar dan hanya Tuhan sahaja yang tahu, kerana jika aku tidak mampu membayar aku mungkin tidak akan mendapat passport aku kembali.

Aku masuk ke kedai tersebut, memberi salam dan berjabat tangan dengan pekerjanya. Seperti biasa, aku mula berborak dengan pekerja tersebut seperti tiada apa yang berlaku. Di dalam masa 5 minit lagi, minivan ke Koh Samui akan sedia mengambil aku di hadapan hostel ku.

Bot kedai makanan di salah satu pulau di Krabi

Setelah puas berborak, aku menyerahkan kembali kunci motosikal dan helmet. Tanpa diperiksa balik motorsikal, dia pun menyerahkan balik passport kepadaku. Aku beredar dari kedai dan melihat minivan telah menunggu aku, aku terus naik dan terus pergi ke Koh Samui.

Mungkin ada yang mengatakan perbuatan aku salah kerana aku menipu pekedai tersebut. Tetapi, rasanya aku tidak ada menipu apa pun, cuma aku tidak memberitahu. Dan ada yang mengatakan aku adalah salah seorang yang menyebabkan pekedai-pekedai motorsikal di Thailand tidak mempercayai pelancong asing.

Tetapi persoalan ku, berapa ramaikan yang telah mereka tipu berbanding kita yang tidak memberitahu mereka perkara sebenar. Setahu aku, dengan pelancong kulit putih, memang mereka tiada toleransi.

Pengajaran: Berhati-hatilah semasa memandu motorsikal ataupun kereta. Untuk tambahan, aku mempunyai insuran perjalanan.

Penulis menikmati jagung bakar di Krabi