Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-7 - MYTRAVELLICIOUS

Top Ad unit 728 × 90

random

Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-7

Hari ni pun weols bangun awal, kami breakfast dan santai2 kat hostel. Lebih kurang pukul 10am iols ngan keechan pun kuar hostel sebab plannya nak g visit narantuul balck market! Katanya naraantuul market ni bajuak barang kopi n murah2! Saja lah nak g jenjalang melihat alam n nengok benda yang boleh dibeli. So kaki pun jalan lah ke blue sky tower kononnya nak amek bus no 51. Tggu setengah min x jugak muncul bus tu, pastu tnya la awek kat situ, katanya kena jalan amek kat depan! Gigihlah jalan i ngan keechan ke depan. Misaki n syamil xnak g sbb katanya nak rest, lagipun xde plan nak beli pale pun kat sana! 



Moron city 
Khusvgul lake, hatgal

Baru sampai hatgal 

Jalan ke next bus stop pun junggu kat 40min jugan xde bus no 51. Aku ji kena mandram ngan undram dah agaknya! Wakakaka... Last2 aku tahan taxi suh bawak g sana! Dr area chenggis square ke naraantuul market cost arnd 5000tug. Agak jem ye pagi ni, kami sampai sana the terus nengok pelbagai benda! Sejujutnya iols rasa tmpat ni sebijik mcm chatuchak market kat bangkok! 

Cumanya weather kat sini best lah sebab x panas. Duk baca kat review internet n undram jugak pesan katanya ada byk pencoper n bag slasher kat sini, iols rasa macam okey n agak selamat la. Iols ngan keechan actually aim nak beli baju sejuk sbb weols x bawak baju sejuk yg agak tebal, setakat sweater jer. Tetapi dun tengok latest ramalan suhu kat khusvgul lake tu boleh jatuh sampai 5 4, maunya kecut perut gak kami! Haha.. So iols dengan jayanya membeli winter jacket berharga 20,000tug (myr37) dan keechan beli yang lebih tebal berharga 40,000 tug. Pastu i pusing lak area kain segala tu, tertengok cantik2 sungguh kainnya.. Last2 iols beli jugak kain 4 meter kaler biru! Feeling nak buat baju raya katanya.. Kenangan uolss! Hahaa... 

 Breakfast maggi sajor! — in Mörön.

 Morning view! — in Mörön.

Mencari penginapan murah! — in Mörön.

Lepas pusing keliling kami pun balim ke hostel sebabnya pkul 3pm kami nak kena naik bus kat dragon bus terminal untuk ke moron. Dari moron kami akan ke hatgal untuk abeskan masa kat lake khusvgul. 

Perjalanan dr ub-moron makan masa dari 3pm smpi 6am! 15 jam kau.. Hahaa... Pastu nak kena naik kereta pulak dalam 1 jam setengah untuk ke hatgal. Hatgal sebenarnya adalah town atau main centre untuk lake khusvgul ni. Naik keta sapu tu duk main deal2 merayu oun langsung x dapat diskaun! Silaka!! Hahah! So kami kena 20,000tug/pax! Nangess!! 

Sampai je hatgal uols boleh cari ger atau motel kat sini. View lake khusvgul pun dah terbentang. Sedappp mata memandang. Pilih je nak duk mana. Tepuk poket tanya wallet! Wakakaka... Rata2 kami duk tnya harga kat sini adalah dalam 20,000tug jugak per pax! Sadis! Duit dah makin kering ni. Based baca kat jnternet katanya boleh dapat 10,000 tug.. Tp plg murah kami jumpa 15,000tug. No shower, no breakfast! Aiyoh! Hahaa... 

 15,000tug/pax/nite with no facilities! — in Mörön.

 Stunning.. — in Mörön.

Camping uolss! — in Mörön.

Sebab kami xleh nak decide kemana, so awal pagi sampai tu kami pun terus lepak depan tasik blakang byk2 ger house or guest house tu. Hampar yoga mate, letak backpack masak maggi! Heavenny.. Hahaaa.. Abes makan maggi, kami explore lagi cari ger house murah2 dgn harapan ada lah rezeki weols, tp non hado! Hahaa..

Terpaksa lah call suly n dee mintak pendapat dorang! Wakakaaa

Jika nak ke remote area sikit, anda kena naik lagi keta sapu tu then bayar lagi, 10,000tug! kami ke area blue pearl camp (xtau pulak nama tempat ni), suly n dee jugak suggest! Hahaa.... Sebab masing2 dah sangkak mongolian tugrik, so kat sini weols camping jelah mampu depan tasik seluas alam ni! Pun tempat tapak camping suly n the gang dulu! Hahaa.. Tq suly n dee! Kekkee.. Best je layan view! View kat sini lagi best sebenarnya sebab tasik luas terbentang depan mata, cuma tulah! 

Based on logic calculation traveller sangkak mcm iols ni, kalo nak stay 2 malam kat khusvgul lake ni, adalah sama jer jika anda kena cas 15,000tug perjalanan pergi dan balik pun caj lagi. Pastu setting camping kononnya free, tp kalo x masuk remote area ni duk ger kat hatgal kos hangus tetap sama yerr! Wakakkaaa... Tapi sebab misaki cantik dan bijak, kami berjaya merayu abang taxi sapu tu dapatkan harga 10,000tug/pax/sehala! Hahah! 

 Misaki duk membebel! Hahaa — in Mörön.

 Duk masak lunch! — in Mörön.

Kain kat naraanthuul black market!
Sesampi di camping site, kami pun pacak khemah n masak nasi. Alhamdulillah!! Then kami pun buatlah hal masing2, ada yang tido, feeling baca novel, santai2 tepi tasik etc. Heheee

Kekdahnya weols ni sebenarnya dah kekurangan stok makanan. Beras dah abes, sardin tinggal 1 size kecik. Nasi segera brahim tinggal 2 pek je lagi. Camana nih? Hahaaa.. Later lah pikir! Sebabnya kami terlupa nak beli beras, roti masa kat hatgal sebab dun struggle nak cari ger kononnya.

 Baju tradisional mongolia

Entrance black matket

Malam mula menggelap dalam pukul 930pm. Syamil dan keechan mula nak membuat unggun api. Feelingnyaa uolss layan unggun api sejuk2 camni! Ekekekee

Bila jam dah menghampiri pukul 12 malam, weols pun semua berebut nak masuk tido! Berhimpit2 lah kesejukan kekdahnya sampai pagi!

Bersambung...


Kembara Mongolia ini telah dikongsikan oleh Saudara Chek Wan di Facebook dan perkongsian ini mendapatkan kebenaran dari beliau.
Travelogue Chek Wan - Mongolia - Hari Ke-7 Reviewed by Abang Fadli on 8:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. So beautiful place and have so many beautiful destination to visit. You captured awesome photos of that beautiful place. Best Hotel in Agra Near Taj Mahal

    ReplyDelete

Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

All Rights Reserved by MYTRAVELLICIOUS © 2009 - 2017
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.