19 October 2015

Singapore - Where to Eat? - Cheap Halal Buffet Restaurant in Singapore

 

SAKURA INTERNATIONAL BUFFET RESTAURANT

Sebulan lebih aku berada di Singapura kerana kerja, 3 kali dah aku pergi makan kat sini. Nama restoran ini adalah SAKURA INTERNATIONAL BUFFET. Terdapat beberapa cawangan restoran ini di sekitar Singapura. Aku hanya mencuba di satu tempat sahaja, iaitu cawangan di SAFRA berdekatan dengan Jurong Point Mall disebabkan berdekatan dengan aku tinggal.
I had stayed in Singapore for a month because of work, 3 times I had been to this restaurant. This restaurant called Sakura International Buffet. There are a few of branches around Singapore. I only tried at one branch only, at SAFRA near to Jurong Point Mall because near where I stayed.



Bayaran untuk seorang untuk makan malam adalah sekitar SGD34++, walaupun jika ditukar ke duit Malaysia ia adalah boleh dikatakan mahal, tetapi harga ini adalah sangat murah untuk restoran di Singapore. Kebanyakan hotel 5 bintang disini menawarkan buffet dengan harga SGD50-SGD70 untuk makan malam seorang. Memang tidak hairan jika di restaurant ini sentiasa penuh.
Price for 1 person for dinner buffet is around SGD34++, even though if you convert to Ringgit Malaysia it is quite expensive, but this price is consider cheap for the restaurant in Singapore. Almost 5 stars hotel here offering the dinner buffet around SGD50-SGD70. No wonder this restaurant always full of people.

Kepada penggemar makanan Jepun seperti Sushi & Sashimi, sudah tentunya makan disini adalah seperti syurga makanan. Banyak pilihan sushi disediakan. Sashimi pula semuanya segar-segar belaka.
To Japanese food lover like Sushi & Sashimi, of course eating here is like foods heaven. There is a lot of Sushi to choose. All the fresh Sashimi been served.


 


Terdapat juga pilihan menu BBQ, di mana KETAM gergasi juga dihidangkan. Ketam gergasi adalah sangat mahal, tetapi jika anda makan disini, anda bolehla makan sebanyak anda suka.
They also having the BBQ menu, where the King Crab also been served. King Crab is very expensive, but if you are eating here, you can eat as many as you want.


Pelbagai jenis dim sum juga dihidangkan. Aku adalah peminat dim sum. Bukan senang hendak mendapatkan dim sum HALAL di Singapura, dekat Malaysia pun susah.
Variety of dim sum been served. I am dim sum fan. It is not easy to get HALAL dim sum di Singapore, same goes in Malaysia.


Makanan traditional Melayu juga disediakan seperti SATAY, rendang, kuah kacang dan sebagai. Tidak lupa pula makanan India.
Malay traditional food also been provided such as Satay, rendang, peanut sauce and many more. Not forget to mention Indian food.




Untuk pencuci mulut, disediakan pelbagai perisa ais-krim, buah-buahan, jeli, pudding, dan aneka rasa kek. Terdapat juga pencuci mulut berasaskan durian seperti muffin dan pelat.
For the desert, a lot of ice-cream, fruits, jelly, pudding and variety of cake. Durian based desert also provided such as muffin and “pelat”
 



Apa-apapun, nikmatilah makanan di sini!
Anyway, enjoy the food here!

18 October 2015

Dubai: Where to visit in 5 hours?

   1 comment     
categories: 

Dubai Guide – What can you visit in 5 hours


Jika anda hanya mempunyai kurang daripada 5 jam di Dubai, ke manakah anda patut lawat? Tidak mustahil jika anda mengikuti guide ini.
If you have only less than 5 hours in Dubai, where should you visit? It is not possible if you follow this guide.


PENGENALAN
INTRODUCTION



Pada trip Dubai yang lepas, aku telah selamat di Dubai pada jam 11 malam dan penerbangan seterusnya adalah keesokan harinya pada jam 2.30 petang. Aku sampai ke kaunter imegresen hampir jam 12 malam dan perkhidmatan Metro telah pun tamat.

My last trip in Dubai, I safely arrived in Dubai around 11pm and my next flight was around 2.30pm the next day. I reached immigration counter almost 12am and the Metro service had been closed.

Rancangan awal aku adalah aku akan bermalam di Dubai Youth Hostel (RM100+) semalam untuk bilik dorm. Tetapi disebabkan perkhidmatan Metro telah tamat, jadi aku terpaksa untuk menukar rancangan segera dan “make it work”.
My early plan was that I will overnight at Dubai Youth Hostel (RM100+) for dormitory. Because of the metro closed, I need to change my plan immediately and make it work.

Aku tidak mahu menggunakan perkhidmatan teksi disebabkan aku mahu mengurangkan kos. Jadi aku mengambil keputusan untuk bermalam di Dubai Airport, dan the next morning, terus melawat bandar Dubai.
I do not want to use taxi as I was on budget. I decided to overnight at Dubai Aiport and the next morning will start visiting city of Dubai.

Tidur di lapangan Dubai adalah sangat tidak selesa. Anda cuma boleh tidur di kerusi di ruangan ketibaan. Kerusinya mempunyai tempat meletak tangan sebab itu membuatkan anda tidur dengan keadaan yang tidak selesa.
Sleeping at the Dubai airport was uncomfortable experience. You only can sleep at the chair at he arrival hall. All the chairs had been attached with arm rest which made your sleep horrible.

Sempat aku menikmati Burger King di airport, harganya mahal, lebih kurang RM50 satu set *pengsan*. Apakan daya perasaan dah membuak-muak untuk makan burger.
I was having my supper at the Burger King, very expensive, around RM50 for 1 set of meal *fainted*. What can I do because I really wanted to have burger!



Pagi telah menjelma, aku bangun dalam jam 6.30pagi. Bersihkan diri di tandas dan mula bergerak ke Metro station jam 7pagi. Aku kena balik semula ke airport dalam jam 12 tengahhari. Jadi aku hanya mempunyai masa kurang daripada 5 jam.

In the morning, I woke up around 6.30am. Clean myself at the toilet nearby and went to Metro staton around 7am. I need to go back to the airport around 12pm. So I only had time less than 5 hours exploring the city.

 

Metro Station


Aku belikan NOL card SILVER berharga AED25, nilai di dalam kad adalah AED19. NOL card adalah amat sesuai untuk visitor yang mempunyai masa yang singkat di DUBAI. 

I bought NOL card Silver which cost AED25, the inside value is AED19. NOL card is really suitable for the visitor which have less visiting Dubai.


Silver NOL Card
Dubai Metro route
Inside Dubai Metro

 
Tempat-tempat yang dilawati dalam 5 jam
Places that you can visit in 5 hours

1.    Dubai Mall
(Metro Airport Terminal 3 – Dubai Mall, 14km, 30 minutes, AED2.30)

Hendak ke Dubai Mall daripada airport adalah sangat mudah. Cuma berhenti di stesyen Dubai Mall daripada airport. Dubai Mall adalah sebuah pusat membeli belah yang sangat besar dan mempunyai banyak jenama-jenama terkenal disini. Aku sampai di Dubai Mall pagi, kebanyakan kedai-kedai belum buka lagi. Di dalam Dubai Mall ini jugalah tempat anda untuk membeli tiket ke Menara Burj Khalifa. Anda juga boleh membeli cenderahati di sini.

To go to Dubai Mall from airport is easy. Only stopped at the Dubai Mall station. Dubai Mall is one of the biggest shopping mall and many of the branded shop here. I arrived at Dubai Mall in the morning, most of the shop still closed. Inside this mall is where you can buy the ticket to the Burj Khalifa’s observation deck. You can buy some sourvenier in here.


Inside Dubai Mall

 
2.    Area outside Dubai Mall to take photo with Burj Khalifa

Jika anda mengikut papan tanda menuju ke Dubai Fountain , maka anda sampailah di kawasan yang strategik untuk bergamba dengan bangunan Burj Khalifa. Siapa yang tidak mahu bergambar dengan bangunan tertinggi di dunia inikan. Malang sekali, musical fountain dia belum lagi beroperasi. Di kawasan ini juga menariknya terdapat bangunan unik seperti Souk Al-Bahar.

If you are following the sign of Dubai Fountain, then you will arrive at the most strategic places to take photo with Burj Khalifa building. Who does not want to take photo with the tallest building in the world right? Too bad, there was no musical fountain operated. Around here, there are unique bulding called Souk Al-Bahar.

 
Burj Khalifa, tallest building in the world

Souk Al-Bahar

3.    Jumeirah Mosque
(To get here: From Dubai Mall stop at Al-Jafiliya station, AED2.30, then cross the bridge, take X28 bus, Jumeirah Mosque is 4th stop from Al-Jafiliya station)
Lawatan seterusnya adalah ke Jumeirah Mosque. Masjid ini adalah salah satu mercu tanda Dubai dan sangat popular di kalangan pelancong. Kenapa dia popular? Kerana masjid ini menawarkan program guided tour untuk pelawat setiap hari pada jam 10am. Bayaran Cuma AED10, pendaftaran bermula pada jam 09.45 pagi dan ditutup pada jam 10.05 pagi. Untuk pengetahuan semua, Jumeirah Mosque adalah diantara 2 masjid di UAE yang terbuka kepada non-muslim, satu lagi masjid adalah di Abu Dhabi iaitu Sheikh Zayed Grand Mosque.

The next vising is Jumeirah Mosque. This mosque is one of the famous Dubai landmark. Why? Because this mosque offered a guided tour everyday at 10am. The fee only AED10, the registration start from 9.45am  and close at 10.05am. For your info, Jumeirah Mosque is one of 2 mosque in UAE that opened to non-muslim, 1 more is at Abu Dhabi, which is Sheikh Zayed Grand Mosque. 


Jumeirah Grand Mosque

4.    Burj Arab
(To get here: Ride X28 bus from where you arrive at Jumeirah Mosque, go out after the 7th stop from the Jumeirah Mosque, station called “Wild Wadi”, please do not stop at Burj Al Arab Hotel)
Jangan lupa mengambil gambar dengan bangunan yang unik ini dan salah satu hotel yang termahal di dunia. Untuk kawasan mengambil gambar yang strategik, ikut jalan melewati belakang Jumeirah Beach Hotel, belok kiri di simpang yang pertama.

Do not forget to take picture with this unique building and one of the expensive hotel in the world. For the most strategic places to take picture, go backward past the Jumeirah Beach Hotel, turn left at the first road.


Burj Al Arab
 
5.    Dubai Museum & Fort Al Fahidi

(To get here, ride X28 back to Al-Jafiliya Metro station, using metro, stop at Al Fahidi Station, around 6 minutes, AED 2.30)
Daripada stesyen Al-Fahidi, anda perlu berjalan lebih kurang 10 minit ke Dubai Museum. Anda boleh bertanyakan dengan orang sekitar untuk ke museum ini. Di sepanjang perjalanan, akan melewati kawasan kedai yang menjual barangan ciplak yang berkualiti tinggi beserta dengan kedai emas. Tiket masuk ke Dubai Museum adalah AED3. Untuk melihat kawasan Fort Al-Fahidi adalah percuma. Fort Al-Fahidi adalah salah satu kawasan bersejarah dan Menara disitu dibina pada tahun 1791 untuk mempertahankan bandar dari ancaman luar.

From the Al-Fathidi station, you need to walk around 10 minutes to Dubai Museum. You can ask around to get to this museum. Along the way, you will pass the shop that sells high quality fake branded items and gold shops. Entrance fee to Dubai Museum is AED3. Entrance to Fort Al-Fahidi area is free. Fort Al-Fahidi is one of the histrocal places and one of the tower been built around 1971 to defend the city against invasion.


Al Fahidi Souk
Dubai Museum
Dhow Boat - Tradition wooden ship Bur Dubai

Al Fahidi Fort
Local restuaurant in front of Dubai Museum

Sila berada di lapangan terbang 2 jam sebelum keberangkatan anda disebabkan lapangan terbang di Dubai adalah salah satu yang tersibuk di dunia. Sudah tentunya anda tidak mahu terlepas penerbangan anda bukan. Diharapkan guide ini membantu. Enjoy Dubai ya!

Please be at the airport 2 hours before your flight because Dubai airport is one of the busiest airport in the workd. Of course you do now want to miss your flight. Hope this guide helps. Enjoy Dubai!

With my fans in Dubai. Enjoy!

11 October 2015

Review: Jetstar Airways - Is it fun?


Aku berpeluang untuk terbang dengan menggunakan pesawat A320 Jet Airways, dari Singapura ke Kuala Lumpur. Ini adalah pertama kali aku terbang dengan menggunakan airlines ini.

I got a chance to fly with flight A320 by Jet Airways from Singapore to Kuala Lumpur. This was my first time to fly using this budget airlines.


Apa yang aku boleh katakan, Jet Airways adalah sangat ringkas. Pakaian seragam krew kabin mereka adalah kasual.Di dalam pesawat seolah-olah menaiki pesawat AirAsia dengan kerusinya yang berwarna hitam.

What I can say is, Jet Airways is a simple airlines.  Their cabin crew’s uniform is casual. In the flight, it seem I was in AirAsia flight because the chairs are black in colour.


Semua menu makanan panas adalah halal tetapi untuk penerbangan ini, masakan panas tidak disediakan kerana masa penerbangan yang singkat kurang daripada satu jam. Jadi aku hanya membeli sandwich sebagai ulas perut sebelum tiba di Kuala Lumpur.

All the hot meals are Halal, but for this flight, the hot meals were not available because it was a short flight less than 1 hour. So, I just ordered a sandwich as my light meal for my stomach before I reached Kuala Lumpur.


Bagi harga makanan, harganya adalah 3 kali ganda daripada harga pesawat Malaysia mereka menggunakan matawang Singapore Dollar.

For the meal price, it was 3 times from the Malaysia flight, because it was using the Singapore Dollar.


Alhamdulillah, perjalanan adalah lancar! Adakah penerbangan ini seronok? Ia hanyalah penerbangan biasa sahaja.

Alhamdulillah, it was a smooth journey! Is it fun? Well, it was a normal flight.

 






06 October 2015

Myanmar Backpacking Video

   No comments     
categories: ,
 

This is my backpacking video during my trip in Myanmar. Happy watching!