30 April 2015

Pesta Kaul 2015 di Mukah, Keunikan budaya Melanau

   6 comments     
categories: ,
 

Iolz sempat singgah di Mukah semasa perjalanan dari Bintulu untuk balik ke Kuching dengan memandu kereta iolz sendiri. 

Daripada simpang Mukah ke bandar Mukah mengambil masa lebih kurang satu jam. Objektif utama untuk ke Mukah adalah untuk melihat sendiri Pesta Kaul 2015.

31 km lagi nak sampai Mukah
Nampak jambatan ni, maka kita dah sampai di Mukah

Pesta Kaul diadakan bermula pada 25 April 2015 yang lepas sehinggalah 30 April 2015. Banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta ini berlangsung

Tetapi tahukah anda maksud Pesta Kaul ini?

 
"Pesta Kaul merupakan satu pesta keramaian masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan upacara dan adat resam yang menarik serta unik.

Dahulunya, Kaul ini adalah sejenis pesta keagamaan yang diraikan oleh masyarakat Melanau ‘pagan’. Ia adalah upacara pemujaan untuk mereka memohon restu daripada penunggu di laut, darat dan hutan agar mendapat ketenteraman serta keselamatan ketika melakukan aktiviti seharian mereka mencari rezeki di tempat- tempat tersebut.

Pesta ini biasanya diadakan mengikut kalendar  kaum Melanau pagan yang menandakan berakhirnya musim tengkujuh yang telah mendatangkan kesan dalam kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. Dimana sungai, laut dan hutan tempat utama sumber pendapatan mereka.

Namun dengan adanya perubahan agama dan anutan , masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan kaul.

Malah Pesta kaul telah dijadikan sebagai medan perkelahan komuniti terbesar bagi masyarakat Melanau.

Bahkan kini, ia menjadi salah satu pesta yang bukan sahaja dapat menghimpunkan  masyarakat Melanau secara khususnya, malah telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin turut sama berkongsi kemeriahan pesta Kaul.

Kini pesta Kaul bukan lagi sekadar satu perayaan tradisi kaum melanau, malah telah meletakkan Mukah sebagai destinasi pelancongan. Kerana kemeriahan Pesta kaul sentiasa dinantikan masyarakat tempatan mahupun pelancong asing yang datang berkunjung.

Sambutan mengalakkan terhadap pesta Kaul sekaligus meletakkan kawasan N51 Balingian dalam kalendar pelancongan negeri.
" Sumber daripada http://www.sarawakiana.net


Iolz sempat menerjah pesta Kaul pada hari Ahad lepas dalam masa satu jam sahaja, sebab perjalanan kami ke Kuching masih lagi jauh.

Kebanyakan gerai makanan, pakaian dan barangan souvenirs. Terdapat juga tempat untuk memberikan info tentang pembuatan sagu dan macam-macam lagi.

Ada juga 2 buah tibau didirikan untuk sesiapa yang ingin mencuba. (Gambar paling atas)

Tetapi yang yang membuat mata iolz sakit adalah pencemaran sampah di sepanjang pantai di mana berlangsungkan pesta ini. Iolz pernah menyuarakan kekecewaan di FB, kebanyakannya mengatakan ini adalah tabiat biasa seorang MALAYSIA. Benarkah? Adakah iolz sebagai seorang MALAYSIA yang begitu? Bagaimana hendak menarik pelancong pelancong luar tetapi kebersihan sekitar tidak dijaga. 

Sampah di sepanjang pantai Kala Dana, Mukah

Iolz juga berasa lega kerana tidak ternampak kelibat mat salleh atau orang asing kerana keadaan yang iolz sedang lihat ini amat memalukan. Penganjur hanya menitik beratkan kelancaran pesta tetapi telah alpha dengan kebersihan.

Jom kita lihat gambar sekitar Pesta Kaul 2015!

Berbaju melanau menunggu Gabenor Sarawak

Permainan traditional seperti main guli.

Main gasing

Sagu in process

Sagu in Process

Sagu in process

Sagu in process

Sagu in process

Terbang bermain tibau

Kene panjat nie tunggu turn main tibau

Pokok sagu

Anyaman

Layang-layang berbentuk alien

Etnik Sarawak

Makanan. Buntut ayam

Bahasa Melanau pun ada. Kak Parking Gitou

Tebaloi

29 April 2015

Myanmar 1.0 - Episode 03 - Yangon City, Aung Mingalar Bus Terminal

   16 comments     
categories: ,


Iolz keluar dari taman tersebut dan melewati jalan di hadapan city hall. Di sini ramai penjual cenderamata. Iolz tertarik dengan poskad yang dijual. Setelah tawar-menawar berlaku, iolz pun membeli poskad sebanyak 20 keping sebanyak 3 usd. Murah bukan.

Iolz pun meneruskan perjalanan balik ke hotel dengan kadar segera disebabkan jam telah menunjukkan tepat jam 5 petang. Tapi sepajang perjalanan, iolz sempat mengambil beberapa gambar.

Setiba di May Fair Inn, si Britney sedang duduk di luar hotel, sedang hisap rokok. Mungkin dia dah bangun dan sedang tunggu iolz balik kot sebab memang dah janjikan jam 5 petang.

Iolz duduk di sebelah Britney, weolz borak-borak tentang perancangan kembara masing-masing. Britney bagitau yang theyolz akan bergerak ke Bagan pada lusa sebab diorang planning untuk jalan-jalan di sekitar Yangon terlebih dahulu.

Britney juga memberitahu yang theyolz hanya exploring around Myanmar dan selepas itu akan terus balik ke Switzerland.

Britney ni aku rasakan masih lagi muda. Malas iolz nak tanya umur sebab nanti iolz terasa tua sangat pulak. Biarkan theyolz rasakan iolz muda sebab mostly mat salleh memang susah nak baca umur asian nih. Rata-rata diorang akan teka umur iolz around 24, padahal NAN HADO kan... iolz dah kertu uollzz.... kertu comel...




INTERMISSION


Kenapa iolz pilih Yangon tempat paling last dikunjungi?



Berdasarkan pengalaman kembara iolz yang lepas, apa yang iolz dapat pelajari adalah jangan tiba di tempat yang kita ada flight sehari sebelum. Contohnya flight uolz adalah KL-Yangon dan balik Yangon-KL, dinasihatkan uolz untuk jalan-jalan Yangon pada penhujung kembara uolz.

Ini adalah disebabkan uolz tidak akan rush untuk kejar flight dan tambahan lagi uolz tak tahu apa yang akan terjadi sepanjang perjalanan yang akan menyebabkan perjalanan balik ke Yangon delay.

Saya bagi contoh adalah untuk Route saya ini Yangon-Bagan-Mandalay-Inle Lake-Yangon, sewaktu di Inle Lake, hendak membeli tiket bas, tetiba tiket bas sudak penuh dibeli orang dan uolz terpaksa balik keesokan paginya, kan naya kan?

Jadi disebabkan itu, 2 hari sebelum flight balik ke KL, iolz dah ada kat Yangon. So, kalau terjadi apa-apa, iolz ada lagi masa untuk sampai ke Yangon. Lagipun masa flight Yangon-KL adalah jam 7 pagi.



Setelah habis borak dalam 15 minit camtu, rokok Britney pun dah habis, iolz pun bagitau iolz nak ambik beg iolz sebab masa cemburu dgn iolz. Britney pun temankan iolz ke bilik diorang. Britney ketuk bilik sebab tak nak bagi Spears terkejut atau mane tau si Spears tengah berkemban ke.

Spears bukak pintu, dan si Britney bagitau yang iolz nak ambik beg iolz. Iolz angkat beg iolz dan iolz ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada theyolz sebab sudi bagi iolz tumpang beg. Weolz masing-masing ucap safe journey ahead & good luck. Tetiba iolz emo. Tapi, itu lumrah backpacking, we make friends, dan at last we will go seperate ways.

Pencarian teksi pun bermula, iolz baca buku lonely planet mengatakan harga teksi dari bandar ke terminal bas Aung Mingalar dalam 7000-8000kyat. Jadi, inilah harga rujukan iolz. Banyak teksi-teksi yang parking di tepi jalan, tetapi kebanyakan mengatakan tidak apabila iolz bagitau hendak ke terminal bas.

Adakah disebabkan jalan sesak? Adakah terminal bas jauh?Adakah iolz tak cukup comel untuk menjadi pelanggan teksi diorang? Adakah iolz macam orang tak cukup duit?

Banyak jugak teksi yang iolz tegur dan berhentikan, kebanyakan meminta harga 10000kyat. Iolz dinch jer, memang tak layan.




Teksi di Yangon

Akhirnya, setelah iolz hampir menyerah kalah dengan 10k kyat itu, ada satu teksi yang sanggup ke terminal bas untuk 8000kyat. Tetapi dia ulang apa yang iolz cakap. Aung Mingalar bas station. Macam dia tak faham jer. Tapi bagi sebut harga pulak. Tapi iolz masuk jugak ke dalam teksinya.

Perasaan sangat lega. Tetiba pemandu teksi ni stop tepi jalan untuk tegur teksi yang parking, driver yang dia tegur itu adalah driver yang iolz cakap TIDAK sebab harganya 10usd. Tetapi driver itu pun baik sebab tolong driver taxi iolz. Driver taxi tepi jalan ni bagitau yang iolz nak pegi terminal bas Aung Mingalar, barulah taxi driver iolz faham. Iolz cakap.... "JJ Express, to Bagan"..
terus dia cakap, "ooooo! JJ EXPRESS! BAGAN!.. ya ya"

Fuh, perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Jalan raya sangat sesak sebab waktu ini adalah waktu orang balik kerja. Keadaan teksi sangat sedih, tiada AC. Aku kepanasan, dan bila bukak tingkap, debu tersangat banyak.

Apa yang sangat lawak bagi iolz adalah, bila weolz berada di lampu insyarat, driver taxi iolz akan memberhentikan enjin keretanya, dah nak jalan, dia hidupkan balik..... wow, sungguh nak jimat minyak & FUEL EFFICIENCY.. gitewww...

Iolz sampai terminal bas dalam jam 7, driver iolz terus hantar iolz ke pejabat JJ Express. Ni nak bagitau, terminal bas ni adalah tidak berbumbung dan banyak kedai-kedai mengikut company bas masing-masing, Jika uolz takda tiket dan tak tau company mana nak pegi mana memang susah.

Sesampai di JJ Express company, iolz pegi kat kaunter, bagitau yang iolz adalah buat booking dalam facebook ke Bagan malam nie. Iolz pun tunjukkan screenshot conversation iolz. Pastu theyolz check, iolz tengok ada nama iolz dah ditulis, iolz pun lega. 

JJ Expres ticket counter

Theyolz terus bagi tiket dan iolz bayar 18,500kyat. Tiket bas tersebut adalah seperti tiket flight MAS zaman 90-an yang berbentuk buku itu. Pastu, ada sorang akan ambik backpack uolz yang akan uolz letak dalam luggage compartment, dia letak nombor dekat backpack uolz dan bagi uolz satu salinan nombor sebagai rujukan. 

Tiket JJ Express ke Bagan

Iolz pun duduk di ruang menungggu. Ada 4-5 orang lagi mat salleh yang iolz lihat dengan backpack yang besar. Iolz nak memulakan misi miss friendly iolz tapi iolz nak relax kejap.

Sempat jalan-jalan keluar sekitar bas terminal, membeli beberapa keropok dan roti yang bertanda halal. Dan juga beberapa biji pisang untuk alas perut. Sebab last makanan iolz adalah di dalam kapal terbang.

Makanan alas perut

Jangan risau, HALAL uolz

Iolz kembali ke ruang menunggu. Makan-makan. Dah selepas itu, iolz mula tegur seorang minah matsalleh yang duduk belakang iolz. Namanya Zoey dan berasal dari Netherland tetapi bekerja sebagai Nurse di Germany. [Watak Zoey ini penting]

Zoey bagitau iolz yang dia jugak hendak ke Bagan. So, weolz akan berada dalam satu bas. Zoey memberitahu yang dia ke terminal bas dengan menggunakan public bas dari bandar dengan hanya bayaran sebanyak 200 kyat.

Ok. Sangat murah. Public bas dari City ke Aung Mingalar Bas Terminal, 200kyatt.

Dia memberitahu yang reception hostel nya yang membantu pasal public bas, reception tersebut menulis Aung Mingalar Bas Terminal di dalam bahasa Burmese di atas kertas, Jadi si Zoey ini akan tunjuk kepada bas samada bas tersebut menuju ke tempat tersebut.

Aung Mingalar Bas Terminal at Night



Iolz memang ada niat hendak menggunakan bas ke terminal bas, tetapi hasil yang iolz dapat bahawa menggunakan bas ke terminal bas akan mengambil masa yang sangat lama lebih-lebih pada masa kemuncak. Jadi, iolz melupakan niat untuk menggunakan public bas sebab iolz tak nak ditinggal oleh bas ke Bagan.

Zoey jugak bagitau, masa untuk sampai ke sini adalah tidak lama, dalam masa satu jam. Aku pun impress, terus terasa hina sebab iolz dah membazir 8usd hokay.. tapi takpelah.

Aku sempat bertanya kepadanya, kat Yangon dia stay kat mana. Zoey bagitau dia stay kat Chan Myaye Guest House, cuma 10usd semalam. Iolz berminat dengan GH tersebut. Zoey tunjukkan map GH dia dan iolz pun ambik gamba GH itu, manalah tau kot-kot berguna untuk iolz balik ke Yangon nanti. Sebab semua accomodation 8 hari ini iolz langsung tak book & tak research hookay.

Chan Myaye Guest House, click for enlarge

Zoey akan stay kat New Bagan, nama tempat tersebut adalah Bagan House. Iolz bagitau yang iolz tak da book mana-mana lagi tapi iolz planning nak stay area Nyaung U disebabkan situ banyak hostel yang murah-murah dan kawan backpacker.

Actually Zoey agak terkejut apabila mendengar yang iolz sebenarnya tak book bilik lagi.

Zoey: Uolz, uolz sepatutnya kene book bilik lah. Sebab iolz dengar Bagan sekarang nie sangat pack. Memang kene book awal.
Iolz: Yeke... takpala uolz, nanti ada jer tempat tinggal, kalau takda, tido tepi jalan jahh, mak tak kisah pun...
Zoey: Apa kata nanti uolz pegi je hostel iolz, nanti tanya ada kosong ke tidak?
Iolz: Boleh jugak....  
Zoey: Jika camtu uolz, kita boleh share taxi dari terminal bas ke hostel, ok tak?
Iolz: Uolz memang genius, kalau ada award, mak dah bagi crowning kat ko nyah


Jadi, kesimpulan di atas, iolz dengan Zoey dah menetapkan akan sama taxi bila sampai di Bagan nanti, lega sikit, sebab susah jugaklah nak cari orang yang sama arah. Jika uolz stay kat Nyaung U, akan pergi ke arah yang berlainan dari terminal bas. Tetapi, iolz nie random sgt, hostel pun takda, Nyaung U atau New Bagan, iolz tak kisah. Ikut je lah orang yang share taxi tu.

JJ Express

Dah hampir jam 8.30malam. Tetiba ada orang annouce bas No flat XXX ke Bagan sila naik bas. Zoey cakap, itu bas kita, its time.

Tetiba aku recheck tiket iolz balik, No bas iolz lain, No flat YYYY, terus iolz hampaa dan mengucapkan goodbye kepada Zoey & hope to see her in Bagan.

Bersambung.........

28 April 2015

Myanmar 1.0 - Episode 02 - Yangon City, Mahabandoola Garden, May Fair Inn

   6 comments     
categories: ,

Dalam beberapa minit.... tetiba ternampak kelibat dua minah matsalleh membawa backpack masing2...

2 minah itu berjalan keluar dan telah di approach oleh pemandu taxi yang lain, nampaknya mereka telah bersetuju dengan pemandu taxi tersebut. Aku masuk ke dalam airport dan terus tegur salah seorang daripada minah tersebut. Iolz dah tak ingat nama, jadi kita namakan dua orang minah ni Britney & Spears.

Iolz: Hey uolz, cantik uolz, uolz nak pegi mane ekk?
Britney: Weolz nak pegi bandar, weolz dah booked kat May Fair Inn.
Iolz: Ok, Iolz nak ke bandar, boleh tak weolz kongsi taxi, nanti bahagi 3, dan Iolz ikut ke May Fair Inn jugak
Britney: Idea uolz memang bijak... kami setuju...

Iolz puas fikir nak buat decision sama ada iolz nak jalan-jalan dulu ke bandar ke atau terus ke terminal bas. Tetapi iolz decide ikut flow kata mat salleh. Sebenarnya decision iolz adalah berdasarkan jawapan Britney. Jika Britney cakap terminal bas, maka terminal bas lah destinasi iolz. Ni Britney cakap kat ke hotel diorang, so iolz pun cakap ikut walaupun tak tau kat manakah hotel itu. Gigih kan iolz? Sangat random.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Intermission

JJ Express  

Untuk hari pertama ini, iolz memang dah plan iolz akan terus pergi ke Bagan. Tiket ke Bagan sebenarnya iolz dah booking awal-awal dengan menggunakan perkhidmatan JJ Express. Untuk menempah tiket, cuma like page JJ-Express Highway Bus dekat Facebook dan hantar PM dengan diorang tarikh mana yang hendak di booking. JJ Express akan membalas dengan kadar segera. Selepas itu, diorang akan mintak Nama & No Passport uolz. Uolz cuma datang setengah jam sebelum berangkat sebab tiket pun memang dah ada. 

Di nasihatkan untuk menempah tiket awal kerana tempat duduk sangat terhad. Semua perjalanan iolz, bas penuh. Tambahan lagi, jika membeli di kaunter, kadang-kadang agent menjual tiket dengan kadar yang lebih mahal. Sila take note disini.

Untuk bas dari Yangon ke Bagan, tiket berharga 18,500kyat. Cuma ada perjalanan pada malam hari. Jadi bas iolz pada jam 8.30malam. Disebabkan iolz sampai Yangon dalam jam 3petang, iolz ada masa nak jalan-jalan bandar.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebab kami decide nak share taxi, driver taxi weolz dah marah, sebab salah seorang daripada mereka terpaksa mengalah. Samada driver taxi iolz ataupun driver taxi si Britney & Spears itu. Diorang tanya macam2, tapi iolz cakap je weolz sama hotel. So diorang pun paham. Mula-mula diorang nak charge 5 usd seorang. Weolz terus jerit, NO! 10usd....  Pastu diorang pun setuju 10 usd per ride.

*Take note, sebenarnya charge sebenar dari bandar ke aiport adalah dalam 7usd sahaja. 

Iolz try nak jadi miss friendly tegur Spears. Spears cakap NO ENGLISH!. Haiyo... bodo english rupanya.... Dia suruh borak dengan Britney sahaja. Theyolz asal dari Switzerland. Tapi iolz tengok diorang nih macam punk pun ada. Tindik kat hidung, tindik kat telinga. Tapi si Britney friendly jugak. Britney keja dengan company bapak dia sendiri, anak CEO, haiyoooo.. dan si Spears pulak kerja ala-ala draugtwoman (sort of katanya). 

Time nak naek teksi tu, theyolz mintak tunggu dulu sebab nak merokok. Haiyo, gigih 2 ekor nih merokok. Nasib baik mak suci kan, tak sentuh benda tu semua... 

Cer teka sape teksi drive weolz? Taksi driver yang approach iolz lah. Mula-mula terkejut gak napelah si driver ni pakai kain pelikat je... rupanya memang pakaian diorang pakai ala-ala kain pelikat, Long Yi dipanggil. Kereta dia hazab, dan takda aircond lagi. Dahla jalan raya sesak. Haiyoo..

Dalam teksi, driver tu gigih nak tunjuk bangunan yang dia lalu. Sebab Britney & Spears tak dengar sangat, iolz plak yang kena pass information dengan diorang. Pastu Britney plak translate ngan si Spears. 



Dalam teksi

Iolz cakaplah ngan driver yang iolz nak pegi terminal bas nanti, bas ke Bagan jam 8.30 pm. Dia advise kalau nak ke terminal bas, kena jalan 2 jam lebih awal jika dari bandar. Sebab jalan sesak teruk. Aku pun take note advise nih seriously yer. 

Si Britney pulak offer iolz untuk letak backpack iolz kat bilik diorang, jika iolz nak jalan-jalan. Wow, ini sangat tidak dirancang. Iolz pun bersetuju.

Dalam 45 minit, kami pun sampai di May Fair Inn. May Fair Inn terletak di Jalan 38. Disebabkan iolz duduk kat depan, so iolz lah yang bayar 10usd dahulu. Lepas tu Britney bagi iolz 7usd. Maksudnya iolz cuma bayar 3 usd untuk taxi. 

Weolz bertiga masuk lah ke May Fair Inn. Terus kena greet. Bila reception tanya ada book ke tak, si Britney bagitau ada. Lepas tu, Britney explain lah pasal iolz, Britney bagitau iolz cuma letak bag je sebab petang nanti iolz nak ke Terminal Bas.


May Fair Inn Business Card

Dah dapat kunci, weolz pun ke bilik tingkat 1, besar jugak bilik diorang. Iolz cuma letak bag dalam bilik diorang. Iolz cakap, jam 5 iolz akan datang balik. Britney bagitau jangan risau sebab diorang tak pegi mana-mana pun sebab diorang nak tido sekejap selepas flight diorang Zurich-Bangkok-Yangon.

Lepas iolz letak bag, iolz dudok sekejap di lobby hotel. Nak melebarkan sayap di hotel katanya. Iolz buat2 friendly ngan reception. Tanya berapa untuk bilik single. Bilik single sini mahal uolz, 20usd. Iolz tanya macam mana iolz nak book. Dia bgtau kalau nak book kalau iolz sampai ke Yangon nanti, iolz kene bayar terus, so bilik tu confirm iolz punya. Bila iolz fikir balik, tak payah jer lah. Itu lambat lagi, malas nak fikir. Iolz kena ingat, trip kali ini adalah "work with the flow"


Yangon City Map by May Fair Inn, click for full size image

Iolz mula melangkah keluar. Dengan map lukisan sendiri yang diberi oleh May Fair Inn, banyak membantu. Senang nak dibaca. Iolz tak tau iolz nak pegi mana sebenarnya. Jadi I decide nak pegi area Sule Pagoda, sebab orang cakap area surrounding Sule Pagoda ni sangat interesting. Bukan Sule Pagoda itu sendiri yer..

Jalan raya sesak. Debu-debu di udara sungguhlah kotor. Iolz meniti tepian jalan. Setiap tepi jalan mesti ada yang berjual barangan & makanan. Tetiba I terjumpa kedai telefon. I pun beli simcard diorang. I tanye mana yang OK dan internet OK, dia bagi I simcard OOREDOO, cuma 3500 kyatt. Murah giler. Lepas tu, Iolz bagitau nak topup dalam 5000 kyat. 


OOredoo simcard with 5000kyat topup

Penggunaan internet disini tidak payah nak aktifkan pakej. Cuma On kan data, terus dapat pakai. Dengan 5000 Kyat selama 8 hari, iolz banyak upload gambar, tak habis-habis lagi. Lagipun simcard sangat penting untuk telefon hostel ataupun hotel yer jika nak tempah minit terakhir.

Iolz jalan-jalan bersekitaran untuk melihat-melihat aktiviti penduduk setempat. Memang kebanyakan lelaki menggunakan Long Yi dan perempuan akan meletakkan bedak sejuk di pipi mereka.



Yangon street

Yangon street


Iolz sebenarnya hendak ke Bogyoke Aung San Market, tetapi telah di beritahu bahawa market tersebut telah tutup pada waktu ini. Setelah sampai di kawasan Sule Pagoda, iolz terlihat sebuah taman hijau yang ditengah-tengahnya mempunyai tugu peringatan.

Taman hijau itu dinamakan Mahabandoola Garden sempena nama seorang Jeneral bernama Maha Bandula yang telah melawan British semasa peperangan dahulu. Di tengah-tengah taman ini adalah Tugu Kemerdekaan.

Mahabandoola Garden
City Hall
High Court

Kelihatan ramai warga Myanmar yang melepak di sini. Mereka lebih gemar berkumpulan. Ada juga beberapa pasangan yang bercanda, bercium dan melakukan aksi aksi yang terlampau walaupun hari siang dan secara terang-terangan.

Independence Monument
Iolz pun nak berehat, jadi iolz cari kawasan rumput yang kosong. Iolz duduk membuang masa disitu untuk melihat gelagat warga di sini. Kebanyakannya remaja. Tetapi hairan jugak, mereka tidak bekerja sedangkan hari ini adalah hari Isnin.

Di hadapan taman ini jugak terdapat satu lagi bangunan yang penting iaitu City Hall. Disebelahnya pulak adalah High Court. Enaknya melepak disini. Iolz sempat baring disini. Kelihatan jugak beberapa minah mat salleh sedang melemparkan kain di rumput untuk mereka duduk, dan mengeluarkan novel untuk dibaca.

Iolz boleh jer membazir masa kat sini sebab iolz rasa best gila!

Yangon street

Yangon street

Yangon street

Yangon street

Jam hampir menunjukkan jam 5 petang, dimana iolz harus pulang ke hotel untuk mengambil beg iolz di bilik Britney & Spears seperti dijanjikan.

Iolz keluar dari taman tersebut dan melewati jalan di hadapan city hall. Di sini ramai penjual cenderamata. Iolz tertarik dengan poskad yang dijual. Setelah tawar-menawar berlaku, iolz pun membeli poskad sebanyak 20 keping sebanyak 3 usd. Murah bukan.

Iolz pun meneruskan perjalanan balik ke hotel.

Bersambung......

27 April 2015

Myanmar 1.0 - Episode 01 - In the flight & Airport at Yangon


Ini adalah episode pertama cerita perjalanan iolz ke bumi Myanmar. Iolz cuma ada 8 hari untuk menjelajah di situ dan mengambil keputusan untuk membuat route Yangon-Bagan-Mandalay-Inle Lake-Yangon.
This is the first episode of my journey stories to Myanmar. I only had 8 days to explore here and decided to do the route of Yangon-Bagan-Mandalay-Inle Lake-Yangon.

Tiket penerbangan ke Myanmar telah dibeli beberapa bulan lebih awal dengan menggunakan Myanmar Airways International (MAI). Harga return ticket adalah RM 399 dengan membeli daripada Expedia. Iolz tahu pasal promosi ini adalah secara kebetulan apabila sedang bermain dengan apps kegemaran iaitu Skyscanner. Harga jika dibeli secara terus di website MAI adalah lebih mahal daripada Expedia.
Flight ticket to Myanmar had been bought a few month earlier using Myanmar Airways International (MAI). Return price was RM 399 through Expedia. I know about the promotion accidentally when I was playing with my favorite apps which is Skyscanner. The price if you buy direct from MAI was quite expensive than Expedia.

Sewaktu check-in di kaunter, time tu nama iolz ada problem. Lama jugaklah di kaunter, lebih kurang 20 minit. Bila iolz tanya ada masalah ke, diorang cakap takde. Haiyooo.... nak je iolz jadi harimau, tapi nasib baik tahap iman tinggi lagi. Bersabar je sebab taknak mulakan dengan negative vibes, takut karma uolz.
During checked-in at the counter, my name got a problem. It was a while at the counter, around 20 minutes. When I asked was there any problem, they said NO. I want to get angry, but I decided not to. I do not want to start with the negative vibes, karma you know.


Check in at the counter
Rupa-rupanya, nama iolz tak boleh diconfirmkan sebab ada 2 nama dalam system. So kenalah diorang tunggu supervisor diorang mintak tunjuk ajar sebab yang kat kaunter tu budak-budak baru lagi. Lepas supervisor dier dtg, settle... impress jugak ngan supervisor. Ahaks..
Actually they can't confirmed my name as my name got 2 in the system. So they need to wait for their supervisor to guide them because they are still on training. After their supervisor came over, my problem settle immediately, impressed with the supervisor.

Homai... Lama dah iolz tak masuk KLIA International Departure nih sebab slalu pakai AirAsia je ataupun terbang dari Singapore... Di dalam flight, ada 5 orang stewardess, pakai uniform yang colourful, warna lain tetapi fashion yang sama. 
It had been a long time since I entered KLIA International Departure because I always using AirAsia nowadays or flying out from Singapore. In the flight, there were 5 stewardess, using uniform with different colour but with the same style.

Diorang greet iolz dengan bahasa Burmese. Haiyooo, tahulah iolz gelap macam Remy Ishak, takyahlah sindir uolz. Terus kawan dia tegur, he's Malaysian!. oh!. Penat iolz sengaja tunjuk-tunjuk passport ioz supaya tak disalah sangka. Tetapi, passport Myanmar pun warna sama uolz, warna Maroon. *terus pengsan*
One of them greet me in Burmese. I know my skin kind of dark :). Then her colleague told her, "He's Malaysian". Owh, eventhough I was showing my passport but  Burmese passport also had the same colour as Malaysian passport, maroon in colour.


Inside Myanmar Airways International
Masuk dalam flight MAI, haiyo... macam tahun 90 an... basic jer uolz dalam tu. I rasa, I the only Malaysian. Haiyooo... matilaaaa feeling-feeling diva dalam flight. Mula-mula iolz rasa cabin crew dia sangat best, tetiba waktu dia jerit kat iolz time iolz ambik gambar time diorang buat demonstation, terus I turned off. Padahal salah iolz pun. Dia jerit kuat uolz, dalam Burmese yang Iolz tak tau pun dia cakap apa. Tapi I rasa dia suruh tutup camera iolz sebab nak take off. *padan muka*.
Inside the flight of MAI, its look like the 90s.. only basic. I think, I was the only Malaysian. At first, I love the cabin crew, but after they scolded me when I took their photo during the demonstration, I started to hate them. It was my fault actually. They scolded me loudly in Burmese which I do not understand. But I think they asked me to switch off my camera because the plane want to take off.


Demonstration before this cabin crew scold me to shut of the camera, hehehe
Sewaktu diorang nak hidang makanan, Iolz bagitau Iolz dah request Halal food. Diorang cakap takda pun. Haiyoo... baru iolz teringat yang flight iolz ni dah ditukar. Iolz request Halal time original flight dulu. Tetiba cabin crew head tu bagitau:
When they want to serve the meal, I told them that I already requested for Muslim meal. They told me NO about the meal. Then, I remembered that actually my flight had been changed. I reuqested for Muslim meal for my original flight. Then, the cabin crew told me:

Sardesstew: Uolz, makanan ni dari Malaysia uolz, uolz jangan risau, mak konfiden ni HALAL
Iolz: Ok jahhh, *jeling diva*
Stewardess: All the foods are from Malaysia, do not worry, all are confidently HALAL
Iolz: Ok... *rolling eyes*

Malas nak fikir panjang, iolz ambik jerlah dan makan. Aku confiden sebab makanan dia memang sama macam makanan dalam MAS. Confirm Brahim yang supply nih. Untuk flight balik nanti, I need to email lagi sekali, sebab flight balik aku pun kena tukar.
I took the meal. I ate confidently because the meal look alike the meal MAS always serves which supplied by Brahim Food Catering. For the return flight, I need to email back, because my return flight also had been changed to the early flight.


The meal, the said this one supplied from Malaysia, you can see the mineral water , SPRITZER then I believed
Smooth flight, Iolz can say. Perjalanan mengambil masa 2 jam 40 minit, landing pun hokay. Alhamdulillah. Nak ambik majalah in flight, tapi hati cakap takyah lah, balik nanti ambik.. *matilaa berniat jahat*
Smooth flight I can say. The journey took about 2 hours 40 minutes, the landing also smooth. Alhamdulillah. I want to take the magazine, but my heart say no, when I return to KL then I take it with me. *bad intention detected*

Untuk immigration, iolz dah ready with my return flight itinerary, my e-visa yang dah di print-out, nama hotel (acah-acah in case dia tanya, pandai-pandai lah uolz cari kat agoda or bookingdotcom), terus passport di cop tanpa halangan. Lega. Walaupun iolz dah slalu travel, kat immigration counter iolz slalu nervous.
For immigration, I had ready with my return flight itinerary, my e-visa which been print-out, hotel name (fake hotel name in case they asked, just search in the agoda or bookingdotcom), then I get my passport chopped without problem. Eventhough I always travel around, but I always nervous when I get to immigration counter.

Arrival card
Sepanjang beratur, Iolz cari cari jugak mat-mat salleh backpackers. Sebab apa? Sebab iolz nak kongsi taxi. Iolz nak berjimat. Tapi seperti yang iolz cakap, flight iolz, iolz je rasanya orang luar, semuanya local.
When I queue up, I was looking around for another backpackers. Reason? Because I want to share taxi. I want to save my budget. Like I said before, my flight, I was the only one foreigner.

Tengah tunggu bagpack Iolz, tetiba iolz nampak ramai yang menuju ke immigration, tengok skrin corousel, flight THAI Airways dari Bangkok sampai. Lega sikit, sebab iolz confirm mesti ramai backpackers solo mcm Iolz sampai. Boleh la Iolz approach nanti.
While I was waiting for my backpacks, I saw many peoples coming to the immigrations, saw the screen at the corousel, flight THAI Airways from Bangkok. A little bit relief, because I know that many solo backpackers like me arrived in Yangon. So I can approach them.
 


Intermission
=========
*Iolz ada baca beberapa tips dalam blog, jika mengembara di bumi Myanmar, you need to bring up your game. Mengambara di sini tidaklah seperti di negara jiran seperti Thailand, Cambodia, Laos ataupun Vietnam.
*Myanmar adalah salah satu negara yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Kebanyakannya menggunakan USD. 
*Disebabkan kos sara hidup tinggi, dinasihatkan untuk mengembara sekurang-kurangnya berdua sehingga berempat untuk berkongsi seperti kemudahan teksi.
*1usd persamaan 1000kyat. Jika diikutkan pengiraan sebenar. 1000kyat tidak sampai pun 1usd. Jadi pembayaran dengan menggunakan kyat adalah lebih menguntungkan.
*Boleh mengapply Myanmar Visa secara online di evisa.moip.gov.mm/   dengan bayaran sebanyak 50usd (kredit card), pengesahan di dalam 1 hari bekerja. Sila sediakan photo berukuran segiempat tepat dengan background yang cerah. (Iolz guna gambar passport time I guna untuk US Visa iolz, background putih)
*I read a few tips in the blog, if you backpacking in Myanmar, you need to bring up your game. Traveling around here is not the same as the neighbor country such as Thailand, Cambodia, Laos or Vietnam.
*Myanmar is one the high living cost country in the world. Most of them using USD.
*Because of the high living cost, it been advise for the traveler to travel at least travel as duo or with 4 peoples as to share the travel cost such as taxi fare.
*1 usd equal to 1000kyat. But if follow with the real calculation, 1000kyat is less than 1usd. So, more saving if you are paying in Kyat.
*Nowadays, you can apply Myanmar Visa through online at  evisa.moip.gov.mm/   with 50usd fee (credit card), confirmation in 1 working day. Please prepare passport photo with the square size with the bright background. (I was using the passport photo that I used for my US Visa application with the white background).
 


Dah dapat my backpack, iolz nampak ada beberapa money changer di dalam ruang menunggu luggage. So iolz approach sebab nak tukar sedikit. Sebab iolz taknak ganggu duit USD iolz, jadi iolz tukar sedikit SGD and EURO iolz. Hehhee.. Iolz ada banyak simpanan matawang asing yerrr.. jangan ko sentap.
After got my backpack, I saw a few money changer inside the luggage waiting area. I approach one of the money changer because I planned to change some money to Kyat. Because I do not want to use my USD, so I only changed my SGD and EURO. I got a lot of foreign currency.

Haiyo.. kat sini setiap nilai wang ada nilai-nilai tertentu. 100 usd paling tinggi tukaran kyat, then 50usd, kyat makin turun dan seterusya. Kat sini jugak ada 3 matawang sahaja yang diterima, USD, SGD & EURO.
Here, every notes have their own value. 100 usd is the highest value, then 50 usd, more little your notes, the values of kyat will be less. Oonly 3 currency accepted here, USD, SGD & EURO.


Dah tukar wang, kelibat backpackers lain tak nampak lagi. Iolz tak dapat nak tunggu lagi, so, iolz gigihkan keluar dari departure hall. Ramainya orang. Tapi mostly rasanya taxi driver yang tunggu. 
After changed money, there still no shadow of other backpackers. I can't wait anymore, I went out outside from the departure hall. There were so many people. Most of them were taxi drivers.

Time iolz dah kluar tu, ramailah taxi driver yang approach. Iolz buat muka diva tak nak layan. Iolz jalan jer sampailah kat pintu keluar. Ada sorang gigih follow iolz. Iolz tanye je, kalau pegi bandar berapa. Dia cakap 10usd. Kalau ke Bas Terminal Aung Mingalar dalam 8usd. Mahal nok. dahla iolz sorang. Tulah yang malas nak travel sorang-sorang nih.
When I went out, many taxi drivers approached me. But I just ignored them until I went outside the airport. There was 1 taxi driver followed me still offered me his service. I asked him how much to the city. He told me 10usd. If to the bus terminal Aung Mingalar, around 8usd. It just too expensive because I was solo.

Driver taxi tu dah tak sabar-sabar. Dia nak iolz ikut dia. Iolz cakap tunggu. Iolz tunggu kawan iolz (Padahal tak da pun)... Driver tu cakap, takda orang lagi lah...
It seem the driver waiting impatiently. He wanted me to follow him. But I told him to wait and I was waiting for the friend (Eventhough I was waiting no one).. but the driver told me there no one coming.

Taxi driver: Uolzzz, takde orang dah uolz... jom pegi taxi iolz, kat sana tu ha.. 10 usd jeee, tu pun nak berkira
Iolz: xpe nok, ada kawan mak lagi kat dalam.... tunggu lah kejap.. kalau uolz tak nak tunggu, uolz carilah orang lain (buat muka rosnah mat aris)
Taxi driver: Theres no body coming anymore, just go to my taxi over there. To the city only 10 usd, not that much
Iolz: Its ok, I still got my friends inside. Wait for the moment, if you do not want to wait, you just go.

Dalam beberapa minit.... tetiba ternampak kelibat dua minah matsalleh membawa backpack masing2...
In a few minutes, suddenly I saw 2 girls Caucasian bringing their own backpack.....

Bersambung.....
To be continue...